SOALAN 01
BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI
ASIA
SAMSUDIN ABD KADIR
P |
emerintahan dalam masyarakat Asia sebelum pengaruh Barat muncul disandarkan kepada sistem beraja. Dalam sistem ini masyarakat memberikan kesetiaan yang tidak berbalah bahagi kepada raja. Kedudukan raja amat dihormati dan menjadi suatu keramat kepada rakyatnya. Dalam menilai dan mengkaji sistem ini ia dapat dinilai melalui konsep raja dari sudut pandangan rakyat.
Melalui konsep yang dipegang, rakyat melihat raja mereka sebagai individu manusia yang lain daripada manusia yang lain. Raja dilihat sebagai individu yang penuh keramat dan kesaktian. Raja mempunyai kuasa yang tidak ada tandingan dengan manusia lain. Keadaan seperti ini dapat dijelaskan melalui konsep ketuhanan atau kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja. Dengan kata lain penghormatan rakyat terhadap rajanya bergantung pada kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja itu. Dengan kepercayaan bahawa raja itu, sama ada ialah tuhan, anak tuhan, mempunyai kuasa tuhan atau individu lindungan tuhan, raja menjadi objek sama ada untuk disembah atau menurut segala arahan atau titahnya. Melawan atau cubaan memberontak menjadi satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan mereka yang berkelakuan seperti ini disumpah atau dimurkainya. Kemurkaan raja ini dianggap sebagai kemurkaan tuhan dan individu yang melanggar kepercayaan ini akan mendapat kecelakaan. Kepercayaan seperti ini telah meletakkan raja dalam situasi yang selesa dan sentiasa mendapat kepatuhan daripada rakyat.
Keadaan seperti ini dapat
digambarkaan melalui kepercayaan masyarakat Jepun yang percaya bahawa keturunan
kemaharajaan Jepun daripada keturunan Amaratsu iaitu keturunan Dewi Matahari.
Kedewaan maharaja Jepun menjadi masyarakat Jepun percaya maharaja mereka
mempunyai satu kekuasaan terhadap rakyat dan negara Jepun. Begitu juga dengan
kedudukan raja-raja Burma. Siam, dan Indocina. Raja-raja mereka dihubungkan
dengan kesucian dan pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa
kedudukan raja akan membantu mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa
kini dan mendatang. Malahan bagi rakyat Burma, kedudukan dan kawasan istana
raja dianggap suci. Rakyat perlu menundukan kepada mereka, membuka kasut, dan
mematuhi peraturan istana bagi
menghormati kesucian istana yang dianggap sebagai lambang kesucian dan
ketuhanan. Sifat-sifat ketuhanan yang ada pada raja-raja ini membolehkan mereka
dihormati lebih daripada individu manusia lain dan membolehkan mereka
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran tanpa banyak penentangan daripada
rakyat. Keadaan ini ditambah dengan pengaaruh golongan cerdik pandai agama
seperti para sami yang mendapatkan kedudukan yang tinggi selepas maharaja. Keadaan ini juga berlaku kepada Raja Siam
yang menganggap dirinya sebagai raja segala raja ataupun divine kingship.
Kedudukannya dihubunkan dengan kesucian agama Buddha dan membolehkan kedudukan
raja Siam mengatasi lain-lain kerajaan beraja di muka bumi ini.
Jika
Maharaja Jepun dianggap mempunyai kaitan dengan Dewi Matahari, Raja Nguyen di
Vietnam menganggap dirinya anak tuhan atau Thein-tu. Dengan kedudukan ini raja Vietnam dianggap
mempunyai hak dalam memerintah dunia. Beliau menganggap dirinya sebagai wakil
kepada tuhan. Kedudukan ini membolehkan pengaruh dan kuasanya dapat dipeluaskan
kepada seluruh rakyat dibawah pemerintahannya. Begitu juga dengan keturunan
raja Kampucea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 -
1970 ). Mereka dianggap suci keturunan
yang suci. Kesucian ini membolehkan mereka membina pengaruh dan kuasa dalam
memerintah negara.
Melalui konsep ketuhanan ini raja-raja di Asia beperanan dalam menentukan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Sebagai contoh, Raja
Dalam masyarakat Vietnam, peranan raja mereka dalam pemerintahan diibaratkan sebagai punca ilmu. Selain itu ia juga berperanan dalam menentukan kemakmuran ekonomi negara dan rakyat. Ia juga dipercayai sebagai ayah kepada rakyatnya. Hal ini kerana manusia kebanyakan diberi keupayaan yang berbeza jika dibandingkan dengan raja dan raja Vietnam memiliki kelebihan tersebut, iaitu kelebihan sebagai anak tuhan. Kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan raja Vietnam ditaati dan sumber kepada kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Kelebihan ini bukan sahaja ada pada raja di Vietnam , tetapi ia juga menjadi kelebihan kepada raja di Kampucea. Dengan status sebagai raja yang suci, raja-raja Kampucea berperanan sebagai tempat rujukan undang-undang. Malahan, apa-apa yang dikatakannya adalah merupakan satu peraturan dan mesti dipatuhi. Selain tugas tersebut, raja Kampucea juga berperanan sebagai tempat menaruh harapan kepada rakyat yang menghadapi masalah. Raja dianggap sebagai tempat menyelesaikan kesulitan kerana ia juga dianggap sebagai lambang kepada kemakmuran. Dengan kata lain tanpa raja negara akan musnah dan kacau bilau akan berlaku. Oleh itu, kepatuhan kepada kata-kata raja merupakan undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi.
Bagi raja Siam peranan yang dimainkannya
dalam pemerintahan negara ialah raja dianggap sebagai pelindung kepada rakyat.
Tanpa raja rakyat akan menghadapi kesengsaraan. Hal ini kerana raja Siam
dipercayai mempunyai kuasa yang mutlak tentang semua yang ada di bumi ini.
Keadaan ini bersesuaian dengan konsep divine kinship yang ada pada raja. Dalam era
pemerintahan Rama 1, beliau telah
mengeluarkan undang-undang yang
diperlukan pada waktu itu. Selain itu raja juga ialah penaung kepada agama
Buddha dan beliau juga memastikan segala upacara negara dan agama dijalankan.
Dalam bidang pendidikan, Rama 1 menggalakkan kesusasteraan rakyat serta telah
mengubahsuai tradisi yang diamalkan dalam era Ayudhya seperti undang-undang
cerai, kesusasteraan, sejarah, undang-undang agama, dan istiadat negara. Beliau
juga telah melaksanakan revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia bagi
menentukan nasib negara. Dalam pemerintahan Rama 2 dan 3, mereka telah
berperanan dalam menentukan keamanan negara disamping meneruskan usaha Rama 1
dengan berperanan dalam pelaksanaan upacara negara serta memperkembangkan
keintelektualan masyarakat di samping mempertahankan negara daripada tekanan
pihak luar. Keadaan dan kebolehan raja
Siam dalam menjalankan pemerintahan dapat dikaitkan dengan kekuasaan yang ada
pada rajanya dengan mengumpulkan gajah putih iaitu satu lambang kebebasan raja
dalam mendapatkan dan menjalankan pemerintahannya.
Bagi masyarakat Jepun walaupun raja
dianggap mempunyai unsur ketuhanan, tetapi ia dapat dimanipulasikan oleh
Shogun. Dalam hal ini raja Jepun hanya berperanan dalam melaksanakan upacara
sahaja, tetapi tidak dalam hal politik jika
dibandingkan dengan raja-raja di Burma, Siam, Vietnam, dan Cina. Aspek
politik banyak diiitentukan oleh Shogun yang memerintah melalui keesahan raja.
Segala bentuk perrjalanan dan pemerintahan negara dijalankan oleh Shogun.
Malahan raja dihalang daripada bertemu dengan pembesar lain dan rakyat. Ia hanya
boleh dilakukan jika mendapat kebenaran dan iringan Shogun Tokugawa sahaja.
Walaupun dalam aspek ini kelihatan Shogun lebih berkuasa, tetapi raja tetap
berperanan sebagai ketua negara dan kerajaan. Hal ini kerana Shogun masih
memerlukan raja, kerana tanpa raja Shogun tidak boleh berkuasa. Ini berikutan
daripada kepercayaan rakyat bahawa raja
memberikan kuasanya kepada Shogun untuk memerintah. Shogun pula memanipulasikan
kedudukan raja bagi memberikan hak kepadanya untuk mentadbir Jepun. Keadaan ini
kerana raja Jepun dianggap mempunyai kesucian dan ada hubungan dengan dewi
matahari. Pemberian kuasa kepada Shogun oleh raja melambangkan pemberian kuasa
dewi matahari kepada Shogun. Dengan kata lain, raja Jepun ialah sumber
kedaulatan dan bukannya sumber kuasa dalam pentadbiran. Shogun pula memperguna
kedudukan ini bagi mendapat taat setia daripada rakyat dan pembesar supaya mereka tidak menentang dan
memberontakan terhadapnya. Kedudukan ini membolehkan keluarga Togukawa mengawal
pemerintahan dan mentadbir Jepun lebih daari 200 tahun, jika dibandingkan
dengan rakan-rakannya – Nobunaga dan Yoritomo.
Bagi maharaja Cina ia masih mengawal dan
mentadbir serta menjadi nadi penting
dalam pemerintahan Cina. Maharaja mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan dan
menganggap dirinya seperti divine kinship. Ia melihat orang lain tidak
bertamadun jika dibandingkan dengan Cina. Keadaan di India dan Indonesia pula
raja-rajanya didapati kehilangan banyak kuasa. Segala kuasa mentadbir telah
diambil oleh pihak penjajah. Walaupun pada peringkat awalnya mereka seperti
raja-raja Asia yang lain, tetapi kebijaksanaan penjajah Eropah telah
menyebabkan mereka kehilangan kuasa melalui perjanjian dan kekalahan dalam
peperangan. Dari segi konsep, rakyat masih melihat mereka mempunyai hubungan
dengan tuhan. Bagi Indonesia rajanya pada awalnya dikaitkan dengan amalan dalam
Hindu, Buddha, dan kemudiannya Islam. Begitu juga, dengan raja Burma dan
Vietnam yang akhirnya mereka mengikut jejak langkah dengan kehilangan kuasa di
tangan penjajah Eropah.
Sebagai rumusannya raja-raja ini boleh
dikatakan kesemuanya telah dihubungkaitkan dengan aspek agama. Mereka telah
dilihat seperti manusia lain yang teristimewa sehinggakan segala perintahnya
diikuti dan ditaati. Tanpa hubungan ini manusia raja ini berkemungkinan tidak
akan dapat bertahan lama dalam pemerintahan. Unsur kesucian dan ketuhanan yang
ada pada mereka telah membolehkan mereka sentiasa ditaati.