SOALAN 39:

NILAIKAN GOLONGAN TERPELAJAR DALAM MEMBANTU CHINA, BURMA, INDIA DAN INDONESIA UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PENJAJAHAN.

 

SHALIMA BINTI SUJAK

 

            Gerakan kesedaran nasionalisme di negara-negara Asia telah bermula sekitar awal abad ke- 20. Hal ini berikutan daripada tindak balas terhadap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Selain system pendidikan, golongan terpelajar atau lebih dikenali dengan golongan intelektual turut memainkan peranan penting dalam membagkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Asia. Hal ini kerana golongan terpelajar telah memainkan pelbagai peranan untuk membebaskan negara mereka daripada genggaman penjajah. Ilmu yang diperolehi mereka dimanfaatkan untuk memeperjuangkan nasib bangsa dan tanah air. Sehubungan dengan itu, peranan golongan terpelajar amatlah penting dalam mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Asia sekaligus membebaskan negara mereka daripada ancaman penjajah.

            Penjajahan di China berbeza dengan negara-negara lain, apabila China cuba membebaskan diri daripada pemerintahan Dinasti Manchu yang juga merupakan bagsa Cina. Melalui kesedaran nasionalisme, golongan terpelajar China seperti Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao telah mengutarakan idea-idea radikal seperti pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Golongan terpelajar ini menjadikan modela barat sebagai contoh untuk menyusun semula institusi-institusi social dan politik negara China ke arah kemodenan dan mempertahankan negara mereka daripada diceroboh oleh Barat.amaun, golongan ini gagal mencapai matlamat mereka. Satu-satunya golongan terpelajar yang berjaya menggerakkan satu revolusi menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau berpendapat kesengsaraan di negara China berpunca daripadda system pemerintahan berja yang sudah ketinggalan zaman. Oleh itu, beliau mencadangkan system kerajaan republik bagi menggantikan system kerajaan beraja. Dr. Sun Yat Sen juga percaya bahawa republik akan mewujudkan revolusi social yang akan menyelesaikan beberapa masalah yang wujud sebelum ini.

            Dr. Sun Yat Sen dilahirkan pada tahun 1866 di daerah Hsing-Chan, China Selatan dan dapat pendidikan barat di Hawaii dan Hong Kong dalam bidang kedoktoran. Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan satu pertubuhan nasionalis pada tahun 1905 di Tokyo. Tujuan penubuhan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan mewujudkan sebuah kerajaan republik di China. Beliau telah memungut wang dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan-penberontakan di China. Melalui cawangan-cawangan Tung Meng hui di seberang laut seperti Singapura, Brussel, San Francisco dan Honolulu. Dr. Sun Yat Sen telah memainkan peranan yang penting dalam perrkembangan perasaan Anti-Manchu di China. Sehubungan dengan itu, beliau telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo. Melalui akhbarnya inilah Dr. Sun Yat Sen bebas berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui penulisan rencana-rencana akhbar. Gerakan revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat China yang anti-Manchu, ahli kongsi gelap dan tentera China yang berlatih secara barat.

            Ideology Dr. Sun Yat Sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada revolusi. Ideology ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di China yang telah mempengaruhi ramai orang China. Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China, antara tahun 1895 dan 1911. Meskipun pemberontakan –pemberontakan ini mengalami kegagalan, namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Sun Yant Sen jelas menunjukkan kejayaan kepada pembentukan Republik China melalui Revolusi China yang meletus pada tahun 1911 atas pimpinan beiau sendiri. Seterusnya, pada 29 Disember 1911 beliau telah dilantik sebagai presiden sementara Republik China di Nanking dan jawatan tersebut dipegangnya secara rasmi pada 1 Januari 1912.

            Gerakan nasionalisme terawal di Burma dilakukan oleh Persatuan Belia Buddha (YMBA). Persatuan Belia Buddha ini telah ditubuhkan pada tahun 1906 oleh sebilangan kecil orang Burma yang berpendidikan barat dan mempunyai idea-idea refor masi. Antara pengasas-pengasasnya ialah U May Oung ( siswazah Universiti  Cambridge), U Kin, U Ba Pe dan Sir Maung Gyee. Persatuan Belia Buddha ini dipimpin oleh peguam-peguam muda dan mahasiswa-mahasiswa. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah Inggeris, kerani-kerani dan pegawai-pegawai rendah. Persatuan Belia Buddha ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan nilai-nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara-cara barat. Perjuangan pertama yang dilakukan oleh YMBA ialah menubuhkan sekolah-sekolah yang mematuhi kehendak-kehendak kerajaan kolonial Inggeris. Namun demikian, pengajian agama Buddha amat dititikberatkan di sekolah-sekolah tersebut. Pada tahun 1911, persatuan ini telah menerbitkan sebuah akhbar iaitu Thuriya (matahari). Walau bagaimanapun, persatuan ini tidak direstui oleh kerajaan kolonial Inggeris kerana kakitangan kerajaan tidak dibenarkan menyertai persatuan ini.

            Sekitar tahun 1916, YMBA berperanan sebagai sebuah persatuan bersifat politik. Ahli-ahlinya yang lebih muda telah mula membicarakan soal-soal politik. Perubahan ini adalah berikutan tiga factor penting iaitu kesengsaraan ekonomi orang Burma akibat Perang Dunia Pertama (1914 – 1918), pengaru pergerakan kebangsaan di India dan pemngumuman Presiden Woodraw Wilson mengenai hak ‘self-determination’ sesebuah negara. Pada tahun 1916 hingga 1918, perbuatan orang Eropah yang memakai kasut di dalam rumah berhala dan pagoda-pagoda telah menimbulkan protes di kalangan ahli-ahli YMBA di bawah pengaruh U Thein Maung. Pertikaian kassut ini telah menyatukan semua cawangan Persatuan Belia Buddha dalam perjuagan yang sama. Ia telah menjadi lambang anti-Inggeris. Tindakan persatuan ini telah mendapat sokongan golongan pongyi (sami-sami Buddha). Pertikaian ini juga dianggap sebagai tanda nasionalisme politik Burma yang pertama telah mencapai kejayaan berikutan persetujuan kerajaan Inggeris mematuhi larangan ini.

            YMBA turut mengemukakan beberapa desakan terhadap perubahan-perubahan perlembagaan kepada kerajaan Inggeris. Oleh kerana, Inggeris telah memperkenalkan system pemerintahan dua-lapis di India, YMBA khuatir Burma akan ketinggalan. Oleh itu, YMBA telah menghantar dua rombongan ke London iaitu pada Julai 1919 dan Mei 1920 bagi menuntut pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang sama seperti diberikan kepada India. Usaha-usaha yang dilakukan oleh YMBA ternyata berjaya apabila system pemerintahan dua-lapis kemudiannya diperkenalakn di Burma pada tahun 1923. Kejayaan ini telah menjadikan YMBA lebih popular di kalangan orang Burma. Keputusan Inggeris untuk meninggikan taraf kelayakan bagi memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan telah mendapat bantahan daripada YMBA pada 1920. Keputusan Inggeris tersebut lebih ditafsirkan sebagai satu langkah untuk mengurangkan bilangan siswazah Burma dan melambatkan proses pemberian kerajaan sendiri. Pemogokan tersebut telah berjaya menutupkan Universiti Rangoon dan hampir kesemua sekolah menengah di Rangoon. Walaupun pemogokan tersebut gagal mencapai kejayaan dari aspek pendidikan, namun ia telah berjaya membangkitkan semangat kebangsaan orang Burma terutamanya di kalangan pelajar.

            Usaha yang dilakukan oleh YMBA telah mendapat kesinambungan daripada golongan Thakin. Kemunculan golongan Thakin yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan siswazah-siswazah universiti  merupakan satu factor politik di Burma yang dikesan melalui penubuhan dua perrsatuan pelajar. Kedua-dua persatuan pelajar ini kemudiannya telah bercantum dan menubuhkan Dobama Asiayone (We Burmans Associations). Pemimpin persatuan ini dikenali sebagai Thakin (tuan). Tujuan penubuhan Dobama Asiayone adalah untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma. Idea-idea Marxism merupakan pengaruh kepada golongan ini dan Parti Kongres India (PKI) pula adalah model utama bagi taktik-taktik perjuangan mereka. Pemimpin Thakin yang terkemuka ialan Aung San. Beliau dilahirkan pada 13 Februari 1915 di Natmauk, sebuah Bandar di Burma Tengah dan memasuki Universiti Rangoon pada tahun 1932.

            Antara peranan dan sumbangan golongan Thakin dalam memperjuangkan kemerdekaan Burma ialah golongan ini telah melakukan pemogokan pelajar pada tajun 1936. Pemogokan ii dilakukan pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pengaruh golongan Thakin bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu yang juga merupakan Presiden Persatuan Pelajar Uiversiti Rangoon dan Thakin Aaung San. Akibat daripada pemogokan ini, beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti dalam tahun 1939 atas permintaan pemimpin-pemimpin Thakin. Seterusnya, golongan ini telah mengambil bahagian dalam pilihanraya tahun 1936 melalui penubuhan Parti Komin-Kochin. Dalam pilihanraya ini, mereka hanya memenangi tiga buah kerusi. Selain itu, pada tahun 1938, Thakin Mya telah menubuhkan pertubuhan Petani-petani Burma (All Burmas Peasants Organization) dan All Burma Cultivators League. Sementara itu, Tahakin Ba Swee pula telah menubuhkan All Burma Traders Union Congres pada tahun 1940. Sekitar tahun 1938 hingga 1939, golongan Thakin telah melancarkan beberapa pemogokan pekerja-pekerja perusahaan minyak dan pengangkutan sungani bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Selain itu, golongan Thakin juga telah menubuhkan Blok Kemerdekaan 1939 dan membuat pakatan dengan negara Jepun.

            Sekitar Mei 1942, Jepun berjaya menawan Burma atas bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma ( Burma Independece Army). Akibat daripada usaha –usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Namun, Jepun tidak memberi kemerdekaan yang sepenuhnya kepada Burma. Hal ini kerana kuasa pentadbiran terletak dalam tangan pihak Jepun. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1944, golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti-Facist Peoples’ Freedom League) bagi menentang panjajahan Jepun. Pemimpin-pemimpin utama AFPFL ialah Aung San dan Than Tung. Akhirnya, pada Ogos 1945, Jepun   telah menyerah kalah secara rasmi. Seterusnya, pada Januari 1947, satu delegasi yang dipimpin oleh Thakin Aung san telah dihantar ke London untuk membincangkan kemerdekaan Burma. Sehubungan dengan itu, satu pilihanraya bagi Constituent Assembly telah diadakan pada April 1947. Dalam pilihanraya ini AFPFL telah memenangi 171 buah kerusi daripada 182 buah kerusi yang dipertandingkan. Usaha golongan terpelajar Burma (golongan Thakin) ini berjaya membawa hasil yang membanggakan. Ini dapat dibuktikan apabila Burma berjaya mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya pada 4 Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.

            Penjajahan British ke atas India telah menyebabkan berlakunya perjuangan nasionalisme di kalangan rakyat India untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan. Golongan terpelajar tidak ketinggalan dalam perjuangan membebaskan India daripada terus dijajah. Di sini Kongres Kebangsaan India (KKI) memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perjuangan membebaskan India daripada penjajahan. Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan oleh golongan terpelajar India pada tahun 1855. kongres Kebangsaan India merupakan cetusan ilham daripada Allan Octavian hume bersama 50 orang mahasiswa Universiti Culcutta. Tujuan Kki ditubuhkan adalah untuk membawa perubahan dalam semua asspek termasuk pemikiran masyarakat India. Pemimpin KKI mendapati bahawa pemikiran rakyat India yang kolot merupakan factor kemunduran rakyat India. Sehubungan dengan itu, melalui KKI ini, golongan nasionalis berusaha mendesak pentadbiran British supaya memperbaiki taraf hidup rakyat India dan Juga menuntut hak persamaan dalam perkhidmatan awam India. Justeru itu, satu persidangan rassmi telah diadakan pada 30 Disember 1855 dengan dihadiri oleh 74 orang perwakilan.

            Dalam perjuangan  nasionalisme yang bersifat sederhana, kongres ini telah menggariskan beberapa perkara penting yang mesti diperrjuangkan demi kemajuan India. Oleh kerana pihak British telah memonopoli keanggotaan majlis-majlis di India, keadaan ini menyebabkan rakyat India tidak mempunyai saluran untuk mengemukakan pendapat mereka. Sehubungan dengan itu, KKI menuntut supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis Perundangan. Selain itu, kongres ini juga menuntut supaya British memberi perhatian terhadap taraf pendidikan rakyat India. Tuntutan kongres juga termasuklah memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada rakyat India yang berkelayakan. Kongres juga mendesak pihak British agar mengurangkan perbelanjaan ketenteraan ekoran terlalu banyak wang digunakan dalam hal pertahanan. Kesemua tututan kongres ini dipersetujui oleh pemerintahan British. Buktinya, pada tahun 1892, Majlis Perundangan turut dianggotai oleh rakyat India. Desakan demi desakan terus dikemukakan oleh KKI menyebabkan bebberapa pembaharuan penting telah dibuat oleh British melalui Wizurai lord Curzon. Antaranya ialah dengan mengurangka cukai petani dan memanjangkan tempoh pembayaran hutang untuk petani yang menghadapi masalah kewangan. Sector pertanian turut diberi perhatia yang serius oleh kerajaan British dan system pengairan turut dibaiki. Aspek pertahanan diperkukuhkan manakala perkhidmatan pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8000 km jalan kereta apai. Perjuangan KKI dalam membebaskan India menemui kegagalan apabila masih terdapat kepincangan dan diskriminasi dalam pemerintahan British yang menyebabkan berlakunya penentangan di kalangan pemimpin KKI. Perjuangan KKI ini kemudiannya diteruskan lagi oleh Mahatma Gandhi.

            Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhidilahirkan pada 2 Oktober 1869 dalam keluarga Hindu Ortodoks dan merupakan peguam yang mendapat ijazah pertama di Britain. Pada tahun 1891, setelah lulus undang-undang, beliau pulang ke India tanpa pengetahuan undang-undang Hindu atau Islam. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh British di Afrika Selatan telah mendorong Gandhi untuk memimpin kaum India di sana untuk menuntut keadilan melalui perjuangannya yang bercorak Satyagraha (ketegasan dalam kebenaran). Justeru itu, beliau pernah dipenjarakan oleh kerajaan Afrika Selatan dan kembali semula ke India pada tahun 1915. Walaupun Gandhi tidak aktif namun beliau telah cuba mengumpulkan pengikut-pengikut untuk hidup secara radikal yang kebanyakannya disertai oleh golongan berkasta rendah.

            Perjuangan beliau bermula apabila beliau menentang Akta-akta Rowlatt 1919. Akta Rowlattialah akta yang memberi kerajaan kawalan ke atas akhbar, benarkan hakim-hakim bicarakan pesalah-pesalah politik tanpa juri, mengesahkan penahanan dalam penjara orang-orag yang disyaki menjalankan aktiviti subversif. Rayuan beliau kepada wizurai agar menghentikan pelaksanaan akta tersebut tidak dilayan. Ini menyebabkan beliau memulakan satu penentangan secara pasi, di mana beliau meminta rakyat jangan mematuhi undang-undang baru itu sehingga undang-undang itu ditarik balik. Penduduk juga digesa mengadakan perjumpaan dan dilarang bekerja pada hari bantahan. Pergerakan yang dikenali sebagai Satyagraha ini telah berjaya menimbulkan tunjuk perasaan, mogok, hartal dan rusuhan berlaku di seluruh India. Serangan balas daripada pihak Inggeris telah menyebabkan 379 orang terbunuh manakala 12000 orang tercedera.

            Tindakan pembunuhan beramai-ramai di Amritsar menyebabkan Gandhi mengubah corak perjuangannya iaitu tidak bekerjasama dengan Inggeris, proses perlucutan gelaran-gelaran kerajaan, memulaukan dewan-dewan perundangan dan pilihanraya, penarikan diri daripada sekolah-sekolah kerajaan, meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan serta tidak membayar cukai. Perjuangan ini telah mendapat sokongan daripada kakitangan kerajaan dan peguam. Namun, tindakan rakyat seperti pembakaran balai polis di Chauri Chaura pada tahun 1922 telah menyebabkan 21 orang pegawai polis terbunuh, menyebabkan Gandhi menghentikan kempen enggan bekerjasama ini. Beliau kemudiannya ditangkap dan dipnjarakan oleh Inggeris. Hubungan Inggris dengan orang-orang India semakin tegang dengan pengumuman anugerah perkauman pada 17 Ogos 1932 oleh Inggeris. Orang India menyifatkan ini sebagai satu perbuatan memecahbelahkan masyarakat Hindu. Sehubungan itu, Mahatma Gandhi telah melahirkan pandangannya dalam Persidangan  Meja Bulat tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk berpuasa, memulakan barisan untuk berjalan kaki sejauh 200 batu dan melanggar undang-undang garam yang mewajibkan rakyat India membeli garam daripada kerajaan. Kesemua cara ini dilakukan oleh Gandhi untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India. Walaupun Gandhi menggunakan cara sederhana dalam memperjuangkan kemerdekaan India, namun cara yang digunakan oleh beliau berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India. Sungguhpun banyak usaha yang dilakukan oleh Gandhi, namun India masih gagal untuk membebaskan dirinya daripada penjajah.

            Antara tokoh nasionalisme lain dari kalangan golongan intelektuak ialah Mohammad Ali Jinnah. Sumbangan dan peranan beliau dalam usaha memerdekakan India ialah beliau merupakan pemimpin Liga Muslim. Pada 1916, beliau bersama pemimpin-pemimpin Kongres Kebangsaaan telah mengadakan perjumpaan di Lucknow. Melalui pakatan ini, kedua-dua pihak bersetuju bergerak ke satu tujuan iaitu mahukan satu system yang sama untuk pembentukan kerajaan bersendirian. Persefahaman yang dicapai antara orang India dan Islam sedikit sebanyak telah meninggikan harapan orang-orang India. Pada ketika ini Gerakan Khalifat di bawah pimpinan Muhammad Ali dan Shaukat Ali menyokong Turki dan menentang Inggeris dengan kuassa-kuasa Berikat.

            Cadangan Nehru yang mahukan taraf dominion kepada rakyat India tidak mendapat persetujuan ramai termasuklah orang Islam di bawah pimpinan Jinnah. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kongres dan menyebabkan Jinnah menyertai Liga Islam. Oleh kerana itu, Pandit Jawaharlal Nehru telah mengenepikan taraf domonion itu. Walau bagaimanapun, Akta Kerajaan India 1935 yang digubal oleh British bagi tujuan memulihkan kerajaan India, dipersetujuai oleh Liga Islam. Sehubungan itu, pada tahun 1937 telah berlangsungnya pilihanraya. Seterusnya, Nehru meneruskan usahanya dengan menyertai pilihanraya untuk dewan perwakilan dan satu kerajaan sementara dibentuk pada 2 September 1946 dengan Nehru sebagai Naib Presiden. Namun kerajaan sementara ini ditentang oleh Liga Muslim. Sehubungan itu, pada 3 Jun 1947 Lord Mounbatten telah mengemukakan cadangannya dan diluluskan oleh Parlimen British sebagai Akta Kemerdekaan India Julai 1942. Dengan ini, India diisytiharkan merdeka paada 15 Ogos 1947 dengan Pandit Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India Pertama. Manakala Mohammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Lord Mounbatten sebagai gabenor India yang baru.

            Peranan golongan terpelajar dalam membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda juga tidak Kurang pentingnya. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Belanda dalam satu system pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan terpelajar Indonesia. Gerakan nasioanalis kebudayaan Indonesia telah dimulakan oleh Raden Adjeng Kartini pada tahun 1902. raden Adjeng Kartini merupakan puteri seorang Pemangku Raja Japara. Beliau telah memperjuangkan perlunya kesedaran social di kalangan rakyat termasuklah kaum wanita. Kartini turut memperjuangkan hak orang-orang perempuan diberi pendidikan yang setimpal dengan kaum lelaki. Justeru itu, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dalam surat-suratnya kepada sahabatnya di Belanda, beliau menulis tentang tradisi lama masyarakatnya yang menghalang kemajuan. Namun akhirnya, Kartini meninggal dunia di usia terlalu muda iaitu 25 tahun.

            Perjuangan memperkembangkan pendidikan di kalangan orang-orang Indonesia diteruskan oleh Dr Mas Wahidin Suduro Husudo. Beliau telah mengembara kebeberapa bahagian Pulau Jawa telah menubuhkan sekolah-sekolah dan mengumpulkan wang bagi mewujudkan sebuah tabung dema pelajaran. Beliau telah menubuhkan budi Utomo pada 20 Mei 1908. Perjuangan Wahidin mempengaruhi sekumpulan pelajar-pelajar perubatan Indonesia. Mereka kemudiannya menubuhkan Budi Utomo pada bulan Oktober 1908 di Betawi. Pemimpin-pemimpinnya ialah Raden Goenawan mangkukesuma dan Raden Sutumo. Penubuhan Budi Utomo mempelihatkan permulaan wujudnya perjuangan secara berpersatuan dalam gerakan nasionalisme Indonesia, walaupun pertubuhan itu bukanlah sebuah organisasi politik dalam ertikata sebenarnya.

            Tujuan utama pergerakan ini ialah berusaha untuk meninggikan taraf hidup penduduk Jawa dan Madura melalui pengetahuan barat dan juga melalui Warisan Kebudayaan mereka sendiri. Ia juga memperjuangkan kemajuan pertanian, perusahaan dan perdagangan di kalangan rakyat Indonesia dan akhirnya berjuang untuk mencapai satu penghidupan yang mulia. Budi Utomo yang merupakan Jawa-Centric tida mempunyai tujuan politik sehingga 1917. Keanggotaan Budi Utomo kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan, pelajar-pelajar di peringkat tinggi dan golongan aristocrat jawa ( priyayi). Hingga akhir tahun1909, Budi Utomo mempunyai keanggotaan seramai 10000 orang. Bagaimanapun, jumlah itu tidak kekal lama apabila muncul pertubuhan-pertubuhan yang lebih lantang memperjuangkan politik. Maka, ramai ahli-ahli meninggalkannya, yang tinggal ialah anggota-anggota aristocrat yang konservatif.

            Namun pada tahun 1917, Budi Utomo mula menuntut kerajaan berparlimen, system perundangan yang seragam, perkecualian agama dan peluang-peluang yang sama bagi penduduk-penduduk Indonesia dalam bidang-bidang social dan ekonomi. Kegagalan Budi Utomo untuk bergelar sebuah parti politik yang popular telah menyebabkan ia bergabung dengan Persatuan bangsa Indonesia untuk menubuhkan Partai Indonesia Raya (Parindra).

            Haji Agus Salim yang dilahirkan pada tahun 1884 merupakan seorang pemimpin Sarekat Dagang Islam atau lebih dikenali dengan nama Sarekat Islam. Sarekat Islam telah ditubuhkan semula pada tahun 1912 dengan tujuan utamanya untuk memajukan kepentingan dan kedudukan sosioekonomi rakyat Indonesia secara bekerjasama denagan Program kebajikan kerajaan Belanda di bawah Dasar Etika. Di antara tahun-tahun 1912 dan 1919, jumlah keahlian Sarekat Islam telah meningkat daripada 360000 orang pada tahun 1916 kepada hampir dua setengah juta pada tahun 1919. di peringkat desa, Sarekat Islam dipimpin keseluruhannya oleh guru-guru agama, guru-guru sekolah dan pemimpin-pemimpin kesatuan. Sarekat Islam merupakan sebuah parti Indonesia-Centric. Cawangan-cawangannya telah dibuka di setiap pelosok Indonesia.

            Selain pendekatan Islam, program Sarekat Islam juga adalah untuk meninggikan taraf sosioekonomi rakyat Indonesia dan juga berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai parti ini. Keberanian Sarekat Islam mengkritik kerajaan Belanda di atas kegagalannya membaiki kedudukan ekonomi rakyat Indonesia, telah menjadikan nya popular. Di bidang pendidikan, Sarekat Islam telah menuntut penghapusan langkah-langkah diskriminasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah. Sarekat Islam juga menuntut pendidikan wajib bagi murid-murid di bawah umur 15 tahun dan pemberian biasiswa kepada belia Indonesia untuk menuntut di luar negeri. Dalam bidang ekonomi, Sarekat Islam menuntut kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri yang penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas dan industri-industri lain yang mengeluarkan barang-barang besi. Sarekat Islam turut menuntut penghapusan buruh kanak-kanak dan buruh paksa serta menambahkan bilangan   klinik-klinikperubatan yang percuma. Pada tahun 1916, Hj Aagus Salim bersama pengikut-pengikutnya telah memperjuangkan dasar pemerintahan sendiri melalui cara perlembagaan. Seterusnya, pada tahun 1917, merupakan tahun permulaan bagi parti yang dipimpin oleh Hj Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia ( dengan menggunakan kekerasan jika perlu ). Namun kemudiannya, pada tahun 1923, Sarekat Islam telah menjadi parti politik yang rasmi dengan nama Partai Sarekat Islam. Partai Sarekat Islam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undang-undang Islam.

            Usaha-usaha untuk memerdekakan Indonesia daripada penjajahan diteruskanlagi oleh Soekarno. Soekarno merupakan bekas pelajar Kolej Teknikal Bandung telah menubuhka Parti  Nasional Indonesia (PNI) pada 4 Julai 1927. PNI yang merupakan sebuah parti massa secular dianggotai oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung denagn Soekarno sendiri sebagai pemimpin PNI. Tujuan penubuhan PNI ialah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda. Antara peranan yang dimainkan oleh PNI ialah memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerrjasama dan membantu pendidikan nasional, terutamanya sekolah-sekolah taman Siswa. Kelebihan Soekarno yang pandai berpidato menyebabkan PNI muncul sebagai parti nasionalis Indonesia yang paling kuat dan berpengaruh. PNI berpecah apabila kerajaan Belanda menangkap Soekarno dan tujuh orang pemimpin yang lain pada 24 Disember 1949.

            Kemasukan Jepun sebagai satu kusa baru di Indonesia berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Sehubungan dengan itu, kemerdekaan Indonesia yang pertama telah diisytiharkan pada 17 Ogos 1945 dengan Soekarno sendiri yang menjadi presidennya, sementara Hatta menjadi Timbalan Presiden. Namun kedatangan semula Belanda ke Indonesia, enggan mengiktiraf kemerdekaanyang dicapai oleh Indonesia. Lantaran itu, Belanda melantik Sutan Sjahrir sebagai Presiden Indonesia yang baru dan hanya memberi taraf kerajaan komanwae kepada Indonesia. Ini bermakna Indonesia mendapat kemerdekaan tanpa kedaulatan. Penculikkan Presiden Sjahrir dan beberpa orang anggota Kabinet Indinesia oleh golongan komunis yang dipimpin oleh Tan Malaka pada Jun 1946, telah membuka peluang kepada Soekarno untuk bertindak pantas mengalahkan golongan komunis, mengambilalih kuasa dan mengisytiharkan darurat. Kesannya, kerajaan Belanda terpaksa berjumpa Soekarno dan mengadakan persidangan di Linggajati antara Oktober hingga November 1946. ekoran daripada persidangan itu, satu perjanjian ( Perjanjian Linggajati ) telah ditandatangani pada 15 November 1946. melalui perjanjian ini, Belanda telah memberi kemerdekaan kepada Sumatera, Jawa dan Madura. Namun Belanda telah melanggar perjanjian ini dengan menduduki beberapa pelabuhan utama di Jawa, Sumatera dan Madura. Ekoran itu, muncul pemberontakan di merata Indonesia sekaligus menyebabkan  Sutan Sjahrir meletak jawatan. Kekecohan ini telah menyebabkan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campurtangan dengan mengadakan persidangan antara Belanda dengan Republik Indonesia. Hal ini menyebabkan Perjanjian Renville ditandatangani pada 17 Oktober 1947, namun dicabuli oleh pihak Belanda. Malahan kali ini Belanda bertindak dengan lebih ganas dengan melakukan penangkapan beramai-ramai termasuklah Soekarno dan Hatta. Hal ini memaksa PBB campurtangan sekali lagi. Persidangan Meja Bulat telah diadakan di hague pada Disember 1949 dengan mencapai keputusan Indonesia diberi kemerdekaan yang penuh oleh Belanda. Sehubungan dengan itu, pada 27 Disember 1949, Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia untuk kali kedua dengan Soekarno sendiri menjadi Presiden republik Indonesia manakala Hatta adalah Timbalan presiden. Peranan yang dimainkan oleh golongan terpelajar Indonesia seperti Soekarno ternyata berjaya membebaskan Indonesia daripada penjajahan. Hal ini terbukti apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 27 Disember 1949 dan Soekarno diberri gelaran Bapa Kemerdekaan Indonesia.

            Kemerdekaan negara-negara Asia ini ternyata membawa perubahan yang besar dalam pelbagai aspek. Kesan utama yang dapat dilihat ialah system pentadbiran di China, Burma, India dan Indonesia semakin teratur dan bersistematik. Ekonomi negara-negara ini juga semakin stabil dan mereka bebas menjalankan peradaban mereka sendiri. Ekoran daripada kemerdekaan yang dicapai, negara-negara asia ini semaki pesat membangun dengan bantuan teknologi moden dan hasil pertukaran idea dari negara-negara luar.