SENARAI CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Klik pada pilihan nombor di bawah

 

 

BAHAGIAN  A – SEJARAH MALAYSIA

  [ 01] [ 02 ] [ 03 ] [ 04 ] [ 05 ] [ 06 ] [ 07 ] [ 08 ] [ 09 ] [ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ] [ 17 ] [ 18 ] [ 19 ] [ 20 ] [ 21 ]

 

BAHAGIAN  B – SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN , ASIA TIMUR

[ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ] [ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ] [ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ] [ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ]

 

 

SENARAI SEMAK RANGKA JAWAPAN

 

Unsur-unsur yang diperlukan dalam merangka jawapan, terutama yang melibatkan persoalan politik, ekonomi, sosial dan budaya.

 

Aspek Politik: Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Kuasa dan kekuasaan
  2. Sistem perundangan
  3. Sistem pelantikan pembesar
  4. Peranan pembesar
  5. Persempadanan politik
  6. Sistem pemerintahan dan pentadbiran
  7. Ideologi pemerintahan @ pemikiran politik
  8. Strategi pertahanan @ ketenteraan

 

 

Aspek ekonomi: Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Cukai dan pencukaian
  2. Sistem wang @ perbankan
  3. Sistem ekonomi – pemikiran ekonomi
  4. Bahan mentah
  5. Teknologi - alat yang digunakan, penyelidikan, penemuan kegunaan baharu
  6. Pasaran
  7. Revolusi ekonomi – Industri, Pertanian
  8. Permintaan dan penawaran
  9. Keuntungan
  10. Sistem pemilikan tanah atau reformasi tanah
  11. Pemodal
  12. Pembahagian kekayaan ekonomi
  13. Geografi – Kedudukan negara, tanah, cuaca, dan pengairan.
  14. Buruh dan upah ada kaitan dengan imigran.
  15. Perkembangan atau kemelesetan ekonomi dunia.

 

Aspek sosial : Unsur yang perlu ada ialah :

 

  1. Kesihatan
  2. Pendidikan
  3. Prasarana – Perhubungan dan pengangkutan
  4. Hubungan masyarakat @ kemajmukan
  5. Imigran
  6. Susun lapis masyarakat
  7. Demografi atau taburan kependudukan
  8. Urbanisasi
  9. Taraf hidup

 

Aspek budaya: Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Bahasa
  2. Adat kehidupan masyarakat
  3. Agama dan kepercayaan.
  4. Peradaban dan kemajuan pemikiran.

 

Unsur-unsur yang perlu ada bagi menjawap persoalan yang menyentuh aspek perkembangan atau kemelesetan sektor pertanian, perubahan sistem ekonomi, dan perkembangan pengaruh.

 

Sektor pertanian. Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Geografi – kedudukan negara, kesuburan tanah, keadaan cuaca, dan pengairan.
  2. Teknologi pertanian – alat yang digunakan, penyelidikan, penemuan kegunaan baharu.
  3. Sistem pemilikan tanah atau reformasi tanah.
  4. Buruh dan upah - imigran
  5. Perubahan sistem ekonomi – sara diri ke komersial
  6. Adat dan kepercayaan harian.
  7. Kemelesetan atau perkembangan ekonomi dunia.

 

Perubahan sistem ekonomi : maksudnya merangkmi perubahan sistem sara diri ke komersial, tutup pintu ke buka pintu atau dasar-dasar ekonomi seperti tanaman paksa ke liberal – etika. Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Penindasan terhadap masyarakat pribumi
  2. Bantahan politik – perubahan pemikiran politik
  3. Persaingan ekonomi antara penjajah.
  4. Kegagalan persaingan ekonomi pribumi dan penjajah atau imigran
  5. Masalah kewangan
  6. Kehilangan sumber ekonomi tradisi seperti perdagangan pesisiran pantai di Indonesia.
  7. Cubaan meletakkan pembangunan ekonomi kepada masyarakat kaya pribumi.
  8. Peralihan meletakkan perkembangan pertanian kepada petani.
  9. Reformasi tanah atau perubahan sistem pemilikan tanah.
  10. Kewujudan teknologi baharu.
  11. Pendidikan
  12. Pemodal
  13. Prasarana
  14. Revolusi ekonomi

 

Perkembangan pengaruh. Unsur yang perlu ada ialah:

 

  1. Berlakunya peperangan
  2. Perjanjian
  3. Penyerapan ideologi atau pemikiran politik
  4. Perdagangan/ekonomi
  5. Penyerapan teknologi
  6. Penyebaran agama
  7. Penyerapan budaya dan peradaban

 

 

 

 

Bahagian A

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 01

 

1.              Kedatangan imperialisme  barat dan timur pada akhir abad ke 18 sehingga perang dunia kedua  ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi.

 

Aspek soalan yang dikehendaki;

Inti jawapan merujuk kuasa barat dan timur iaitu, Inggeris dan Jepun yang menjajah dan menguasai Tanah Melayu kerana kepentingan ekonomi mereka. Pelajar perlu menjelaskan tentang aspek EKONOMI yang menyebabkan kedua-dua kuasa ini datang ke Tanah Melayu.

 

Pembukaan:

Kedatangan kuasa imperialisme bukan sahaja melibatkan aspek politik iaitu meminta negara-negara yang lemah mengakui taat setia dan mengakui kekuatan negara kuasa besar, tetapi melibatkan juga imperialisme ekonomi .

Imperialisme ini bermaksud untuk menguasai kekayaan ekonomi negara yang dijajah bagi faedah negara penjajah dan sering disebut sebagai mekantilisme.

Keadaan ini bukan sahaja menguasai bahan mentah negara yang dijajah, tetapi mempengaruhi negara tersebut mengikut sistem ekonomi dan ideologi ekonomi negara penjajah.

 

    Dalam kontek negara Inggeris dan Jepun ia dapat disimpulkan seperti berikut.

 

                         a.       Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah kerana keperluan mereka untuk mendapatkan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

                        b.       Selain bahan mentah ia juga sebahagian daripada keperluan industri yang memuncak kerana wujudnya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan berlaku persaingan antara kuasa Eropah untuk mencari kawasan kuasaan mereka.

                         c.       Sebagai pusat pasaran barangan industri mereka dalam era perkembangan Revolusi Industri.

                        d.       Ia juga sebahagian daripada peningkatan tamadun mereka yang memuncakkan satu pemikiran baru dengan konsep mekantilisme. Penguasaan dan kekuatan negara penjajah bukan terletak pada besarnya wilayah politik, tetapi betapa bolehnya mereka menguasai wilayah yang menyumbangkan keuntungan ekonomi.

                         e.       Desakan  dan keinginan pegawai-pegawai SHT Inggeris meneroka dan mencari kawasan baru bagi membolehkan mereka mencapai keuntungan seperti yang dilakukan oleh Brook di Sarawak, Raffles di Singapura, dan Light di Pulau Pinang.

                          f.       Sebagai satu strategi penguasaan ketenteraan laut  mereka untuk melindungi kepentingan  pedagang Inggeris di bahagian Timur iaitu di India, Burma, dan Cina. Ini jelas dalam penjagaan perdagangan Inggeris dengan campur tangan di Pahang walaupun Inggeris tahu Pahang tidak memberikan apa-apa keuntungan, tetapi bagi menghalang Jerman masuk campur Inggeris telah menguasai Pahang.

                        g.       Dalam isu Inggeris, Kedah dan Siam, Inggeris tidak jujur dalam membantu Kedah kerana ia telahpun dapat Pulau Pinang dengan tidak menghiraukan Sultan Kedah. Hal ini kerana misi Light adalah untuk mendapatkan wilayah yang boleh membangunkan ekonomi Inggeris di samping melindungi kepentingan Inggeris daripada Perancis, bukannya ingin menyelesaikan persoalan politik.

 

Jepun sebagai sebuah kuasa imperialisme Timur datang ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh aspek-aspek yang berikut:

 

                      a.       Untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan keluaran mereka setelah semua kuasa besar seperti Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat, dan Belanda sepakat untuk menghalang Jepun mengembangkan ekonominya.

                     b.       Bagi memecahkan monopoli kuasa barat yang menguasai wilayah Timur yang mengawal pengembangan ekonomi dan politik untuk kepentingan kuasa mereka dan rakan-rakan benua mereka.

                      c.       Penguasaan ekonomi menjadi matlamat apabila Jepun gagal menunaikan slogan politik mereka Lingkungan Sekemakmuran Asia, dan Asia bagi orang Asia yang membolehkan Jepun sebagai pemimpin Asia untuk membebaskan negara-negara Asia daripada cengkaman Barat. Sebaliknya Jepun mencengkam negara-negara tersebut untuk perkembangan ekonomi mereka.

 

Sebagai kesimpulannya, niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka, tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 02

HALAMAN UTAMA

 

2.             Kedatangan kuasa imperialisme dan kolonialsme Barat ke Malaysia adalah hasil daripada teori Kejayaan peradaban yang tinggi, Agama, dan Ekonomi. Jelaskan.

 

 

Imperialisme ini bermaksud untuk menguasai kekayaan ekonomi negara yang dijajah bagi faedah negara penjajah dan sering disebut sebagai mekantilisme.

Keadaan ini bukan sahaja menguasai bahan mentah negara yang dijajah, tetapi mempengaruhi negara tersebut mengikut sistem ekonomi dan ideologi ekonomi negara penjajah, kehendak untuk menyebarkan kristian dan kewujudan budaya yang tinggi di kalangan masyarakat barat.

 

    Dalam kontek ekonomi ia dapat disimpulkan seperti berikut.

 

                        h.       Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah kerana keperluan mereka untuk mendapatkan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

                          i.       Selain bahan mentah ia juga sebahagian daripada keperluan industri yang memuncak kerana wujudnya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan berlaku persaingan antara kuasa Eropah untuk mencari kawasan kuasaan mereka.

                          j.       Sebagai pusat pasaran barangan industri mereka dalam era perkembangan Revolusi Industri.

                         k.       Ia juga sebahagian daripada peningkatan tamadun mereka yang memuncakkan satu pemikiran baru dengan konsep mekantilisme. Penguasaan dan kekuatan negara penjajah bukan terletak pada besarnya wilayah politik, tetapi betapa bolehnya mereka menguasai wilayah yang menyumbangkan keuntungan ekonomi.

                          l.       Desakan  dan keinginan pegawai-pegawai SHT Inggeris meneroka dan mencari kawasan baru bagi membolehkan mereka mencapai keuntungan seperti yang dilakukan oleh Brook di Sarawak, Raffles di Singapura, dan Light di Pulau Pinang.

                       m.       Sebagai satu strategi penguasaan ketenteraan laut  mereka untuk melindungi kepentingan  pedagang Inggeris di bahagian Timur iaitu di India, Burma, dan Cina. Ini jelas dalam penjagaan perdagangan Inggeris dengan campur tangan di Pahang walaupun Inggeris tahu Pahang tidak memberikan apa-apa keuntungan, tetapi bagi menghalang Jerman masuk campur Inggeris telah menguasai Pahang.

                        n.       Dalam isu Inggeris, Kedah dan Siam, Inggeris tidak jujur dalam membantu Kedah kerana ia telahpun dapat Pulau Pinang dengan tidak menghiraukan Sultan Kedah. Hal ini kerana misi Light adalah untuk mendapatkan wilayah yang boleh membangunkan ekonomi Inggeris di samping melindungi kepentingan Inggeris daripada Perancis, bukannya ingin menyelesaikan persoalan politik.

 

Penyebaran kristian

 

1.        Dapat dibuktikan melalui sekolah-sekolah berasaskan gereja.

2.        Usaha dakwah paderi.

 

Penyebaran Peradaban Barat

 

1.        Usaha menukarkan peradaban pemerintahan Melayu dan digantikan dengan struktur pentadbiran Barat seperti Mahkamah,  Keselamatan, dan Pendidikan.

2.        Menyemaikan pemikiran Barat seperti Liberal, Kapitalisme, dan Demokrasi yang sebelum ini tidak dilalui oleh maasyarakt Melayu.

3.        Konsep pertanian komersial dan pencukaian.

4.        Cara hidup dan budaya kehidupan – bahasa, dan pakaian,

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  03  

HALAMAN UTAMA

 

3.             Sistem ekonomi  komersial di Tanah Melayu telah lama diamalkan sebelum kedatangan kuasa Inggeris. Bincangkan.

 

Aspek soalan yang dikehendaki:

Persoalan utama ialah  sama ada benar atau tidak sistem ekonomi komersial telah wujud di Tanah Melayu  walaupun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Inggeris. Sebaik-baiknya anda berikan kedua-dua pendapat YA dan TIDAK.

 

Pembukaan.

Takrif ekonomi komersial – lebihan hasil, secara besaran, konsep upah.

Bila mula dijalankan di Tanah Melayu – Berikan pendirian anda. Memang sudah dijalankan atau pelaksanaannya hanya setelah kedatangan kuasa Inggeris.

 

Isi perbincangan:

Perlu mempunyai aspek-aspek berikut jika anda menyokong.

1.        Sudah wujud sistem wang di Tanah Melayu – wang perak, wang emas.

2.        Wujudnya pelabuhan-pelabuhan entrepot sejak dahulu lagi seperti pelabuhan  di Kedah, Melaka dan Johor - Riau. Puasat dagangan dan pertemuan pedagang Timur dan Barat.

3.        Peranan pembesar yang mendapatkan hasil sama ada melalui sisten serah ataupun pencukaian dan mereka yang memainkan peranan memasarkan barangan daripada petani. Dengan kata lain ekonomi komersial hanya dijalankan oleh golongan atasan sahaja.

4.        Wujudnya masyarakat majmuk sejak zaman kesultanan Melayu Melaka seperti masyarakat Baba dan Nyonya. Buktikan mereka datang dan berkahwin dengan masyarakat tempatan ataupun terus menetap dan mengamalkan budaya tempatan melalui proses asimilasi.

5.        Sebelum Inggeris datang kuasa-kuasa seperti Portugis dan Belanda telah terlebih dahulu sampai dan membawa unsur komersial.

6.        Terjumpanya bahan mentah seperti bijih timah dan menjadi komoditi oleh pembesar-pembesar dalam bentuk pencukaian.

 

Jika anda tidak bersetuju hendaklah mematahkan hujah di atas dan ini bermakna hanya Inggeris yang memulakan ekonomi komnersial di Tanah Melayu.

Antara isi perbincangannya ialah:

1.        Teknologi yang digunakan masih primtif – tidak boleh keluarkan hasil yang banyak.

2.        Konsep peladangan belum wujud dan Inggeris yang perkenalkannya.

3.        Konsep sara diri masih menjadi amalan kerana rakyat tidak mahu bekerja keras hanya setakat melepasi cukai dan keluarga mereka sahaja.

4.        Sistem pemilikan tanah yang dikuasai oleh pembesar. Jika rakyat engkar tanah mereka akan dirampas.

5.        Inggeris membawa teknologi baru seperti perkenalkan kapal korek, penorehan getah, bijih benih getah, sistem pemilikan tanah, dan memodenkan prasarana awam.

 

Kesimpulan:

Bergantung pada jawapan sama ada menyokong ataupun menentang.

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 04

HALAMAN UTAMA


4.             Perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan perjuangan politik, tetapi ia melibatkan perjuangan dalam sosio-ekonomi. Setujukah anda dengan kenyataan ini.

 

Pengenalan:

Takrifkan perjuangan politik dan aspek-aspeknya: Satu perjunangan bagi pembebasan tanah air daripada penjajah yang melibatkan aspek maruah bangsa seperti kuasa dan kekuasaan, ideologi politik, sistem tadbir dan pemerintahan  sistem perundangan, dan keselamatan.

 

Perjuangan sosio-ekonomi pula ialah perjuangan untuk memastikan penduduk pribumi mendapat pembelaan serta membangun bersama dengan kemajuan pemikiran politik. Ia melibatkan perjuangan untuk menguasai ekonomi, hak dalam pemilikan tanah, hak dalam meningkatkan taraf hidup, hak dalam pendidikan, hak dalam menjawat jawatan awam, dan memastikan orang Melayu menjadi kuasa majoriti.

 

Isi:

Perjuangan politik melibatkan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan: Sebagai bukti:

1.        Perjuangan oleh golongan agama – menuntut kemerdekaan dari sudut pengamalan agama yang berteraskan sunnah dan al-quran serta ingin mewujudkan negara Islam dalam lingungan Pan-Islamisasi.

2.        Perjuangan golongan politik seperti KMM, PKMM, dan UMNO – berjuang menunut kemerdekaan daripada penjajahan. KMM dan PKMM berjuang bagi memerdekan T. Melayu dan bergabung dengan Indonesia. UMNO pula berjuang bagi membebaskan T.Melayu daripada penjajahan Inggeris dan memerintah sendiri – iaitu di tangan kuasa pemimpin dan raja-raja Melayu. IMP dan Parti Negara juga mempunyai matlamat yang sama, tetapi lebih menjurus pada kemerdekaan untuk semua kaum.

3.        Perjuangan politik juga dapat dilihat daripada kerjasama KMM untuk membantu Jepun menghalau British keluar daripada T.Melayu – sebab: Jepun janji untuk bebaskan T.Melayu dan beri orang Melayu perintah T.Melayu

 

Dalam pada itu, orang-orang Melayu bukan sahaja berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan politik, tetapi ia menjuruskan perjuangan mereka untuk menkmati kekayaan T.Melayu dan ingin melihat bangsa Melayu tidak merempat di negara sendiri. Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

1.        Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.

2.       Menggalakan  orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.

3.       Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.

4.       Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI  ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.

5.       Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.

6.       Bagi menghalang orang Melayu  menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara  minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

7.       Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang terlibat dalam perjuangan sosio-ekonomi:

·         Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah

·         Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil

·         Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan

·         Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia. Wujudkan:

·   Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.

 

Kesmpulan:

Perjuangan orang Melayu tidak terbatas pada perjuangan plotik, tetapi merangkumi perjungan dalam bidang sosial dan ekonomi bagi memastikan survival bangsa melayu dan boleh bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju sama ada dalam bidang poliyik mahupun bidang ekonomi.

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  05

HALAMAN UTAMA

 

5.         Kekacauan dan perang saudara yang berlaku merupakan pencetus campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Nilaikan kenyataan ini.

 

Pengenalan:

Perang saudara sering berlaku dalam abad ke 18. Dalam peperangan yang berlaku ini, persoalan kuasa menjadi intipati penting bagi setiap pembesar Melayu untuk mengembang dan menjadikan mereka orang yang berpengaruh. Walaupun begitu, ada kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk memecahbelahkan, orang-orang Melayu bagi menguasai negeri ini. Inilah yang diambil kesempatan oleh Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu serta menjajahnya.

 

Isi:

Peperangan dan kekacauan yang boleh dibincangkan di sisi adalah seperti yang berikut:

Perang Naning 1832, Perang saudara di Perak 1874, Pemberontakan Bahaman, Penentangan Abd Rahman Limbong, Pemberontakan Tok janggut, perang Kedah-Siam, serangan Kedah terhadap Perak, Perjuangan Mat Salleh di Sabah, Rentap, Sharif Masyhur di Sarawak, perang saudara antara Dato Kelana dan Dato Bandar, dan Perang Saudara di Selangor .

 

Cara bagaimana Inggeris dapat menjajahi Tanah Melayu adalah seperti yang berikut:

 

1.        Memberikan tawaran dan bantuan seperti :

·         Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan

·         Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

·         Perlindungan daripada serangan

 

2.        Memaksa pemetrian perjanjian.

·         Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian dalam Perjanjian Low supaya tidak menyerang Perak.

·         Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian antara Inggeris dan pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian yang wujud ini tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua kuasa ditentukan oleh Inggeris.

 

3.        Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-pembesar. Sebagai contoh campur tangan Inggeris di Perak kerana dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan kepada Sultan Kedah.

 

4.        Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak kepada mereka dengan mengambil alih beberapa wilayah seperti dalam Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.

 

5.        Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat Inggeris. Wujud dalam semua perang dan kekacauan.

 

6.        Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:– Inggeris letakkan tenteranya di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.

 

7.        Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada kepimpinan Melayu yang boleh mendorong penentangan secara meluas seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah, Abd. Rahman Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan Inggeris menguasi wilayah yang diterajui oleh penentang-penentang ini.

 

8.              Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan perniagaan.

·         Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan punca berlaku kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga Inggeris berketurunan Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan bahawa undang-undang melayu tidak menjamin keadilan.

 

9.              Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau Pinang. Keadaan ini juga merebak di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, dimana kongsi-kongsi gelap yang bertelagah ini telah memihak dan menyokong pembesar-pembesar yang bersengketa. Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan perdagangan maka Inggeris campur tangan.

 

Penutup:

Penjajahan tidak mungkin berlaku jika masyarakat Melayu bersatu padu. Penjajahan juga tidak akan berlaku jika kita tidak menjemputnya. Penjajahan juga tidak akan berlaku jika keadilan dan pemerintahan berteraskan Islam diamalkan oleh masyarakat Melayu. Berdasarkan bukti sejarah di atas kita yang mengundang penjajahan.

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  06

HALAMAN UTAMA

 

6.         Hiraki sosial masyarakat di Tanah Melayu merupakan cerminan sistem kepercayaan dan agama masyarakat sebelum perkembangan dan kedatangan Islam di Tanah Melayu. Bincangkan.

 

Pengenalan:

Takrifkan konsep hiraki, amalan kepercayaan dan agama dan latar belakang kepercayaan dan agama masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.

 

Isi perbincangan:

Perjelaskan rajah hiraki masyarakat : Raja/Sultan è Pembesar/Ulama è Rakyat/hamba.

Jelaskan dari aspek:

1.        Peranan yang dimainkan oleh setiap lepaisan masyarakat.

2.        Cara mereka dapat kuasa/ kedudukan

3.        Cara jadi hamba

4.        Hubungan golongan atasan dan bawahan.

 

Hubungkan  jawapan di atas dengan konsep agama /kepercayaan bagi setiap lapisan seperti yang berikut:

1.  Sultan dengan konsep ketuhanan, tulah, derhaka, serah/kerah, daulat, Mana.

2.  Konsep kasta lama Hindu dengan adat dalam lapisan masyarakat.

3.  Konsep penurunan kuasa daripada kuasa Sultan kepada Pembesar.

4.  Kaitkan dengan amalan kepercayaan seperti institusi dukun, bomoh, dan amalan ghaib dengan kepercayaan golongan bawahan terhadap golongan atasan.

5.  Kaitkan kedatangan Islam dengan konsep dan kepercayaan sebelumnya dan lapsisan masyarakat è berubah atau tidak.

 

Kesimpulan:

Tidak perubahan dari segi struktur dan lapisan, hanya disenyawakan dan diubah istilah.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 07

HALAMAN UTAMA


7. Nyatakan dan buktikan  kegagalan perjuangan PKM disebabkan oleh kelemahan organisasi itu sendiri.

 

Pengenalan:

 

Perjuangan PKM di Tanah Melayu mengalami pelbagai rintangan. Walaupun mereka berusaha untuk menjadi parti alternatif dalam memperjuangkan pembebasan Tanah Melayu, tetapi usaha mereka mengalami kebuntuan. Hal ini diburukkan lagi dengan kegagalan pemberontakan mereka semasa zaman darurat 1948-60.

 

Perbincangan isi:

 

Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:

                a.    Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.

i.            Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri dan berbalik kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai antara ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan.

 

               b.    Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.

i.                     Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang masyarakat sebagai golongan yang berbahaya.

ii.                    Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri  daripada orang Melayu.

 

             c.Masalah kewangan  dan Sebotaj pemimpin tertinggi PKM

i.                     Lai Teck  Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan PKM .

ii.                    Usaha ini mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.

iii.                  Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.

 

               d.    Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

                e.    Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.

                 f.    Perjuangan yang tidak jelas . Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu. Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM gagal mempengaruhi orang Melayu untuk menyokong perjuangan PKM.

 

 

Kesimpulan:

Perkukuhan pendapat anda yang menyatakan kegagalam PKM dalam perjungan adalah kerana kelemahan organisasi terutama dalam misi dan objektif yang tdak jelas pada pandangan orang-orang Melayu.


 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  08

HALAMAN UTAMA

 

8.       Penentangan terhadap Inggeris telah mencetuskan kepelbagaian implikasi terhadap politik Melayu. Bincangkan.

 

Pengenalan:

Dalam mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajahan, masyarakat tidak dapat lari daripada menentang penjajah, sama ada menerusi penentangan bersenjata mahupun penentangan secara politik. Dalam konteks Tanah Melayu begitu banyak penentangan yang dilakukan sebaik sahaja wujudnya penjajahan. Dari sejak 1511 hinggalah mereka 1957 penentangan masihdijalankan oleh masyarakat. Walaupun begitu, penentangan yang dilaksanakan ini banyak memberi kesan sama ada kesan yang positif mahupun negatif.

 

Isi:

Implikasi negatif iaitu implikasi yang tidak berpihak kepada orang-orang Melayu antaranya ialah:

  1. Penyisihan pembesar Melayu daripada kekuasaan politik seperti yang berlaku terhadap Maharajalela dan Sultan Abdullah.

 

  1. Masyarakat Melayu berpecah belah:

 

 

  1. Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu

·         Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.

·         Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman  Limbong dan Dol Said di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau menjadi buruan .

 

  1. Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan perubahan seperti

 

  1. Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran.

·         Lihat kesedaran oleh Abdul Rahman Limbong dalam penentangannya terhadap peraturan baru Inggeris mengenai pemilikan tanah yang dihubungkaitkan dengan keesaan Allah swt. Yang menguasai alam.

·         Pada awal abad ke 20 lahirnya golongan agama yang perjuangan ilmu dan kedaulatan negara dan agama yang dipelopori oleh Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir  Jallaludin.

 

  1. Kehilangan Wiliyah;

·         Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai kepada Pulau Pinang apabila Sultan Kedah gagal dalam menentang Inggeris.

·         Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  09

HALAMAN UTAMA

 

9.       Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan kepercayaan tradisional. Bincangkan. atau, Kedatangan Islam ke Tanah Melayu tidak banyak merubahkan amalan kepercayaan masyarakat Malaysia. Jelas dan buktikan.

 

Pengenalan:

Definisikan kepercayaan dan aspek-aspek kepercayaan yang diamalkan.

Jelaskan konsep berikut:

Pawang, konsep mana, tulah, dan daulat serta benda-benda ghaib, semangat dan roh, hantu/jembalang, adat perkahwinan/kematian, sihir.

 

Sebab:

1.        Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.

Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.

2.        Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu

Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh:

Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.

Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-bahagian mayat yang pecah.

Majlis perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.

3.        Cara pendakwahan

Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.

Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.

Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana.

Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan amalan Islam.

4.        Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.

Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.

Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalan cara hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.

Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu sama.

5.        Pengaruh adat dan budaya masyarakat.

Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al Quran dan sunnah Nabi saw.

Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation  dan  rearrangement.

6.        Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara baru ( rearrangement ).

Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:

Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.

Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan

Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt.

 

Kesimpulan:     

Walaupun agama Islam telah tersebar luas di Malaysia,   tetapi  cara penyebaran dan pemahaman tentang Islam masih dipengaruhi oleh kepercayaan    dan amalan agama hindu/buddha/tantrik.   Oleh demikian bagi mengatasi permasalahan ini pemahaman tentang Islam mesti dipertingkatkan dan unsur-unsur bidaah yang bertentangan dan menjadi adat dalam kehidupan orang-orang Melayu perlu disisihkan.    

             

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  10

HALAMAN UTAMA

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

10.                            Terdapat perbezaan antara hukum adat Temenggong dengan hukum adat Pepatih. Bincangkan.

 

Ciri-ciri – Persamaan dan Perbezaan

 

Pepatih

Temenggong

Pelantikan pembesar-pembesar dibuat secara suara terbanyak, seperti pelantikan Yang Dipertuan Besar dibuat secara suara terbanyak antara undang luak Sri Menenti, Rembau, Johol, dan Jelebu. Pelantikan Undang pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut. Hal ini boleh disamakan dengan sistem demokrasi, iaitu individu yang mendapat undi  terbanyak akan dipilih sebagai ketua atau pemimipn. Dalam sistem pembesar-pembesar ini perlu beramping dengan rakyat dan boleh dipecat daripada jawatannya jika mereka tidak mendapat kepercayaan daripada golongan bawahan. Dengan kata lain, para pembesar ini tidak menganggap jawatan itu sebagai warisan keturunan.

Pelantikan sultan dalam adat ini melalui sistem warisan. Anak sulong lelaki akan dipilih untuk menggantikan bapanya yang meninggal dunia. Jika tidak dilantik waris-waris kerabat yang rapat dengan sultan, dan seterusnya jika tiada Bendahara boleh dilantik menjadi sultan sehingga ada waris yang rapat yang menuntut takhta kesultanan. Pelantikan pembesar pula mengikut budi bicara sultan. Biasanya ia turun-temurun dari satu keturunan ke satu keturunan. Jika tidak mereka yang berjasa kepada sultan dan negara boleh dilantik dan diperkenankan sultan. Umumnya dengan kuasa yang ada pada sultan  ada yang beranggapan ia bersifat autokratik, iaitu pelantikan pembesar tidak mencerminkan kehenadak rakyat.

 

 

Dari aspek pewarisan harta, terdapat tiga jenis pewarisan harta iaitu harta bawaan, harta  warisan atau pusaka, dan harta sepencarian.

Harta bawaan ialah harta yang dipunyai dan dimiliki oleh seseorang individu sebelum perkahwinan. Jika berlaku penceraian masing-masing boleh membawa hartanya .

Harta warisan atau pusaka. Dalam hukum adat ini ia hanya boleh diwarisi oleh pihak isteri atau perempuan sahaja, atau saudara sebelah pihak perempuan dan untuk perempuan sahaja.

Harta sepencarian ialah harta bersama antara suami dan isteri dan  jika berlaku pencarian harta tersebut boleh dibahagikan bersama.

Pembahagian harta dalam hukum adat ini lebih terbuka kerana pembahagiannya sama ada secara faraid atau wasiat, Peluang golongan lelaki dan perempuan  terjamin. Tidak ada kelebihan untuk satu-satu golongan asalkan ia berdasarkan waris yang sah dalam keluarga.

 

 

Dari aspek nasab, hukum adat ini lebih mengutamakan golongan wanita daripada lelaki. Hal ini kerana hukum adat ini mengandaikan lelaki boleh mencari nafkah sendiri dan boleh berusaha untuk mendapatkan kesejahteraan hidup, jika dibandingkan dengan kaum wanita yang terbatas pergerakannya. Bagi melindungi wanita daripada teraniaya maka adat ini memberikan kelebihan kepada wanita untuk menjamin kehidupan mereka jika berlaku sebarang kecelakaan atau musibah yang menimpa mereka.

Keadaan ini telah mewujudkan wanita seperti lebih berkuasa kerana mereka menjadi pemutus dalam membuat keputusan, walaupun ketua keluarga masih lelaki.

Wujud konsep suku atau kumpulan , yang memperlihatkan hubungan dan keakraban mereka lebih terserlah jika  dilihat dengan suku yang lain. Mereka yang mengamalkan adat ini akan mematuhi konsep masuk suku iaitu satu simbolik  kepada mereka yang memasuki dan menerima adat ini serta peraturan suku-suku ini.

Dalam adat temenggong kedua-dua golongan adalah sama penting. Jika mereka mematuhi hukum dan syariat Islam maka tidak akan berlaku penganiayaan terhadap kaum wanita. Hukum adat ini melihat kedua-dua jantina ini mempunyai kedudukan yang sama.

Keadaan ini juga memperlihatkan lelaki bukan sahaja menjadi ketua keluarga, tetapi juga menjadi pemutus dalam membuat keputusan.

Dalam hukum adat ini tidak ada konsep suku atau kumpulan tertentu dan menganggap kesemua manusia sesama Islam adalah bersaudara dan tidak ada had-had tertentu dalam hubungan kemasyarakatan.

 

 

Dari aspek hukuman, hukum adat ini berorientasikan memulihkan pesalah atau berkonsepkan pemulihan. Pesalah yang didapati bersalah dikehendaki menebus kesalahannya dan menyara waris atau orang yang menjadi mangsanya.

Dalam adat temenggong, hukumannya berkonsepkan pengajaran dan pencegahan supaya orang lain tidak melakukan kesalahan yang sama.   Kesalahan dan hukuman adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Berat kesalahan maka beratlah hukumannya.

 

 

Dari aspek perkahwinan, keutamaan dalam pilihan pasangan adalah dalam suku yang sama. Ini bukan bermakna perkahwinan antara suku tidak dibolehkan, tetapi tidak digalakkan. Hal ini kerana ia melibatkan banyak peraturan dan adat yang perlu dipatuhi oleh mereka daripada berlainan suku ataupun adat, terutamanya dalam adat pewarisan dan pembahagian harta.

Pilihan pasangan perkahwinan dalam hukum adat ini tidak memilih mana-mana puak atau kumpulan asalkan ia menetapi kehendak syariat Islam.

 

Selain daripada ciri-ciri di atas perbincangan boleh juga dilihat dari sudut pemikiran ataupun  ideolagi seperti unsur demokrasi dan autokarasi. Ia juga dapat dinilai dari aspek islamisasi yang diamalkan oleh kedua-dua hukum adat ini.


 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  11

HALAMAN UTAMA

 

11.                            Terdapat pelbagai sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Bincangkan.

 

1.        Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

 

1.1.      Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

 

1.1.1.    Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM untuk mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan Rakyat.

 

1.1.2.    Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan masyarakat  serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.

 

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

 

Begitu juga semua kesatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang  kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

 

 Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

 

a)       pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.

b)       Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.

c)       Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis.

d)       PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang baeralainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU.

e)       Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan  pengaruh dan matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

 

1.1.3.    Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

 

1.1.4.    Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.

 

 

1.2.      Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

 

1.2.1.    Berikutan daripada Perseidangan  Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun  persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan IUS – International Union of Student.

 

1.2.2.  Berlakunya perubahan  perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM dikatakan  mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.

 

 

1.2.3.  Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan  pandangan Zhadanov yang menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada  serah diri kepada perjuangan yang lebih melitan, dan disiplin dalam PKm perlu diperketatkan lagi

 

1.2.4.  Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

 


 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  12

HALAMAN UTAMA

 

12.                            Perkembangan dalam industri perlombongan dan peladangan mencorakkan ekonomi Tanah Melayu daripada sistem sara diri kepada sistem komersial. Bincangkan.

 

Pengenalan:

Penemuan bijih timah di Larut, Perak serta terjumpanya getah dan kesesuaiannya dengan iklim di Malaysia telah mencorakkan satu lagi aktiviti ekonomi. Dengan penemuan  ini, penjajah Inggeris telah dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bentuk dan sistem ekonomi yang diamalkan secara sara diri. Antara aspek-aspek dalam perkembangan aktiviti pelombongan dan peladangan ini ialah ia menukarkan bentuk ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

 

Isi:

a.                    Teknologi baru seperti cara pelombongan menggunakan pam kelikir dan kapal korek. Getah penemuan cara penorehan tulang ikan oleh H.N Ridley membanykkan pengeluaran susu getah.

b.                   Buruh upah. Kemasukan buruh Cina dan India menukarkan bentuk buruh daripada kerahan kepada bayaran upah. Menukar pemikiran masyarakat Melayu sama ada pembesar atau rakyat bawahan berhubung kerja-kerja yang dilakukan.

c.                    Pembukaan kawasan. Semakin banyak hutan ditukar kepada ladang getah  dan kawasan pelombongan yang dikuasai masyarakat asing.

d.                   Perubahan sistem pemilikan tanah. Perubahan pentadbiran menjadikan pemilikan lebih jelas. Pembukaan ladang dan kawasan pelombongan oleh masyarakat asing memperlihatkan penguasaan pembesar dalam hal ini dihapuskan. Ini membolehkan masyarakat menerokai tanpa terkongkong dengan peraturan feudal.

e.                    Pemodal yang sanggup melaburkan modal seperti Guthrie, Malysian Mining Co.

f.                     Timah dan getah menjadi sumber utama komoditi dunia dan amat diperlukan di pasaran dunia bagi menampung kehendak dalam revolusi industri.

g.                   Perkembangan timah dan getah menjuruskan perkembangan urbanisasi dan prasarana menjadikan taraf hidup dan kekayaan pemilikan harta menjadi lebih terserlah. Setiap individu berusaha bagi mendapatkan keuntungan dan Melayu juga tidak ketinggalan.

 

 


HALAMAN UTAMA

SOALAN 13

HALAMAN UTAMA

 

13.                            Perjuangan politik orang Melayu bermula daripada penubuhan Malayan Union. Nilaikan.

 

a.                  Perjuangan golongan agama – bangunkan Melayu à matlamat tingkatkan pendidikan Melayu , dan mengikut syiar agama berdasarkan sunnah dan al-quran. à terbit akhbar seperti neraca, al-ikhwan, saudara, al-imam.à Kritik Inggeris dan desak Melayu amalkan amalan kolot supaya bangun dari kemunduran.

b.                 Perjuangan politik KMM – merdeka dalam Indonesia Raya

c.                  Zaman Jepun – tujuan bantu untuk merdeka – wujud PETA dan PUTERA bagi menyediakan Melayu dalam bidang politik.

d.                 Ahmad Boestaman, Ibrahim Yakob telah lama bergiat dalam politik – KMM, Ikatan Pemuda Semenanjung , Ikatan Semenanjung Borneo – Dari golongan berpendidikan Melayu

e.                  Golongan berpendidikan Inggeris – wujud KM Singapura – Eunos Abdullah, Perjuangan tokoh intelektual  seperti Raja Chulan, Dato Abdullah Hj Dahlan, dan Dato Onn – perjuang hak istimewa Melayu melalui MMN.

f.                   Kewujudan akhbar – Majlis ,Lembaga Mealyu dan Warta Malaya mengkritik cara pentadbiran Inggeris.

g.                 Selepas 46 – tidak setuju dengan MU – tubuh UMNO

h.                 MU hilang hak Melayu – ancam agama, kuasa raja, kerakyatan dll

i.                   Kemahiran pentadbiran , peningkatan berpolitik dan penyatuan Melayu serta gagasan PTM 48


 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  14

HALAMAN UTAMA

 

14.    Penjajahan kuasa Eropah di Tanah Melayu menyebabkan wujudnya kemajmukan dalam masyarakat. Bersetujukah anda dengan kenyataan ini.

 

Pengenalan:

Penjajahan dan peluasan kuasa Inggeris telah banyak mengubah persekitaran kehidupan masyarakat. Ia meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya. Dengan peluasan dan penjajahan yang berlaku Inggeris telah membawa masuk masyarakat Cina dan India. Kemasukan kaum ini telah mencetuskan satu dimensi kaum di Malaysia yang menyebabkan berlaku kemajmukan dalam masyarakat yang diwarisi hingga kini.

 

Isi:

         i.                                                            Sebab :

a.        Dasar Imigrasi yang longgar

b.       Dasar kemasukan yang disokong Inggeris – Kangani, Kontrak, Bebas, Indentur

c.        Jabatan Pelindungan orang asing ditubuh – Jabatan pelindung Cina

d.       Dasar Buruh British

e.        Sikap pemodal dan pedagang British .

f.         Sikap Melayu yang tidak mahu menjadi buruh.

 

     ii.                                                               Kemajumukan dapat dilihat dari segi kemajmukan ras – membawa kesan

                           i.      Kemajmukan agama dan kepercayaan

                          ii.      Kemajmukan adat dan budaya.

                        iii.      Kemajmukan pendidikan.

                        iv.      Kemajmukan politik,

                         v.      Kemajmukan pemikiran

                       vi.      Kemajmukan bahasa

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 15

HALAMAN UTAMA


15.                            Bincangkan aspek-aspek yang mengerakkan gerakan kesedaran di Tanah Melayu.

 

Agama

·         Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.

·         Tujuan reformasi:

·         perjuangan Pan Islamisasi

·         perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

·         Emansipasi wanita

·         Kepentingan pendidikan dan budaya ilmu.

·         mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

·         Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

·         Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.

·         Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

Sumbangannya:

·         Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.

·         Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

 

Bahasa dan kesusasteraan

·         Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

o        Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.

·         Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan  MPSI.

·         Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

·         Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.

o        Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

o        Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.

o        Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.

Sumbangannya:

·         Menyedarkan orang Melayu  akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.

·         Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.

·         Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.

·         Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.

·         Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.

·         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.

·         Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

 

Kewartawanan dan akhbar

·         Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi  Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.

·         Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.

·         Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).

·         Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

·         Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:

·         Singapura      :              7 buah

·         Pulau Pinag   :               5 buah

·         Perak              :               4 buah

·         Tujuan:

·         Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.

·         Al-Imam sebagai  pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.

·         Akhbar beperanan sebagai:

·         Penyebar maklumat

o        Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.      

o        Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.

·         Propaganda/Alat kebangkitan

o        Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.

·         Saluran komunikasi

o        Sumbangannya:

o        Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.

o        Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.

·         Menjadi gelanggang kepada sasterawan.

o        Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.

o        Faktor penentu bagi  kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi  penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang  Melayu.

 

Pendidikan

·         Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang  agama, sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.

·         Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.

·         Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual

·         Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.

·         Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.

·         Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

·         Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

·         Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.

·         Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

 

Pengaruh luar

·         Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.

·         Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.

·         Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.

·         Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

·         Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.

·         Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.


 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  16

HALAMAN UTAMA

 

16.    Campur tangan Inggeris di Malaysia mencetuskan pelbagai kesan. Bincangkan.

 

&    Masyarakat dan Individu Melayu

&    ( Tercabarnya Maruah Melayu )

1.        Kehilangan kuasa dan kedaulatan

2.        Fungsi pembesar bertukar daripada mempunyai kuasa kepada pegawai kerajaan yang dibayar upah.

3.        Kedudukan masyarakat Melayu terpinggir.

4.        Menggugat kuasa politik dan persaingan politik perkauman.

5.        Kedudukan Sultan daripada pemerintah kepada penasihat kepada penasihat Inggeris.

6.        Kehilangan kuasa ekonomi.

7.        Wujudnya penentangan dan kebangkitan yang berterusan.

8.        Wujudnya rasa kesedaran dan nasionalisme Melayu.

 

&    ( Timbulnya aktiviti pelanunan atau banditisme sosial ).

Kehilangan penguasaan dan wilayah oleh pembesar telah menggalakkan mereka untuk bergiat dalam aktviti pelanunan. Hal ini kerana hak mereka untuk mencari kekayaan di negara sendiri telah dicemari oleh penguasaan penjajah Inggeris. Lihat perjuangan Salleh Tui, Panglima Nayan, Awang Poh, dan Suleiman  Kerekau di Kedah. Perjuangan mereka adalah kerana perubahan yang dilakukan oleh Inggeris dengan meninggalkan mereka serta petani miskin dalam kemiskinan. Perubahan seperti pembayaran pelbagai cukai, sistem ekonomi komersial, dan hilangnya bentuk-bentuk sosial tradisi seperti penghapusan penghambaan dan sistem kerah oleh Maxwell sebenarnya menjadikan petani miskin hilang arah. Keadaan ini lebih menekan lagi apabila para pembesar serta kapitalis barat dan Cina serta Chettiar India mula mencari keuntungan dan meningglkan kesengsaraan kepada mereka.Oleh itu pembaratan Inggeris terhadap Kedah pada 1909 menjadi asas kepada kebangkitan banditisme sosial ini

 

&    Negara Secara Keseluruhannya

&    ( Negara pengeluar bahan mentah utama dunia )

1.        Peningkatan ekonomi negara - Timah dan Getah

2.        Memperlihatkan perkembangan pendidikan dan prasarana.

3.        Pembukaan dan peluasan bandar-bandar.

 

&    ( Tidak berupaya berdikari )

1.        Masih bergantung pada kekuasaan dan bantuan Inggeris.

2.        Perjalanan pentadbiran mengikut pentadbiran Inggeris

3.        Dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mencerminkan dasar dalam lingkungan Tanah Melayu - Cth: Dasar Pendidikan, Pertanian dan kependudukan.

4.        Penguasaan ekonomi oleh orang asing - Guthrie, Sime Darby, dan Dunlop.

 

&    ( Wujud Kemajmukan Masyarakat )

1.        Penduduk- wujudnya masalah ras dan resisme.

2.        Pekerjaan - pembahagian bidang kerjaya.

3.        Pendidikan - perbezaan dasar dan sukatan dalam sistem pendidikan.

4.        Budaya - pencampuran dan amalan budaya yang bertentangan dengan budaya Melayu dan agama Islam.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 17

HALAMAN UTAMA

 

17.    Peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu banyak berpunca daripada perjanjian yang tidak seimbang   yang ditandatangani oleh pembesar tempatan. Huraikan.

 

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  18

HALAMAN UTAMA

 

18.    Sistem kepercayaan dan amalan yang  diamalkan oleh masyarakat sebelum campur tangan Inggeris banyak terpengaruh dengan konsep kesultanan.

 

&    Konsep ketuhanan yang dipercayai ada pada sultan . Antaranya ialah:

 

&    Sultan sebagai wakil tuhan ataupun sebagai tuhan, mempunyai kuasa ketuhanan yang dipercayai sejak Melayu dalam kepercayaan Hindu Buddha, dan penyembahan Hyang.

 

&    Dipercayai ada kuasa kesaktian dan keajaiban serta kekebalan

 

&    Merupakan makhluk pilihan dan kewujudan penuh kesaktian – lihat mitos anak buluh Betung, susur galur raja daripada keturunan Nabi Sulaiman as yang kemudian dipanjangkan kepada Iskandar Zulkarnain.

 

&    Keadaan itu menjadikan Melayu percaya dan mengamalkan kepercayaan dan sistem hidup berikut:

 

o        Percaya pada kedaulatan yang dihubungkan dengan daulat dan derhaka.

o        Patuh pada sistem kerah dan serah walaupun pada sesetengah masyarakat sebagai satu tindakan zalim dan bertentangan dengan nilai hidup  seperti kepercayaan dalam Islam.

o        Percaya akan hukuman dan kata-kata sultan tidak boleh dibantah. – sebagai bentuk hukuman dan penghakiman.

o        Percaya pada sekatan dan halangan tertentu dalam amalan istana seperti larangan kain kuning, nobat, bahasa dalam, sembah, pentabalan dll upacara adat dalam istana

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  19

HALAMAN UTAMA


19.    Mengapakah sistem ekonomi sara diri menjadi amalan sebelum 1870an.

 

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991).

 

        Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu.

 

        Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari  ( 1991 )  menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut:

 

“Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh    Abdullah ) Dan lagi baik perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja”.

 

        Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak.  Walaupun begitu, masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata  Ishak Shaari. ( 1991 ),  ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial.

 

        Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada  revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam.

 

        Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang menyatakan

 

“Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini.

 

Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain.

 

        Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.

               

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  20

HALAMAN UTAMA

 

20.    Perjelaskan  pertentangan yang berlaku antara kaum muda dan tua.

 

 

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  21

HALAMAN UTAMA

 

21.    Gagasan Malayan Union 1946 adalah cara Inggeris  meminggirkan orang Melayu dalam politik Tanah Melayu. Bincangkan.

 

Lihat pada kesan terhadap orang Melayu

 

  1. Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi bangsa majoriti.
  2. Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa Melayu serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu. ( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).
  3. Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.
  4. Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.
  5. Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.
  6. Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu Singapura.
  7. Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.

 

 


 

BAHAGIAN B

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  22

HALAMAN UTAMA

 

22.          Kepercayaan dan pegangan agama merupakan teras kesetiaan masyarakat pribumi terhadap pemerintah di Jepun dan  Asia Tenggara. Bincangkan.

 

Pengenalan:

 

Terangkan pegangan agama dan amalan masyarakat di Jepun dan Asia Tenggara serta pengamalan agama secara ringkas.

 

Isi perbincangan:

 

Di Jepun è Shintoisme. Bincangkan konsep-konsep yang berikut dan kaji falsafah ke arah kesetiaan.

1.        Sheisin

2.        Kedamaian

3.        Maharaja è Keturunan Dewi matahari ( Amaratsu )

4.        Kesuburan è Hubungan alam dan manusia.

 

Asia Tenggara è Hindu / Buddha / Islam . Hubungan dan pengaruh agama-agama dengan adat dan kepercayaan masyarakat. Perlu bincangkan konsep-konsep berikut dan kaji falsafah ke arah kesetiaan.

1.        Konsep seperti karma, moksha, boddisatwa, samsara dll.

2.        Konsep wali dan kesaktian dari sudut Islam. Contohkan peristiwa seperti Wali Sembilan di Indonesia.

3.        Institusi kasta è amalan dan falsafah serta kepercayaan golongan bawahan.

4.        Institusi raja dan kekuasaannya yang dihubungkan dengan ketuhanan.

5.        Raja Vietnam – Anak Tuhan, . Siam, Burma, dan Kemboja - Suci

 

 

Kesimpulan:

Wujud kerana pada awalnya pengaruh kepercayaan ini berasal daripada kepercayaan ghaib, penyembahan pada alam dan bukannya daripada agama langit . Jika wujud seperti kedatangan Islam ia disenyawakan atau diinteprestasikan baru dan disesuaikan dengan agama sebelumnya.

 

 


HALAMAN UTAMA

SOALAN  23

HALAMAN UTAMA

 

23.          Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

 

Pendahuluan:

 

Masyarakat Asia sebelum kedatangan para imperialis ialah masyarakat yang berpegang teguh pada budaya tradisi yang berteraskan konsep feudalisme. Dalam konsep ini raja menjadi teras pada institusi pemerintahan  di samping pentingnya pembesar dalam mencorakkan pentadbiran. Oleh itu. Sistem beraja ini telah diamalkan secara turun-temurun sehinggalah wujudnya peradaban baru yang dibawa oleh penjajah barat.

 

Isi:

1.        Berpegang pada konsep ketuhanan.

        Sebagai contoh Raja Burma dan Siam dianggap suci dan mempunyai kelebihan kerana berupaya mengumpul gajah putih – menunjukkan kekuasaan dan kekeramatan raja yang didapingi tuhan. Raja Kemboja juga dianggap suci dan boleh memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Kemboja.

        Raja Vietnam dianggap anak tuhan dan dikenali sebagai thien-tu

 

2.        Kuasa raja adalah mutlak.

Sebelum kedatangan barat, raja mempunyai semua kuasa. Tiada seorangpun yang boleh membantah kata raja. Tidak wujud istilah raja berpelembagaan. Tidak wujud institusi parlimen. Kemutlakan kuasa raja memyebabkan raja semua persoalan pemerintahan berpusat pada raja.

 

3.        Raja ialah ketua negara dan ketua kerajaan .

Peranan raja amat luas dari menjaga keamanan sehinggalah menentukan kesejahteraan kehidupan rakyat. Memegang peranan penting dalam membuat keputusan sama ada yang berhubungan dengan kehakiman, hubungan luar, agama dan lain-lain aspek pemerintahan. Biasanya dibantu oleh pembesar dan dinasihati oleh pembesar yang paling kanan ataupun oleh golongan bijak pandai agama seperti sangha di Burma, dan sami buddha di Siam.

 

4.        Raja penjaga agama.

Raja-raja Asia Tenggara dianggap pembela agama. Institusi agama selalu dihubungkan dengan Istana – akhirnya menjadi tempat yang suci dan penyebar agama. Sebagai contoh istana Raja Burma adalah suci dan perlu mematuhi adat dan peraturan jika hendak memasuki istana. Hal ini tidak terkecuali sama ada agama itu Islam atau Budhha.

 

5.        Raja lambang perpaduan rakyat

Kesetiaan rakyat adalah pada raja. Walupun wujudnya pembesar yang kuat, tetapi jika tidak disenangi raja ia tidak akan mendapat sokongan dan dianggap cuba memberontak terhadap raja. Oleh itu, sokongan rakyat adalah kerana raja. Rakyat hanya bersatu dibawah naungan raja bukannya pembesar.

 

6.        Pemerintahan raja dibantu oleh pembesar.

 

Penutup:

Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak bezanya baik dari segi fungsi, konsep, dan kepercayaan rakyat terhadap fungsi raja.

 

 


 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  24

HALAMAN UTAMA

 

24.          Dasar ekonomi tertutup pernah dijalankan oleh negara Siam dan Jepun. Mengapakah ia dijalankan dan apakah kesannya. 

 

Sebab-sebab:

Siam

Jepun

 

 

1.        Pertahankan kedaulatan Siam daripada penjajahan British dan Perancis

1.        Petahankan kedaulatan Keshogunan Tokugawa daripada ancaman golongan Daimyo yang bermusuhan

 

2.        Cubaan untuk menghalang campur tangan kuasa-kuasa asing.

2.        Satu cara Tokugawa dapat menghalang pengaruh luar daripada bersubahat dengan musuhnya dalam negeri.

 

3.        Menghalang gangguan penyebaran agama kristian yang boleh menggugat kepercayaan dan budaya masyarakat Siam.

3.        Menghalang tersebarnya ajaran Kristian yang boleh mengikis kepercayaan Shintoisme.

 

4.        Tidak mahu keadaan yang berlaku di Burma menimpa Siam. Berlakunya peperangan dengan British dan kejatuhan Dinasti Konbaung.

4.        Menghalang Jepun daripada pengaruh proses pembaratan

 

5.        Menghalang usaha penjajah untuk membaratkan Siam.

 

 

Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara.

 

Siam

Jepun

1.        Semakin kuat tekanan daripada British dan Perancis untuk mencari peluang dagangan di Siam

k    Perjanjian Burney 1826, memeprlihatkan usaha British bagi mendapatkan konsesi kepada pedagang British dan perlindungan serta jaminan kebebasan perniagaan rakyat British.

1.        Tekanan daripada Commodore Perry dan membawa ugutan daripada Presiden AS.

k    Commodore Perry mengugut akan menyerang Jepun dengan kapal perang jika Shogun tidak membuka pintu kepada pedagang barat terutama AS. Sebagai kesannya ia menjadi ancaman kepada kedudukan Shogun dan menyebabkan regimnya jatuh.

2.        Siam dapat mengimbangi kuasa antara British dan Perancis bagi mengelakkan Siam dijajah.

k    Dasar ini dapat mengimbangi kuasa Perancis, British dan Burma yang cuba menggugat kedaulatan Siam. Dengan persahabatan Siam dan layanan yang seimbang dengan kuasa-kuasa ini Siam dapat menyandarkan dirinya bagi mendapatkan bantuan dengan sesiapa yang dikehendaki.

1.        Pengekalan kuasa Tokugawa selama 250an tahun.

k    Tokugawa dapat mengekalkan pemerintahannya daripada gugatan Daimyo-daimyo lain dan menghalang berlakunya pemberontakan dan pemuafakatan untuk memberontak menentangnya.

3.        Siam berupaya untuk mengekalkan budaya dan kepercayaan masyarakat. Pengekalan institusi Raja dan peranan golongan istana membolehkan Siam membentuk peradaban mereka sendiri tanpa pengaruh lain-lain pihak.

2.        Keupayaan untuk menyekat penyebaran pengaruh Kristian dan pengaruh Barat.

 

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  25

HALAMAN UTAMA

 

25.    Sistem feudal menjadi teras kepada corak pemerintahan masyarakat Asia. Bincangkan

 

Pengenalan:

Konsep Feudal:

a.       Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus ada kaitan antara tanah dan manusia.

b.      Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan tanah.

c.       Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar yang diiktiraf dan dilantik oleh raja.

d.      Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan melalui pengutipan cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan, ataupun hasil hutan.

 

Isi:

Ciri-ciri feudal

a.       kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik

b.      kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah

c.       perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

 

Ideologi Feudalisme boleh dikelaskan kepada dua  struktur:

 

1.      Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat yang bertunjangkan aspek-aspek berikut:

a.       Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan terhadap tanah dan ia membentuk pengawal-pengawal .

b.      Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam daerah oleh pembesar.

c.      Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa oleh tuan tanah yang lebih kuat. Ini mewujudkan sistem feudal berpusat diketuai Shogun.

d.      Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh kepada tuan tanah.

e.      Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi untuk angkatan perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.

f.       Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi sesuatu sawah padi.

 

2.      Struktur feudalisme Biasa yang berasaskan ciri-ciri berikut:

a.        Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-tanh dalam daerah tersebut.

b.       Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam daerah.

c.        Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera  yang kuat.

d.       Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak dan membuktikan kekuatan pembesar.

e.        Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan hasil cukai. Biasanya pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan yang sebenar.

f.         Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana tiada cara mengaudit pendapatan cukai pembesar.

g.       Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah, serta menpengaruhi Raja.

h.       Pengikut dalam daerah  memberikan taat setia kepada pembesar melebihi daripada Raja kerana mereka bergantung pada pembesar dalam mendapatkan perlindungan, pekerjaan, dan pendapatan.

i.         Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara sistem warisan.

j.         Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu membantu. Tuan memberikan perlindungan dan tanah kepada vassal, dan vassal memberikan taat setia dan menjadi pengikut tuan yang setia.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  26

HALAMAN UTAMA

 

26.    Nyatakan sebab-sebab kuasa penjajah memperkenalkan sistem ekonomi baru  di India dan Indonesia.

 

a)         Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.

            Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon, dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti perdagangan Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.

            Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat.

 

b)        Untuk mewujudkan  persaingan perdagangan dengan Inggeris dan Amerika .

Ini bagi menambahkan bilangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Seterusnya menghalang perkembangan  Singapura  sebagai pusat perdagangan.  Kegagalan ini  dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang menghendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga meruapakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara Khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.

                       

c)             Berusaha untuk menghalang perdagangan di Singapura bagi mengubah  aliran pedagangan.

Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda  semakin tersepit dan akhirnya pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cadangan Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

 

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih

a)         Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.

b)        Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

c)         Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

 

Sebab pelaksanaan sistem Ryotwari

a)         Bagi menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tidak ada undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).

b)        Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar.

c)         Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:

I)     Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian.

ii)                                                                   Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.


 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  27

HALAMAN UTAMA

 

27.    Nilaikan peranan agama dalam membentuk kesedaran nasionalisme di Indonesia dan Burma.

 

Pengenalan:

Kepentingan agama dan golongan dalam membentuk dan mencorakkan nasinalisme di Indonesia dan Burma memang tidak boleh dipertikaikan. Dengan agamalah masyarakat pribumi di kedua-dua buah negara ini telah membentuk satu perjuangan ke arah kebebasan kedaulatan negara. Institusi seperti Sarekat Islam, Nadhatul Ulama, Muhamadiyah di Indonesia, YMBA, golongan Pyongyi di Burma telah menjadi nadi penting kepada pejuang-pejuang nasionalis seterusnya dan menuntut kemerdekaan negara mereka.

 

Isi:

                                 i.      Burma

                                                               i.      YMBA/Phongyi – berjuang untuk mengembalikan kesucian Budhha dan golongan biara.

                                                              ii.      Kembalikan kekuasaan raja Burma dan kedudukan phongyi – keagungan Budhha.

                                                            iii.      Perjuangkan kesucian Budhha dengan perjuangan kesucian istana raja dan kuil à buka kasut. Perjuangan ini menukarkan konsep YMBA dari sosiobudaya kepada politik pada 1916 à diteruskan pula oleh Phongyi.

                                                            iv.      YMBA perjuangkan konsep sekolah biara dan sekular . Sebelumnya British menghapuskan pendidikan Budhha dan tidak iktiraf lulusan sekolah biara.

                                                             v.      Perjuangan juga untuk membolehkan lulusan sekolah biara mendapat tempat dalam perkhidmatan awam Burma yang dikuasa oleh orang India.

                                                            vi.      Ottama dan Wisara – berjuang juga dalam ekonomi à pengaruhi mesyarakat tani jangan bayar cukai. à kedua-duanya mati dalam tahanan à meningkatkan kesedaran dan perjuangan orang Burma.

                                                          vii.      Berjuang untuk menghalang perkembangan Kristian di kalangan orang Burma à Orang karen majoritinya telah diKristiankan.

                                                         viii.      Bersama-sama golongan Thakin perjuangkan syarat kemasukan ke Universiti Ranggoon yang ketat à halang orang Burma dapat tempat.

 

                                ii.      Indonesia

                                                               i.      Sarekat Islam – perjuangkan kesejahteraan masyarakat Islam, terutama peniaga Islam daripada saingan peniaga Cina/Eropah.

                                                              ii.      Membantu peningkatan taraf pendidikan pribumi.

                                                            iii.      Membantu peniaga Islam dalam memajukan perniagaan dan perdagangan.

                                                            iv.      Mendesak dihapuskan buruh kanak-kanak dan paksa dan perbaiki kesihatan dan perubatan

                                                             v.      Mewujdukan sistem pengairan.

                                                            vi.      Matlamat tersembunyinya untuk memerdekakan Indonesia à tidak dijelaskan sebab khuatir Belanda akan haramakan SI.

                                                          vii.      Merupakan perjuangan berpolitik yang tersusun untuk kebangkitan masyarakat Indonesia à akhirnya cuba digunakan PKI ( Sarekat islam Merah) untuk mencari pengaruh à membuktikan perjuangan berkesan dalam mencari ahli.

                                                         viii.      Muhamdiyah/Nadhatul Ulama – berjuang untuk mengembalikan ajaran mengikut sunnah dan al-quran.

                                                             ix.      Pupuk perpaduan islam melalui pertubuhan yang berorganisasi.

                                                              x.      Berjuang untuk membangkitkan pendidikan Islam yang diabaikan penjajah.

                                                             xi.      Berjuang dalam menyekat pengaruh Kristian di Indonesia.

                                                           xii.      Kepimpinan ulama/islam – Haji Ahmad Dahlan, Hj Rasul, kiyai Hasjim Asjhari, Omar Said Tjockrominoto, Hj Agus Salim

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  28

HALAMAN UTAMA

 

28.    Tindakan bijak pemimpin Siam menyebabkan ia tidak dijajah oleh kuasa asing. Bincangkan dan buat pembandingan dengan pemimpin Cina.

 

Siam

 

 

Cina

1.                                Dasar ekonomi tutup pintu à tujuan utama untuk kekalkan merdeka à tetapi gagal bendung kemaraan Barat

2.                                Berlaku ugutan dan perang terhadap Cina à Perang Candu 1

3.                                Kesannya wujud perjanjian Nanking à Dipaksa buka bandar pelabuhan kepada pedagang barat

4.                                Institusi Co-Hong di mansuhkan à pedagang barat boleh berdagang secara terus.

5.                                Amalan peperiksaan awam Cina dihapuskan à menjatuhkan maruah Cina à hilang kedaulatan.

6.                                Berikutan kegagalan, Cina dibahagikan oleh kekuatan barat à wilayah-wilayah diambil secara paksaan sebab kelemahan Cina à gagal kerana tidak dimodenkan sistem pentadbiran/pemerintahan dan tentera.

7.                                Ubah kepada ekonomi buka pintu à belaku pemberontakan dalam negeri à pemberontakan Taiping  tentang Manchu à sebab menyebabkan peluasan kuasa barat.

8.                               Belaku pemberontakan Boxer à gagal à semakin luas wilayah Cina dikuasai barat dan jepun à runtuhnya manchu .

9.                               Keadaan berlaku kerana keegoaan Maharaja manchu dan kepimpinan Cina à anggap ia vertaraf tinggi jika dibandingkan dengan orang Barat à babarian @ tidak bertamadun. à tidak terima perubahan yang baik dari barat à sistem dan tentera masih kuno à pemikiran rakyat dibelenggu dengan ritual yang  tidak menguntungkan negara.

10.                           Kepimpinan Cina yang tertutup à wujud rasuah dan persengketaan dalam negara.à Kepimpinan Cina gagal melihat kehendak rakyat yang dipengaruhi pemodenan dan mengalami proses pembaratan.à wujud pemberontakan Taiping.

 


 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  29

HALAMAN UTAMA

 

29.    Peluasan kuasa asing menyebabkan wujudnya perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan. Jelaskan dan buktikan kenyataan ini berdasarkan keadaan  di Burma dan Jepun.

 

a.                    Burma

1.        Perubahan istem pemerintahan – 1885 jatuhnya dinasti konbaung à hilang kekuasan raja dan pengaruh golongan sangha à hilang jawatan dan taraf à sama dengan masyarakat bawahan à jatuhkan maruah.

2.        Sebagai ganti à wujud jawatan Pesuruhjaya - Residensi,Tim.Pesuruhjaya - pegawai daerah, hakim, polis dan jawatan awam dalam perkhidmatan awam à dikuasai Barat dan orang India à kelulusan sekular. Yg tinggal hanya institusi myothugyi à yang diwakilkan untuk kutip cukai.

3.        Jawatan Wungyi, wundauk, pegawai Istana, majlis hlutaw dihapuskan.

4.        Pentadbiran Burma duduk dibawah pentadbiran India.

5.        Seorang penasihat Burma diletakkan di India selepas Perang Inggeris-Burma 1. Burma juga terima penasihat Inggeris.

6.        Undang-undang barat diperkenalkan – kuasa raja hilang.

7.        Pentadbiran pencukaian dan tanah ikut sistem Inggeris seperti di India à bayar cukai dengan wang.

8.        Pentadbiran pendidikan ikut sistem sekular bukanya letak di biara Budhhaà jawatan yang hendak diisi mesti lulus sistem pendidikan sekular.

 

b.                   Jepun

                                       i.                              Maharaja berkuasa à Shogun hilang kuasa.

                                      ii.                              Wujud diet( parlimen) à parti politik,Seiyukai dan kenseikai, Menseito dan pilihan raya à pengundinya mereka yang bayar cukai à golongan kaya.

                                    iii.                              Diet berfungsi sebagai penggubal undang-undangà wujud perlembagaan Jepun

                                    iv.                              Perubahan undang-undang à ikut sistem barat à diakui oleh barat dan terima undang-undang Jepun.

                                     v.                              Ideologi demokrasi dalam lingkungan oligarki.

                                   vi.                              Pentadbiran tentera ikut sistem barat à tentera jalan kaki : Jerman, tentera laut : British. Teknologi : USA.

 


 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 30

HALAMAN UTAMA

 

  1. Bincangkan aspek sebab dan kesan Dasar Ekonomi Buka Pintu di Siam dan Cina.

Sebab pelaksanaan dasar pintu terbuka

 

Siam

Jepun

Cina

1.        Tekanan yang diterima daripada Perancis dan British  dalam mencari peluang dagangan di Siam.

1.        Tekanan dan ugutan yang diterima oleh Tokugawa daripada Commodore Perry.

1.        Tekanan dan kesan kekalahan Cina dalam Perang Candu 1

2.        Kekhuatiran Raja Mongkut dan Chulalonkorn akan tindakan British terhadap keengangan Rama III untuk menandatangani perjanjian perdagangan.

2.        Tekanan dalaman daripada daimyo-daimyo Tozama  dan Fudai terutama daripada puak Chosu dan Satsuma.

2.         

3.        Untuk menjamin kedaulatan dan kemerdekaan Siam.

3.         

3.         

 

Kesan Dasar Pintu Terbuka

 

Siam

Jepun

Cina

1.                   Siam bersetuju membenarkan pedagang-pedagang British berdagang di Siam.

2.                   Siam memberikan beberapa konsesi untuk pedagang British.Lihat syarat dalam perjanjian Bowring.

3.                   Siam terlepas jajahan di utara Tanah Melayu melalui perjanjian Bangkok

1.                   Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa dan bermula Dinasti Meiji dan kerajaan beraja di Jepun.

2.                   Penyebaran agama kristian diteruskan.

3.                   Wujud perubahan-perubahan yang dijalankan oleh Meiji.

4.                   Jepun menjadi kuasa tentera yang setaraf dengan negara barat.

5.                   Bermula era demokrasi berparlimen di Jepun.

1.                   Pembahagian Cina kepada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh penjajah-penjajah barat dan Jepun.

·         Inggeris – Hong Kong, Shanghai

·         Jepun - Manchuria

·         German – Wei-Wei

·         Russia – Semenanjung Liao Tung. 

·         Portugis – Canton

2.                   Keruntuhan Dinasti Manchu dan bermula pengaruh nasionalis dan komunis.

3.                   China tunduk dibawah kuasa barat.

 


 

HALAMAN UTAMA

SOALAN  31

HALAMAN UTAMA

 

  1. Penghakisan dalam aspek agama dan adat tradisi masyarakat di Burma dan India mencetuskan reaksi penentangan terhadap penjajahan.

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 32

HALAMAN UTAMA

 

  1. Barat telah menggunakan perjanjian bagi meluaskan kuasa mereka di Asia Tenggara.. Bincangkan.

 

 

 

 

HALAMAN UTAMA

SOALAN 33  

HALAMAN UTAMA

 

  1. Peperangan yang berlaku di Indonesia dan Fillipina mencetuskan pelbagai implikasi terhadap politik masyarakat pribumi. Jelaskan.