Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep:

Imperialisme:             Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.

Kolonialisme:            Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme:           Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

 

Ciri-ciri:

 

1.        Mencabul kedaulatan negara

2.        Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

·         Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.

3.        Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4.        Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5.        Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6.        Meletakkan penasihat

7.        Kepergantungan terhadap negara penjajah.

 

 

Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu

 

Aspek Kajian:

&    Sebab campur tangan

&    Ciri-ciri campur tangan Inggeris

&    Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.

&    Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.

&    Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan

 

Sebab Campur Tangan

Faktor Ekonomi:

 

1.        Kehendak dan pemilikan bahan mentah

2.        Perkembangan Revolusi Industri di Eropah

3.        Pasaran

4.        Mencari keuntungan

5.        Desakan pemodal

6.        Perkembangan teknologi

 

Faktor Politik dan Sosial

1.        Persaingan kuasa asing

2.        ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi gelap.

3.        Peranan Andrew Clark

4.        Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan

5.        Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh British di rantau ini.

6.        Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia . Dasar Pembaratan.

7.        Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan Koservatif kepada Buruh.

 

 

 

 

Ciri-Ciri Campur Tangan

 

  1. Politik yang tidak stabil

a.        Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi

b.       Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.

c.        Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.

d.       Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.

  1. Penguasaan dan kekayaan ekonomi

a.        Kekayaan bahan mentah.

b.       Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.

c.        Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.

d.       Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.

  1. Keselamatan

a.        Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.

b.       Pengawalan jalan laut

c.        Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji ketenteraan.

 

Ruang Lingkup Kajian Peperangan:

1.        Perang Naning 1832

2.        Perang saudara dan kekacauan di Perak 1874

3.        Perang saudara di Selangor dan di Negeri Sembilan

4.        Perang Kedah dan Siam

5.        Serangan Kedah terhadap Perak 1824 - 25

6.        Perang Larut 1- 3

 

Sebab-sebab berlakunya peperangan:

1.        Perebutan takhta.

·         Perebutan takhta antara pembesar di Perak antara Raja Abdullah, Raja Yusuf dan Raja Ismail

·         Perebutan ini wujud dalam kerabat Kedah.

2.        Menuntut kemerdekaan

·         Sultan Kedah inginkan kemerdekaan daripada Siam - tidak mahu hantar ufti lagi

·         Kegagalan Francis Light bantu Kedah menentang Siam - Sultan murka dan serang Pulau Pinang.

3.        Gangguan terhadap sistem pembesar

·         Gangguan amalan pencukaian - halang pembesar mengutip hasil cukai - sebabkan pembesar hilang hasil dan pengaruh. Berlaku di Perak, Pahang, Kelantan, Naning, dan Negeri Sembilan.

·         Amalan yang selama ini dilaksanakan oleh pembesar diganggu seperti amalan pengumpulan hamba, gundek , dan taraf serta kedudukan pembesar. Inggeris datang mengubah amalan ini menjadikan pembesar sebagai kaki tangan kerajaan yang dibayar upah atau gaji.

4.        Tafsiran yang salah oleh pegawai Inggeris

·         Birch buat tafsiran yang salah mengenai fungsi Residen. Birch berfikiran yang nasihatnya mesti diikuti sedangkan Sultan berpendapat disebaliknya. Wujud ketegangan hubungan dan menyebabkan Sultan membuat permuafakatan dengan Dato Sagor dan Maharajalela.

·         Dalam kes di Trengganu Inggeris mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai status tanah yang dianggap hak kerajaan. Bagi orang Melayu terutama Abd Rahman Limbong tanah adalah hak Allah swt dan boleh diterokai tanpa mendapat pengesahan Inggeris. Inilah yang diamalkan sebelum Inggeris datang menjadi penasihat Sultan.

·         Wujud salah faham dalam perjanjian antara Naning dengan Belanda. Inggeris membuat tafsiran yang Dol Said perlu membayar cukai sebanyak 10 %  kepada Inggeris, sedangkan ini tidak pernah diminta oleh Belanda . Malahan Belanda berpuas hati dengan bayaran mengunakan hasil padi sahaja. Keadaan ini berlaku setelah Belanda menyerahkan wilayah itu kepada Inggeris selepas perjanjian 1824.

 

 

 

5.        Kegiatan kongsi gelap

·         Pergaduhan antara kongsi gelap Cina seperti Hai San dan Ghee Hin merancakkan masalah peperangan. Ini diikuti oleh sokongan yang didapati daripada pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

6.        Perebutan kawasan ekonomi

·         Berlaku di Negeri Sembilan antara Dato Kelana dengan  Dato Bandar

·         Di Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi

7.        Gangguan terhadap adat dan istiadat Melayu/bumiputera

8.        Masalah sempadan.

9.        Perubahan pentadbiran.

 

Kesan peperangan:

1.        Termetri perjanjian yang bias - berlakunya: ( Lihat hujah dalam aspek Perjanjian )

Ø       Penyerahan wilayah

v      Wilayah Dinding di serahkan kepada Inggeris dalam perjanjian Pangkor

v      Kedah dipecahkan dan wujudnya negeri Perlis.

Ø       Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

v      Wujud campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Melayu.

v      Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima penasihat Inggeris.

v      Hilang hak bersuara dan keputusan ditentukan oleh Inggeris.

Ø       Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial - penerimaan pengaruh Inggeris.

v      Wujud perubahan sistem pentadbiran seperti Sistem Residen, Persekutuan, Pemecahan kuasa, dan Malayan Union.

v      Perubahan sistem pemerintahan daripada monarki mutlak, kepada monarki berpelembagaan dan demokrasi. Daripada kuasa pada tangan orang Melayu kepada orang Inggeris.

v      Perubahan daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yang memperlihatkan penguasaan orang asing seperti Inggeris, dan Cina. Wujud pembahagian ekonomi seperti orang Melayu sebagai petani, Cina – peniaga, dan India – penoreh dan pekerja keretapi.

Ø       Kemasukan imigran dan saudagar asing

v      Kemasukan orang Cina dan India dan mewujudkan masyarakat majmuk.

v      Penguasaan ekonomi daripada masyarakat Eropah dan Cina dalam bidang perniagaan.

Ø       Kehilangan kuasa ekonomi

v      Para pembesar Melayu hilang hak mengutip cukai.

v      Wujudnya bentuk cukai baru dan bertentangan dengan amalan orang Melayu seperti pembayaran cukai untuk hasil pertanian dan ternakan, dan kebenaran untuk pembukaan tanah baru.

Ø       Pencemaran budaya dan agama

v      Tradisi pentabalan Raja banyak dikuasa oleh Inggeris. Berlaku dalam pelantikan sultan di Perak. Inggeris menabalkan Raja Abdullah dan Raja Yusuf.

2.        Terlerainya perpaduan Melayu

Ø       Wujud masyarakat Melayu yang berpihak kepada Inggeris dan pembesar tempatan. Sebagai contohnya, orang Melayu Rembau menolong Inggeris mengalahkan Naning yang sebelumnya berpihak kepada Naning.

Ø       Permusuhan antara pengikut Raja Abdullah , Raja Ismail, dan Raja Yusuf memperlihat salah satu pihak bersekongkol dengan Inggeris.

3.        Wujudnya pasukan keselamatan dan undang-undang Inggeris.

Ø       Inggeris melaksanakan perundangan Inggeris dan tidak lagi mengikuti perundangan negeri-negeri Melayu. Wujudnya hakim, peguam dan pasukan polis bagi menjaga ketenteraman awam.

Ø       Pasukan tentera Sepoi ditubuhkan bagi menjaga keselamatan negara daripada para pemberontak. Sebagai contohnya dalam pertikaian antara perak dan Kedah Gabenor Pulau Pinang telah mengarahkan tentera Sepoi membantu Perak daripada serangan Kedah pada tahun 1826 dengan termetrinya Perjanjian Low.

4.        Hilangnya kedaulatan Melayu  - Penyerahan nasib kepada orang asing.

5.        Gangguan terhadap kesejahteraan ekonomi Inggeris.

·         Hal ini seterusnya telah mengalakkan Inggeris untuk menukarkan dasar mereka darpada tidak campur tangan kepada campur tangan dan dimulakan pada tahun 1874 dengan termetrinya Perjanjian Pangkor. Keadaan ini wujud kerana peperangan dan kekaacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu telah menjejaskan perdagangan timah Ingeris di Pulau Pinang. Keadaan ini juga telah mengurangkan produtivti timah apabila kongsi gelap Cina terbabit sama dalam pertikaian dan kekacauan di negeri-negeri Melayu.

·         Keadaan ini lebih jelas lagi apabila pedagang Cina di Pulau Pinang mendesak Andrew Clarke untuk campur tangan pertikaian takhta di Perak pada 1874.

 

Cara Inggeris menggunakan kejadian peperangan dalam campur tangannya:

1.        Memberikan tawaran dan bantuan seperti :

Ø       Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan

Ø       Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ø       Perlindungan daripada serangan

2.        Memaksa pemetrian perjanjian.

·         Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian dalam Perjanjian Low supaya tidak menyerang Perak.

·         Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian antara Inggeris dan pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian yang wujud ini tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua kuasa ditentukan oleh Inggeris.

 

3.        Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan perniagaan.

·         Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan punca berlaku kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga Inggeris berketurunan Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan bahawa undang-undang melayu tidak menjamin keadilan.

 

4.        Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau Pinang serta pengawalan lanun yang dikatakan menjejaskan perdagangan Ingeris di Selangor.

 

5.        Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-pembesar. Sebagai contoh campur tangan Inggeris di Perak kerana dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan kepada Sultan Kedah.

 

6.        Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak kepada mereka dengan mengambil alih beberapa wilayah seperti dalam Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.

 

7.        Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat Inggeris. Wujud dalam semua perang dan kekacauan.

 

8.        Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:– Inggeris letakkan tenteranya di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.

 

9.        Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada kepimpinan Melayu yang boleh mendorong penentangan secara meluas seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah, Abd. Rahman Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan Inggeris menguasi wilayah yang diterajui oleh penentang-penentang ini.

 

 

 

Ì      Ruang Lingkup Kajian Perjanjian dan Campur Tangan:

1.        Perjanjian Raffles-Temenggung Abd Rahman 1816

2.        Perjanjian Inggeris - Belanda 1824

3.        Perjanjian Low 1826

4.        Perjanjian Burney 1826

5.        Isi kandung perjanjian Naning - Belanda

6.        Perjanjian Pangkor 1874

 

Sebab-sebab perjanjian ditanda tangani:

1.        Keinginan mendapatkan bantuan dan mempertahankan hak sebagai Sultan.

·         Sultan Abdullah memohon bantuan Inggeris untuk membantunya menaiki takhta Perak selepas kematian Sultan Ali.

·         Sultan Kedah memhon bantuan Bugis dan Inggeris bagi mengatasi masalahnya dengan Siam

·         Sultan Hussin Johor mendapatkan pengiktirafan daripada Inggeris ( Raffles ) untuk menaiki takhta Johor.

·         Wab Ahmad dengan pujukan daripada Maharaja Abu Bakar menerima bantuan Inggeris bagi menghalang serangan Wan Mutahir dan Siam. Inggeris menghantar kapal perangnya mengugut Trengganu supaya tidak memberikan bantuan dan kebenaran kepada Wan Mutahir dan Siam daripada menyerang Pahang.

2.        Penamatan peperangan

·         Dapat dilihat dalam perjanjian Burney dan Low bagi mengatasi serangan Siam terhadap Kedah dan Perak.

·         Perjanjian Low membolehkan Inggeris menghantar tentera Sepoi untuk mengawal keamanan Perak.

·         Perjanjian Anderson antara Selangor dan Perak – tamat pertikaian masalah sempadan.

3.        Adakan hubungan diplomasi

·         Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles bagi menjalinkan hubungan dua negara.

·         Perjanjian Burney membolehkan Inggeris mendapatkan hak perdagangan di Siam serta membolehkannya mempunyai hubungan dengan Siam bagi mengelakkan persaingan daripada Perancis.

·         Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan hubungan diplomasi antara Inggeris dan Siam diperkukuhkan dan akhirnya Siam mengakui ketuanan Inggeris terhadap negeri-negeri utara Tanah Melayu.

·         Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 membolehkan hubungan diplomasi dua negara dipertingkatkan dengan persempadanan pengaruh masing-masing.

·         Di Borneo perjanjian antara Inggeris ( Raffles, dan Hare ) dan Banjarmasin membolehkan Inggeris menguasai jalan perdagangan di Borneo.

4.        Peluasan dan pengukuhan ekonomi asing

·         Perjanjian Burney bagi membolehkan Inggeris menjalankan urusan perdagangan tanpa kawalan ketat daripada pemerintahan Siam.

·         Perjanjian Temenggong Abd. Rahman dengan  Raffles bagi membolehkan Raffles mendirikan loji dan kemudian pusat perdagangan di Singapura. Pengambilan dariapda satu kawasan kepada seluruh Singapura.

5.        Jaminan keselamatan dan penguasaan wilayah

·         Perjanjian Inggeris - Belanda memperlihatkan jaminan daripada Belanda yang mengakui ketuanan Inggeris di Utara garisan Khatulistiwa.

·         Membolehkan kedua-dua pihak mendapat jaminan tidak campur tangan dan hilangnya persaingan antara kedua negara bagi membangunkan dan menguasai ekonomi tanpa ragu-ragu.

·         Perjanjian pengambilan dan penyerahan antara Temenggong Johor dan Raffles memberi jaminan penguasaan dan kedaulatan Inggeris terhadap Singapura.

·         Dalam Persetiaan Inggeris - Perancis 1894 membolehkan Inggeris menguasai dan memberi tekanan kepada Siam untuk menyerahkan wilayah utara Tanah Melayu kepada Inggeris.

·         Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan Inggeris menguasai wilayah utara tanah Melayu daripada Siam.

6.        Pengiktirafan kedudukan  kepada Pembesar atau Sultan

·         Dengan penyerahan Singapura kedudukan Sultan Hussin Johor dan Temenggong Abd Rahman kukuh tanpa rasa takut diserang oleh Sultan Abd Rahman Riau.

·         Kekukuhan ini dapat juga dilihat melalui perjanjian Inggeris - Belanda 1824 yang menghalang Belanda daripada masuk campur wilayah Inggeris iaitu di utara garisan Khatulistiwa. Ini membolehkan sultan dan pembesarnya selamat.

·         Penerimaan perjanjian untuk menerima penasihat Inggeris di Johor memperlihatkan Sultan Ibrahim kekal di takhta kerana sebelum ini baginda diugut diturunkan takhta, jika enggan menerima penasihat Inggeris dan menandatangani perjanjian.

 

Ciri-ciri  atau aspek-aspek perjanjian yang membolehkan kuasa politik Melayu hilang.

Ciri-ciri ialah sesuatu aspek perjanjian yang belum ditandatangani lagi, iaitu perundingan sebelum diadakan pemetrian perjanjian. Jika wujud ciri-ciri ini, kemungkinan kehilangan kuasa pada pemerintah tempatan boleh wujud. Antaranya ialah:

 

  1. Mewujudkan jawatan penasihat
  2. Memberikan pengakuan terhadap takhta yang dituntut sultan
  3. Persetujuan untuk menyerahkan wilayah.
  4. Memberikan perlindungan atau bantuan.
  5. Memberikan bayaran sagu hati atau pampasan dengan syarat-syarat tertentu
  6. Menghalang pemerintah tempatan mengadakan perjanjian dengan kuasa lain.
  7. Mendapatkan kebenaran pembinaan loji pada awal penguasaan.
  8. Sumber ekonomi yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar.
  9. Persetujuan untuk memberikan petempatan yang strategik dari segi keselamatan dan kemajuan ekonomi.

 

Cara/Strategi penjajah mengguna perjanjian bagi peluasan kuasa dan campur tangan.

 

  1. Memberikan jaminan keselamatan politik.
  2. Menghulurkan bantuan dalam bentuk ketenteraan dan pentadbiran.
  3. Menggunakan cara tipu muslihat. – untuk damaikan kekacauan atau alasan politik.
  4. Membuat perakuan terhadap tuntutan sultan terhadap takhtanya.
  5. Dengan pujukan dalam bentuk kewangan – elaun sara hidup bulanan dan pampasan.
  6. Ugutan menarik balik bantuan jika tuntutan tidak dipenuhi sultan atau pembesar.

·         Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan kebebasan pemerintahan daripada Siam jika Kedah tidak mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.

  1. Melalui jawatan penasihat atau residen.
  2. Mengadakan fasal menyekat pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan lain-lain kuasa kecuali Inggeris. – halang kuasa lain kuasai T.Melayu.
  3. Mewujudkan hubungan diplomasi dan persahabatan

Tawaran-tawaran yang diberikan oleh Inggeris:

 

1.        Pengakuan penguasaan dan takhta

Ä      Lihat tawaran Inggeris kepada Raja Abdullah, Perak; Sultan Hussin, Johor; dan Sultan Kedah - selepas kekalahannya dengan Raja Ligor yang menyebabkannya  kehilangan takhta.

2.        Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ä      Lihat tawaran Francis Light untuk membantu Sultan Kedah mengalahkan Siam.

3.        Perlindungan daripada kuasa asing

Ä      Dalam perjanjian Low 1826 Perak mendapat pelindungan Inggeris daripada serangan Kedah dan Siam.

Ä      Temenggong Abd Rahman mendapat janji perlindungan daripada kuasa asing selagi setia dengan perjanjian yang ditandatangani.

4.        Penerimaan seorang penasihat Inggeris

Ä      Perjanjian Pangkor 1874 - permulaan gerakan British untuk campur tangan secara terbuka dan pemaksaan penerimaan penasihat Inggeris di Tanah Melayu.

5.        Bayaran sagu hati dan pampasan

Ä      Lihat pampasan yang diterima Sultan dan Temenggong Johor setelah penyerahan Singapura kepada Inggeirs.

Ä      Bayaran sebanyak 3000 wang Spain kepada Temenggong dan 5000 kepada Sultan Hussin serta dibayar elaun bulanan, tetapi setakat Sultan sahaja tidak melibatkan warisnya.

Ä      Persoalannya  ialah sejauh manakah tawaran-tawaran ini ditunaikan oleh Inggeris ?

Ä       Adakah ia sesuatu yang jujur atau satu cara Ingeris menguasai Tanah Melayu?

 

Kesan-kesan daripada perjanjian:

1.        Penyerahan wilayah

·         Sarawak antara Brook dan Sultan Brunei.

·         Negeri Utara Tanah Melayu kepada Siam kemudian Inggeris 1909.

·         Penyerahan wilayah Dinding kepada Inggeris dalam Perjanjian Pangkor

·         Penyerahan Singapura Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles

·         Penyerahan Pulau Pinang dan Butterworth antara Sultan Kedah dengan Francis Light.

·         Pemisahan wilayah dan persaudaraan Johor - Riau dalam perjanjian Inggeris - Belanda.

 

2.        Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

·         Sultan hilang kuasa pemerintahan - Sultan Abdullah

·         Anak Sultan Hussien , Tengku Ali tidak diiktiraf menggantikan bapanya sebagai sultan di Johor sebab perjajian yang ditandatangani tidak melibatkan waris, sedangkan penguasaan Inggeris berterusan.

·         Raja Yusuf ikut telunjuk Inggeris kalau tidak tidak dapat jadi Sultan.

·         Sultan Kedah tunduk kepada Inggeris tidak ganggu Perak.

·         Sistem Residen merupakan nasihat wajib yang mesti diikuti oleh sultan-sultan Melayu.

·         Sultan Perak hilang kuasa - Sultan Abdullah terpaksa menerima penasihat Inggeris. Kesan daripada perjanjian Pangkor. Kesannya sultan mesti ikut nasihat Inggeris.

·         Sultan Kedah diugut Inggeris jangan serang Perak, dengan Siam pula diminta serang Perak. Kesan dan peristiwa dalam perjanjian Burney dan Low. Perlihatkan sultan sebagai patung dan tidak ada kewibawaan.

·         Sultan Abd Rahman Riau hilang hak ke atas Singapura, dan Sultan Hussin hilang penguasaan Johor dan Kesang kepada keluarga Temenggong.

 

3.        Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial

·         Wujud perubahan sisten pentadbiran - Sistem Residen, Persekutuan.

·         Johor ikut sistem Inggeris dengan wujudkan mahkamah , pelantikan hakim, penasihat undang-undang, kerani, ketua kerani dan jawatan menteri besa dalam zaman Temenggong Ibrahim.

·         Wujudnya ekonomi kmersial dan pembukaan ladang-ladang baru - getah, gambir, lombong timah.

·         Wujudnya sekolah-sekolah dan perkembangan prasarana seperti jalan raya, jalan keretapi.

4.        Penentangan berterusan

v      Brlaku penentangan oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Dato Dol Said, Rahman Limbung, Dato bahaman, Maharajalela, Tok Janggut.

5.        Kemasukan imigran

·         Pelimpahan orang-orang Cina dan India serta menguasai banyak bidang ekonomi hingga menjadikan orang Melayu golongan minoriti dalam negara sendiri. Contoh pada 1946 jumlah India dan Cina melebihi 2 juta orang sedang Melayu dianggarkan 1.5 juta.

6.        Kehilangan kuasa ekonomi

·         Siri perjanjian antara Temenggong Johor dengan Raffles dan Crawfurd menyebabkan Temenggong hilang pegangan terhadap ekonomi Singapura. Pada satu ketika Temenggong menghadapi masalah kewangan sebelum Johor dimajukan.

·         Para pembesar hilang hak memungut cukai.

·         Rahman Limbung marah kerana tidak boleh terokai tanah tanpa kebenaran kerajaan Inggeris.

7.        Pencemaran budaya dan agama

·         Birch melanggar budaya Melayu dengan menyimpan/melindungi gundek Sultan di rumahnya.

·         Penabalan dan pengiktirafan pembesar atau sultan memerlukan Inggeris sebagai jaminan dan tanda penguasaan. Contoh: Temenggong Ibrahim yang menggantikan bapanya memerlukan kehadiran Gabenor negeri-negri Selat.

 

Proses perjanjian dijalankan:

 

1.        Dijalankan secara tipu muslihat

2.        Pujukan dan tawaran kewangan dan kuasa.

3.        Ancaman penarikan bantuan dan sokongan

4.        Pertukaran kawasan atau wilayah

5.        Kekalahan dalam peperangan atau penentangan

6.        Paksaaan dan ugutan

 

 

Kesan Campur Tangan / Peluasan Kuasa Inggeris

&    Kewujudan masyarakat majmuk.

&   Penentangan masyarakat Melayu.

&    Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi.

 

Ì      Ruang Lingkup Kajian Kewujudan masyarakat majmuk

1.        Proses dan cara kedatangan

Ø       Indenture

Ø       Kontrak

Ø       Kangany

Ø       Bebas

2.        Sebab-sebab penghijrahan

3.        Kesan-kesan kedatangan

4.        Dasar Inggeris dan pemajmukan

 

Sebab-sebab penghijrahan:

1.        Faktor Tarikan (Dalaman)

Ø       Kekayaan ekonomi Tanah Melayu – Industri Pelombongan dan Pertanian.

Ø       Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh

Ø       Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri

Ø       Aktiviti agen buruh ( kongsi gelap ) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.

Ø       Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

Ø       Dasar Inggeris.

 

2.        Faktor Tolakan ( Luaran )

Ø       Kejadian bencana di negara asal ( Cina, India, dan Jawa )

Ø       Kekurangan rangsangan ekonomi .

Ø       Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.

Ø       Perang Saudara dan ketidakstabilan politik.

 

 

Kesan-kesan penghijrahan / peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu:

1.        Pewujudan masyarakat yang majmuk.

Ø       Kemajmukan budaya / adat

Ø       Kemajmukan agama

Ø       Kemajmukan pendidikan

Ø       Kemajmukan bahasa

Ø       Kemajmukan ras

Ø       Kemajmukan politik – kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum.

2.        Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur.

o        Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub – pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu.

3.        Berkembang parti politik berasaskan kaum.

 

4.        Kemajuan ekonomi Tanah Melayu

Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Emerson, 1974)

 

Peningkatan Hasil

1896

RM 8,434,083

1927

RM 105,404,458

Ekspot

1896

RM 28,395,855

1926

RM 445,600,203

 

5.        Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi.

6.        Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu.

7.        Berlakunya kacau bilau dan gangterisme

8.        Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi.

o        Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: ( Emerson, 1974 )

 

Keluasan ladang

Eropah

Melayu

Cina

India

100-1000 ekar

357

23

287

118

1000 dan >

296

-

12

-

 

9.        Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu.

o        Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia.

 

Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.

 

Dasar Inggeris terhadap Tanah  Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

 

Dasar Politik

 

Dasar Ekonomi

 

 

 

Dasar Sosial.

·         Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari  negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

 

Aspek-aspek lain.

·         Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi.

o        Kelemahan orang Melayu dilihat sebagai salah satu kesan kepada kegagalan ekonomi Melayu daripada berkembang. Dalam hal ini, Inggeris menganggap bahawa orang-orang Melayu merupakan satu bangsa yang malas bekerja. Mereka dilihat sebagai bangsa yang tidak mahu berusaha, dan lebih cenderung mendapat sesuatu habuan tanpa bekerja keras. Institusi dan sistem yang diamalkan oleh orang Melayu seperti institusi perhambaan, sistem kerah dan serah dilihat oleh Inggeris sebagai satu sistem yang melambatkan proses ekonomi moden yang berteraskan ekonomi wang. Bagi Inggeris konsep penyerahan hak diri kepada pembesar ialah satu proses penganiayaan dan ini menyebabkan golongan bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan secara komerial, tetapi lebih selesa dengan kehidupan mereka dalam sistem pertanian sara diri.

o        Sebagai akibat daripada keadaan ini, Inggeris melihat bahawa cara mereka dapat menguasai dan memonopoli kekayaan Tanah Melayu ialah dengan membawa masuk pendatang asing. Ini bagi mengatasi masalah buruh yang amat diperlukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan ornag-orang Inggeris dan towkay-towkay Cina. Jika orang-orang Melayu sanggup bekerja dan menceburkan diri dalam aspek perdagangan, maka jelas orang melayu boleh menguasai perdagangan dan mengurang ataupun melenyapkan kemasukan pendatang asing daripada India dan Cina.

 

 

 

 

 

 

Ì      Ruang Lingkup Kajian Penentangan

1.   Dato Bahaman di Pahang

2.   Haji Abdul Rahman Limbung di Trengganu

3.   Tok Janggut di Kelantan

4.   Dato Maharaja Lela

5.   Penentangan Sultan Kedah

 

Reaksi dan Protes Masyarakat

1.        Terancam - Semua penentangan.

2.        Pemberontakan - Maharaja Lela

3.        Kebangkitan - Haji Abd Rahman Limbong / Maharaja Lela

4.        Peperangan dan pertempuran - Dato Bahaman / Tok Janggut / Penentangan Sultan Kedah

 

Cara / Bentuk penentangan dijalankan

1.        Protes secara intelektual - penggunaan mahkamah - Abd Rahman Limbung

2.        Mengangkat senjata - peperangan dan pertempuran. – Bahaman , Tok Janggut dan Engku Besar Jeram, Rentap,dan Sharif Mashor, dan Dol Said.

3.        Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan - enggan bayar cukai.

4.        Permuafakatan dengan Sultan dan para pembesar.

5.        Pembunuhan pegawai Inggeris - Residen Birch dalam peritstiwa Pasir Salak di Perak.

6.        Minta bantuan asing – Sultan Abdullah Mukaram Shah, minta bantuan Light (Inggeris) bagi menentang Siam.Sultan Kedah, Muhamad Jiwa, minta bantuan Burma dalam persaingan dengan Siam dan Inggeris.

7.        Enggan patuh kepada pegawai yang dilantik Inggeris - En Latif, Pegawai Daerah rakyat Singapura yang dilantik di Kelantan.

8.        Tidak akui pertuanan dan kekuatan Inggeris dalam semua protes.

 

 

Sebab-sebab penentangan:

 

j     Politik

  1. Hilang kedaulatan dan kemerdekaan Melayu
  2. Pengaruh pembesar berkurangan dan ditukar peranan
  3. Kedudukan raja dan sultan terancam
  4. Ideologi sekular diterap dalam sistem masyarakat Melayu
  5. Perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan
  6. Kewujudan undang-undang dan peraturan yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu

·         Undang-undang tidak lagi pada pembesar dan Sultan, tetapi pada pegawai keadilan seperti polis, Pegawai Daerah da, mahkamah.

·         Undang-undang dipinda dan digubal melalui MMN atau MMP.

  1. Pemerintahan yang dijalankan oleh orang luar.

 

j     Ekonomi

1.        Kehilangan kuasa mengutip cukai oleh pembesar

·         Cukai duduk dibawah pegawai daerah dan pembesar ada yang jadi pegawai kerajaan. Pembesar tidak boleh kutip cukai – satu kesalahan jika dilakukan, tidak seperti sebelumnya.

2.        Pengenalan cukai-cukai baru yang tidak pernah wujud sebelum kedatangan Inggeris

·         Kewujudan cukai-cukai baru seperti cukai tanah, cukai kelapa dan lain-lain yang mesti dibayar dengan wang dan bukan laigi barangan.

3.        Kehilangan kuasa penerokaan tanah secara bebas

·         Penerokaan tanah tidak dibenar sewenang-wenangnya – mesti dapatkan kebenaran dan pas bagi peneraokaan tanah.

4.        Penguasaan tanah oleh pemerintah Inggeris

·         Tanah bukan hak Sultan dan pembesar. Pembahagian dan pengurniaan tanah adalah daripada pemerintah Inggeris.

5.        Kelebihan ekonomi kepada kaum pendatang

·         Penguasaan ekonomi oleh imigran Cina dan India serta Inggeris – Melayu semakin tersepit dengan kemunduran ekonomi terutama pembesar yang hilang hak eklusif mengaut untung dalam bentuk cukai.

 

j     Sosial

6.        Gangguan terhadap adat istiadat Melayu

·         Hamba, agama Islam, adat gundek.

7.        Ketidaksabaran Inggeris melakukan perubahan - sikap Residen

·         Campur tangan keterlaluan dalam hal adat istiadat Melayu dan perubahan yang mendadak.

·         Kekhuatiran berlakunya unsur pembaratan dan pengkristianan.

 

Kesan penentangan

 

1.        Masyarakat Melayu berpecah belah

 

2.        Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu

o        Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.

o        Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman  Limbong dan Dol Said di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau menjadi buruan .

o        Rentap. Tok Janggut, Mat Kilau dihukum mati

 

3.        Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan perubahan seperti

o        sistem pemerintahan :

o        Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri

o        Kewujudan Majlis Mesyuarat Persekutuan

o        Pembentukan sistem persekutuan

o        Pengubahsuaian dalam sistem Residen

§         Menyebabkan perubahan pemerintah daripada Melayu kepada Inggeris. Sultan dan pembesar tidak ada kuasa. Pelantikan jawatan dibuat oleh Inggeris.

§         Raja mutlak kepada Raja berpelembagaan.

o        pengenalan ekonomi ekspot - kapitalisme dan leissez-faire

 

4.        Kehilangan kuasa undang-undang oleh Sultan

 

5.        Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran

 

 

 

 

 

6.        Kehilangan wilayah.

·         Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai kepada Pulau Pinang apabila Sultan Kedah gagal dalam menentang Inggeris.

·         Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.

·         Brook kuasai Sarawak sepenuhnya.

 

 

Ruang Lingkup Kajian Perubahan Politik dan Sosio-Ekonomi

( Kesan Penjajahan/Peluasan/Campur tangan Kuasa Inggeris)

 

&            Aspek-aspek perubahan

&            Proses dan perkembangan

               

Ì      Aspek-aspek perubahan yang dilaksanakan Inggeris:

j     Politik

1.        Aspek pemerintahan dan pentadbiran

j     Daripada Raja Mutlak/Feudal > Sistem Residen > Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu/ Negeri Selat > Persekutuan 1896 > Desentralisasi > Kesatuan Malaya > Persekutuan 1948 :

j     Berkonsepkan pemerintahan oleh rakyat dan pengurangan kuasa raja yang menyentuh aspek agama sahaja.

j     Pemilihan berdasarkan pilihanraya dan pewujudan dewan rakyat/ MMN dan MMP.

j     Mewujudkan jawatan Setiausaha Persekutuan dan Majlis Raja-Raja.

j     Bermulanya nasihat pegawai Inggeris yang wajib diikuti

j     Raja-raja dibayar elaun peribadi dan wang saku seperti yang diterima oleh Sultan Selangor dan Perak.

 

Selangor

Perak

Tahun

Elaun

Wang Saku

Tahun

Elaun

Wang Saku

1889

18,000

 

1894

46,000

12,000

1903

20,000

 

 

 

 

1904

24,000

6,000

 

 

 

 

2.        Ideologi politik

j     Daripada Raja mutlak kepada Demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

3.        Sistem perundangan

j     Pewujudan peraturan undang-undang dan mahkamah sekular.

j     Tertubuhnya institusi mahkamah dan hakim pembicaraan dan tidak terletak di tangan Sultan.

j     Wujudnya pasukan polis dan undang-undang bertulis.

4.        Kuasa dan kekuasaan

j     Perubahan kuasa pemerintahan daripada pembesar kepada pegawai Inggeris.

j     Sultan menjuruskan tugas dalam bidang kegamaan sahaja. Dalam Malayan Union kuasa inipun telah diambil oleh Inggeris.

j     Pelantikan jawatan tidak dilantik oleh Sultan. Wujudnya MCS – Satu perkhidmatan awam yang berkuasa melantik keki tangan kerajaan.

j     Peranan pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah, tetapi ditukar fungsi menjadi pegawai kerajaan yang bergaji tetap.

j     Kuasa memungut hasil dan cukai bukan terletak pad pembesar, tetapi dikawal oleh perbendaharaan yang diwujudkan oleh sistem pentadbiran Inggeris.

 

Ë      Sosio-Ekonomi

1.        Sistem pendidikan

Ë      Sukatan pelajaran , guru, matlamat dan tujuan pendidikan berdasarkan negeri ibunda kaum masing-masing.

Ë      Sistem pendidikan Melayu berteraskan bidang kemahiran sahaja.

Ë      Sekolah-sekolah didirikan bagi pendidikan formal.

Ë      Pembahagian 4 bahasa pengantar bagi setiap kaum.

Ë      Pendidikan sekular dan berbentuk akedemik l diutamakan kepada golongan bangsawan.

2.        Demografi penduduk

Ë      Taburan penduduk dibahagikan mengikut kerjaya. - orang Melayu di kampung-kampung, Cina di bandar dan kawasan perlombongan, India di kawasan perladangan getah.

Ë      Wujud sesetengah kawasan yang terlalu ramai kaum-kaum tertentu.

3.        Taburan pekerjaan

Ë      Wujud kepelbagaian pekerjaan seperti bidang iktisas - doktor, peguam , hakim, pegawai tadbir, perkeranian dll.

Ë      Taburan pekerjaan tidak seimbang antara kaum. - Melayu bawahan sebagai petani dan kerja kampung. Melayu bangsawan dan lulusan Inggeris - pegawai kerajaan. Cina:  peniaga dan pelombong. India : penoreh getah dan pekerja pembinaan jalan keretapi.

Ë      Taburan pekerjaan banyak terdapat di pantai barat dan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban serta kawasan yang berhampiran dengan sumber bahan mentah.

4.        Taraf  hidup penduduk

·         Perkembangan hidup masyarakat Tanah Melayu meningkat, tetapi bukan penduduk pribumi. Ia hanya melibatkan penduduk yang berhijrah ke Tanah Melayu. Ia dapat dilihat daripada penguasaan ladang yang dimiliki oleh bangsa-bangsa di tanah Melayu seperti rajah berikut: ( Emerson, 1974 )

 

Keluasan ladang

Eropah

Melayu

Cina

India

100-1000 ekar

357

23

287

118

1000 dan >

296

-

12

-

 

5.        Kemajmukan masyarakat                                                                                                                                                              

·         Wujudnya masyarakat yang majmuk dengan kedatangan dan penghijarahan masyarakat Jawa, India dan Cina.

·         Kedatangan mereka memang telah diatur untuk memenuhi ruang kerja sebagai pekerja ladang, dan pelombong timah. Orang Jawa bagi mendapat kesejahteraan hidup serta sebagai tenaga upahan kalangan golongan atasan.

·         Kemajumukan ini bukan sahaja kemajmukan komposisi penduduk, tetapi meliputi kemajmukan dalam politik, agama, budaya, adat resam, pendidikan dan cara hidup.

6.        Infrastruktur

7.        Urbanisasi

8.        Ideologi ekonomi dan industrilisasi

9.        Perkembangan Teknologi moden

10.     Pemikiran dan tanggapan hidup masyarakat.

11.     Sistem ekonomi dan pencukaian

12.     Sistem Perbankan

13.     Pembangunan yang  tidak seimbang antara kawasan.

 

 

 

 

Ì      Proses dan Perkembangan Perubahan

`      Sebab-sebab

1.        Ketidaktentuan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran seperti:

Þ      wujudnya sistem kerah, serah, dan hamba abdi, tidak bersesuaian dengan konsep reformasi politik Inggeris - liberalisme dan kapitalisme.

Þ      sistem pengutipan cukai yang tidak bersesuaian dengan konsep wang untuk perbendaharaan negara dan bukan pembesar. Bersesuaian dengan perubahan di Eropah pembesar tidak lagi menguasai sumber.

2.        Berlakunya sistem-sistem ekonomi dunia seperti ekonomi ekspot, perdagangan bebas, ekonomi sosialis dan kekhuatiran Inggeris tehadap perkembangan ekonomi komunis.

3.        Persaingan kuasa-kuasa asing dan cara atasi dengan perkukuhkan institusi politik berteraskan konsep parlimen Inggeris.

4.        Perkembangan permintaan bahan mentah dunia dan kepesatan ekonomi pasaran bebas.

5.        Peningkatan kesedaran tentang ketuanan bangsa dan perubahan minda penduduk tempatan kerana wujudnya mobiliti masyarakat.

6.        Peningkatan kemasukan  warga asing dan peranan agen serta majikan Inggeris.

7.        Tumpuan golongan kapitalis terhadap wilayah yang berpotensi maju.

 

`      Cara perubahan

1.        Peningkatan bilangan sekolah dan pewujudan dasar pendidikan Inggeris.

2.        Membezakan sukatan dan tiada dasar pendidikan untuk perpaduan kaum.

3.        Tumpuan pekerjaan yang diaturkan oleh pihak Inggeris.

4.        Mengubah struktur dan sistem pentadbiran Melayu dan disesuaikan dengan kehendak Inggeris.

5.        Peningkatan pembukaan hutan dan penambahan peladangan.

6.        Pemberian dan jaminan pekerjaan bagi orang-orang asing dengan wujudnya Jabatan Orang Asing.

7.        Menghalang dan membasmikan penentangan daripada orang-orang Melayu.

8.        Menyogok kepimpinan Melayu dengan kekayaan dunia.

9.        Mengugut kepimpinan Melayu supaya patuh dengan dasar Inggeris. Sultan dijaminkan kedudukannya, jika tidak, jadi seperti Sultan Abdullah. Sultan Ibrahim, Johor diugut supaya menerima penasihat.

 

`      Kesan perubahan dan Penerimaannya oleh orang Melayu

Lihat dari sudut:

a.        Masyarakat dan Individu Melayu

b.        Negara secara keseluruhannya.

 

à         Masyarakat dan Individu Melayu

( Tercabarnya Maruah Melayu )

1.        Kehilangan kuasa dan kedaulatan

2.        Fungsi pembesar bertukar daripada mempunyai kuasa kepada pegawai kerajaan yang dibayar upah.

3.        Kedudukan masyarakat Melayu terpinggir.

4.        Menggugat kuasa politik dan persaingan politik perkauman.

5.        Kedudukan Sultan daripada pemerintah kepada penasihat kepada penasihat Inggeris.

6.        Kehilangan kuasa ekonomi.

7.        Wujudnya penentangan dan kebangkitan yang berterusan.

8.        Wujudnya rasa kesedaran dan nasionalisme Melayu.

 

( Timbulnya aktiviti pelanunan atau banditisme sosial ).

Kehilangan penguasaan dan wilayah oleh pembesar telah menggalakkan mereka untuk bergiat dalam aktviti pelanunan. Hal ini kerana hak mereka untuk mencari kekayaan di negara sendiri telah dicemari oleh penguasaan penjajah Inggeris. Lihat perjuangan Salleh Tui, Panglima Nayan, Awang Poh, dan Suleiman  Kerekau di Kedah. Perjuangan mereka adalah kerana perubahan yang dilakukan oleh Inggeris dengan meninggalkan mereka serta petani miskin dalam kemiskinan. Perubahan seperti pembayaran pelbagai cukai, sistem ekonomi komersial, dan hilangnya bentuk-bentuk sosial tradisi seperti penghapusan penghambaan dan sistem kerah oleh Maxwell sebenarnya menjadikan petani miskin hilang arah. Keadaan ini lebih menekan lagi apabila para pembesar serta kapitalis barat dan Cina serta Chettiar India mula mencari keuntungan dan meningglkan kesengsaraan kepada mereka.Oleh itu pembaratan Inggeris terhadap Kedah pada 1909 menjadi asas kepada kebangkitan banditisme sosial ini

 

 

à         Negara Secara Keseluruhannya

( Negara pengeluar bahan mentah utama dunia )

1.        Peningkatan ekonomi negara - Timah dan Getah

2.        Memperlihatkan perkembangan pendidikan dan prasarana.

3.        Pembukaan dan peluasan bandar-bandar.

 

( Tidak berupaya berdikari )

1.        Masih bergantung pada kekuasaan dan bantuan Inggeris.

2.        Perjalanan pentadbiran mengikut pentadbiran Inggeris

3.        Dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mencerminkan dasar dalam lingkungan Tanah Melayu - Cth: Dasar Pendidikan, Pertanian dan kependudukan.

4.        Penguasaan ekonomi oleh orang asing - Guthrie, Sime Darby, dan Dunlop.

 

( Wujud Kemajmukan Masyarakat )

1.        Penduduk- wujudnya masalah ras dan resisme.

2.        Pekerjaan - pembahagian bidang kerjaya.

3.        Pendidikan - perbezaan dasar dan sukatan dalam sistem pendidikan.

4.        Budaya - pencampuran dan amalan budaya yang bertentangan dengan budaya Melayu dan agama Islam.

 

??? - Sejauh manakah orang Melayu menerima perubahan ini?

Lihat sama ada perubahan itu memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu.

??? - Adakah mereka bertindak terhadap perubahan ini. Perjelaskan.

Lihat sama ada wujud atau tidak penentangan. Jika wujud penentangan,  apakah bentuk penentangan.

Adakah secara pemberontakan, kebangkitan, perjuangan politik, perundingan ataupun kecaman? Hubungkaitkan juga dengan Nasionalisme Melayu.

 

 

Perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran

 

Tanah Melayu

 

  1. Negeri Selat
  2. Sistem Residen
  3. Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu
  4. Persekutuan 1896
  5. Desentralisasi ( Pengagihan Kuasa)
  6. Kesatuan Malaya
  7. Persekutuan 1948
  8. Sistem Ahli
  9. Persekutuan 1957

 

Sarawak dan Sabah