SOALAN 08

JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA DASAR EKONOMI TERTUTUP DI SIAM, CHINA, DAN JEPUN.

 

Kebanyakan negara-negara, termasuk Asia Tenggara dan Asia Timur seperti Siam, China, dan Jepun telah mengamalkan dasar ekonomi tertutup. Dasar ekonomi tertutup ini juga dikenali sebagai dasar tutup pintu yang mana dijalankan merujuk kepada kuasa dasar yang menghalang hubungan sesuatu negara itu dengan negara luar merangumi aspek politik, social, dan ekonomi. Dalam erti kata yang lain dasar ekonomi tertutup ini merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkan campurtangan serta kemasukan pengaruh luar. Sememangnya dasar yang diamalkan telah memberi manfaat kepada ketiga-tiga buah negara ini. Jadi dasar ekonomi tertutup atau permencilan yang diamalkan disebabkan oleh kebimbangan China, Jepun, dan Siam akan campurtangan kuasa barat, tidak memerlukan barang dari luar, untuk menyekat penyebaran agama kristian, bimbang akan wujud persaingan dalam ekonomi, pemerintah takut kehilangan kuasa dan untuk menjamin kedaulatan dan kemerdekaan negara.

   Antara sebab dasar permencilan ini diamalkan adalah disebabkan rasa bimbang negara berkenaan akan canpurtangan kuasa asing dalam politik, ekonomi, dan social. Kuasa barat sememengnya mempunyai niat untuk mencampuri urusan pentadbiran negara lain untuk meluaskan pengaruh dan empayar jajahannya. Lagipun biasanya campurtangan kuasa barat mempunyai muslihat tertentu. Hasilnya banyak negara di Asia berjaya di takluki akibat kesan campurtangan. Contohnya kejayaan Spanyol menjajah Filipina akibat dasar buka pintu yang memberi peluang kuasa barat untuk campurtangan. Jadi dengan mengamalkan dasar tutup pintu dapat mengekang kuasa barat daripada terus mencampurui urusan dalam negara tersebut. Selain itu negara seperti China, Jepun dan Siam cuba beralih hanya dengan menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri. Jika kestabilan wujud sudah tentu akan menghalang kuasa barat daripada mengambil kesemp-atan diatas masalah yang timbul.

   Selain iti dasar ekonomi tertutup yang diamalkan kerana negara Jepun, China, dan Siam tidak memerlukan barangan dari barat. Hal ini kerana negara tersebut hanya mengamalkan sisitemekonomi sara diri. Ekonomi sara diri yang diamalkan hanya melibatkan urusan perdagangan dan jual beli didalam negara sahaja.

   Keistimewaan negara China, Jepun, dan Siam sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi juga menyebabkan dasar ekonomi tertutup diamalkan. Negara-negara ini merupakan negara pertanian utama. Contohnya, China yang terkenal dengan pengeluaran teh, sutera, tembaga dan bijih timah. Siam dan Jepun pula terkenal dengan pengeluaran padi. Jadi hasil yang diperolehi mencukupi untuk menampung pembangunan negaranya. Dasar tutup pintu ini dapat menjajikan mereka hidup berdikari tanpa bantuan kuasa asing.

   Seterusnya adalah untuk menyekat agama Kristian. Pada masa yang sama China, Jepun dan Siam turut bimbang akan pencemaran budaya tempatan akibat kemasukan budaya barat seperti agama Kristian. Selain itu mereka juga bimbang agama Kristian akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal yang beragama Kristian oleh kuasa-kuasa barat untuk menjatuhkan kerajaan. Jika kaum feudal ini bersatu tentu akan wujud pemberontakan yang akan mewujudkan ketidaksetabilan politik dan akan menggalakkan campurtangan asing. Contohnya di Jepun mereka menghalau mubaligh-mubaligh dan para pedagang kerana tidak mahu mereka menyebarkan agama Kristian. Penyebaran ini akan menyebabkan penduduk tempatan meninggalkan kepercayaan dan adat tradisi mereka selama ini. Ajaran Kristian juga didapati bertentangan dengan agama Buddha iaitu jalan 3 lapis mulia dan agama Shintoisme iaitu jalan tuhan iaitu pembersihan dan penyucian untuk mengelakkan kemusnahan.

  Selain iti negara China, Jepun dan Siam turut merasa bimbang sekiranya mereka membuka laluan perdagangan dengan negara barat akan menyebabkan kuasa barat memonopoli ekonomi dan mengaut hasil bumi mereka. Sebagai contoh kuasa asing telah menyebabkan beberapa perusahaan mengalami kemerosotan seperti perusahaan kain dan pertukangan. Ini telah menambah bilangan penduduk yang menganggur. Selain itu tindak-tanduk negara barat yang kurang sopan juga menyebabkan negara seperti Siam tidak mahu menerima barang luar. Saudagar Hunter telah menjalankan perdagangan secara menyeludup. China turup membatasi perdagangan dengan barat dengan peraturan seperti tidak boleh menjalankan perdagangan secara bebas. Namun kuasa barat telah melanggar peraturan tersebut dan telah merugikan kerajaan China. Jadi dasar tutup pintu ini telah menghalang monopoli perdagangan barat dan membataskan hubungan antara mereka.

   Factor kuasa dan kekuasaan juga antara sebab dasar permencilan ini diamalkan di Siam, China, dan Jepun. Golongan pemerintah juga merasa bimbang akan kehilangan kuasa pemerintahan apabila membuat hubungan perdagangan dengan kuasa barat. Lagipun dari awal kedatangan kuasa imperialis barat ke Asia amat diragukan keiklasannya. Contohnya Indonesia, pada awal kedatangan Belanda mereka hanyalah bertujuan untuk berdagang. Namun apabila mereka telah menjumpai hasil pertanian yang banyak dan sumber mineral yang dijumpai telah mengubah dasar daripada perdagangan kepada penjajahan. Apabila belanda berjaya menguasai Indonesia, golongan pemerintah seperti raja dan pembesar telah kehilangan kuasa mereka. Maka sebagai langkah berwaspada, negara Siam, Jepun, dan China telah bertindak lebih awal dengan menghalang hubungan dengan kuasa barat melalui dasr tutup pintu.

   Kesimpulannya,dasar ekonomi tertutup yang diamalkan telah membantu meningkatkan resputasi positif bagi menghalang pengaruh imperialis barat. Dasar ini telah menunjukkan kejayaan Jepun, China dan Jepun dalam pemerintahannya tampa mengharap bantuan kuasa besar lain terutama kuasa barat.