SOALAN
45
BINCANGKAN
SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERASASKAN POLITIK DI
MOHD ZAILAN
BIN ABU BAKAR
Atas
kesedaran bangsa yang di jajah telah membantu membangkitkan semangat
nasionalisme di Asia Tenggara, Asia Selatan serta Asia Timur. Kemuncak kepada
gerakan nasionalisme ialah gerakan berorganisasi. Pelbagai pertubuhan di
tubuhkan untuk menyatukan rakyat tempatan. Bagi negara yang di jajah oleh kuasa
barat, perjuagan mereka adalah untuk membebaskan negara mereka daripada
kongkongan kuasa barat atau dengan kata lain mencapai kemerdekaan. Bagi negara
Pada dasarnya, amalan diskriminasi tidak
dapat di pisahkan dari penjajah barat. Ini tidaklah menghairankan kerana
kedatangan mereka bukanlah untuk memakmurkan masyarakat tempatan, tetapi adalah
untuk mengaut semua hasil yang ada. Ini bermakna, penjajah sering mengabaikan
kebajikan penduduk tempatan. Dalam masa yang sama, mereka juga menafikan hak penduduk tempatan dalam
hampir semua aspek.
Keadaan bertambah buruk di Filipina.
Semakin banyak penindasan berlaku angkara pemerintah Sepanyol. Ini termasuklah
diskriminasi ke atas paderi-paderi sekular, di mana mereka telah di beri taraf
paling rendah dan di nafikan hak bagi menjawat jawatan tinggi dalam institusi
gereja. Dalam pada itu, nasib yang menimpa Jose Rizal yang mengambil pendekatan
sederhana itu telah membangkitkan kemarahan golongan nasionalisme yang lain.
Mereka mula mengambil pendekatan yang lebih bersifat radikal dan revolusioner.
Ini melahirkan katipunan atau Kesatuan Pemuda-pemuda Rakyat yang di tubuhkan
pada tahun 1892 oleh Andres Bonifacto, Tedoro Plata dan Ladislao. Katipunan,
sebuah parti radikal bertujuan mencapai kemerdekaan secara paksa daripada
penjajah dan menyatukan semua pulau di Filipina menjadi sebuah negara
berdaulat. Katipunan juga mempunyai matlamat untuk mengadakan pembaharuan dalam
bidang pertanian serta menghapuskan paderi-paderi Sepanyol. Katipunan berusaha
menyebarkan sentimen nasionalisme dengan menerbitkan karya-karya berasaskan
nasionalisme. Antara akhbar yang pernah di
terbitkan ialah kalayan.
Begitu juga keadaan di negara
Perubahan corak pentadbiran
turut menghasilkan pertubuhan-pertubuhan politik. Ini kerana corak pemerintahan
penjajah telah mengakibatkan kesengsaraan di kalangan penduduk pribumi. Di
India, penjajah British telah memperkenalkan peraturan yang jelas menghina
penduduk tempatan. Peraturan ini menerangkan bahawa larangan orang
Sarekat Islam di Indonesia turut
memperjuangkan hak politik bagi rakyat
Sementara di Myanmar, pertubuhan
'Dobama Asiayone' atau liga kebangsaan
Kewujudan pertubuhan politik juga di
sebabkan oleh sikap ingin mengubah keadaan serta menentang penjajahan asing. Sikap ini terhasil melalui sentimen
anti-Manchu. Tokoh yang memainkan peranan ialah Dr. Sun Yat Sen. Atas dasar
inilah beliau menubuhkan Revive China Society pada tahun 1894. Tujuan utama
parti ini di tubuhkan adalah untuk menyingkir orang manchu, memulihkan pemerintahan
orang
Vietnam, tahun 1923 memperlihatkan
sekumpulan nasionalisme sederhana pimpinan Bui Quang Chien telah menubuhkan parti
perlembagaan. Cara di gunakan termasuklah bekerjasama degan pihak
penjajah. Tuntutan mereka di muatkan dalam majalah dan akhbar serta menyuarakan
pendapat dalam majlis kolonial. Perjuangan pertubuhan ini adalah untuk menuntut
reformasi pentadbiran, soal keadilan,
memperbaiki taraf hidup penduduk dan menyatukan seluruh penduduk Vietnam.
Lain-lain penyebab ialah permasalahan
kemutlakan monarki dan kegagalan mengadakan reformasi pentadbiran
serta politik. Hal ini boleh di rujuk di negara Thailand apabila tertubuhnya
parti Rakyat. Ia telah di bentuk oleh sekumpulan penduduk yang berpendidikan
Barat; iaitu kelas pertengahan terdiri daripada pegawai tentera dan pegawai
perkhidmatan awam. Sikap anti-monarki ini timbul berikutan pihak monarki
memegang kuasa mutlak dan jawatan penting dalam kerajaan. Pemerintahan Tahiland
selepas Raja Chulalongkorn, tidak mahu mengubah status Quo keluarga di raja dan
bangsawan dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan. Di samping itu, kaum
kerabat di raja bersikap sombong dan tidak mengendahkan nasihat pegawai-pegawai
kerajaan yang cekap. Oleh itu, parti rakyat lancarkan satu revolusi untuk
menamatkan kuasa mutlak raja. Parti ini turut mengutuk sistem pentadbiran raja
mutlak sebagai tidak progresif dan penghalang kepada permodenan Thailand.
Akibat revolusi ini, sebuah perlembagaan baru di gubal dan berjaya mengambil
alih pucuk pimpinan Thailand dan menegaskan kerajaan Raja Berpelembagaan.
Seterusnya, sikapp ingin membebaskan
diri daripada cengkaman penjajah. Seperti di Indonesia, semangat
ini telah melahirkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada Julai 1927 oleh kelab
Pendidikan Bandung. Turut menjadi penyebab penubuhan PNI ialah penyerapan
ideologi-ideologi politik Barat. Dari aspek ekonomi, kita boleh lihat mereka
(penjajah) telah memperkenalkan beberapa dasar yang jelasnya membawa bebanan
dan tekanan ke atas penduduk Indonesia. Ini termasuklah dasar liberal, dasar
etika mahupun sistem kultur Belanda turut menjalankan pentadbiran capellan yang
telah mengenepikan hak penduduk tempatan dari segi kuasa dan kekuasaan. PNI
pimpinan sukarno ini bertujuan mencapai kemerdekaan Indonesia tanpa bekerjasama
dengan Belanda. Di antara usaha sukarno ialah menyatukan semua parti dalam satu
gabungan yang di panggil permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia
yang merangkumi PNI, Sarekat Islam dan Budi Utomo. Perjuangan berbentuk radikal
yang di lakukan oleh mereka gagal apabila Belanda mengharamkannya pada tahun
1929 dan sukarno di tangkap dan di penjarakan.
Bagi Vietnam, sikap inginkan pencapaian kemerdekaan telah mewujudkan
Parti Kebangsaan Vietnam atau Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) pada tahun 1927.
Motif penubuhannya ialah memperjuangkan kemerdekaan secara kekerasan VNQDD
melakukan kekerasan, keganasan, kekacauan, pembunuhan serta jenayah. Langkah
ini di ambil ekoran daripada jalan sederhana yang di ambil oleh Parti
Perlembagaan gagal mencapai hasrat penduduk tempatan. Oleh kerana parti ini
merupakan ancaman besar kepada Perancis, maka kerajaan Perancis bertindak
mengharamkannya.
Kemunculan pertubuhan politik turut
berpunca daripada pengaruh komunis. Sebagai buktinya ialah Parti Komunis
China (PKC) yang di tubuhkan pada tahun
1921. Beberapa pemimpin komunis seperti Chen Tu Shiu, Li Ta Choa dan Mao
Tse-tung telah menerajui parti ini. Penubuhan PKC adalah langkah seterusnya
bagi menentang imperialisme Barat apabila semua gerakan sederhana dan radikal
gagal. Bantuan telah di berikan oleh ejen comintern (Kongres Komunis Antarabangsa)
iaitu Greogory Voitinsky. PKC berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis.
Akhbar-akhbar rasmi turut di gunakan sebagai landasan untuk memberi penerangan
kepada dunia global tentang komunis. Kongress pertama di adakan di Shanghai, 23
Julai 1921 dengan beberapa resolusi di luluskan. Antaranya untuk menyingkirkan
rejim kapitalis dengan tentera proletariatrevolusi. Dapat di lihat pada
akhirnya PKC berjaya menguasai seluruh negara China dan mengisytiharkan
penubuhan kerajaan republik Rakyat China, 10 Oktober 1949.
Pengurus unsur-unsur subversif
(aliran komunis) ini turut menular di Indonesia. Ia di tubuhkan pada tahun 1920
oleh Semaun dan Darsono juga mempunyai tujuan menumpaskan kerajaan Belanda
melalui cara kekerasan, iaitu melancarkan revolusi bersenjata. Matlamat
utamanya ialah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia. Beberapa
pemberontakan telah di jalankan di sekitar Jawa Barat dan Sumatera (tahun
1926-1927) tetapi gagal. Seterusnya pihak Belanda telah mengamalkan dasar
menindas terhadap parti-parti berbentuk radiakal atau ekstrim dan mengharamkan
PKI.
Pada tahun 1930, Parti Komunis
Vietnam telah di tubuhkan oleh Ho Chi Minh seperti VNQDD, parti ini bertujuan
menggulingkan Perancis melalui satu resolusi. Mereka telah melancarkan permogokan,
tunjuk perasaan dan kekacauan sabagai cara untuk mengusir penjajah. Namun,
usaha ini telah di sekat oleh pihak berkuasa Perancis. Oleh itu, Parti Komunis
Vietnam menukar strategi dengan menyeru perpaduan rakyat vietnam sehingga
tertubuhnya Barisan Demokratik Kebangsaan.
Jelaslah di sini bahawa kemunculan
pertubuhan berasaskan politik di Asia adalah di dokongi sikap anti-penjajah
yang bermula daripada golongan intelektual berpendidikan Barat. Kezaliman dan
penindasan yang di lakukan membawa kesedaran kepada masyarakat pribumi untuk
bangkit menentang penjajah.