SOALAN 15

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERTANIAN BERAS DI  TANAH BESAR ASIA TENGGARA.

 

NURFARIZA BINTI MOHAMAD SHAH.

 

 

Sebelum kedatangan bangsa Eropah, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan yang lumrah di kalangan masyarakat Asia. Bagi rantau Asia Tnggara, aktiviti ekonomi sara siri dapat dilihat dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan. Sektor pertanian merupakan aktiviti yang paling asas dalam krhidupan masyarakat tempatan dan penanaman padi sawah dan padi bukit merupakan jenis tanaman yang utama. Pada mulanya, aktiviti pertanian diusahakan untuk kegunaan sendiri dan lama-kelamaan bertukar menjadi kegiatan ekonomi komersial. Keadaaan ini telah dipengaruhi faktor geografi dan cuaca di Asia Tenggara yang panas dan lembap sepanjang tahun serta teknologi tinggi yang dicipta oleh masyarakat tempatan. Antara kawasan padi yang terdapat di Asia Tenggara ialah Delta Irrawaddy (Burma), Dataran Bangkok/Lembah Menam Chao Phraya (Thailand) dan Delta Mekong (Vietnam), Tasik Tonle Sap (Kampuchea) dan Laos.

Terdapat dua jenis pertanian padi sawah. Pertama, padi sawah yang bergantung kepada air hujan seperti di Delta Irrawaddy. Kedua, menggunakan air tambahan yang boleh dilaksanakan melalui banjir dari sungai-sungai seperti di tanah pamah Mae Nam di Thailand dan sepanjang bahagian hilir sungai Mekong. Bagi pertanian padi bukit pula, penanaman ini dijalankan kerana ianya memerlukan kuantiti yang sedikit. Penanaman ini turut diamalkan oleh suku Chin, Karen dan Kachin.maka, dengan kewujudan pertanian beras di Tanah Besar Asia Tenggara, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemajuan tersebut.

Perkembangan pertanian disebabkan oleh wujudnya perubahan dalam teknologi pertanian pai. Penggunaan cara pertanian yang lebih maju telah menyebabkan wujudnya pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian. Selain itu, melalui pertanian padi telah lahir satu bentuk industri yang utama iaitu pengilangan padi. Kewujudan kilang-kilang pemprosesan padi telah menakibatkan perluasan penanaman padi. Bankok ialah pusat pengilangan padi memandangkan wujudnya beras dan kilang-kilang pertama yang dibuka pada tahun 1858. kemampuan kilang ini dalam sehari adalah diantara 100 hingga 200 tan padi. Kilang ini muncul di wilayah-wilayah seperti Korat dimana ia merupakan kilang moden. Perubahan lain ialah semakin banyak terusan –terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit, Thailand. Perkembangan ini berlaku di Delata Chao Phraya . satu contoh yang boleh diberi ialah Rangsit. Rangsit telah dibangunkan oleh syarikat kepunyaan elit Bangkok dan seorang bangsa Itali. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1888. Syarikat ini juga telah diberi beberapa keistimewaan oleh kerajaan seperti menggali semua terusan yang dibiayai oleh kerajaan. Terusan di rangsit yang begitu cepat telah menarik minat pembeli-pembeli tanah yang terdiri daripada golongan elitdari Bangkok. Begitu juga dengan petani-petani yang mengerjakan tanah sebagai penyewa.

Perkembangan pertanian beras ini juga disebabkan oleh perubahan dalam sisitem pemilikan tanah. Pembinaan terusan di rangsit telah menyebabkan tanah-tanah di persekitarannya dibuka untuk belan orang ramai. Ininjuga hasil pemodenan yang dibuat oleh raja Siam bagi membolehkan seramai petani atau pemodal yang mengusahakan tanaamn padi. Perkembangan ekonomi Thailand mempunyai senario yang unik dimana pemerintahan Dinasti Chokri terpaksa mengorbankan sesetangah dasar demi mengekalkan kedaulatan politiknya. Oleh itu, pemerintahan Chokri ini telah menggubal dasar tanah dan cukai di dataran Tengah. Tujuannya bagi menjaga kepentingan pekebun kecil serta menghapuskan aktiviti perhambaan dan buruh paksa yang menjadi penghalang ekonomi kepada pertumbuhan perdagangan eksport tanaman jualan. Ia juga bagi membantu petani untuk menerima kredit dan perkhidmatan teknik. Bagi petani di Vietnam, mereka sangat terikat dengan aktiviti penanaman padi dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di kawasan yang dianggap sebagai milik masyarakat. Sebelum kedatangan Peransis, harta persendirian dalam bentuk pemilikan tanah meupakan milik bersama dan mereka menjalankan aktiviti padi di atas tanah milik bersama ini.

Keadaan muka bumi yang subur juga menyebabkan perkembangan pertanian beras di Asia Tenggara. Delta Chao Phraya, Delta Mekong, dan Delta Irrawaddy merupakan kawasan subur dan amat sesuai untuk penanaman padi. Disamping itu, ia juga mengalami hujan yang banyak bagi bekalan air untuk padi. Bagi Delta Irrawaddy, ia mempunyai kesuburan yang padat penduduknya. Di Vietnam, keadaan geografinya terdapat kawasan subur, iaitu Lembah Mekong. Limpahan lumpur Sungai Mekong ini membolehkan kawasan tersebut subur dan dan seterunya menjadi kawsan tumpuan penduduk. Di Vietnam, juaga mempunyai sistem parit dan tali air yang dibina untuk mengawal banjir di Sungai Koi dan Delta Sungai Merah di Tonking. Manakala, di Thailand muka buminya yang bergunung-ganangdan mempunyai kawasan yang subur dan padat penduduknya dengan sistem pengairan yang luas merupakan salah satu sebab berkembangnya pertanian padi di Asia Tenggara. Faktor kombinasi hujan dan musim banjir selama tiga bulan dalam setahun juga menyebabkan kawasan di Thailand sesuai dengan pananaman padi. Sungai Mekong menjadi sempadan diantara Vietnam dan Laos. Setiap tahun setelah Sungai Mekong yang melimpah dalam musim monsunsurut , tanah lanar yang subur menutupi bumi dan disinilah kebanyakan penduduk Laos tertumpu untuk pertanian.

Selain itu, berkembangnya sistem eknomi komersial juga menyumbang kepada perkembangan pertanian padi di asia Tenggara. Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri , masyarakat pribumi berlumba-lumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan . Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial telah telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga upah dan bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi memastikan keuntungan titik peluh yang dikerjakan adalah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai petani –patani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Sebagai contoh, masyarakat tani Burma, telah menggunakan atap zink bagi menggantikan atap nipah, menggunakan barangan import seperti kain dari India dan British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah. Keadaan ini adalah hasil perubahan nilai yang dibawa oleh sisitem ekonomi komersial. Penggunaan barangan moden dan diimport dalam isi rumah seperti perhiasan perabot dari british, makanan dalanm tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria dan lain-lain barangan import telah berlaku kepada masyarakat tani Burma. Perubahan mentaliti petani daripada mengharapkan saraan secukup hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din telah berjaya  menaungi petani lain.Selain itu, konsep sisitem serah juga berubah menajdi kepada buruh upah.

            Faktor buruhupah yang ramai juga turut mempengaruhi perkembangan beras. Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan hilangnya burh dalam sistem kerah. Ini membolehkan buruh-buruh yang bekerja tanpa upah berubah dan bekerja bagi mendapatkan pendapatan. Dengan tumpuan kerja, masyarakat banyak tertumpu dalam bidang penanaman padi. Ini membolehkan industri pertanian beras berkembang tanpa menghadapi masalah buruh. Contoh di Burma ialah kemasukan buruh dari India dan China adalah disebabkan oleh gaji yang murah. Mereka datang melalui sistem yang dibuat oleh kuasa barat. Buruh India biasanya tertumpu di bawah jajahan British terutama nya di Burma dan Semenanjung Tanah Melayu . Buruh dari India telah dibawa masuk  bagi tujuan menuai padi. Pembukaan terusan Suez pada tahun 1869 juga membantu perkembangan perusahaan beras di Burma.

            Pemodal-pemodal asing juga merupakan faktor berkembangya pertanian beras di Asia Tenggara. Pemodal yang melabur modal penanaman padi sanggup membina kilang-kilang beras di Eropah seperti di Liverpool , Bremen, dan Hamburg bagi memenuhi permintaan masyarakat Eropah yang memerlukan beras. Salah satu contohnya ialah Cheng Siok Hwa, The Rice Industry in Burma. Di Burma, syarikat yang mula-mula mendirikan kilang beras ialah Joseph Heap and Sons Ltd. Selain daripada itu, syarikat-syarikat Eropah lain juga telah meletakkan wakilnya bagi mendapatkan padi untuk dieksport ke negara mereka.

            Di samping itu, permintaan beras dunia yang semakin bertambah di Eropah juga menyebabjkan perkembangan pertanian beras di Asia tenggara. Ini dapat dilihat daripada jumlah eksport yang dieksport ke Eropah semakin meningkat  dari tahun ke tahun. Pengeluaran pai telah bertambah dengan pesat dan Burma telah muncul sebagai pengeksport beras yang penting di dunia. Menjelang akhir akhir abad ke–19, jumlah eksport beras Burma iala 2.5 juta tan. Kemunculan mendadak permintaan yang banyak dan kerap dari pasaran luar negeri menjadikan beras eksport yang penting. Selain pemintaan dunia, perkembangan sisitem perhubungan laut yang murah juga membolehkan beras Thai bersaing dengan berkesan di pasaran terbuka.

            Selain itu, sistem pengairan yang baik juga merupakan faktor perkembangan pertanian beras di Asia tenggara. Aktiviti pertanan padiini bergantung kepada sistem pengairan. Justeru, masyarakat Vietnam, telah membina sistem pengairan seperti parit dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian padi dan mengawal banjir . sistem saluran ini dapat membantu petani mengawal aktiviti pertanian.teknik pengawalan ini diambil dari China sejak zaman-berzaman. Selain di Vietnam, Lembah Sungai Mekog juga merupakan kawasan pengairan kerana kesan daripada limpahan lumpur SungaiMekong.ia juga untuk kemudahan mendapatkan sumber bekalan air dengan mudah untuk membantu penduduk menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan pengairan yang baik ini seterusnya menjadi tumpuan penduduk di sesuatu kawasan untuk menjalankan untuk menjalankan kegiatan pertanian.

            Kesimpulannya, dengan pelbagai faktor perkembangan pertanian beras ini, maka ianya akan lebih berkembang dengan pesat dan dapat memasuki pasaran antarabangsa. Hal ini kerana, penanaman padi merupakan kegiatan asas pertanian di seluruh rantau Asia Tenggara.