SOALAN 08
JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA DASAR EKONOMI TERTUTUP DI SIAM, CHINA, DAN JEPUN.
Kebanyakan negara-negara, termasuk
Asia Tenggara dan Asia Timur seperti Siam, China, dan Jepun telah
mengamalkan dasar ekonomi tertutup. Dasar ekonomi tertutup ini juga dikenali
sebagai dasar tutup pintu yang mana dijalankan merujuk kepada kuasa dasar yang menghalang hubungan sesuatu negara itu dengan negara
luar merangumi aspek politik, social, dan ekonomi. Dalam erti kata
yang lain dasar ekonomi tertutup ini merupakan dasar
yang dijalankan bagi mengelakkan campurtangan serta kemasukan pengaruh luar. Sememangnya dasar yang diamalkan telah memberi manfaat
kepada ketiga-tiga buah negara ini.
Jadi dasar ekonomi tertutup atau permencilan yang diamalkan disebabkan oleh kebimbangan China, Jepun, dan Siam akan campurtangan kuasa barat, tidak
memerlukan barang dari luar, untuk
menyekat penyebaran agama kristian, bimbang akan wujud persaingan
dalam ekonomi, pemerintah takut
kehilangan kuasa dan untuk menjamin
kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Antara sebab dasar permencilan ini diamalkan adalah
disebabkan rasa bimbang negara berkenaan akan
canpurtangan kuasa asing dalam politik, ekonomi, dan social. Kuasa barat sememengnya mempunyai niat untuk mencampuri urusan pentadbiran negara lain untuk
meluaskan pengaruh dan empayar jajahannya.
Lagipun biasanya campurtangan kuasa barat mempunyai
muslihat tertentu. Hasilnya banyak negara di
Asia berjaya di takluki akibat
kesan campurtangan. Contohnya kejayaan
Spanyol menjajah Filipina akibat dasar buka
pintu yang memberi peluang kuasa barat
untuk campurtangan. Jadi dengan mengamalkan dasar tutup pintu
dapat mengekang kuasa barat daripada
terus mencampurui urusan dalam negara
tersebut. Selain itu negara seperti
China, Jepun dan
Siam cuba beralih hanya dengan menyelesaikan
masalah dalaman mereka sendiri. Jika kestabilan wujud sudah tentu
akan menghalang
kuasa barat daripada mengambil kesemp-atan diatas masalah yang timbul.
Selain iti dasar ekonomi tertutup yang diamalkan kerana negara Jepun, China, dan Siam tidak memerlukan
barangan dari barat. Hal ini kerana negara tersebut
hanya mengamalkan sisitemekonomi sara
diri. Ekonomi sara diri
yang diamalkan hanya melibatkan urusan perdagangan dan jual beli didalam
negara sahaja.
Keistimewaan negara China, Jepun, dan Siam sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi
juga menyebabkan dasar ekonomi tertutup
diamalkan. Negara-negara ini merupakan
negara pertanian utama. Contohnya, China yang terkenal dengan
pengeluaran teh, sutera, tembaga dan bijih timah. Siam dan Jepun pula terkenal dengan pengeluaran padi. Jadi hasil yang diperolehi mencukupi untuk menampung pembangunan negaranya. Dasar tutup pintu ini dapat menjajikan
mereka hidup berdikari tanpa bantuan kuasa asing.
Seterusnya adalah untuk menyekat agama Kristian.
Pada masa yang sama China, Jepun dan Siam turut bimbang akan
pencemaran budaya tempatan akibat kemasukan budaya barat seperti agama Kristian. Selain itu mereka juga
bimbang agama Kristian akan digunakan
untuk menyatukan kaum feudal yang beragama Kristian oleh kuasa-kuasa
barat untuk menjatuhkan kerajaan. Jika kaum feudal ini bersatu tentu
akan wujud
pemberontakan yang akan mewujudkan ketidaksetabilan politik dan akan
menggalakkan campurtangan asing. Contohnya di Jepun mereka menghalau mubaligh-mubaligh dan para pedagang kerana
tidak mahu mereka menyebarkan agama Kristian. Penyebaran ini akan
menyebabkan penduduk tempatan meninggalkan kepercayaan dan adat tradisi mereka
selama ini. Ajaran Kristian juga didapati
bertentangan dengan agama
Buddha iaitu jalan 3 lapis mulia dan agama Shintoisme iaitu jalan tuhan iaitu
pembersihan dan penyucian untuk mengelakkan kemusnahan.
Selain iti negara China, Jepun dan Siam turut merasa bimbang
sekiranya mereka membuka laluan perdagangan dengan negara barat akan menyebabkan kuasa barat memonopoli
ekonomi dan mengaut hasil bumi
mereka. Sebagai contoh kuasa asing telah menyebabkan
beberapa perusahaan mengalami kemerosotan seperti perusahaan kain dan pertukangan.
Ini telah menambah bilangan penduduk yang menganggur. Selain itu tindak-tanduk
negara barat yang kurang sopan juga
menyebabkan negara seperti Siam tidak mahu menerima barang luar. Saudagar Hunter telah
menjalankan perdagangan secara menyeludup. China turup membatasi perdagangan dengan barat dengan peraturan
seperti tidak boleh menjalankan perdagangan secara bebas. Namun kuasa
barat telah melanggar peraturan tersebut dan telah
merugikan kerajaan China. Jadi dasar tutup pintu ini telah
menghalang monopoli perdagangan barat dan membataskan hubungan antara mereka.
Factor kuasa
dan kekuasaan juga antara
sebab dasar permencilan ini diamalkan di Siam, China, dan Jepun. Golongan pemerintah juga merasa bimbang
akan kehilangan
kuasa pemerintahan apabila membuat hubungan perdagangan dengan kuasa barat.
Lagipun dari awal kedatangan
kuasa imperialis barat ke Asia amat diragukan keiklasannya. Contohnya Indonesia, pada awal kedatangan Belanda mereka hanyalah bertujuan untuk berdagang. Namun apabila
mereka telah menjumpai hasil pertanian yang banyak dan sumber mineral yang dijumpai telah mengubah dasar daripada perdagangan kepada penjajahan. Apabila belanda berjaya menguasai Indonesia, golongan pemerintah
seperti raja dan pembesar telah kehilangan kuasa mereka. Maka sebagai
langkah berwaspada, negara Siam, Jepun, dan China telah bertindak lebih awal dengan
menghalang hubungan dengan kuasa barat
melalui dasr tutup pintu.
Kesimpulannya, dasar ekonomi
tertutup yang diamalkan telah membantu meningkatkan resputasi positif bagi menghalang
pengaruh imperialis barat. Dasar ini telah menunjukkan
kejayaan Jepun, China dan Jepun dalam
pemerintahannya tampa mengharap bantuan kuasa besar lain terutama kuasa barat.