BAB 1
TAMADUN AWAL MANUSIA
[ Zaman
Prasejarah ]. [ Konsep Tamadun
] [ Proses Pembentukan Tamadun ] [ Tamadun Mesopotamia ] [ Sumbangan Tamadun Mesopotamia ] [ Tamadun Mesir Purba
] [ Sumbangan Tamadun Mesir Purba ]
[ Tamadun Indus ] [ Sumbangan Tamadun Indus ] [ Tamadun Hwang Ho
] [ Sumbangan Tamadun Hwang Ho ]
1. Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman
a. Zaman Paleolitik
b. Zaman Neolitik
c. Zaman Mesolitik
d. Zaman Logam
2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya
dikaji oleh ahli arkeologi
a. Arkeologi ialah kajian terhadap
i.
Artifak –
tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk,
tembikar, pisau dll.
ii.
Ekofak –
tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan
iii.
Feature –
tinggalan spt struktur bangunan, dan
lubang sampah yang tidak dapat diuabah.
3. Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah
di:
a. Tingkayu
b. Kota Tampan
c. Gua Niah
d. Lenggong
4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan
Mesolitik
a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
b. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.
c. Hidup dalam kelompok keluarga secara
berkumpulan.
d. Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan,
dan menangkap ikan.
e. Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi
penggunaan. Tidak kepadanilai estetika dan seni
5. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun
daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:
a. Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok
besar – wujud masyarakat.
b. Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam
padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.
c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di
Iraq.
d. Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.
e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di
Gua Musang.
f. Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk
hasilkan artifak.
g. Berjaya memikirkan cara melebur logam.
h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada
lebihan makanan.
i.
Sistem
barter –
ii.
Cengkerang
Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.
6. Masyarakat Neolitik di Timur Dekat
a. Wujud pertanian sejak 8000SM
b. Penternakan biri-biri di Iraq
c. Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
d. Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha
dan Ban Kao di Thailand 3500SM.
e. Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM
7. Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan
Zaman Besi.
a. Di Malaysia wujud sekitar 500SM
b. Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.
c. Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar
2300SM – 700SM.
d. Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam
sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti gendang gangsa di Dongson, Vietnam.
8. Manusia zaman Logam lebih maju daripada
Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:
a. Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta
rumah dan perahu.
b. Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan
perdagangan maritim.
c. Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran
pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.
d. Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.
e. Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho
(8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).
f. Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan
bekalan spt makanan, tembikar dan besi.
Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
1. Madain atau mudun .
2. Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar.
3. Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar
4. Peradaban manusia.
5. Maksud tamadun dari sudut Barat:
a. Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam
aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.
b. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan
dalam sesebuah masyarakat.
c. Pembangunan lahiriah pula ialah proses
perkembangan tamadun.
6. Maksud tamadun dari sudut Islam:
a. Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
b. Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan
bandar.
c. Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah
masyarakat.
7. Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn
Muhamad.
a. Lahir – di Tunisia
b. Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.
c. Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan
bertamadun. Terbentu apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir
semangat tolong menolong dan kerjasama.
d. Penulisannya – berasaskan pengalaman.
e. Karya sulung Muqadimmah – guna istilah
i.
Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang
dan maju.
ii.
Hadarah – hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan,
sopan, adan bermoral yang tinggi.
iii.
Karyanya
jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.
8. Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:
a. Petempatan kekal
i.
Lebih
sistematik, tidak berpindah randah.
ii.
Berusaha
menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.
b. Sistem pemerintahan
i.
Pemerintahan
yang bersistem dengan Raja sebagai ketua dianggap mewakili tuhan.
ii.
Adanya
sistem perundangan yang mengawal perilaku rakyat, menjaga keamanan dan
kemakmuran.
c. Agama dan Kepercayaan
i.
Manusia
mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling mereka.
ii.
Wujud
kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan penyembahan tuhan.
d. Kehidupan berorganisasi
i.
Wujud
lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.
ii.
Dapat
aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.
e. Pengkhsusan Kerja
i.
Mengakibatkan
peningkatan pengeluaran.
ii.
Berkembangnya
pertukaran barangan dan pedagangan.
iii.
Wujud
ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.
f. Bahasa dan Sistem Penulisan.
i.
Wujudnya
bahasa Yunani dan Sanskrit.
ii.
Tulisan
hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.
iii.
Tersebar
ilmu pengetahuan dan perhubungan.
iv.
Digunakan
dalam urusan pentadbiran spt penyimpanan
rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan.
1.
Pembentukan
awal tamadun terletak di lembah sungai spt:
a.
Tamadun
Mesopotamia di Sungai Euphrates dan Tigris.
b.
Tamadun
Mesir Purba di Sungai Nil.
c.
Tamadun
Indus di lembah sungai Indus.
d.
Tamadun
Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.
2.
Sebab
pemilihan lembah sungai sebagai tumpuan tamadun awal:
a.
Kesuburan
tanah untuk pertanian.
b.
Bekalan
air untuk keperluan harian dan pertanian.
c.
Memudahkan
pengangkutan memasarkan barangan dan berhubung.
d.
Sumber
makanan daripada tangkapan ikan.
e.
Sebagai alat
perhubungan.
1.
Bermaksud
tanah di antara dua sungai. Terletak antara Sungai Euphrate dan sungai Tigris
2.
Terbahagi
kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:
a.
Kerajaan
Sumeria –
3500 – 2340 SM
i.
Merujuk
wilayah selatan Iraq – Sumir .
ii.
Peringkat
awal didiami dua puak – Orang Sumeria dan Orang tidak tahu asal usulnya dan
kecil bilangannya.
b.
Kerajaan
Akkad –
2371 – 2006 SM
c.
Kerajaan
Ur –
2113 – 2006 SM
d.
Kerajaan
Babylon Awal dan Lama – 2000 –
1530 SM
e.
Kerajaan
Kassites –
1530 – 1100 SM
f.
Kerajaan
Assyria –
1100 – 626 SM
g.
Kerajaan
Chaldea - 626 – 539 SM
3.
Parsi
telah menguasai wilayah mesopotamia sehingga menyebabkan keruntuhan kerajaan
tersebut.
4.
Proses
pembentukan tamadun Mesopotamia melalui
proses berikut:
a.
Terbahagi
kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.
b.
Utara
Baghdad meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang dikenali
Assyria.
c.
Selatan
Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.
d.
Bermula
di wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan – menjalankan aktiviti pertanian dan bina sistem pengairan.
e.
Perkampungan
awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kota spt Kish, Lagash, Uruk, Ur,
Eridu, Assur, dan Mari.
f.
Negara
kota ini terletak di sepanjang sungai dan tersusun sistematik.
i.
Keluasannya
sekitar 1000 batu persegi. Cth Kota Lagash – keluasannya 1800 batu persegi,
penduduknya 30000 – 35000 orang.
ii.
Setiap
negara kota merupakan kerajaan berdaulat – ada unit politik sendiri.
iii.
Hanya
bersatu untuk menentang musuh.
5.
Ciri-ciri
tamadun Mesopotamia.
a.
Setiap
negara kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota,
luar kota dan pelabuhan.
b.
Ada kubu
pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang – lambang kekayaan negara kota.
c.
Di pusat
kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
d.
Jalanraya
lebar dan lurus.
e.
Rumah
ibadat menjadi tumpuan masyarakat dan pusat kota.
f.
Ada unit
politik tersendiri dan agamanya.
g.
Sungai
dan kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan
keldai.
h.
Jalan
laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
i.
Antara
jalan utama ialah yang hubung Sumeria dan Kota Mari diguna pedagang luar dari
Mesopotamia.
6.
Organisasi
sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu
a.
golongan pemerintah
i.
Terdiri
daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.
b.
rakyat.
i.
terdiri
daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang.
ii.
Hamba –
daripada tawanan perang.
7.
Raja
dalam sistem pemerintahan Mesopotamia berperanan sebagai:
a.
Ketua
kerajaan/pemerintah dan dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik
negara kota, dikenali teokrasi.
b.
Ketua
tentera
c.
Ketua
pendeta/agama
d.
Berkuasa
melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.
e.
Berkuasa
dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
f.
Ketua pemerintahan
dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
g.
Masyarakatnya
tidak menyembah raja saebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad
– gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
8.
Dalam
bidang pengkhususan kerja dapat dilihat melalui aspek:
a.
Wujud
bila ada lebihan hasil pertanian. Kesannya – ada petani yang tukar kerja
sebagai petani, artisan, dan peniaga
b.
Wujud
perdagangan antarabangsa untuk dapatkan banyak bahan mentah spt logam,kayu - kayan,
emas,dan perak. Ditukarkan dengan hasil pertanian. Dagang dengan lembah Indus.
c.
Wujud
pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
d.
Tukang
rumah- keperluan masyarakat untuk rumah.
e.
Rakyat
yang berkhidmat sebagai tentera.
9.
Aspek
keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat berdasarkan ciri
berikut:
a.
Mengamalkan
kepercayaan banyak tuhan – politiesme.
b.
Raja
sebagai wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru
Alam.Paksa rakyat sembahnya.
c.
Pendeta
ketuai upacara agama di Zigurat.
d.
Tidak
percaya kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg penuh debu.
e.
Pemerintahan
oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan –
teokrasi.
10. Sistem tulisan
a.
berasaskan gambar dan berkembang menjadi
simbol dan ditulis pada tanah liat. Gunakan pen rumput buluh - bentuk pepaku
dikenali cuneifom.
b.
Wujud
jurutulis
c.
Tradisi
kesusasteraan – Epik Gilgamesh
i.
kisah
Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh
– ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan
dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
ii.
Ceritakan
juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
1.
Dalam
Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi 1792 – 1750SM.
a.
Hammurabi
– Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat pemerintahan di
Babylon. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.
b.
Aspek
undang-undang ini dapat dicirikan dengan:
i.
Mengenalkan
Kod Undang-Undang Hammurabi
ii.
Berteraskan
hak rakyat terhadap keadilan.
iii.
Hukuman
adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat.
Contoh:
1.
Jika
rakyat patah tulang bangsawan – tulangnya akan dipatahkan.
2.
Jikan
bangsawan cedera atau patahkan tulang rakyat – hukumannya denda satu wang
perak.
iv.
Kod ini
mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.
v.
Dasar
perundangan tamadun Mesopotamia.
vi.
Berjaya
mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan
susun lapis masyarakat.
vii.
Wujudkan
perpaduan dan mengukuhkan organisasi.
c.
Wujudkan
empayar Kerajaan Akkad – empayar pertama di dunia.
i.
Raja
Sargon berjaya satukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.
ii.
Perintis
pembentukan empayar – jadi ikutan Firaun Tutmose III.
d.
Telah
membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat dari 3000SM hingga
539SM.
2.
Sumbangan
dalam aspek tulisan memberikan kelebihan dalam aspek berikut:
a.
Melahirkan
sistem pendidikan dan mewujudkan jurutulis.
i.
Wujudkan
perpustakaan – perpustakaan diRaja.
1.
22000
tablet – kandung pelbagai penemuan.
2.
Antaranya
ilmu perubatan. Surat dan dokumen perniagaan.
3.
susunan
peristiwa peperangan ikut urutan sejarah.
b.
Pentadbiran
dan perniagaan dapat direkodkan.
c.
Urusan
jula beli direkod dalam resit, nota, dan surat kredit.
d.
Melahirkan
golongan sastera dan kesusasteraan spt epik Gilgamesh – tertua di dunia
menjelaskan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
i.
kisah
Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh
– ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan
dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
ii.
Ceritakan
juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
3.
Sains dan
teknologi:
a.
Perkembangan
ilmu astronomi.
b.
Perkembangan
pencerapan bulan,bulan dan matahari telah perkembangkan ilmu matematik – sistem
mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu
geometri.
c.
Astronomi
– guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
d.
Penciptaan
kalendar 12 bulan.
e.
Perkembangkan
ilmu perubatan – kerajaan Assyria.
f.
Penciptaan
roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.
g.
Kincir
air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
h.
Kapal
layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
i.
Perkenalkan
batu bata daripada tanah liat.
j.
Dalam
seni bina berjaya:
i.
Mencipta
arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea
ii.
Pembinaan
Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
iii.
Terdapat
pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat di bukit
berteres.
1.
Berkembang
dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta
dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
2.
Terbahagi
4 zaman
2.1.
Awal - 3100 – 2200SM
2.2.
Pertengahan - 2040 – 1785Sm
2.3.
Empayar - 1570
– 1085SM
2.4.
Keruntuhan - 1085 – 322SM -
Dikuasai :
2.4.1.
Libya 1110 – 947SM ,
2.4.2.
Kush 730 – 670SM
2.4.3.
Assyria 663 – 609SM
2.4.4.
Parsi 525SM
2.4.5.
Yunani 332 – 30SM
2.4.6.
Rom 30SM
3.
Terletak
di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
4.
Pusat
pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
5.
Kuasa
luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
6.
Proses pembentukan
tamadun Mesir Purba
6.1. Bermula
dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan
untuk pertanian.
6.2.
Kemudian
bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.
6.3.
Mendirikan
petempatan dan berkembang menjadi kampung.
6.4.
Perkampungan
berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.
6.5. Nome
atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah
satunya jadi pusat pentadbiran.
7.
Ciri-ciri
petempatan kekal :
7.1. Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes
3200SM. Semua nome disatukan jadi sebuah kerajaan.
7.2.
Pusat
pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.
7.3.
Kemudian
berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.
7.4.
Menjadi
tempat kediaman Firaun.
7.5. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan
dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
8.
Bentuk
dan struktur organisasi :
8.1.
Firaun
merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci
8.2.
Jawatan
firaun diwarisi secara turun-temurun.
8.3. Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa
pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja
Matahari,iaituAmon-Re.
8.4.
Firaun
juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.
8.5. Golongan pahlawan menjalankan
pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan makanan dan menjadi
pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
8.6.
Para
rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.
8.7.
Jurutulis
ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
8.8.
Rakya
bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.
8.9.
Hamba
adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.
9.
Sistem
Pemerintahan dan peranannya:
9.1.
Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir
Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari
Yunani Pharaoh – bermaksud
rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:
9.1.1.
Raja berkuasa
mutlak
9.1.2.
Dianggap
sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
9.1.3.
Mewarisi pemerintahan
secara turun temurun.
9.1.4.
Dalam
dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.
9.1.5.
Ketua
pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
9.1.6.
Dibantu
golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan, mengurus dan
mengagih makanan.
9.1.7.
Melantik para
rahib mentadbir hal keagamaan.
9.1.8.
Melantik
orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
9.1.9.
Firaun
Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi tanah
pertanian yang subur
9.2. Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan
Tanah
9.2.1.
Membantu
raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.
9.2.2.
Rahib
mentadbir hal keagamaan.
9.2.3.
Jurutulis
merekod rekod kerajaan.
9.3.
Rakyat
Bebas – Petani, Pedagang, Artisan
9.4.
Hamba
10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
10.1.
Terlibat
dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan
peralatan.
10.2.
Hasil
tekstil dan kertas untuk ekspot.
10.3.
Perlombongan
emas di Nubia.
10.4.
Sungai
Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes,
Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.
10.5.
Pentadbiran
terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di
Pelabuhan Mesir Purba.
11. Kepercayaan masyarakat Mesir.
11.1. Berkonsepkan politeisme.
11.2. Setiap tahun orang Mesir Purba selalu
dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit)
dan Amun (Tuhan Angin).
11.3. Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan
mayat perlu disimpan serta dijaga dengan teliti.
11.4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan
kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati
12. Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:
12.1. Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar.
Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .
12.2. Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar
dan simbol berdasarkan bunyi.
12.3. Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod
aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
12.4. Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan
ritual kepercayaan.
1.
Sumbangan
dalam sains dan teknologi.
a.
Sumbangan
seni bina piramid-dibina Imhotep.
i.
Jasa
Imhotep – Bina piramid Sakkara.
ii.
Dibina
untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
b.
Memperkenalkan
teknik pembinaan menggunakan batu bata.
c.
Mencipta
kertas daripada pokok papyrus.
d.
Penciptaan
kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
e.
Tinggalan
tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan
terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
f.
Kemajuan
dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat status yang tinggi
dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
i.
Dokumen
perubatan Mesir Purba jumpa dalam makan
Firaun Khufu. 1600SM.
ii.
Catatan
perubatan yang tertua.
g.
Kemajuan
dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.
h.
Tahap
keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan
memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
i.
Penggunaan
ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.
j.
Berjaya
mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.
k.
Zaman
Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan
mengairi 10000hektar.
l.
Memperkenalkan
kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.
m.
Tinggalan
bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.
n.
Pengawalan
air nadi tamadun Mesir.
2.
Sumbangan
dan penekanan dalam pendidikan.
a.
Diwujudkan
untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.
b.
Diadakan
di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.
c.
Tujuan –
lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.
d.
Wujudkan
juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan
air, pembinaan bangunan, dan piramid.
1.
Di lembah
Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan
sekelilingnya.
2.
Dikenali
juga sebagai Tamadun Harappa.
3.
Mula
muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
4.
Kehancuran
disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan
gempa bumi.
5.
Dua
negara kota Tamadun Indus.
a.
Mohenjo-Daro
b.
Harappa
6.
Proses
pmbentukan tamadun Indus spt berikut:
a.
Penduduk
nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai
Indus.
b.
Kekal kerana
adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.
c.
Telah
meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya
menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
d.
Sebabkan
wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan
penting.
7.
Ciri-ciri
keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal
a.
Pembentukan
yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.
i.
Bahagian
utama – pusat pentadbiran dan keagamaan
yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk
upacara ritual dan pembersihan.
ii.
Bahagian
kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
b.
Setiap
blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama
lain.
i.
Blok
berasaskan segi empat dan
dipisahkan oleh jalanraya yg lurus dan
bersambung.
c.
Perancangan
bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan
daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
d.
Menggunakan
batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
e.
Ada
sistem kumbahan dan saliran yang terancang.
i.
Rumah ada
bilik mandi dan tandas.
ii.
Air
kumbahan disalirkan keluar melalui paip
ke longkang.
iii.
Longkang
tidak ditutp terus untuk pembersihan.
iv.
Bahan
buang dihantar ke luar bandar.
f.
Bandar
boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.
8.
Ciri-ciri
sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.
a.
Terbahagi
dua golongan:
i.
Bawahan
I.
Terdiri
daripada petani, buruh, dan hamba.
II.
Petani
menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.
III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan
spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.
ii.
Atasan
I.
Terdiri
daripada pendeta dan pedagang.
II.
Pendeta
mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat
terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan
taat setia golongan bawahan.
9.
Aspek
pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:
a.
Menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan
pembuatan.
b.
Aspek
perdagangan membabitkan perdagangan luar
dengan Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia
i.
Cap mohor
diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.
ii.
Berbentuk
segi empat bujur.
iii.
Lambang
pengenalan diri atau kumpulan pedagang.
c.
Hasil
perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.
d.
Petani
mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.
e.
Golongan
artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.
10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat
Indus.
a.
Mempunyai
satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai
unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.
b.
Patung
tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan
terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan
Siva.
c.
Proto
Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
d.
Masyarakat
dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
i.
Dibuktikan
dengan penemuan patung wanita.
ii.
Disembah
sebagai lambang kesuburan.
iii.
Berlaku
juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.
11. Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem
tulisan piktograf.
1.
Perancangan
bandar – sebab utama kerana:
a.
Terdapat
gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.
b.
Pemahaman
dalam ilmu geometri.
c.
Pemahaman
dalam ilmu kesenian.
d.
Pemahaman
dalam ilmu matematik.
e.
Mahir
dalam bidang pembinaan.
f.
Pertembungan
dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk
segi empat dengan jalan raya yang lurus.
g.
Meningkatkan
mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.
2.
Sifat
keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :
a.
Tamadun
Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan
tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
b.
Hubungan
dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak
memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.
c.
Hubungan dengan
tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.
i.
Dilihat
melalui nama bandar Makan dan Meluhha.
ii.
Makan –
Makran
iii. Meluhha – Mohenjodaro.
d.
Tamadun
Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan
dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
e.
Tamadun
Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada
sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
3.
Kematangan
ketamadunan manusia – sebab :
a.
Pencapaian
cemerlang dalam perancangan bandar.
b.
Menjalankan
kegiatan perdagangan antarabangsa.
c.
Pencapaian
dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
d.
Melahirkan
masyarakat yang kreatif.
e.
Menghasilkan
teknologi yang hebat.
1.
Terletak
dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
2.
Dinasti
awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
a.
Dinasti
Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.
b.
Dinasti
Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
c.
Dinasti
Chou dari tahun 1050-256 S.M.
3.
Proses
pembentukan melalui aspek berikut:
a.
Lembah
Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad
untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
b.
Tapak
Banpo yang berhampiran bandar Siam moden
merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
c.
Penduduk
menjalan kan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan
dan berburu.
d.
Perkembangan
petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang yang menjadi
pusat kerajaan Dinasti Shang.
e.
Semasa
Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
4.
Proses
pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah
a.
Hwang Ho
menyuburkan kawasan – tarik petempatan.
b.
Tapak
Banpo ialah petempatan awal.
c.
Asaskan
pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .
d.
Berkembang
- wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.
i.
Anyang
dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi
perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
ii.
Ketua
pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.
iii.
Dibandar
ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran
Dinasti Shang.
e.
Dinasti
Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.
f.
Dinasti
Chou sebar hingga Sungai Yangtze.
1.
Aspek
organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah
a.
Raja
menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
b. Golongan petani yang membentuk sebahagian
besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.
c.
Golongan
artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi
menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh
tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.
d. Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera
dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.
e.
Golongan
paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
2.
Aspek
sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah
a.
Sistem
pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.
b. Pengganti raja selalunya dilantik daripada
kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
c.
Raja-raja berkuasa keatas pusat pentadbiran dan
mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
d. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja
merupakan mandat daripada tuhan.
i.
Jika raja
adil – kerajaan dan rakyat makmur dan
sejahtera kerana restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.
ii.
Percaya
Dinasti Shang runtuh kerana zalim.
e.
Raja-raja
Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada
keturunan pemerintah agama.
f.
Raja
dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir
wilayahnya.
g.
Golongan
bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai
,pertahanan dan undang-undang.
h.
Kezaliman
Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba
menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan
Raja Chou telah
i.
membahagikan
pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di
setiap wilayah ini.
ii.
mengikat
pembesar tempatan melalui ikrar taat setia
kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata
gangsa,hamba dan binatang.
iii.
meminta
melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
iv.
memberi
hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan
upacara pengorbanan.
v.
Dibantu
oleh ketua menteri dan enam badan yg urus
i.
Pertanian
ii.
Tentera
iii.
Kerja
awam
iv.
Upacara
agama
v.
Hal ehwal
monarki
vi.
Undang-undang.
vi.
Peringkat
wilayah dikendali pembesar feudal.
3.
Ciri-ciri
pengkhususan pekerjaan dan peranan masyarakat
.
a.
Golongan
pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan
tentera berjalan kaki.
b. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan
pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,
c.
Golongan
artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan
makanan,senjata dan barang tembikar.
d. Golongan hamba berfugsi ;
i.
sebagai
tentera paksaan
ii.
membantu
kerja-kerja perburuhan
iii.
bagi tujuan
koban dalam upacara penyembahan.
4.
Agama dan
kepercayaan .
a.
Sebahagiaan
masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.
b. Masyarakat Shang mempercayai politeisme
seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.
c.
Mereka
mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
d. Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha juga
bukit, sungai, dan gunung.
i.
Shang Ti
– Dewa tertinggi di syurga dan nenek
moyang Shang.
ii.
Percaya
pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam
semesta atau syurga.
iii.
Konsep
ini mempengaruhi Yin dan Yang.
i.
Alam semesta
dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.
ii.
Yin –
kuasa pasif
iii.
Yang –
Kuasa aktif
e.
Upacara sembah
libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
f.
Tulang
oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
i.
Bomoh
terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api
sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.
ii.
Amalan
ini bawa kemunculan sistem tulisan.
5.
Sistem
tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk
a.
Rekahan
tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
b. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram
berdasarkan simbol.
c.
Tulisan
asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.
1.
Aspek
Politik
a.
Sistem
pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.
b.
Gelaran
Raja bertukar jadi Maharaja.
c.
Raja
dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.
d.
Pemerintahan
Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.
2.
Aspek
Ekonomi
a.
Sistem
pengairan diperbaharui.
b.
Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.
c.
Teknologi
pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.
d.
Menggunakan
batas .
e.
Maenggunakan
alat pertanian daripada kayu kepada besi.
3.
Aspek
Sosial
a.
Sistem
tulisan digunakan hingga hari ini.
b.
Tulisan
digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
c.
Tulisan
diajar di sekolah-sekolah di Cina.
d.
Berkembang
dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
4.
Agama dan
kepercayaan
a.
Kepercayaan
yang masih berkekalan sehingga hari ini
ialah pemujaan roh nenek moyang.
b.
Unsur
pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa
dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan
barang hiasan.
c.
Konsep
Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih
terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
i.
Feng Hsui = Dari
falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta .
ii.
Rujuk
hubungan manusia dan alam.
d.
Orang
China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang
saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
e.
Feng Hsui
merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni
dengan alam semesta.
f.
Pemerintahan
Shang,sistem kalender telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan
360 hari dalam setahun.
g.
Raja
menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
h.
Amalan
menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.
i.
Falsafah
perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang dan cara
menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
j.
Falsafah
tersebut diaplikasikan dalam urusan
perniagaan.
[ Zaman
Prasejarah ]. [ Konsep Tamadun
] [ Proses Pembentukan Tamadun ] [ Tamadun Mesopotamia ] [ Sumbangan Tamadun Mesopotamia ] [ Tamadun Mesir Purba
] [ Sumbangan Tamadun Mesir Purba ]
[ Tamadun Indus ] [ Sumbangan Tamadun
Indus ] [ Tamadun Hwang Ho ] [ Sumbangan Tamadun
Hwang Ho ]