SISTEM SULTAN
Institusi sultan
dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan
kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan.
Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai
kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan dengan konsep bahawa sultan
itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini, seseorang individu merasakan
menderhaka kepada sultan akan membawa padah yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan
ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu
dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan
dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam.
Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.
Selain itu, sultan juga dianggap
mempunyai kekuatan dan keajaiban. Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa
dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini
konsep daulat, tulah, dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa
patuh dan menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap
mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan
melampaui batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa
dan sentiasa menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi
pembalasan terhadap individu yang menderhaka. Dengan kata lain konsep daulat
memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima
oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. Dengan konsep ini sultan
dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat
daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud. Sumpah
sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia
dikaitkan dengan daulat sultan.
Dalam memahami konsep ini, ia
juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang
terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu,
masyarakat melayu menganggap sultan sebagai seorang individu yang istimewa
serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk memperoleh kehidupan yang
terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan
Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat akan sentiasa mencari
peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu konsep kerja raja
dijunjung , kerja sendiri dikelek .
Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan
kerja-kerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada
tulahan dan daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan
sistem hamba dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu
institusi yang melemahkan sistem politik Melayu. Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini
timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai
rakyat yang setia. Dalam hal ini maka
timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti yang ditonjolkan
oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata untuk membukti
kesetiaannya kepada sultan.
Oleh itu dalam memperkatakan
institusi kesultanan ini, konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk
meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan
unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya
mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh
digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi
kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi
bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti
hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering
menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan
lambang kebesaran dan kemuliaan.
Berdasarkan kepada keistimewaan
ini institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah
kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Hal ini dapat dilihat
bagaimana luak-luak undang di Negeri Sembilan meminta kerabat Sultan di
Minangkabau untuk diangkat sebagai sultan bagi mendaulatkan negeri tersebut.
Sistem Pertabalan
Pertabalan dan penggantian sultan berbeza antara satu
negeri dan negeri yang lain. Dalam konteks ini ia juga melibatkan sistem
undang-undang adat. Negeri-negeri yang beradatkan adat temenggong mempunyai
sistem pertabalan yang berbeza dengan negeri yang mengamalkan adat perpatih.
Begitu juga dalam sistem adat temenggong penggantian sultan juga terdapat
sedikit perbezaan.
Dalam mengkaji sistem ini kita dapati terdapat tiga
bentuk sistem pertabalan yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. Di Negeri
Sembilan sistem penggantian sultan mengikut undang-undang dalam adat perpatih.
Dalam adat ini Yang Dipertuan Besar dilantik dan mesti dipersetujui oleh
luak-luak undang. Dalam aspek ini sistem yang diamalkan itu seolah-olah
memaparkan perlantikan secara demokrasi. Yang Dipertuan Besar tidak akan
ditabalkan jika mereka tidak mendapat persetujuan daripada luak undang ini. Dan
mengikut adat ini Yang Dipertuan Besar tidak bernegeri dan pemerintahan dibawah
Undang Luak. Hanya selepas penguasaan Inggeris setiap Undang dikehendaki
menumpahkan taat setia kepada Yang Dipertuan Besar. Walaupun begitu, waris
sebagai Yang Dipertuan Besar adalah daripada lingkungan kekeluargaan Yang
Dipertua Besar cuma ia perlu mendapat pengesahan daripada Undang Luak (Ismail
Hamid:1988).
Hal ini berbeza dengan sistem penggantian dan
pertabalan di negeri Perak. Sistem di Perak mengikut peraturan adat temenggong.
Ia biasanya meletakkan waris daripada anak lelaki pertama untuk mewarisi takhta
.Walaupun begitu ia tertakluk kepada permuafakatan pembesar untuk memilih
siapakah yang layak mewarisinya. Sistem penggantian di Perak melibatkan tiga
keluarga daripada keturunan atau susur Sultan Ahmadin iaitu waris keluarga
Sultan Abdullah ( 1825-1830), Sultan Shahbudin ( 1830-51), dan Sultan Abdullah
Muhamad Syah ( 1851-65)( Gullick:1958 ). Dengan tuntutan daripada tiga keluarga
ini sistem pertabalan dan penggantian sultan di Perak lebih menjurus pada
sistem giliran.. Ini bagi memberi peluang kepada setiap keluarga tersebut untuk
ditabalkan menjadi sultan berdasarkan giliran mereka. Cara ini dijalankan bagi
menggelakkan berlaku perang saudara dan perebutan kuasa antara keluarga diraja.
Pengiliran ini dapat dilihat melalui tahap kedudukan waris raja seperti hiraki
berikut: Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda, dan Sultan.( Buyong
Adil: 1985,Andaya: 1983, Joginder Singh: 1976). Seperti kata Andaya:1983 ... perbalahan
mengenai hak waris telah lama berlarutan. Sistem menggilirkan takhta di antara
tiga keturunan diraja yang berlainan yang diasaskan sejak awal kurun itu,
dimaksudkan supaya menghalang sebarang pertikaian, tetapi tidak pernah berjalan
dengan sempurna. Ketidaksempurnaan kerana ia tertakluk kepada peranan
sultan dan pembesar. (Andaya:1983, Joginder Singh: 1976, K.Ratnam: 2001). Maka pada 1874,
bermulalah persengketaan tuntutan terhadap takhta Perak yang dituntut oleh
waris-waris daripada tiga keluarga ini iaitu Raja Abdulllah, Raja Ismail, dan Raja Yusuf sehingga
berlakunya campur tangan Inggeris di Perak dan pengenalan Sistem Residen.
Bagi negeri-negeri lain yang mengamalkan adat temenggong
biasanya anak lelaki sulong terus ditabalkan menjadi sultan dan ini boleh dikenali
sebagai sistem warisan. Negeri-negeri yang mengamalkan sistem ini adalah
seperti Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Trengganu dan Perlis.Walaupun begitu
dalam keadaan tertentu ia tidak berlaku. Malahan ia boleh melibatkan
adik, cucu dan menantu sultan dalam keluarga diraja (Gullick:1958).
Jika dilihat daripada sistem-sistem yang diamalkan ini
kelihatan seolah-olah sistem pepatih mempunyai unsur yang lebih adil dengan
memberi hak kepada rakyat untuk menentukan sultan yang berhak ditabalkan
melalui peranan Undang Luak. Hal ini kerana luak undang yang dilantik juga
mesti melalui cara yang sama. Dengan kata lain rakyat mempunyai hak dan
disalurkan melalui luak yang dipilih. Ini bertepatan dengan amalan demokrasi
yang memberikan kelebihan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Dengan
kata lain negeri-negeri yang mengamalkan adat temenggong lebih menjurus pada
sistem monarki warisan. Walaupun begitu dalam undang-undang tubuh negeri Johor,
rakyat masih boleh engkar dan tidak menumpahkan taat setia kepada sultan jika
sultan ttidak mengikut undang-undang tubuh serta nasihat daripada pembesar.
Keadaan ini pernah diucapkan oleh Dato Onn semasa pertikaian dalam gagasan
Malayan Union 1946.
Selain sistem yang diamalkan pengganti sultan mesti anak
gahara ataupun waris benih atau tanah di Perak. Dalam hal ini, anak daripada
isteri kedua dan seterusnya dianggap kurang berpeluang untuk menjadi sultan.
Peluang itu hanya wujud jika isteri pertama tidak mempunyai anak lelaki dan
isteri sultan seterusnya mempunyai anak lelaki dan menjadi pilihan
pembesar-pembesar.
Begitu juga dalam perlantikan dan pertabalan, pengganti
sultan perlu menghadiri upacara pengkebumian sultan yang mangkat. Jika ini
tidak dapat dituruti, maka ia akan digantikan dengan waris lain. Keadaan ini
pernah berlaku di Perak, yang menyaksikan Raja Abdullah terlepas daripada
ditabalkan menjadi Sultan kerana beliau tidak menghadiri upacara pengkebumian
Sultan Ali. Keadaan ini jelas dinyatakan oleh Joginder Singh: 1976, dan Buyong
Adil: 1985. Sebagai kesan daripada itu. Raja Ismail yang turut sama menghadiri
upacara tersebut telah dilantik menjadi sultan atas permuafakatan para
pembesar.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, misalannya apabila Sultan tidak mempunyai waris , maka Bendahara boleh dilantik menjadi Sultan dengan persetujuan pembesar dan rakyat. Ini pernah berlaku kepada Bendahara Tun Habab yang menjadi Sultan Johor. Dalam kita mengkaji perlantikan dan pertabalan seseorang Sultan sebenarnya ia lebih bercirikan kesanggupan rakyat untuk menerima seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu wilayah. Sebab itu kita dapati Bendahara Tun Habab, Bendahara Wan Ahmad di Pahang dan Keluarga Temenggong Abd. Rahman dapat ditabalkan dan akhirnya diakui sebagai sultan. Dalam hal ini, kita akui bahawa sebagai tradisinya seseorang yang dilantik ke jawatan Sultan itu pada peringkat awalnya ialah waris dan keturunan diraja, tetapi ini sebenarnya tidak menghalang bukan keturunan diraja dilantik dan ditabalkan menjadi sultan jika mereka mendapat sokongan pembesar dan rakyat. Oleh itu, dalam melihat kuasa dan kekuasaan seseorang sultan ialah sejauh manakah ia mendapat sokongan daripada pembesar dan rakyat.
Dalam membicarakan
peranan-peranan sultan dalam sistem politik tradisional Melayu kita harus
meneliti aspek kuasa dan kekuasaan yang ada pada seseorang sultan. Apakah kuasa
yang ada pada seseorang dan bagaimanakah kuasa ini boleh menentukan
kekuasaannya. Dalam memngkaji kuasa seseorang sultan kita boleh perhatikan dari
sudut kuasa fizikal, dan kuasa rohani. Dalam kuasa fizikal kita boleh tentukan
bahawa seseorang sultan itu mempunyai kekuatan tenaga yang kuat seperti handal
bermain senjata, kebal daripada senjata, boleh mempengaruhi rakyat dengan
renungan, dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dalam kuasa rohani kita
disogokkan dengan kekuatan yang ada pada sultan seperti kuasa daulat dan tulah.
Ia juga mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan dan sultan dianggap sebagai
orang yang terpilih oleh tuhan dan wakil tuhan. Dengan ini sultan dianggap
mempunyai kekusaan yang luar biasa. Untuk mengketengahkan unsur ini dicipta
pelbagai mitos mengenai kekuasaan rohani sultan ini. Maka timbullah sultan
ialah daripada keturunan Nabi Sulaiman, dan berketurunan buluh bentung. Ini
semua bagi mendapatkan ketaatsetiaaan rakyat agar tidak memberontak dan
dihubungkan dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Melalui kuasa inilah
sultan dapat menentukan kekuasaan dan peranannya dalam politik masyarakat
Melayu.
Sultan dikaitkan dengan
kemampuannya untuk menarik minat rakyat bagi memeluk sesuatu agama. Dengan
peranan ini juga ia dilantik secara tidak langsungnya sebagai ketua agama bagi
sesebuah negeri. Kemampuan sultan dalam mempengaruhi rakyatnya memeluk agama
baru dapat dibuktikan melalui pengislaman sultan Melaka, iaiatu Parameswara
Dewa Syah. Dengan pemulukan Islam oleh baginda seluruh rakyat Melaka mengikuti
sama memeluk agama Islam. Hal ini kerana, sebelumnya sultan dianggap sebagai
wakil kepada tuhan. Ini diterima pakai semasaa Melaka dibawah pengaruh Hindu.
Bagi rakyat, dengan sultan sebagai wakil tuhan telah memeluk Islam, mereka
mesti sama-sama memeluknya agar tidak ditulah dengan daulat sultan. Dalam
sistem kesultanan masa kini sultan setiap negeri mempunyai kuasa dalam hal
ehwal agama. Setiap perundangan yang hendak digubal dan dipinda perlu mendapat
perkenan sultan. Malahan bagi kes-kes perkahwinan yang tidak mempunyai wali
sultan dianggap sebagai wali kepada peihak perempuan.
Peranan kedua yang dimainkan
oleh sultan ialah baginda dilambangkan sebagai lambang perpaduan bagi
kesejahteraan negara. Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem
feudal, para pembesar menguasai wilayah-wilayah tertentu. Para pembesar ini
mempunyai hak istimewa untuk memungut dan mengenakan cukai kepada para
pengikutnya. Seringkali juga para pembesar ini berselisih faham mengenai hak
dan kekuasaan mereka. Ini selalunya menimbulkan kekacauan. Bagi mencari jalan
penyelesaian tuntutan mereka sultan diangap sebagai orang tengah yang terbaik.
Oleh itu, setiap pembesar dalam membuat tindakan akan berusaha untuk
mendapatkan perkenan dan restu Sultan. Jika tidak mereka dianggap derhaka dan
akan diperangi oleh sultan dan pembersar-pembesar yang menyokong sultan.
Keadaan ini dapat juga dilihat bagaimana Dato Maharajalela bermuafakat dengan
Sultan Abdullah untuk membunuh JWW Birch. Jika Sultan Abdullah tidak memberikan
perkenan maka Maharajalela tidak akan membunuh Birch. Dalam sistem sultan masa
kini Yang Dipertuan Agong mempunyai peranan sebagai lambang perpadua masyarakat
yang berbilang kaum. Ini terbukti apabila dalam salah satu prinsip Rukunegara
yaang meletakkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai satu perlambangan
peranan Sultan ini.
Aspek ketiga dalam peranan
sultan dapat dilihat fungsi sultan dalam bidang kehakiman. Dalam aspek ini
sultan mempunyai kuasa dalam menentukan hukuman yang akan dikenakan oleh
pesalah terutama hukuman mati. Selalunya hukuman yang dikeluarkan oleh mulut
sultan merupakan hukuman yang muktamad dan tiadak ada rayuan yang boleh
dilakukan. Keadaan seperti ini pernah berlaku seperti peristiwa Laksamana Hang
Tuah yang dijatuhi hukuman mati. Selain itu, sultan juga boleh menurunkan
kuasanya kepada pembesar daerah dalam menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun
hukuman tersebut hanya hukuman ringan dan jika terdapat hukuman berat hendaklah
ia dihadapkan kepada sultan. Walaupun begitu, ada sesetengah pembesar yang
tidak mengendahkan peraturan ini kerana mereka beranggapan bahawa mereka
berkuasa di dalam wilayah jajahan mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa sultan
adakalanya tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan yang ada pada sultan dilihat
sebagai sebahagian daripada kekuasaan berdasarkan kepercayaan masyarakat melayu
lama iaitu sultan merupakan individu yang mempunyai kekuasaan ketuhanan yang
didasarkan pada konsep daulat dan tulah. Dengan konsep inilah sultan
diibaratkan sebagai seorang yang tidak mungkin melakukan kesalahan dan ia boleh
laksanakan hukuman berdasarkan budibicaranya sendiri.
Peranan keempat yang dimainkan
oleh sultan ialah sultan merupakan seorang ketua negara dan ketua kerajaan.
Sultan dianggap sebagai empunya tanah di wilayah jajahan takluknya. Dengan
fungsinya seperti ini sultan boleh melakukan apa-apa sahaja serta berkuasa
dalam membuat perlantikan terhadap pembesar negara. Dalam soal tanah sultan
berkuasa dalam mengkurniakan tanah kepada rakyatnya. Dengan pengkurniaan inilah
rakyat dapat bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Sebagai
ketua negara dan kerajaan sultan menentukan dasar-daar negara dengan dinasihati
oleh para pembesar terutamanya oleh Bendahara. Sering kali dalam memberikan
nasihat ini Bendahara mempunyai pengaruh yang amat penting. Walaupun begitu
disebabkan institusi kesultanan lebih berfokuskan kepada sultan maka berlakulah
aktiviti mendapatkan sokongan sultan. Keadaan inilah yang sering menyebabkan
berlakunya fitnah seperti yang berlaku kepada keluarga Tun Mutahir, Bendahara
Melaka yang difitnah oleh Raja Mendaliar. Berlakunya fitnah ini disebabkan oleh
tiadanya kuasa pengimbang yang boleh membela Tun Mutahir kerana kesemua kuasa terletak
pada sultan. Ini dilemahkan lagi apabila penasihat sultan iaiatu Bendahara
sendiri yang didakwa melakukan kesalahan.
Peranan kelima kita dapati
sultan diibarat sebagai seorang individu yang mempunyai kuasa keramat. Dengan
kuasa ini sultan dilambangkan sebagai manusia yang berlainan daripada individu
lain. Malahan individu yang menjadi sultan juga dilihat sebagai seorang yang
berlainan sebelum ia dittabalkan sebagai sultan. Peranan kekeramatan ini dapat
dilihat apabila seseuatu anugerah sultan dilihat sebagai ada sakti dan orang yang menggunakannya akan
menjadi handal atau kebal. Dengan sifat ini sultan dianggap mempunyai kesucian
dan kemuliaan. Ia ditambahkan lagi dengan adanya alat-alat seperti alat muzik,
senjata dan beberapa alatan pertabalan dan lambang jawatan sebagai mempunyai
kuasa seiring dengan kuasa sultan. Sebagai contoh nobat, sebagai alat muzik
tradisi Melayu dianggap hanya boleh digunakan dan dimainkan jika mendapat
kebenaran sultan. Jika ia tidak mendapat kebenaran maka si pemainnya akan
mendapat kecelakaan. Dengan sifat inilah sultan dapat menggerakkan rakyatnya
gara tunduk dan memberikan tumpah taat setia. Keadaan ini termasuklah para
pembesar. Inilah yang dikaitkan dengan daulat. Kepada mereka yang derhaka maka
kekeramatan dan kesucian sultan ini akan mendatangkan tulah kepada penderhaka.
Inilah yang berlaku kepada Hang Jebat dan Megat Sri Rama Laksamana Bentan yang
tewas dengan keperkasaan pahlawan yang mendapat restu sultan. Malahan dalam kes
Megat Sri Rama orang Melayu berkepercayaan bahawa keluarga Laksamana telah
disumpah selama tujuh keturunan dan tidak boleh menyeberangi sungai Kota
Tinggi. Jika ini dilanggar maka ia akan muntah darah. Dengan peranan
kekeramatan ini sultan dapat menjaga keharmonian negara dan menerima ketaatan
daripada rakyat.
Sebagai kesimpulan daripada
peranan-peranan yang dimainkan oleh sultan, ia sebenarnya mempunyai sifat-sifat
pro dan kontra. Dalam satu segi ia kelihatan baik bagi mendapatkan kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi, tetapi bagi sultan yang zalim institusi ini
mendatangkan banyak masalah. Oleh sebab itu, selepas kedatangan dan dalam zaman
penjajahan British konsep sultan serta peranan mereka dalam sistem pentadbiran
Melayu lama ini telah diubah agar ia mencerminkan kewibawaan untuk melindungi
rakyat dan membawa kesejahteraan negara. Maka setelah wujudnya perlembagaan
Persekuuan Tanah Melayu 1948 peranan sultan telah banyak berubah serta
kekuasaan sultan mesti mengikut perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen.
Dalam sistem politik
melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan pembesar.
Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik oleh sultan.
Di Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar
tidak melantik pembesar, tetapi disebaliknya, Undang Luak yang bermuafakat
untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan
Undang ia akan dilantik oleh anak buahnya.
Di negeri-negeri yang
mengamalkan adat Temenggong Sultan berkuasa untuk melantik para pembesarnya.
Pelantikan para pembesar ini pula mempunyai pelbagi peringkat seperti:
k Pembesar
di peringkat pusat iaitu yang menjawat jawatan di istana.
k Pembesar Daerah yang pelantikannya dilakukan
oleh sultan serta menguasai daerah-daerah yang diberi mandat oleh sultan.
k Pembesar kampung yang pelantikannya dilakukan
oleh pembesar daerah yang mendapat kuasa daripada sultan. Biasanya taat
setianya diberikan lebih kepada pembesar daerah jika dibandingkan dengan
sultan.
1. Pembesar Pusat
Dalam kategori ini pembesar-pembesar yang dilantik memegang
jawatan-jawatan berikut:
i.
Bendahara
ii.
Temenggong
iii. Laksamana
iv. Penghulu Bendahari
v. Shahbandar
Susunan pembesar di
perinkat ini adalah warisan daripada sistem pembesar yang diamalkan oleh
kesultanan Melayu Melaka dan digunapakai juga oleh kerajaan Johor Riau. Selepas
perpecahan kerajaan melayu Johor Riau sistem pembesar didapati sistem pembesar ini disusun mengikut keadaan semasa , umpamanya
di Johor terdapat jawatan Menteri Besar, Dato Penggawa Dalam, Dato Penggawa
Luar. Di Kelantan , Menteri Perendaharaan, Menteri Peperangan, Menteri
Pentadiran dan Menimarahkan Negeri, Menteri Lluar Negeri, Menteri dalam Negeri,
Menteri Istana, Menteri Kehakiman dan Keadilan, dan Menteri Penasihat Raja.
2. Pembesar Daerah
Pembesar daerah meguasai sesebuah kawasan dan dilantik memegang jawatan oleh Sultan melalui surat
taulaih dan alat-alat kebesaran yang dilambangkan sebagai penurunan kekuasaan
sultan kepada pembesar. Dengan kekuasaan yang ada pada pembesar mereka
beperanan dan menentukan corak pentadbiran politik melayu dalam daerah yang
dikuasa mereka.
Dalam hal ini secara
umumnya peranan yang dimainkan oleh para pembesar mirip tugas yang dijalankan
sultan, tetapi ia hanya diakui kekuasaannya oleh rakyat yang berada di dalam daerahnya
sahaja. Dalam menganalisis peranan pembesar ini kita dapat lihat dari aspek
yang berikut:
1.
Kuasa dan
kekuasaan
k Boleh membuat pelantikan kepada orang lain.
Contoh Dato Maharajalela melantik Pandak Indut
untuk mengetuai serangan terhadap Birch. Diberi surat tauliah lantikan
dan sepersalinan pakaian sebagai hadiah pelantikan. Membolehkan Pandak Indut
memiliki kuasa dan rakyat perlu menurut perintah beliau.
k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan
tugas-tugas pembesar dalam sistem kerah dan serah.
k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk
pembesar.
k Kekuatan dan kekuasaannya melebihi kekuatan
sultan hingga adakalanya mereka boleh engkar terhadap perintah sultan.
2.
Pemugut
cukai dan hasil pendapatan
k
Berkuasa
dalam membuat pungutan cukai dan hasil daripada rakyat. Tugas sebenarnya
sebagai wakil kepada sultan tetapi biasanya hasil cukai yang dipungut tidak
diserahkan kesemua sebaliknya hanya 1/10 daripada cukai tersebut yang diserah kepada
sultan.
k
Lebihan
hasil membolehkan mereka meningkatkan kekuatan dan pengaruh untuk bersaing
dengan sultan.
3.
Keselamatan
k
Memstikan
keselamatan dan kesejahteraan daerah yang dikuasai mereka dan jika tidak berkemampuan
meminta bantuan daripada sultan.
4.
Penghakiman
k
Bagi
pembesar yang merasai diri mereka lebih kuat daripada sultan mereka adakalanya
menjatuhkan hukuman terhadap para pesalah sehingga melibatkan hukuman mati.
Dalam hiraki kekuasan kehakiman biasanya pembesar hanya boleh menjatuhkan
hukuman-hukuman bagi kesalahan kecil sahaja.
5.
Ketua
daerah
k
Kekuasaan
pembesar daerah hanya tertakluk dalam lingkungan daerahnya dan bagi meluaskan
kuasanya mereka perlu mendapatkan banyak sumber sama ada dalam bentuk kewangan,
hasil alam, dan pengikut. Ini bagi membolehkan pengaruh mereka bertambah kuat
serta menggerunkan kampung-kampung yang tidak berada dalam lingkungan wilayah
mereka.
6.
Keturunan
Λ
Biasanya
mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada
kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan kelas
pembesar yang memerintah. Jarang sekali seorang rakyat biasa boleh menjadi
pembesar kecuali yang benar-llllbenar menunjukkan kebolehan yang luar biasa.
Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabatnya.
Menyentuh pembesar
pusat dan daerah, Dalam zaman kesultanan Melayu Melaka, empat pembesar utama
berada dalam lingkungan daerah tedbir sultan. Ini dapat memperlihatkan dengan
jelas perbezaan tugas mereka dengan pembesar yang duduk dalam daerah mereka.
Walaupun pembesr-pembesar-pembesar ini diberikan tugas menjaga wilayah
tertentu, tetapi ia lebih rapat kepada Sultan. Peranan ini akhirnya berubah
apabila runtuhnya empayar Melaka. Keadaan penguasaan wilayah serta pemisahan
kuasa ini dapat dilihat dalam kerajaan melayu Johor yang menyaksikan Temenggong
menguasai Wilayah Johor dan Singupura, Bendahara di Pahang, dan Sultan di Riau.
Keadaan ini memperlihatkan kekuasaan Temenggong dan Bendahara sehingga
membolehkan mereka menandatangani perjanjian dengan Inggeris tanpa mendapat
persetujuan Sultan.
Oleh itu, jika hendak dibuat
perbandingannya didapati fungsi mereka terdapat sedikit perbezaan. Ini dapat
ditafsirkan yang pembesar pada zaman Melaka masih terikat dan begitu setia
dengan Sultan, tetapi dalam zaman kerajaan Melayu Johor,pembesar menunjukkan
kekuasaan mereka setanding dengan Sultan. Walau bagaimanapun urusan dan tugas
mereka tetap sama.
Jika dibuat perbandingan antara
pembesar daerah dengan kampung (penghulu) kita dapat lihat persamaannya dari
aspek berikut:
1.
Pemugut
cukai dan hasil pendapatan bagi pembesar
2.
Ketua
dalam kampung
3.
Keselamatan:
menjaga keselamatan kampung.
4.
Kuasa dan
kekuasaan. Berkuasa dalam aspek berikut:
k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan
tugas-tugas yang diarahkan oleh pembesar dan ketua kampung dalam sistem kerah
dan serah.
k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk
pembesar.
Kepentingannya dapat
dilihat dari sudut berikut:
1.
Wakil
Sultan sama ada dalam sektor ekonomi , sosial, dan politik.
1.1
Dalam
sektor ekonomi mereka sebagai wakil pemungut cukai bagi pihak sultan.
1.2
Dalam
sektor politik ia bertindak menjalankan perintah sultan dalam bidang-bidang
pentadbiran.
1.3
Ia juga
melibatkan diri untuk mendapatkan ketaatsetiaan rakyat.
1.4
Agen
kepada sultan bagi mendapatkan sumber tenaga sama ada tenaga buruh, tentera,
dan pekerja istana.
1.5
Merupakan
bayangan sultan dari sudut konsep ketuhanan kerana mereka dilantik sultan yang mempunyai kuasa luar biasa jika
dibandingkan dengan rakyat.
2.
Sebagai
penasihat Sultan- menentukan tindaktanduk dan pelakuan Sultan.
3.
Berkeupayaan
menentukan pewarisan dan pertabalan Sultan.
Sistem ekonomi Melayu
tradisi amat berlainan daripada sistem yang dibawa oleh British. Dalam sistem
ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem ekonomi sara diri. Cuma
setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-negeri Melayu sistem
tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial. Walaupun begitu,
sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh masyarakat sebelum
kedatangan penjajah barat. Cuma ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.
( Sebab-sebab )
Sistem ekonomi sara
diri dari segi konsepnya ialah satu sistem pertanian sara hidup. Dalam konteks
sistem ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah barangan untuk kegunaan
keluarga sahaja. Ia tidak berfokuskan kepada lebihan pengeluaran. Ini berbeza
dengan sistem pertanian komersial yang berfokuskan lebihan pengeluaran. Hal ini
kerana dengan bahan pengeluaran yang berlebihan itu, usahawan yang mengusahakan
boleh menjual dan mendapatkan keuntungan. Mengapakah masyarakat Melayu tradisi
tidak menjuruskan sistem ekonominya ke arah sistem ekonomi komersial? Dalam
menjawab persoalan ini pelbagai faktor perlu diambilkira. Ia perlu dilihat dari
aspek sistem kerja, sistem pemilikan tanah, sistem kenegaraan, teknologi yang
digunakan, hubungan petani dengan dunia luar, dan sumber pertanian.
Dari aspek sistem kerja,
petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia
tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan
pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain
mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga
mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan
untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar
memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan
untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak
Shaari. 1991).
Keadaan sistem kerja ini
diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem
pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini
berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem
Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan
tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua
wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai,
hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan
daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar
sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan
hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk membayarnya.
Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut
berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari
jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil
huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas
seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai
hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber
dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini
menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem
pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun
jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin
tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan
pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak
telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu.
Dalam aspek sistem kenegaraan ia
melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah
caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia
ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang
kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat
menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk
menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki
dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam
sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai
bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu,
jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak
dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan
diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah.
Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan,
keperluan dan lain-lain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan
ketaatan. Ishak Shaari ( 1991 ) menyatakan sistem serah ini lebih teruk
daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan
mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat
dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut:
Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui
oleh Abdullah ) Dan lagi baik perahu
atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki
raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan
anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada
ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya
tikam mati-mati sahaja.
Dengan keadaan sistem kenegaraan
yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak
menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang
mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka
masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang,
penyabit, dan penajak. Walaupun begitu,
masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari. ( 1991 ), ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk
membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para
petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan
ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman
revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan
di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi
pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem
komersial.
Keterbatasan hubungan antara
petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk
mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan
oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan
urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang
dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor
pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek
perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan.
Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat
melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang
Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan
dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep
ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini
didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti
oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza
dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan
menerima revolusi sama ada revolusi
pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran
mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan alam dan
memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan
Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam.
Selain itu, hak petani ke atas harta
yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan
tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut (
Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber
kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang
menyatakan
Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi
milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di
Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di
negeri ini.
Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang
diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu
boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang
dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada
orang lain.
Keadaan ini telah
menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan
kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya
dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti
buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam
itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah
yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara
mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak
wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot.
Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan
dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan
seharian.
( Bukti kewujudan aktiviti ekonomi komersial )
Dalam sistem ekonomi
komersial aktiviti ekonomi menjurus pada lebihan pengeluaran. Hasil yang
dikeluarkan diekspot dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan kewangan.
Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu didominasi oleh aktiviti pertanian
sara diri, aktiviti dagangan masih beroperasi. Hal ini kerana sistem ekonomi
masyarakat Melayu adalah terbuka.
Walaupun ekonomi Tanah Melayu
lebih kepada ekonomi sara diri, aktiviti komersial masih dijalankan. Keadaan
ini dimonopoli oleh golongan bangsawan dan bukannya petani. Ia dapat difahami
kerana para bangsawan memiliki kuasa untuk mengenakan cukai, pengurniaan tanah,
dan mengambil semula tanah. Kuasa dan kekuasaan yang dimiliki mereka menjadikan
para petani sebagai golongan yang menjadikan golongan bangswan semakin kaya.
Oleh sebab golongan petani ialah golongan yang mengikut dan memberikan tumpah
taat setia yang tidak berbelah bahagi ini menyebabkan mereka terpaksa menyerah
dan mematuhi kehendak para pembeasar.
Biasanya kedaan ini difahami sebagai satu kesan yang tidak baik dalam sistem
kerah dan serah. Melalui sistem inilah para pembesar menjadi para pedagang dan
mempunyai bekalan yang mencukupi untuk didagangkan.
Aspek kedua yang mencetuskan
perubahan sistem ekonomi ke arah sistem ekonomi komersial ialah terjumpanya
bijih timah di Larut oleh Long Jaafar. Adanya penenmuan ini menyebabkan urusan
dagangan dibuat oleh orang Eropah,
terutamanya Inggeris dan Belanda. Ini
diperteguhkan lagi dengan keperluan buruh-buruh Cina untuk menambahkan pengeluaran
dan ia juga merupakan kesan yang menyebabkan Perak dicampur tangan oleh
Inggeris. Dalam hal ini para pedagang negeri selat telah mendesak untuk
menstabilkan Perak. Ini membuktikan bahawa aktiviti komersial ini ada walaupun ia hanya melibatkan golongan
pembesar.
Peluasan dan keaktifan
pelombongan bijih timah, bukan sahaja meluaskan dan mempercepat perubahan
sistem ini, tetapi sebelumnya pada era
kegemilangan kerajaan Melayu Kedah, Melaka dan Johor - Riau telah lebih awal
lagi membantu perubahan sistem ekonomi sara diri. Inilah yang mengjhasilkan
sebab ketiga mengapa berlakunya perubahan kepada sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi komersial. Pembukaan dan perkembangan pelabuhan-pelabuhan di Melaka, Johor-Riau , dan Kuala Kedah
sebagai pelabuhan entrepot telah menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang dari
luar, terutamanya pada abad yang ke 14, 15, dn 16. Dalam era ini, para pedagang
Eropah mencari peluang perniagaan dan tanah jajahan serta memasukkan
unsur-unsur peradaban ekonomi mereka seperti
pengenalan sistem kewangan dan ekonomi kapitalis. Hal ini selanjutnya diteruskan
dalam abad ke 19 dan 20 apabila perkembangan dan wujudnya Revolusi Pertanian dn
Industri lebih merancakkan lagi permintaan bahan mentah sehingga diperkenalkan
sistem-sistem ekonomi di negara jajahan. Keadaan ini lebih galak lagi apabila
pelabuhan Singapura dibuka pada awal abad ke 19. Hal ini seterusnya telah
mempengaruhi pembesar-pembesar tempatan dan sultan untuk merebut peluang
ekonomi bagi mengaut keuntungan dan kekayaan. Fenomena ini mempuunyai pengaruh
yang kuat yang boleh mengubah minda dan pemikiran orang-orang Melayu ke arah
perubahan sistem. Hal ini juga membuktikan bahawa telah wujud aktiviti ekonomi
komersial sejak awal abad ke 14 di Tanah Melayu.
Bukti keempat ialah wujudnya
masyarakat yang berbilang kaum di Melaka. Masyarakat berbilang kaum ini yang
terdiri daripada kaum Cina, India, Jawa,
Arab, dan Eropah telah sedia ada. Dalam hal ini boleh dikatakan masyarakat
India dan Arab merupakan masyarakat yang terawal datang ke Tanah Melayu.
Kedatangan mereka bukan setakat untuk urusan perdagangan, tetapi menyebarkan
fahaman agama dan bahasa mereka. Dengan adanya masyarakat majmuk ini, jelas
bahawa aktiviti komersial dengan bertukar barangan telah lama wujud di Tanah
Melayu. Ia lebih rancak lagi apabila adanya teknologi pengangkutan laut dan
kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu. Kemajmukan bangsa ini telah membentuk pola-pola ekonomi terhadap
masyarakat. Penguasaan perdagangan semakin jelas dengan pengusaan orang Eropah
dan Cina. Andaya ( 1982 ) menyatakan
pada tahun 1848-9 penguasaan orang Eropah dan Cina dalam perdagangan Tanah
Melayu ialah 16% dan 19%, tetapi pada tahun 1868-9 berubahan pada 25% dan 12 %.
Kedatangan orang Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis dan lain-lain bangsa Eropah memperlihatkan pembukaan Pulau Pinang dan Singapura oleh kuasa Eropah. Penguasaan Melaka oleh Portugis merupakan asas kepada peluasan kuasa mereka. Peluasan kuasa yang dibuat mereka sebenarnya terhasil daripada aktiviti perdagangan komersial. Mereka bermula dengan hubungan dagangan secara persahabatan seterusnya mereka memetri perjanjian bagi mendapat bahan-bahan mentah yang diperlukan. Keperluan bahan mentah serta kerakusan dan persaingan untuk mendapatkannya antara mereka merupakan bukti bahawa wujud perdagangan secara komersial di Tanah Melayu dan rantau nusantara. Inilah bukti yang kelima yang nyata menunjukkan wujudnya perdagangan komersial.
Aspek keenam - Perjanjian
Inggeris - Belanda 1824 - Pembahagian wilayah antara Inggeris dan Belanda bagi
urusan dagangan kedua-dua buah negara. Dalam perjanjian ini kedua-dua
kuasa ini bersetuju untuk tidak bersaing
dalam satu kawasan yang sama yang boleh menyebabkan perseteruan. Hal ini kerana
kedua-dua kawasan utara dan selatan khatulistiwa mempunyai sumber bahan mentah
yang sama seperti bijih timah dan rempah ratus. Ini juga merupakan antara sebab
mengapa kuasa-kuasa barat bersaing untuk menguasai wilayah. Keadaan ini boleh
membuktikan wujudnya satu sistem perdagangan yang membolehkan kuasa Inggeris
mengumpul dan mendapatkan bahan mentah ini. Keadaan seperti ini tidak akan
wujud jika tidak ada pedagang Melayu yang kebanyakannya dikuasai oleh para
pembesar selain daripada masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India.
Aspek ketujuh dalam membuktikan telah wujudnya
sistem ekonomi komersial ini ialah adanya ladang-ladang gambir yang dibuka
secara besar-besaran oleh keluarga Temenggong Johor. Ini mewujudkan sistem
kangcu dan surat sungai yang membolehkan perkembangan peladangan gambir ini
dapat dibuat secara komersial dan bagi mengelakkan permusuhan dan peperangan
antara puak-puak masyarakat Cina. Selain
itu, wujudnya Sistem Pajak di Kedah membuktikan bahawa masyarakat Melayu
mempunyai kecenderungan dalam bidang ekonomi komersial. Dalam sistem ini Sultan
Kedah memajak tanah-tanah kepada pemodal-pemodal bagi penanaman hasil tani
unutk ekspot.
Aspek Politik:
1.
Perubahan
sistem pemilikan tanah dan perubahan
adat Melayu.
Perubahan dalam sistem pemilikan tanah yang dilakukan oleh Inggeris
telah mengakibatkan kehilangan atau berlakunya perubahan dalam sistem kehidupan
masyarakat Melayu terutamanya yang melibatkan sistem kerah, serah dan hamba
abdi. Perubahan yang dilakukan Inggeris dengan memberikan hak milik kepada mereka yang berkenaan telah menjelaskan
tentang hak milik tanah kepada pemiliknya secara sah. Penentuan dan pengsahan
hak milik tanah di kalanagan masyarakat petani telah membolehkan para petani
berusaha dalam menambahkan pengeluaran dan peningkatan hasil daripada tanah yang diusahakan. Mereka tidak
lagi berasa bimbang akan hasil yang dikehendaki diserahkan kepada para
pembesar, tetapi dapat menembahkan hasil bagi keluarga mereka untuk mendapatkan perubahan dalam
taraf hidup. Perubahan pentadbiran yang menyentuh pemilikan tanah ini, walaupun
ditentang oleh pembesar Melayau sebenarnya telah membantu golongan bawahan
untuk mendapatkan hak milik terhadap tanah yang diusahakan.
2.
Perubahan
peranan pembesar dan Sultan dalam sistem tadbir penjajah. Pembesar jadi pegawai
kerajaan, Sultan penasihat kepada residen. Keadaan ini bukan setakat men
jejaskan kekuasaan kepimpinan Melayu tetapi ia membolehkan Inggeris membentuk
satu sistem bagi mencegah ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan bawahan
Melayu yang dirasakan ditindas oleh
golongan atasan melalui pelbagai sistem dan kepercayaan yang dikenakan terhadap
masyarakat bawahan Dalam perubahan kepimpinan dan hiraki kepimpinan Melayu para
pegawai Inggeris telah menentukan hala tuju dan undang-undang baru yang
berteraskan undang-undang commom law Inggeris sehingga mengubah teras
kepercayaan masyarakat terhadap instusi kesultanan dan pembesar. Walaupun
keadaan ini menjejaskan masyarakat pembesar Melayu sedikit banyak ia telah
membantu golongan bawahan Melayu untuk memiliki kekayaan dengan golongan pemerintah Melayu Walaupun pada
hakikatnya Inggeris banyak menguasai memboloti kekayaan negara tetapi perubahan
tanggapan masyarakat bawahan bagi penambahan hasil ekonominya telah juga
berubah..
Aspek Ekonomi:
3.
Wujudnya
revolusi industri di Eropah dan kemahuan untuk mendapatkan bekalan bahan
mentah.
Kepesatan teknologi dan penemuan baru dalam era kegemilangan industri
di Eropah telah mewujudkan persaingan bagi mendapatkan bahan mentah. Keadaan
ini kelihatan banyak terdapat di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar utama
getah dan timah. Kehendak bagi bahan ini telah mendesak para pemodal untuk
melaburkan modal. Jika tidak wujudnya revolusi ini maka kehendak bahan mentah
ini tidak menjadi saingan bagi industri pemotoran, dan pengentinan.
4.
Pemodal
asing yang sanggup menanam modal seperti Guthrie, dan Sime Darby. Adanya
pemodal-pemodal ini telah menyebabkan banyak tanah-tanah dibuka dan diterokai
sama ada dalam bidang pelombongan ataupun pertanian. Pemodal-pemodal ini akhirnya
telah menyebabkan ramai para buruh dibawa masuk dari India dan Cina. Kewujudan
ini kerana masyarakat pemodal memerlukan lebih banyak bahan dapat
dikeluarkan dan ini secara tidak
langsung telah mengubah persepsi masyarakat melayu terhadap bentuk kehidupan
mereka sebelumnya yang menjuruskan aspek sara diri. Lebih-lebih lagi apabila
pihak Inggeris telah mengubah banyak sistem di Tanah Melayu terutama dalam
sistem pencukaian, iaitu bayaran cukai dalam bentuk wang tunai.
5.
Fahaman
liberialisme dan kapitalisme yang bercirikan pasaran bebas galakan persaingan
dan ekonomi wang merupakan asas kepada ekonomi dagangan. Keadaan ini telah
memperlihatkan kemajuan yang begitu ketara di kalangan masyarakat pendatang,
terutamanya masyarakat Cina yang banyak mengambil peluang daripada perubahan
sistem ini. Ini secara tidak langsung telah mengubah pemikiran Melayu bagi
mendapatkan kemajuan dan taraf yang sama dengan masyarakat pendatang.
Perkembangan fahaman ini juga mengikiskan
fahaman dalam sistem feudalisme yang tersemai dalam pemikiran masyarakat Melayu
dan sedikit demi sedikit telah menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti
sistem kerah,sera dll sistem.
Aspek Sosial:
6.
Adanya
usaha pihak penjajah membawa masuk teknologi baru seperti teknik perlombongan -
pam kelikir, dan kapal korek. - Teknik penorehan getah dan membawa masuk biji
benih getah.
7.
Kemasukan
buruh asing Cina dan India untuk bekalan buruh yang murah.
8.
Perkembangan
pendidikan, dan prasarana serta pembukaan bandar dan hutan untuk pertanian.
Struktur organisasi
masyarakat Melayu mewarisi struktur organisasi zaman kesultanan melayu Melaka.
Dalam struktur ini ia berbentuk piramid yang berpuncakkan kuasa pada
sultan. Ia dapat dilihat seperti rajah berikut:
Tukang / Petani / Hamba Pembesar Daerah Raja Rakyat Pembesar
Peranan-peranan raja,
pembesar dan pembesar adalah seperti huraian di atas. Peranan rakyat dalam
struktur masyarakat Melayu tradisi lebih menjurus kepada pemberian taat setia
kepada golongan bangsawan. Peranan mereka adalah untuk dilindungi dan dinaungi
supaya keselamatan dan kehidupan mereka terjamin. Oleh itu, peranan mereka ini
dapat disimpulkan seperti yang berikut:
1.
Sebagai
tenaga kerahan dalam bidang keselamatan, sosial, dan ekonomi.
2.
Alat bagi
menunjukkan kekuatan dan kekuasaan pembesar dan golongan bangsawan. Mereka
sebagai pengikut kepada pembesar dan dikenali dengan istilah kawan.
3.
Penyumbang
kebangkitan ekonomi dalam bentuk membayar cukai atau menyerahkan hasil daripada
usaha yang dibuat. Mereka tidak boleh membantah kerana tanah yang dikerjakannya
adalah hasil kurniaan golongan atasan dan boleh ditarik balik.
Peranan yang dimainkan oleh
golongan bawahan ini adalah dipengaruhi oleh aspek-aspek yang berikut:
1.
Anggapan
mereka akan kekuasaan yang dimiliki oleh sultan seperti aspek tulah dan daulat
jika derhaka.
2.
Memerlukan
tanah sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan.
3.
Memerlukan
perlindungan kerana golongan atasan mempunyai kekuatan ketenteraan.
4.
Bagi
hamba berhutang, mereka terikat dengan hutang yang tidak mampu dibayar.
5.
Pengikut
tradisi sejak daripada penghijrahan tempat asal mereka. Sebagai contoh
Temenggong Abd Rahman yang menguasai
Johor mempunyai pengikut yang terdiri daripada orang laut.
6.
Kemampuan
pembesar yang boleh memberikan mereka kemewahan dalam kehidupan. Aspek ini
bergantung pada kekayaan yang ada pada para pembesar.
Batasan hubungan
golongan atasan dan bawahan tertakluk dalam aspek-aspek berikut:
1.
Aspek
perkahwinan hanya dalam kelas mereka sahaja.
2.
Adat
berpakaian dan cara hidup dan pergaulan. Sebagai contoh
Λ
Rakyat
tidak boleh berpakaian berwarna kuning.
Λ
Sisa
rakyat tidak boleh dimakan oleh Sultan - derhaka. Lihat kes isteri Laksamana
Bentan dibunuh.
Campur tangan
Inggeris yang bermula pada 1874 mempunyai banyak implikasi terhadap
stratifikasi masyarakat Melayu. Keadaan ini mempunyai sedikit perbezaan antara
struktur tradisi masyarat yang bercorakkan piramid dan berpaksikan raja
kepada pemecahan atau pembahagian kuasa
antara Raja dan Residen. Ia akhirnya menyaksikan juga perubahan dalam
kepimpinan kebangsawanan yang menghilangkan fungsi-fungsi penting pembesar
dalam era tradisi.
Tukang
/ Petani / Hamba Pembesar
Daerah Raja Rakyat Ulama Pembesar
Adakah bentuk
strukutur sosial ini berubah? Ia hanya boleh dikaji melalui perubahan fungsi
yang dimainkan oleh setiap lapisan dalam
masyarakat dan tindakan-tindakan Inggeris seterusnya seperti
perubahan-perubahan pentadbiran dan pemerintahan dengan mewujudkan sistem
Persekutuan pada 1896, Dasar Centralisasi dan Desentralisasi, Malayan Union,
Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Adakah setiap
perubahan ini mencirikan konsep kuasa dan kedudukan sebelum campur tangan Inggeris pada 1874? Jika ia
tidak mencirikan konsep sebelum tahun
1874 maka struktur lapisan masyarakat juga telah banyak berubah. Hal ini juga mempunyai kaitan dengan aspek
struktur dan cara pengaruh dalam organisasi politik Melayu kerana perubahan
dalam sudut ini mempuyai kesan terhadap lapisan masyarakat Melayu tradisi.
SULTAN Penghulu Penghulu Penghulu Penghulu Penghulu Penghulu Penghulu PEMBESAR PEMBESAR PEMBESAR PEMBESAR PEMBESAR
Kekuasaan yang
dimiliki oleh setiap tahap kedudukan pembesar dapat ilihat berdasarkan rajah di
atas. Dalam aspek ini kekuasaan sesebuah negara terletak pada Sultan. Hal ini
difahami kerana sultan mempunyai keistimewaan yang tidak dipunyai oleh orang
lain. Antara keistimewaan yang ada pada sultan ialah sifat ketuhanan, kewujudan
sistem-sistem seperti kerah dan serah, durhaka dan daulat, tulah yang mempunyai
hubung kait dengan keprcayaan dan amalan dalam adat melayu. Ini membolehkan
sultan menggunakan kedudukannya bagi memanipulasikan pengikut-pengikutnya
dengan memasukkan doktrinasi keajaiban dan kemuliaan sultan. Maka wujud
kepercayaan yang memperlihatkan sultan mempunyai daulat, iaitu satu kepercayaan
yang membolehkan sultan mengenakan kesialan terhadap orang yang mengengkari
perintahnya. Unsur-unsur ini yang ada pada sultan akan diwarisi oleh mereka
yang dilantiknya sebagai pembesar. Kepercayaan masyarakat melayu tentang
penurunan kuasa ini dapat dijelaskan lagi dengan hadiah-hadiah iringan yang
akan diberikan oleh sultan kepada para pembesarnya. Hadiah-hadiah dan
pelambangan yang berunsurkan kekuasaan sultan seperti cop mohor membolehkan
penerimanya menjalankan kuasa sultan . Keadaan ini seterusnya akan diterima
oleh penghulu. Seperti keadaan yang dinikmati oleh para pembesar, penghulu
sebagai pembesar desa juga akan dapat menikmati kuasa yang sama. Walaupun
begitu setiap peringkat pembesar tersebut diberikan had-had kuasa yang tertentu
bagi menghalangkan mereka mewujudkan persamaan dengan sultan.
Keadaan penurunan dan pemilikan kuasa seperti ini telah
mewujudkan kumpulan-kumpulan pengikut tertentu. Ia bergantung pada siapakah
yang menjadi ketua mereka. Kebiasaannya pembesar A akan mempunyai kumpulan
pembesar desa tertentu yang menumpahkan
taat setianya kepada pembesar A sahaja dan
pembesar desa itu pula mempunyai pengikutnya . Oleh yang demikian,
setiap pembesar perlu mempunyai dan mencari sebanyak mungkin pengikut.
Banyaknya pengikut akan membolehkan mereka bertambah kuat, kaya, dan
berpengaruh dalam istana. Walaupun kesetiaan setiap pengikut diberikan kepada
pembesar yang menjadi ketua kepada mereka kepatuhan dan daulat sultan tetap
terpelihara. Hal ini kerana, daulat sultan mengatasi kuasa yang ada pada setiap
pembesar yang telah dilantik. Oleh itu, setiap pembesar perlu patuh dan taat
kepada sultan, jika tidak ia akan ditulah. Ini memungkinkan mereka kehilangan
status dan taraf sebagai pembesar dan membolehkan rakyat mengengkari perintah.
Keadaan ini boleh menyebabkan pembesar yang disihkan itu tidak diterima dalam
sistem pembesar masyarakat melayu. Ini juga boleh menyebabkan mereka kehilangan
kekayaan dan pengikut.
Persoalannya dalam mengkaji
aspek ini ialah bagaimanakah mereka dapat mempastikan kedudukan mereka. Keadaan
ini hanya akan wujud jika mereka dapat
mencapai satu tahap kekayaan yang besar. Dengan kekayaan ini para
pembesar boleh menyara pengikut mereka. Disamping itu, mereka juga boleh
mendapatkan perhatian sultan jika mereka dapat menghadiahkan atau memperoleh
cukai yang tinggi kepada sultan. Dalam mendapatkan cukai ini, semakin luas
kawasan atau wilayah yang dikuasai, maka sebagai ramai pengikutnya yang boleh
dikerahkan atau meminta mereka menyerahkan hasil-hasil yang didapati untuk
dipersembahkan atas nama sultan. Kebolehan mereka menguasai ekonomi wilayah
mereka bukan setakat menjadikan mereka bertambah kaya, tetapi berpengaruh dalam
istana. Oleh itu, setiap pembesar akan bersaing bukan setakat mendapatkan
wilayah yang luas, tetapi juga bersaing untuk mendapatkan perhatian dan
kepercayaan sultan. Hal ini membolehkan mereka diberi anugerah melebihi
daripada pembesar lain.
Kegagalan mereka menguasai aspek
pengaruh ini, sebenarnya menyebabkan mereka gagal dalam persaingan mencari
pengaruh dan boleh menyebabkan mereka kehilangan pengikut dan kuasa. Keadaan
ini akhirnya wujud apabila struktur kuasa dalam lapisan masyarakat melayu telah
diubah oleh Inggeris selepas 1874. Ini menyaksikan penentangan oleh para pembesar kerana
kedudukan dan taraf mereka telah diperlecehkan dan mereka akhirnya sama seperti
rakyat kebanyakan sewaktu sistem pemerintahan dan lapisan masyarakat melayu
tradisi masih utuh.
Amalan kepercayaan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh amalan dan keprcayaan dalam amalan nenek moyang atau kepercayaan Hyang, Hindu, dan Buddha seperti percaya kewujudan mana, mentera atau jampi, sihir, bomoh atau dukun, sumpah atau tulah, daulat raja, dan pelbagai jenis hantu yang berhubung kait dengan konsep syaitan dalam Islam. Kepercayaan kepada penyembahan nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan agama Hindu dan Buddha. Keadaan ini dapat dilihat daripada pemujaan yang dilakukan mereka di candi-candi Lembah Bujang yang tidak mempunyai kesamaan dengan penyembahan kuil oleh masyarakat Hindu-Buddha di India. Oleh itu, kepercayaan ini lebih tertumpu kepada perkongsian amalan yang dicampuradukkan sehingga mewujudkan satu amalan bentuk baru, tetapi masih didominasi oleh kepercayaan Hindu. Sehingga kedatangan Islam amalan-amalan ini masih tidak luput daripada naluri orang Melayu. Walaupun, amalan-amalan ini bertentangan dengan syariat Islam, ornag-orang Melayu masih tidak membuangnya daripada budaya masyarakat. Keadaan ini dapat difahami berdasarkan sebab-sebab berikut:
·
Ia
menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan
mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan.
Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.
·
Unsur-unsur
yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh:
·
Dalam
majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai,
bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama,
tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.
·
Majlis
Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati
jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-bahagian mayat
yang pecah.
·
Majlsi
perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah
dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini
ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.
·
Cara
dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan
aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain
hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.
·
Dalam
menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan
kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar
mendapat rahmat daripada Allah swt.
·
Penerimaan
Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana
ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan
pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana.
·
Proses
melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan
amalan Islam.
·
Konsep
agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat.
Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada
agama sedangkan ia berbeza.
·
Mohd Taib
Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalancara hidup yang berorganisasi
dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu
perkara untuk dipercayai.
·
Masyarakat
Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu
sama.
·
Masyarakat
Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat.
Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses
menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang
dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma
aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al
Quran dan sunnah Nabi saw.
·
Keadaan
ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation dan rearrangement.
·
Apabila
wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan
proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku
pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:
·
Konsep
penunggu ditukar kepada konsep keramat.
·
Konsep
hantu ditukar kepada konsep syaitan
·
Istilah
Dewata Raya ditukar kepada Allah swt. Siva dianggap mahaguru, Nur muhamad dan
Luqman Al-Hakim adalah pawang silam dan aku adalah pawang keempat, Pawang tuan
juga dikaitankan dengan Siva, Nabi Muhamad dan kadang kala Allah swt.
Mana : Satu aspek kepercayaan yang membolehkan seseorang mendapat MANA atau kekuatan daripada seseorang yang dikalahkan atau dibunuh. Sebagai contoh seorang pahlawan yang berjaya membunuh musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan atau kesaktian musuhnya yang dibunuhnya.
Mentera dan jampi : John D. Gimette dalam bukunya A Dictionary of Malay Medicine mentakrifkan Jampi atau mentera sebagai penggunaan serapah oleh bomoh atau pawang dalam amalan sihir orang Melayu. Selalu ia menggunakan kata-kata atau ayat-ayat tertentu yang difahami maksudnya oleh Bomoh. Apabila kedatangan Islam kata-kata atay ayat tersebut ditukar bentuk kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagai contohnya ayat-ayat yang digunakan sebelum kedatangan Islam adalah seperti yang berikut:
Hai pinang sepiak muri tanaman Maharaja
Dewana...... Perkataan Maharaja
Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama para nabi atau wali dalam
Islam.. dan boleh ditambah dengan kalimah syahadah.
Sihir dan tilik: Ibnu Khaldun melihat sihir dan tilik sebagai
satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan
sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama dilihat
sebagai sihir dan kedua tilik.
A.S.
Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English menyatakan
sihir adalah seni yang mengawal kejadian dengan pendakwaaan penggunaan tenaga
luar biasa. Ia witchcraft, praktis tahyul primitif berdasarkan kepercayaan
terhadap agen ghaib. Sihir hitam dilakukan dengan pertolongan syaitan dan sihir
putih ( ? ) tanpa pertolongan syaitan.
Tahap-tahap
atau martabat sihir:
1.
Ia dapat
mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Ini yang disebut sihir
oleh golongan failasuf.
2.
Ia dapat
mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemen alam atau
angka-angka bilangan, ini yang dinakan
tilik , ia lebih lemah daripada yang pertama.
3.
Ia dapat
mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan
gambaran yang mahu diberikan dan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata,
seperti membuat mereka seolah-seolah ternampak sesuatu, sedangkan ia sebenarnya
tidak ada di hadapan mereka. Ini yang disebut khayalan atau hallucination oleh golongan
falsafah.
Setelah
kedatangan Islam istilah sihir ditukar kepada jampi serapah atau mentera.
Bomoh /Pawang/Dukun: Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman Al-Hakim,
dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. Ia sebagi alat bagi mengubati penyakit
dan dilihat sebagai seorang yang berdekatan dengan Tuhan. Oleh itu, ia mendakwa
diri mereka sebagai keturunan daripada
para aulia atau wali, dan sebelum Islam biasanya ia mempunyai kuasa
berhubung dengan para dewa seperti Siva.
Ciri-ciri Persamaan dan Perbezaan
Pepatih |
Temenggong |
Pelantikan pembesar-pembesar dibuat secara suara
terbanyak, seperti pelantikan Yang Dipertuan Besar dibuat secara suara
terbanyak antara undang luak Sri Menenti, Rembau, Johol, dan Jelebu.
Pelantikan Undang pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh Buapak, dan
Buapak dipilih oleh Perut. Hal ini boleh disamakan dengan sistem demokrasi,
iaitu individu yang mendapat undi
terbanyak akan dipilih sebagai ketua atau pemimipn. Dalam sistem
pembesar-pembesar ini perlu beramping dengan rakyat dan boleh dipecat
daripada jawatannya jika mereka tidak mendapat kepercayaan daripada golongan
bawahan. Dengan kata lain, para pembesar ini tidak menganggap jawatan itu
sebagai warisan keturunan. Demokrasi wujud
hak dan kuasa rakyat. Pemilihan kepimpinan dari bawah. |
Pelantikan sultan dalam adat ini melalui sistem
warisan. Anak sulong lelaki akan dipilih untuk menggantikan bapanya yang
meninggal dunia. Jika tidak dilantik waris-waris kerabat yang rapat dengan
sultan, dan seterusnya jika tiada Bendahara boleh dilantik menjadi sultan
sehingga ada waris yang rapat yang menuntut takhta kesultanan. Pelantikan
pembesar pula mengikut budi bicara sultan. Biasanya ia turun-temurun dari
satu keturunan ke satu keturunan. Jika tidak mereka yang berjasa kepada
sultan dan negara boleh dilantik dan diperkenankan sultan. Umumnya dengan
kuasa yang ada pada sultan ada yang
beranggapan ia bersifat autokratik, iaitu pelantikan pembesar tidak
mencerminkan kehenadak rakyat. Autokratik
Pemilihan kepimpinan dari atas. Rakyat bawahan terima pemimpin yang dilantik
daripada atasan. Rakyat tidak ada kuasa dalam menentukan pelantikan pemimpin. |
|
|
Dari aspek
pewarisan harta, terdapat tiga jenis pewarisan harta iaitu harta
bawaan, harta warisan atau pusaka, dan
harta sepencarian. Harta bawaan ialah
harta yang dipunyai dan dimiliki oleh seseorang individu sebelum perkahwinan.
Jika berlaku penceraian masing-masing boleh membawa hartanya . Harta warisan atau
pusaka. Dalam hukum adat ini ia hanya boleh diwarisi oleh pihak isteri atau perempuan
sahaja, atau saudara sebelah pihak perempuan dan untuk perempuan sahaja. Harta sepencarian
ialah harta bersama antara suami dan isteri dan jika berlaku pencarian harta tersebut boleh
dibahagikan bersama. Pewarisn harta
berdasarkan hukum adat - ada yang
bercanggah dengan Islam. Ada beberapa aspek kelebihan kepada wanita. |
Pembahagian harta
dalam hukum adat ini lebih terbuka kerana pembahagiannya sama ada secara
faraid atau wasiat, Peluang golongan lelaki dan perempuan terjamin. Tidak ada kelebihan untuk
satu-satu golongan asalkan ia berdasarkan waris yang sah dalam keluarga. Pewarisan harta
sama ada ikut faraid ataupun wasiat seperti dicirikan dalam Islam. |
|
|
Dari aspek nasab,
hukum adat ini lebih mengutamakan golongan wanita daripada lelaki. Hal ini
kerana hukum adat ini mengandaikan lelaki boleh mencari nafkah sendiri dan
boleh berusaha untuk mendapatkan kesejahteraan hidup, jika dibandingkan
dengan kaum wanita yang terbatas pergerakannya. Bagi melindungi wanita
daripada teraniaya maka adat ini memberikan kelebihan kepada wanita untuk
menjamin kehidupan mereka jika berlaku sebarang kecelakaan atau musibah yang
menimpa mereka. Keadaan ini telah
mewujudkan wanita seperti lebih berkuasa kerana mereka menjadi pemutus dalam
membuat keputusan, walaupun ketua keluarga masih lelaki. Wujud konsep suku
atau kumpulan , yang memperlihatkan hubungan dan keakraban mereka lebih
terserlah jika dilihat dengan suku
yang lain. Mereka yang mengamalkan adat ini akan mematuhi konsep masuk suku
iaitu satu simbolik kepada mereka yang
memasuki dan menerima adat ini serta peraturan suku-suku ini. Kelebihan jantina
pada wanita dalam beberapa hal. Tidak begitu islamik. Lelaki didapati
dinafikan hak dalam adat ini dan bercanggah dengan kehendak agama. Sebagai contoh , dalam
membuat keputusan, dan pewarisan harta. |
Dalam adat
temenggong kedua-dua golongan adalah sama penting. Jika mereka mematuhi hukum
dan syariat Islam maka tidak akan berlaku penganiayaan terhadap kaum wanita.
Hukum adat ini melihat kedua-dua jantina ini mempunyai kedudukan yang sama. Keadaan ini juga
memperlihatkan lelaki bukan sahaja menjadi ketua keluarga, tetapi juga
menjadi pemutus dalam membuat keputusan. Dalam hukum adat
ini tidak ada konsep suku atau kumpulan tertentu dan menganggap kesemua
manusia sesama Islam adalah bersaudara dan tidak ada had-had tertentu dalam
hubungan kemasyarakatan. Kelebihan jantina
sama rata, dalam kepimpinan , membuat keputusan, harta seperti dikehendaki
dalam Islam. Peranan dan hak wanita seperti ditentukan agama. |
|
|
Dari aspek hukuman,
hukum adat ini berorientasikan memulihkan pesalah atau berkonsepkan
pemulihan. Pesalah yang didapati bersalah dikehendaki menebus kesalahannya
dan menyara waris atau orang yang menjadi mangsanya. Penggubalan hukum
berasaskan pemuafakatan adat ada unsur demokrasi Hukuman dijatuhkan
berasaskan pemulihan , tidak
mencerminkan hukuman dalam Islam. |
Dalam adat
temenggong, hukumannya berkonsepkan pengajaran dan pencegahan supaya
orang lain tidak melakukan kesalahan yang sama. Kesalahan dan hukuman adalah setimpal
dengan kesalahan yang dilakukan. Berat kesalahan maka beratlah hukumannya. Penggubalan hukum
berasaskan ketentuan sultan/raja/pembesar berunsurkan autokrasi. Hukuman berasaskan
pencegahan, dilihat sebagai satu kekerasan ada unsur hudud dan ikut Islam. |
|
|
Dari aspek perkahwinan,
keutamaan dalam pilihan pasangan adalah dalam suku yang sama. Ini bukan
bermakna perkahwinan antara suku tidak dibolehkan, tetapi tidak digalakkan.
Hal ini kerana ia melibatkan banyak peraturan dan adat yang perlu dipatuhi
oleh mereka daripada berlainan suku ataupun adat, terutamanya dalam adat
pewarisan dan pembahagian harta. Unsur suku dilihat
sebagai cerminan unsur assabaiyah iaitu unsur yang diharamkan dalam Islam
boleh membawa unsur perbezaan taraf dan kedudukan. |
Pilihan pasangan perkahwinan
dalam hukum adat ini tidak memilih mana-mana puak atau kumpulan asalkan
ia menetapi kehendak syariat Islam. Tiada unsur suku
semua lapisan individu sama yang penting sekufu. |
Selain daripada ciri-ciri di atas perbincangan boleh juga dilihat dari sudut pemikiran ataupun ideologi seperti unsur demokrasi dan autokrasi. Ia juga dapat dinilai dari aspek islamisasi yang diamalkan oleh kedua-dua hukum adat ini.