PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perubahan Masyarakat Dan Budaya Eropah
Maksud zaman gelap
Mundur – balik
kebelakang. |
Bermula selepas
kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat
awal Zaman Pertengahan. |
Merosot kualiti
hidup |
Mengalami
kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial. |
Ciri-ciri kehidupan
pada Zaman Gelap.
Tiada Pentadbiran
pusat |
Tiada pentadbiran
pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar. |
Pusat hilang kuasa |
Kemusnahan kuasa
pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah. |
Wujud Baron –
kuasai tanah |
Kemunculan golongan
baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki. |
Perlindungan Baron |
Golongan petani
terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan
mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah. |
Wujud perhambaan |
Petani yang tidak
berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan
tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba. |
Perlindungan Raja
utk Baron |
Tuan tanah mendapat
perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah
dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. |
Ikatan hubungan
rakyat – tuan tanah - Raja |
Jalinan ikatan yang
menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan
tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah. |
Kelembapan ilmu |
Kelembapan ilmu
pengetahuan |
Gereja berkuasa
miliki harta |
Institusi gereja
amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak. |
Fokus Akhirat |
Institusi gereja
memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan. |
Kongkongan Gereja |
Gereja mengongkong
kehidupan masyarakat Eropah. |
Gangguan orang
gasar |
Kegiatan
perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar
seperti Viking dan Magyar. |
Kegagalan bersaing
dengan org Islam. |
Kegiatan
perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya
menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean. |
Tumpuan Pertanian
shj. |
Mereka terpaksa
menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian. |
Amalan Sistem
Barter. |
Perniagaan barangan
pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan
matawang terhad. |
Ciri-ciri persamaan
antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu
tradisional.
Raja penaung Sistem
secara mutlak. |
Golongan raja
merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah
di negeri masing-masing secara mutlak. |
Ikatan hubungan
Raja – Pembesar - Rakyat |
Pembesar memberikan
khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan
daripada pihak istana dan dianugerahkan tanah. |
Pembesar kutip Cukai |
Pembesar memaksa
rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah.Hasil cukai
dikutip untuk diserahkan kepada raja. |
Kerahan tenaga |
Pembesar melayu
akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana. |
Wujud Perhambaan |
Rakyat jadi hamba
kerana gagal bayar hutang/cukai. |
Perubahan pada Zaman
Kemuncak Pertengahan di Eropah.
Penyatuan oleh
Gereja |
Gereja memainkan
peranan universal serta menjadi ejen penyatuan. |
Perubahan Ekonomi |
Perubahan ekonomi
hasil pertambahan penduduk. |
Tingkat Pertanian |
Peningkatan dalam
aktiviti pertanian. |
Wujud perdagangan |
Kemunculan kegiatan
perdagangan yang maju. |
Muncul Bandar besar |
Kemunculan
bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali. |
Kelas Pertengahan. |
Melahirkan kelas
pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan. |
Status berasaskan
kekayaan bukan kuasa/tanah. |
Status sosial
seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. |
Penglibatan Rakyat
dalam politik. |
Perubahan politik
berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik. |
Parlimen suara
rakyat. |
Rakyat dapat
menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan. |
Hak politik rakyat. |
Perubahan ini
memeberikan hak politik kepada rakyat. |
Hubungan rakyat –
kerajaan. |
Menjalinkan
hubungan antara rakyat dengan pemerintah. |
Zaman Renaissance
Maksud Renaissance
Kelahiran semula |
Berasal daripada
perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” merujuk pada
penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom. |
Tokoh Humanisme.
1.
Francisco
Petrarch
2.
Niccolo
Machiavelli
3.
Giovanni
Bocaccio
Sebab-sebab
Renaissance berlaku di Itali.
Lahir pemkiran Humanisme |
Lahir aliran
pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan
permasalahan. |
Bapa Humanisme |
Melahirkan bapa
humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli dan Govanni Bocaccio. |
Penerokaan dan Inkuiri |
Kesediaan meneroka
bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat. |
Muncul Bandar Besar |
Kemunculan
bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti
Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan. |
Kedudukan Strategik |
Pertembungan
budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi
Laut Mediterranean. |
Pelabuhan
perdagangan |
Kemunculan Venice
dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa. |
Tumpuan seniman dan
ilmuan. |
Kemunculan para
pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan
menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan. |
Penaung ilmu |
Golongan pedagang
kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,ahli muzik,saintis dan
penulis.Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence. |
Persaingan dapatkan
ilmu oleh patron. |
Berlaku persaingan
antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang
terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron. |
Kunjungan dan
lawatan |
Para seniman dan
cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan
secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali. |
Peranan Paus
sebagai patron. |
Paus di Rom menjadi
penaung/patron kepada para seniman dan cendekiwan. |
Perlihat bakat |
Golongan ini mula
bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing. |
Bakat dihargai |
Kemahiran seniman
dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu
iaitu individualisme seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci,Raphael dan
Michelangelo. |
Perubahan Pendidikan |
Perubahan konsep
pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek intelektual
serta fizikal dikalngan individu. Misalnya Leonardo da Vinci dan
Michelangelo, selain mejadi pelukis dan pengukir agung, disanjung kerana
kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain. |
Muncul tokoh
Renaissance |
Terdapat tokoh
renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya,
tokoh pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon, William Shakespeare. |
Sebab permusuhan
antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali.
Cemburui pencapaian
bandar Florence |
Gereja Rom
mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai keluarga Medici |
Nak jadikan Rom cantik |
Gereja Rom
berhasrat menjadikan Rom secantik Florence |
Cabaran drp ahli
sains & mate |
Gereja menghadapi
masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli metematik mencabar pemikiran
mereka. |
Konflik kes Galileo
Galilei |
Konflik atau
perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. |
Berkenaan Pusat
alam |
Galileo Galilei
menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja menyatakan bumi
sebagai pusat alam. |
Sains guna akal dan
logik. |
Para saintis logik
dalam menekanan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam
menerangkan sesuatu fenomena alam. |
Gereja guna tradisi |
Pihak gereja
menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena alam. |
Langkah Paus
menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance di Itali.
Tumpuan lukisan dan
ukir. |
Memberi perhatian
kepada seni lukis dan seni ukir |
Upah pelukis
cantikkan Rom. |
Paus Julius 2 telah
mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo Da Vinci , Raphael, dan
Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom |
Bina Katedral. |
Membina Katedral St
Peter. |
Pindah pusat seni. |
Pusat seni
Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. |
Sumbangan tokoh zaman
Renaissance
Francesci Petrach
Bapa |
Dikenali Bapa
Humanisme |
Tubuh pustaka |
Menubuhkan
perpusatakaan kerana minat dalam ilmu |
Simpan koleksi
agong |
Menyimpan koleksi
karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendikiawan Islam
dan Paderi. |
Tulis pemerhatian |
Memerhati sendiri
apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat. |
Kaedah penulisan. |
Memperkenalkan
kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian. |
Niccolo Machiavelli
Tokoh |
Dikenali tokoh
Humanisme |
Buku |
Menghasilkan buku
The Prince |
Raja kuasa mutlak |
Menyarankan seorang
raja harus berkuasa mutlak. |
Ditakut rakyat |
Pemerintah harus
ditakuti dan bukan disayangi rakyat. |
Rakyat perlu setia |
Rakyat perlu
memberi taat setia kepada Geraja Katolik. |
Nasionalisme |
Memperkenalkan
aliran nasionalisme di Eropah. |
Negara Bangsa. |
Ideanya mendorong
pembentukan negara bangsa di Eropah. |
Leornado da Vinci
Seniman,
Cendikiawan |
Seorang tokoh
seniman dan cendekiawan yang terkenal. |
Cantikkan gereja |
Melukis dan
mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom. |
Terkenal dgan Mona
Lisa |
Menjadi pelukis
terkenal dengan menghasilkan lukisan “Mona Lisa”. |
Kembang bakat |
Berjaya membina dan
mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal. |
Versatil – kuasai
banyak ilmu. |
Seorang Versatil
dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina,seni
ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan strategi ketenteraan. |
Guna Ikuiri utk
jawapan. |
Mendahului zamannya
mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian alam. |
Buku Catatan |
Membuat buku
catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi
digerakkan dengan roda. |
Kesan yang berlaku
selepas Renaissance di Eropah.
Muncul Monarki
baru. |
Kemunculan monarki
baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan
kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. |
Cukai – Raja kukuh. |
Pembayaran cukai
secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja
menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang. |
Negara monaarki
baru. |
Monarki baru ini
terdapat di Portugal,Castile dan Aragon (Sepanyol),England,Perancis dan
Belanda. |
Perdagangan berkembang |
Sistem perdagangan
tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan
ekonomi sara diri kian pupus. |
Kemajuan ilmu. |
Kemajuan dalam
bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi
menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. |
Ilmu moden –
keonjektifan. |
Menekankan
ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan kepada
pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia dan
perubatan. |
Emosi dan perubahan
pemikiran. |
Perubahan dalam
pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang
dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan. |
Budaya dan keyakinan
diri. |
Dari segi
psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan
budaya yang menyuburkan keyakinan diri. |
Perubahan dan pemikiran
masy. |
Perubahan sikap
masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran
logik,saintifik,falsafah,dan metafizik. |
Inkuiri dan berani
– kejayaan. |
Pengajaran daripada
Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk
meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan. |
Zaman Reformation
Maksud:
Perubahan |
Melaksanakan
perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru. |
Gerakan |
Merupakan suatu
gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-18 yang mempunyai kaitan
dengan agama Kristian. |
Counter Reformation
Menentang |
Golongan agama
bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan
Protestan. |
Sebab Reformation
Kepincangan gereja. |
Berlaku kepincangan
, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha
pembangunan keduniaan. |
Amalan tdk selari
dengan Bible. |
Amalan golongan
penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible
menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka. |
Amal gaya hidup bangsawan. |
Golongan penguasa
Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan
yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan. |
Penyelewengan
gereja. |
Terdapat
penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences , surat pengampunan bagi penganut
Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah. |
Mesin cetak – Bible
murah. |
Adanya mesin cetak
ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dhasilkan masa yang singkat dengan
harga yang murah. |
Menentang
Indulgences |
Tindakan Martin
Luther , Profesor ilmu theologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang
amalan Indulgences. |
Luther mencabar
gereja |
Luther percaya yang
manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam amalan
penghidaman dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi. |
Bantah dan
Protestan. |
Luther
memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting
yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan
golongan paderi. |
Kesan Zaman
Reformation
2 Mazhab |
Kristian berpecah
kepada Katolik dan Protestan |
Pimpinan Gerakan |
Di Switzerland
gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John
Calvin. |
Perang keagamaan |
Berlaku perang
keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sapanyol, jerman,
Bohemia, Denmark, dan Sweden. |
Kemusnahan masy. |
Peperangan mengikut
mazhab telah mengakibatkan kemusnahan. |
Toleransi dan
penyebaran . |
Dalam jangka
panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab Kristian untuk
mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka. |
Cabaran terbuka |
Kuasa gereja
dicabar secara terbuka. |
Bebaskan kuasa
terhadap monarki. |
Kuasa gereja
terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom. Cthnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII , raja
menjadi ketua kerohanian gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan
dengan Rom. |
Penjelajahan Dan Penerokaan
Kuasa-kuasa Eropah
yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
1.
portugal
2.
Sepanyol
3.
Belanda
4.
Inggeris
Laluan Eropah ke
Timur
Atlantik |
Orang Eropah
melalui Lautan Atlantik ke Timur. |
Sebab-sebab
penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.
Barangan Timur |
Ingin mendapatkan
barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur. |
Galakan Raja |
Raja Sepanyol dan
Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan
menjelajah ke Timur. |
Perjanjian tamatkan
persaingan. |
Perjanjian
Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan
tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol. |
Keuntungan dagang
empahr. |
Peragangan rempah
ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah. |
Penyebaran
kristian. |
Ingin menyebarkan
agama kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah. |
Monarki baru dan
galakkan. |
Kemunculan Monarki
Baru di England,Perancis,dan Belanda menggalakan penjelajahan dan penerokaan
ke seberang laut. |
Kebanggaan utk
menjajah. |
Semangat kebanggaan
bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai
kebanggaan bangsa. |
Kesan penjelajahan
orang Eropah terhadap masyarakat setempat.
Iktiraf kekuatan
Eropah |
Pemimpin tempatan
terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. |
Syarikat
Perdagangan |
Syarikat berpiagam
yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke
Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur. |
Pembekal Barangan
kepada Eropah. |
Daerah di luar
Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. |
Kuasai pusat
dagangan |
Portugis telah
menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka. |
Kayakan negara
Eropah |
Barangan yang
dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di
Eropah. |
Jalan Laut dikuasai |
Jalan pelayaran
perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut Cina Selatan dikuasai oleh
Portugal. |
Sebar Kristian |
Penduduk tempatan
menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian. |
Hapus Tamadun
Tempatan |
Penjelajahan
Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan
tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. |
Hijrah Masyarakat
Eropah |
Penghijrahan
beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah
masyarakat yang baru di wilayah tersebut. |
Eksploitasi Buruh
tempatan |
Para pemodal
Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di
ladang mereka. |
Petempatan diluar
Eropah |
Petempatan orang
Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa
Sepanyol. |
Sikap untuk menerima
perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman
penjelajahan dan penerokaan di Eropah.
Ilmu |
Kepentingan
penerokaan ilmu pengetahuan. |
Inkuiri |
Semangat inkuiri
untuk melakukan perubahan. |
Gigih |
Kegigihan dalam
mencapai sesuatu matlamat. |
Berani |
Keberanian
menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasameneroka
lautan serta daratan. |
Revolusi Pertanian dan Revolusi Prindustrian
Sistem tanah di
Britain
1.
Tanah awam
2.
Tanah milikan
persendirian
Kesan Akta Pemagaran
Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.
Meluas |
Tuan tanah memiliki
tanah yang luas. |
Bentuk ladang |
Membentuk ladang
pertanian. |
Beli tanh |
Golongan tuan tanah
dapat membeli tanah awam. |
Tanah dipagar |
Semua tanah milik
tuan tanah dapat dipagar. |
Kesan Akta Pemagaran
tanah terhadap petani-petani kecil
Kemampuan |
Petani kecil tidak
mampu memagari tanah. |
Kos tinggi |
Kos untuk memagar
tanah tinggi. |
Jual tanah |
Petani terpaksa
menjual tanah. |
Kerja ladang |
Terpksa bekerja di
ladang milik tun tanah yang kaya. |
Buruh kilang -
bandar |
Berhijrah ke bandar
untuk menjadi buruh kilang. |
Hilang rezeki |
Petani kecil yang
bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki. |
Sebab berlaku
Revolusi Pertanian di Britain.
Milik tanah dapat kelulusan
– pagar |
Perubahan dalam
penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat
kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara
ladang. |
Pertambahan penduduk |
Britain menghadapi
pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan
menyebabkan harga gandum meningkat. |
Tanaman bergilir |
Kaedah penanaman
secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai
jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun. |
Kesuburan tanah
dijaga. |
Melalui kaedah ini
kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien
yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong. |
Tanaman baru. |
Tanaman baru
diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. |
Jentera pertanian |
Terdapat alat yang
dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman
biji benih dapat dilakukan dengan pantas. |
Baja asli |
Penggunaan baja
asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian
meningkat. |
Pemasaran produk –
didagangkan. |
Lebihan produk
dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang meluas. |
Kesan Revolusi
Pertanian di Britain pada abad ke-18.
Punca ekonomi |
Pertanian menjadi
punca ekonomi negara. |
Lebihan dieksport |
Lebihan produk
dieksport. |
Peladang jadi pedagang |
Para peladang besar
menjadi pedagang antarabangsa. |
Makanan mencukupi |
Menyedikan makanan
yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar. |
Tuang tanah - tokoh |
Kedudukan tuan
tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat. |
Pertanian skala
besar |
Muncul sistem
ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat
bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan. |
Ciptaan baru dan
kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.
Water Frame
Cipta |
Dicipta oleh
Richard Arkwright pada tahun 1769. |
Pintal |
Alat pemintal
benang. |
Wap |
Menggunakan kuasa
wap |
Spinning Jenny
Cipta |
Dicipta oleh John
Hargreaves pada tahun 1770. |
Pintal |
Alat pemintal
benang. |
Tangan |
Menggunakan tangan
dapat memintal lapan jurai benang serentak. |
Enjin Berkuasa Wap
James Watt
Cipta |
Dicipta oleh James
Watt. |
Enjin |
Memperbaiki enjin
rekaan Nercomen. |
Lombong |
Untuk melombong
arang batu. |
Eksport |
Untuk dieksport. |
Faktor mempengaruhi
berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.
Lebihan modal
dilabur semula |
Para peladang yang
menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal
dalam sektor perindustrian. |
Sikap sanggup
risiko |
Perubahan sikap
sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian. |
Dana diselamatkan –
tidak gantung impot. |
Dana dapat
diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan
makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri. |
Rekaan baru dlm
industri. |
Rekaan dalam bidang
sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindustrian. |
Arang batu - tenaga |
Penggunaan arang
batu sebagai sumber tenaga perusahaan. |
Semangat usahawan. |
Semangat dan
kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh
perindustria Britain. |
Perubahan daripada
Revolusi Perindustrian di Britain
Pengeluaran secara
besar |
Pengeluaran
barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin
bagi menggantikan tenaga manusia. |
Pengkususan
pengeluaran. |
Pemoda hanya
mengkhusus kepada satu bidang industri untuk mengawal kos yang dapat
mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut. |
Prestasi
ditingkatkan. |
Prestasi barangan
dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan. |
Pasaran dlm dan luar
negeri |
Produk tersebut
dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan diluar negeri. |
Teknologi moden
–cepat, murah, cekap – luaskan pasaran |
Penggunaan
teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan
setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara
meluas di pasaran antarabangsa. |
Rekaan dan penemuan |
Pelbagai mesin
direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan
kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui
pembakaran arang batu. |
Pengangkutan -
bantu kembang industri |
Penggunaan kuasa
wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk
mengangkut hasil industri. |
Sumbangan enjin
berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?
Pacu bot |
Digunakan untuk
memacu bot. |
Kenderaan darat |
Memacu kenderaan di
darat. |
Lokomatif |
Lokomatif dipacu
dengan enjin berkuasa wap. |
Roket |
Lokomatif roket
dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel. |
Kereta api |
Kereta api
menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat. |
Bantu kembang
industri |
1875 kereta api
berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal
laut untuk mengangkut hasil industri Dan perkembangannya. |
Kesan Revolusi
Perindusrian di Britain.
Industri Ganti
pertanian. |
Kegiatan pembuatan
dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang
utama ekonomi negara. |
Buruh upah industri |
Semakin ramai
rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian. |
Tuan tanah diganti
pengusaha kilang. |
Kedudukan tuan-tuan
tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha
dan pemilik kilang. |
Dagangan Antarabangsa |
Lebihan produk
hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat
antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. |
Rekaan dan penemuan |
Kemajuan rekaan dan
penggunaan kereta api berkuasa wap,menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan
lebih laju. |
Gerabak keretapi
wap |
Enjin berkuasa wap
boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja
kilang. |
Pengangkutan moden
- Kapal wap |
Kemunculan sistem
pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera
berkuasa wap. |
Sistem Kilang |
Revolusi Perindustrian
telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil. |
Tiada Layanan |
Peringkat awal
golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya. |
Pengunnaan Mesin |
Kemahiran para
penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking,renda
dan bahan pakaian lain tercipta. |
Protes pekerja |
Pekerja mahir
memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda
dikenali sebagai Pergerakan Luddite. |
Larangan pekerja
bergabung. |
Terdapat Akta Anti penggabungan
yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau
menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih
baik daripada majikan mereka. |
Hukuman berat |
Sekiranya pekerja
didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan hukuman berat
oleh pemerintah. |
Buruh Kanak-kanak |
Kanak-kanak dipaksa
bekerja di lombong arang batu. |
Masa kerja 10 jam |
Masa bekerja
panjang melebihi 10 jam sehari. |
Tindakan kerajaan
mengatasi penindasan pekerja kilang.
Wujud Kesatuan dan
pindaan undang-undang. |
Pada tahun
1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja
buat pertama kalinya telah diizinkan. |
Larangan
kanak-kanak bekerja. |
Pada tahun
1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak dibawah umur
sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah. |
Masa kerja 9 jam. |
Had masa bekerja
bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari. |
Keselamatn terjamin |
Majikan perlu
memastikan keselamatan para pekerja
mereka terjamin. |
Buruh kanak-kanak
perempuan/wanita dilarang. |
Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan
kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. |
Pekerja wanita -sepuluh jam |
Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar
pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih sepuluh jam
sehari. |
Imperialisme
Maksud imperielisme.
Penguasaan terhadap
negara |
Imperialisme boleh
diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara
yang lemah. |
Keuntungan politik
dan eko. |
Penguasaan
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi. |
Faktor mempengaruhi
kedatangan penjajahan Barat ke Asia.
Bahan Mentah |
Kuasa Barat pada
masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak
serta berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan perak. |
Luaskan Pasaran |
Untuk mendapatkan
pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka. |
Revolusi Industri |
Kesan daripada
Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan
Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis untuk cari
untung, bahan mentah, pasaran.. |
Sistem Pengangkutan
moden. |
Revolusi
Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal berkuasa
wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan. |
Kenaikan Tarif |
Britain terpaksa
mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk
melindungi industri mereka. |
Niat sebar
pengaruh. |
Pihak Barat yang
juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama kristian ke
seberang laut. |
Lumba |
Semangat perlumbaan
dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan
tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat. |
Tanggungjawab |
Orang-orang Eropah
menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang
disebut oleh orang Inggeris sebagai “the white man’s burden”,oleh Perancis
sebagai “ mission civilisatrice”,oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya
dan oleh Amerika sebagai “the blessing of the Anglo-Saxon protection. |
Kesan imperialisme
Barat ke atas Asia Tenggara.
Terima penasihat |
Para pemerintah
tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat. |
Perundangan ditukar |
Sistem politik perundangan
peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat. |
Persaing antara
kuasa barat. |
Persaingan
kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan
menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah
Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan
Amerika menduduki Filipina. |
Ekonomi tempatan
hapus. |
Kegiatan ekonomi
peribumi dihapuskan. |
Wujud eko.komersial |
Kegiatan penanaman
getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan
industri di Britain. |
Pendidikan
diperkenalkan. |
Sistem pendidikan
yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan
melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran
penjajah. |
Buruh imgran. |
Kuasa Barat
bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja
bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka. |
Demografi dan
masyarakat majmuk. |
Perubahan demografi
dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat
membentuk masyarakat majmuk. |
Pecah dan perintah. |
Menjalankan dasar
pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan
mereka. |
Perpaduan
ditanggung pribumi. |
Tugas untuk
meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa
dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. |
[Atas Halaman
]