SOALAN 46

HURAIKAN ALIRAN-ALIRAN PERJUANGAN SETIAP PERTUBUHAN YANG MENENTANG PENJAJAH DI ASIA.

 

                    Gerakan nasionalisme di Asia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur tempatan dan pengaruh falsafah Barat. Oleh kerana itu, gerakan nasionalisme ketiga-tiga rantau ini juga mempunyai aliran yang sama dan ada juga yang berbeza. Pelbagai persatuan, kelab, pertubuhan dan parti ditubuhkan.

               Dari segi politik, contohnya di Indonesia ialah Sarekat Islam. Pada mulanya pertubuhan ini adalah bertujuan sosioekonomi, namun pada tahun 1923 yang pada masa itu dibawah pimpinan Agus Salim telah berubah menjadi pertubuhan yang bertujuan memperjuangkan kemerdekaan.

Selain itu, parti Indische yang merupakan parti radikal telah ditubuhkan dalam tahun 1912. Tujuan parti ini ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia dan menyatukan bangsa Indonesia asli dengan Indo-Belanda serta menghapuskan diskriminasi. Walaubagaimanapun parti ini telah dibubarkan dan tidak diiktiraf oleh kerajaan Belanda.

               Selain itu juga, pertubuhan lain seperti Parti Komunis Indonesia turut ditubuhkan. parti ini ditubuhkan berikutan kelemahan dalam Sarekat Islam. PKI menggunakan aliran pemikiran Marx. PKI bertanggungjawab wujudnya ideologi sosialis Marxist sebagai cara untuk menentang kapitalisme dan penjajah Belanda di Indonesia. PKI ingin menubuhkan kerajaan komunis di Indonesia melalui keganasan dan revolusi. PKI telah mengambil alih kepimpinan gerakan nasionalis di Indonesia dari Sarekat Islam pada awal tahun 1920-an. Oleh itu, PKI telah melancarkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tenggara.PKI telah menjalankan aktiviti anti-Belanda iaitu pemogokan antara tahun 1923-26. Pada tahun 1923 pemogokan telah dijalankan di jalan keretapi tetapi Belanda dapat menghapuskannya dan Semaun telah dibuang negeri.

               Gerakan nasionalisme tidak lenyap begitu sahaja di Indonesia.Pada 4 Julai 1927 , Parti Nasional Indonesia (PNI) ditubuhkan oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung. Pemimpinnya ialah  Sukarno. Matlamat perjuangan parti ini ialah mahukan kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia. Selain itu, ia juga bermatlamat menghapuskan kaum penjajah dan kapitalis Barat serta menubuhkan satu kerajaan demokratik yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat Indonesia. Parti ini mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.PNI telah menjadi sebuah parti yang popular. Namun setelah pemimpin parti itu iaitu Sukarno ditahan oleh Belanda, parti ini berpecah dan munculnya pertubuhan lain seperti Partindo, Parti Rakyat Indonesia, Parindra, Gerindro dan lain-lain.

                Di Filipina, Parti Nasionalis Filipina, Parti Perlembagaan, La Liga Filipina mengamalkan aliran demokrasi dan liberal dalam kerajaan. Pertubuhan ini agar rakyat mendapat hak untuk memerintah dan mengembalikan kedaulatan mereka. Mereka juga mahukan pembentukan negara yang bersatu dan merdeka dengan hak rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.Selain itu, kemunculan Katipunan dibawah pimpinan Andres Banifacio memulakan gerakan baru perjuangan nasionalisme di Filipina. Katipunan bercita-cita mendapatkan kemerdekaan penuh melalui revolusi. Ia dilakukan melalui aliran republik secara kekerasan.Tujuan utamanya untuk menggulingkan pembentukan Sepanyol dan membentuk sebuah kerajaan bagi orang Filipina. Oleh itu, Katipunan telah melancarkan perang terhadap Sepanyol.

                 Sementara itu, di Vietnam Parti Kebangsaan Vietnam@ Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) ditubuhkan pada tahun 1927 bermotif untuk memperjuangkan kemerdekaan secara kekerasan. Pertubuhan ini mendapat sokongan kebanyakannya di bahagian utara Vietnam.Langkah kekerasan diambil disebabkan jalan sederhana yang diambil oleh Parti Perlembagaan  juga gagal. Pemimpin VNQDD, nguyen Thai Hoc pada awalnya menyokong usaha sederhana dan jalan berperlambagaan untuk menyuarakan hak rakyat Vietnam. Namun tuntutan mereka dilayan.Oleh itu, VNQDD ditubuhkan untuk mengusir penjajah Perancis dan menegakkan hak orang Vietnam.

                 Selain itu, di Burma , Dobama Asiayone (Persatuan Kami Orang Burma) ditubuhkan hasil percantuman antara Liga Pemuda Seluruh Burma dan Persatuan Dobama pada tahun 1935. Ilham kedua-dua parti ini atas daya usaha golongan Thakin. Penubuhan kedua-dua parti ini juga untuk memerdekakan Burma daripada penjajah British.

                 Di China pula contohnya Parti Koumintang yang mengamalkan aliran pembentukan negara republik secara kekerasan. Tujuan utama KMT untuk mewujudkan demokrasi berpalimen di negara China. KMT menentang pemerintahan monarki Dinasti Ching yang telah dikatakan memalukan China. Dengan itu, negara demokrasi dan tidak mempunyai raja harus dibentuk. Pemikiran Dr Sun telah mempengaruhi Phan Boi Chan untuk menukar pegangan dan pembentukan sebuah negara republik.Pada awalnya, Dr Sun telah menubuhkan Tung Meng Shui yang ditubuh atas dasar prinsip rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan sosialisme. Dari Meng Shui tercetusnya KMT. KMT kemudiannya menjadi parti revolusioner yang mempunyai matlamat untuk melawan kerajaan Mutlak Yuan Shui Kai dan seterusnya untuk menyatukan China.

               Dari aspek agama pula,contohnya di Indonesia ialah Muammadiyah, Sarekat Islam Nahdatul ulama .Bagi Sarekat Islam, agama Islam digunakan sebagai lambang penyatuan dan perpaduan kebangsaan dalam usaha-usahanya menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia. Islam digunakan kerana berlaku konflik agama diantara Islam dan kristian.Rakyat Indonesia beranggapan Islam sebagai langkah pertama bagi melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda. Manakala bagi Muhammadiyah pula ahlinya adalah anti Belanda.Parti ini ingin mengembangkan pandangan Islam moden menyebabkan mereka memberi tentangan hebat kepada penyebaran agama Kristian. Bagi Nahdatul ulama pula penubuhannya pada 1926 oleh Kiyai Hasjim Asjari di Surabaya Jawa Timur bertujuan untuk menyebarkan agama ortodoks islam dan menggalakkan orang islam mematuhi mana-mana satu dari empat mazhab islam.

               Di Burma, aliran perjuangan yang dijalankan untuk menentang pihak British adalah melalui pertubuhan Persatuan Belia Buddha(YMBA). Pertbuhan ini dianggotai oleh pemuda yang berpendidikan barat dan golongan agama yang berpengaruh. YMBA juga hendak mengukuhkan kedudukan agama Buddha daripada pencabulan agama kristian. YMBA juga menentang pentadbiran British yang tidak menghormati agama Buddha yang tidak memakai kasut sewaktu memasuki rumah berhala dan pagoda.

               Di India pula, penubuhan Liga Islam pada 1906 adalah atas keinsafan orang islam akan kepentingan mereka dan digalakkan lagi dengan penekanan Hinduisme dalam Kongres India dan pertikaian Hindu-Islam.Ia ditubuhkan oleh Nawab Salimullah Khan di Dacca.Parti ini memperjuangkan hak penduduk Islam di India.

               Dari aspek sosial pula, contohnya di Indonesia ialah Budi Utomo.Ia ditubuhkan pada 20 Mei 1908 oleh Dr Mas Wahidin Soediro Hoesoedo dengan bantuan dua orang penuntut sekolah perubahan di Betawi.Budi Utomo merupakan perjuangan yang didasarkan pada perjuangan untuk memajukan kehidupan orang Jawa dan Madura dalam bidang pendidikan, meluaskan pendidikan moden dan memajukan kehidupan sosial budaya rakyat Indonesia.Selain itu, Sarekat Islam dianggap menonjol pada awal abad ke 20 dan menyebabkan kemerosotan Budi Utomo. Dalam bidang pendidikan Sarekat Islam menuntut agar Belanda menghapuskan sistem diskriminasi dan menunutut pendidikan wajib bagi murid dibawah umur 15 tahun. Pertubuhan ini jga menunutut pemberian biasiswa kepada belia Indonesia yang ingin menunutut diluar negeri serta meningkatkan taraf maktab-maktab kepada Universiti.Oleh keran segala program yang diatur oleh Belanda menambahkan penderitaan mereka ekoran dari berlakunya Perang Dunia Pertama, maka ini menyebabkan rakyat Indonesia berminat menganggotai pertubuhan ini.

               Di Burma, aliran perjuangan ditubuhkan melalui Persatuan Pemuda Buddha(YMBA). Ia merupakan pertubuhan yang menentang penjajah di Burma untuk menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara Barat. Ahli-ahli YMBA juga turut menuntut agar pendidikan percuma bagi anak-anak Burma serta pendidikan universal. Dengan itu, mereka telah mendirikan sekolah-sekolah yang memberi tumpuan kepada agama.

               Di India, Pertubuhan Kongres Kebangsaan India 1855 telah dibentuk untuk memperjuangkan sosial rakyat India untuk memperluaskan pendidikan am dan teknik kepada rakyat India. Ini bagi membolehkan pencapaian matlamat untuk mendapat kemerdekaan India direalisasikan.Manakala di Filipina, Liga Filipina merupakan pertubuhan yang menentang penjajahan di Asia dengan melakukan aliran perjuangan pendidikan. Ahli-ahli pertubuhan ini telah menuntut mengadakan reformasi pendidikan. Tuntutan ini di buat secara diflomasi.Namun, perjuangan ini dikritik oleh kerajaan Sepanyol.

               Dari aspek ekonomi pula, di Indonesia ialah Sarekat Islam. Sarekat Islam menuntut agar  kerajaan Belanda menggalakkan perdagangan dikalangan bangsa Indonesia serta meminta memiliknegarakan industri-industri penting seperti tekstil, perusahaan kertas, dan industri yang mengeluarkan barang-barang besi. Di samping itu, tuntutan juga di buat untuk memperbaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan perairan.Ini untuk kegitan monopoli. Mereka juga menuntut agar buruh paksa dan buruh kanak-kanak dihapuskan. Selain itu, mereka juga meminta supaya mendirikan klinik-klinik percuma.

                Secara keseluruhannya, aliran perjuangan setiap pertubuhan menentang penjajah di asia adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat agar mereka dapat menerima segala pembaharuan yg telah dilakukan demi kepentingan mereka untuk memperolehi kemerdekaan.