NURHUDA BTE
MOHAMED. FADZIL
Terdapat
banyak perubahan yang dibawa oleh kuasa Barat setelah mereka mengambil alih
ekonomi di Asia Tenggara dan Asia Selatan . Antaranya yang berlaku di
Selain
daripada sokongan politik , salah satu factor yang membolehkan peniaga dan
pemodal Eropah mencapai satu tahap penting dalam sector ekonomi di Asia
Tenggara adalah disebabkan adanya sebuah institusi yang bersifat fleksibel ,
tetap dan bercirikan persenderian , namun sangat berkebolehan . Penerimaan
pemodal tidak hanya datang dari satu kuasa sahaja , malah pelbagai pihak akan
menanam modal di sesuatu kawasan . Ketika itu , system pertanian paksa
diperkenalkan adalah satu system baru oleh Belanda di Jawa setelah tamatnya
Perang Jawa 1830 . Sistem ini adalah satu system pertanian di mana rakyat atau
petani terpaksa menanam tanaman yang ditentukan di atas tanah mereka .
Perlaksanaan
system kultur meninggalkan kesan yang besar dan berkekalan di Jawa khasnya .
Kesannya dapat dibahagikan kepada dua bahagian , iaitu kesan positif dan
negatif. Perlaksanaan system kultur ini telah memberi kesan kepada Belanda .
Belanda dapat mengatasi maslah kemuflisan ekonomi dengan cepat . Pada tahun
1830 – 1877 , Belanda muncul sebagai negeri yang teguh kedudukan ekonomi di Eropah , terutama dalam perdagangan .
Eksport Belanda bertambah berganda-ganda . Tahun 1830 eksport Belanda berjumlah
12.9 juta florin meningkat kepada 74.2 juta florin pada tahun 1840 . Seterusnya
, taraf perkapalan Belanda dapat dihidup kembali .
Kesan
kepada Jawa pula ialah hidup rakyat bertambah derita akibat diperas , ditindas
dan dijadikan hamba abdi oleh Belanda . Oleh kerana tanaman padi tidak dapat
ditanam dengan sepenuhnya , kebuluran berlaku kerana tidak cukup bekalan
makanan seperti berlaku di Jawa Tengah 1878 . Pembangunan yang diperkenalkan
oleh Belanda tidak menyeluruh , hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai
potensi ekonomi . Lantaran itu , kemajuan hanya dinikmati oleh golongan
tertentu sahaja dan tidak menyeluruh .
Walaupun
system kultur memberi keburukkan kepada Jawa , tetapi sebalik itu juga ia
memberi keuntungan dan kebaikan kepada Jawa dalam beberapa aspek , iaitu system
komunikasi dan pertanian . Sehubungan itu , rompakan dan lanun tidak dibasmikan
oleh Belanda dan ia berterusan mengganggu kedudukan perdagangan di Indonesia .
Ini menakutkan pedagang asing untuk datang ke Indonesia untuk menjalankan
aktiviti perdagangan .
Sistem
kultur dapat dikatakan sebagai system yang tidak memperkenalkan ekonomi
dualisme di Jawa yang berjaya mencapai matlamatnya kepada Belanda . Tetapi , ia
gagal menarik pelabur asing untuk menanam modal dalam pertanian di Jawa . Malah
gagal membawa kemajuan hidup dalam perlaksanaan asal kerana system ini
merupakan monopoli kerajaan dalam perdagangan .
Akibat
daripada kegagalan system kultur di Jawa , dasar Liberal diperkenalkan . Sistem
kultur akan hapuskan secara berperingkat-peringkat . Pada dasar Liberal adalah
memberi kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat Indonesia , terutama golongan
petani . Dalam jangka masa 30 tahun perlaksanaan dasar Liberal di Indonesia ,
ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Belanda dan rakyat Indonesia
.Antara kesannya kepada Belanda ialah , modal mencurah masuk ke Indonesia ,
terutama sekali dalam perusahaan ladang yang menyebabkan perladangan bertambah
maju dengan hasil pengeluaran yang tinggi . Lantaran itu , hasil pengeluaran
pertanian bertambah . Tanaman baru diperkenalkan seperti kekabu dan getah .
Dengan ini , pengeluaran negara semakin meningkat . Selain itu , hasil
perlombongan yang diusahakan oleh kapitalis turut menambahkan hasil pengeluaran
dan eksport negara . Matlamat yang diharap oleh Belanda dalam memperkenalkan
pembangunan ekonomi dan social di Jawa dengan tujuan membawa kemajuan kepada
rakyat Jawa seperti mana yang dilaungkan oleh golongan liberalisme di Holland .
Pembaharuan yang jelas dan ketara ialah dalam bidang komunikasi dan pelajaran .
Manakala
kesan kepada rakyat ialah taraf hidup rakyat masih tidak berubah . Petani masih
kekal dengan kemiskinan dan kemunduran serta masih tertakluk kepada konsep
ekonomi sara diri . Lantaran aktiviti ekonomi tertumpu di Pualu Jawa telah
menyebabkan ledakan penduduk berlaku . Ini menyebabkan masalah social timbul di
Pulau Jawa . Selain itu , peranan orang Cina sebagai orang tengah semakin
menyebabkan kebencian rakyat terhadap orang Cina . Dengan itu , lahirlah
golongan yang menentang orang Cina di Indonesia .
Dasar
Liberal telah mengubah sikap rakyat menjadi lebih meterialistik . Rakyat
Indonesia kekal sebagai buruh yang bekerja dengan pemodal asing di negeri
sendiri . Lantaran itu , pemodal dan kapitalis mengambil kesempatan menindas
rakyat secara tidak langsung yang menyebabkan api nasionalisme mulai menyala .
Seterusnya
, satu dasar baru diperkenalkan oleh Belanda bagi menggantikan kegagalan
pelaksanaan dasar Liberal . Dasar Etika ini adalah untuk membawa projek
pembangunan dan kebajikan politik , ekonomi dan social kepada rakyat . Antara
kesan positif dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepada perpaduan di
kalangan pejuang kebangsaan Indonesia . Malah terdapat jalan raya dan keretapi
memberi kemudahan perhubungan dan pengangkutan kepada penduduk Bandar dan
kampung . Seterusnya , kemudahan system pertanian yang diperkenalkan oleh
Belanda membawa pertanian lebih maju . Pertanian bukan lagi menjadi bahan
makanan , tetapi telah menjadi sumber pendapatan negara seperti bahan eksport .
Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit dan menderita kerana
kesihatan rakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah , ceti yang memberi
dan mengutip hutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika .
Bagi kesan
negatif pula , penekanan Belanda ke atas golongan nasionalis telah
merenggangkan perhubungan antara pengawal Belanda dengan rakyat . Dengan itu ,
sentimen rakyat terhadap pemerintahan Belanda semakin serius . Ekonomi rakyat
turut tidak berubah kerana Belanda gagal melahirkan revolusi dalam ekonomi dan
rakyat kekal dengan kemiskinan . Sebaliknya kaum kapitalis mendapat keuntungan
. Manakala , kaum Cina mendapat keistimewaan politik dan ekonomi . Hal ini
menimbulkan kebencian rakyat terhadap orang Cina .
Selain itu
, pelajaran Barat yang diperkenalkan oleh Belanda meruntuhkan nilai solidaritas
rakyat Indonesia . Pelajaran Barat terbatas kepada rakyat yang mengikutnya
kerana dikhususkan untuk golongan atasan . Rakyat Indonesia tidak diberiakan
jawatan yang setaraf dengan kelulusan dalam pemerintahan . Ini adalah satu
penyelewengan dalam dasar etika .
Bagi Asia
Selatan pula , kesan perubahan berlaku apabila dasar pertanian dan tanah di
India dilihat melalui penguatkuasaan system zamindari dan ryotwari . Dalam
kedua-dua system ini , British memainkan peranan yang penting untuk memastikan
perolehan pendapatan mereka tidak terjejas . Keadaan ini dapat diperhatikan
dengan kehendak British untuk mendapatkan hasil cukai daripada tuan tanah .
Antara
kesan terhadap masyarakat India bagi kesan positif ialah . wujud perluasan
kawasan tanaman padi . Ini dapat dilihat daripada angka berikut iaitu pada
tahun 1793 sebanyak 35% kawasan Bengal diusahakan , tetapi apabila
terlaksananya system ini ia meningkat sebanyak 80% pada penghujung abad ke-19 .
Seterusnya , peningkatan pertanian komersial untuk dieksport seperti jut ,
sutera , tebu , candu , dan nila . Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah
begitu juga dengan kutipan sewa oleh kelas zamindari yang turut bertambah .
Kesan
negatif pula ialah peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani . Hal
ini kerana tiada satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindari
meningkatkan kadar cukai . Seterusnya , kegagalan kerajaan British bertindak
menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa . Ini
mengakibatkan semakin ramai petani tidak mempunyai tanah dan menggugat industri
pertanian di India . Hal ini kerana , pihak zamindari bukannya pengusaha
pertanian , tetapi hanya orang tengah bagi petani mengushakan tanah . Sebagai
kesannya , India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa
pengeluaran . Selain itu , para petani yang memiliki tanah tetapi gagal
meneruskan perdagangan , ia akan bertukar tangan kepada pihak zamindari .
Seterusnya
, system ryotwari diperkenalkan selepas kegagalan system zamindari . Dalam
system ini , ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah . Antara kesan
daripada perlaksanaan system ryotwari dari segi kesan positif ialah , peluasan
dan kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas , tebu , tembakau , nila ,
kopi , pinang dan lada . Sebagai contoh , di Madras pada tahun 1800 , telah
mengimport kapas dari utara dan barat India , tetapi pada tahun 1857 telah
mengeksport ke utara India dan luar negara . Pelaburan dalam pembelian tanah ,
pengangkutan dan perairan turut meningkat . Contohnya di Bombay , harga kapas
naik mendadak sehingga membolehkan petani membeli tanah , meminjam wang kepada
petani miskin , menguruskan sendiri pengangkutan dan membeli jentera . Di
Madras , petani kaya akan membeli lembu dan kerbau untuk membajak dan
mendirikan telaga serta terusan bagi mengatasi kemarau .
Bagi kesan
negatif pula , petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar
cukai dalam bentuk wang tunai . Keadaan ini semakin parah pada tahun1820 – 1850
apabila harga bijirin merosot sebanyak 50% . Selain itu , kadar cukai pada
peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818 . Ini ditambahkan
dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun . Malah
berlaku penindasan daripada ceti dengan merampas tanah daripada petani miskin .
Ceti juga menguasai pasaran peminjaman wang tanpa had .
Kesimpulannya
, kesan ini banyak berlaku setelah pedagang asing khususnya dari Barat telah
campur tangan dalam aktiviti ekonomi di rantau Asia ini . Namun begitu , kesan
ini merupakan perubahan yang baik dalam system ekonomi sehingga membawa
pembaharuan dan memperkenalkan keseluruh dunia .