SOALAN 07

AGAMA HINDU DAN BUDDHA MEMPUNYAI PENGARAH YANG BESAR DALAM MENCORAKKAN PEMERINTAHAN MASYARAKAT ASIA. BINCANGKAN.

 

         Agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dalam sesebuah masyarakat.  Pendapat lama menyebut bahawa agama adalah satu kepercayaan mengenai kerohanian.  Agama juga dilihat sebagai  satu bentuk sikap, idea, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, hantu dan sebagainya.  Secara keseluruhannya, masyarakat Asia telah mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan.  Namun begitu, agama Hindu dan Buddhalah yang paling banyak mempengaruhi masyarakat Asia terutamanya dalam sistem pemerintahan masyarakaat Asia.

         Agama Hindu merupakan salah satu daripada  agama utama di dunia yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.  Malah agama hindu adalah agama besar dunia yang terawal di Asia Tenggara.  Agama Hindu berasal daripada India.  Perkataan Hindu berasal daripada perkataan ‘Sindhu’ yang berkaitan dengan Sungai Indus.  Terdapat dua mazhab yang penting dalam dalam Agama Hindu iaitu Mazab ‘gairisme’ yang menyembah Dewa Siva’ dan Mazhab vaishnavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Penganut hindu percaya kepda jelmaan  tuhan. Menurut mereka, terdapat tiga jelmaan tuahan  Dewa Brahma ( Dewa pencipta), Dewa Vishnu ( Dewa pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa pemusnah)  Dewa jelmaan ini  dikenali  sebagai Trimurti ( tiga penjelmaan).  Selain itu ajaran hindu adalah berasaskan empat kitab atau veda iaitu Reg veda, yajur veda,Atharva veda dan sama veda.  Penganut agama hindu percaya kepada hokum karma dan kelahiran semula.  Hukurm karma ialah nasib seseorang yang ditentukan  berdasarkan perbuatan-perbuatan atau karmanya pada masa kehidupannya sebelum itu.  Sekiranya karma seseorang itu baik dan mulia, apabila dia mati kelak dia akan menjelma semula dalam kehidupan baru yang lebih baik dari yang sebelumnya.  Matlamat hidupp penganut agama hindu ialah mencapai nirvana iaitu sesuatu keadaan dimana seseorang itu tidak akan dilahirkan semula  ke dunia ini tetapi akan bercantum dengan alam semesta atau Dewa Brahma.

         Manakala Agama Buddha yang muncul di Asia Tenggara dan China adalah berasal daripada India. Asas ajaran Buddha adalah melalui ‘ empat kebenaran mulia’  yang diterima oleh ‘Sidharta Gautama’ dibawah pokok ‘Bo’ di Boghaya, India, Agama Buddha yang  diamalkan di Asia Tenggara terbahagi kepada dua Mazhab iaitu Hinayana dan Mahayana’ Mazhab Hinaana diamalkan di Burma, Siam, Indo – China dan Sri Lanka.  Manakala Mazhab Mahayana diamalkan di Jepun dan China. Antara kedua-dua mazhab ini, mazhab Mahayana mempunyai lebih ramai pengikut antara lain,agaran Buddha menyentuh tentang konse. ‘ahimsa’ iaitu sikap anti kekerasan atau keganasan ke atas mana-mana mahluk di dunia ini.  Dasar ini telah diamalkan oleh Maharaja Asoka dalam pemerintahannya seerta oleh Mahatma Ghandi dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan  British  di India. Dalam  bahasa Sanskrit, Mahayana bermakna, Kenderaan Agung, mazhab ini berkembang dengan meluas di China. Korea Jepun, Tibet, Indo – China dan Taiwan.  Penganut Mazhab Mahayana melaksanakan lebih banyak amalan-amalan asas  ajaran Buddha serta meneroka lebih banya isu-isu falsafah, daripada Mazhab Mahayana ini muncul kelompok-kelompok mazhab kecil lain seperti Madhymika dan Vijhanarada di India serta Pure land Buddhism dan zen di luar India.

         Dalam sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal asia tenggara menampakkan pengaruh kebudayaan Hindu dan Buddha yang amat ketara.  Mengikut agama ini Raja meruakan ketua kerajaan seterusnya berkuasa mutlak di atas segalanya. Ini kerana Raja dianggap bayangan tuhan atau deva Raja ( Dewa sakti) serta merupakan wakil tuhan di bumi.  Oleh kerana itulah Raja mempunyai kedudukan yang mulia serta mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan pemerintahan dan keagamaan.  Justeru itu, agama Hindu dan Buddha ini telah memberikan  kedudukan yang terata sekali  di kalangan susun lapis masyarakat.  Di Burma, Thailand,  dan Indo – China pengaruh Buddha Theravada telah diamalkan dalam sistem pemerintahan .  Pengaruh Buddha Theravada banyak diamalkan disitu kerana kedudukan yang penting dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang. Sifat ketuhanan ini membolehkan Raja dihormati dan ditaati. Contohnya di Burma, Raja merupakan tunggak penting dalam pentadbiran yang berasaskan pada pengkelasan buruh, kedaulatan  yang terhasil daripada pengaruh ajaran Hindu dan Buddha. Manakala di Siam Raja berkuasa mutlak terhadap semua yang ada di bumi.  Raja menjadi pelindung rakyat dan penaung kepada Buddhisme.

         Selain itu dalam masyarakat  tradisional  Asia Tenggara dan Asia Selatan. Golongan agama mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam pentadbiran. Malah menurut kepercayaan masyarakat India.  Golongan pendeta mempunyai taraf yang agak mulia daripada raja itu sendiri.  Malah menurut kepercayaan masyarakat India, golongan pendeta ini berperanan untuk menonjolkan kesakitan atau kekuatan atau kekuatan Raja melalui cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda dengan tujuan untuk menanamkan keyakinan dan ketaatan rakyat kepada Raja. Lantaran itu Raja sering dikaitkan dengan unsure ketuhanan dan  kesaktian dan dewa-dewa. Ini menyebabkan rakak menaruh keyakinan tidak berbelah bagi  terhadap Raja.  Seterusnya unsure ini berjaya menaikan taraf raja selapis lebih tinggi dari taraf rakyat.  Ini akhirnya mewujudkan adat-adat di Raja seperti menyembah , daulat dan pelbagai peraturan semasa menghadap Raja.  Sebagai contohnya di Burma rakyat perlu terikat dengan peraturan adat seperti menundukan keada dan membuka kasut ketika menghadap Raja.

         Bukan itu sahaja, pengaruh Agama Hindu dan Buddha yang memainkan peranan penting dalam system pendididkan di masyarakat asia terutamanya untuk memiliki sebuah jawatan dalam pentadbiran.  Sebagai  contohnya di Burma, seseorang yang menginginkan sebuah jawtan dalam pemerintahan, dia mestilah memasuki pendidikan Agama Buddha.  Dengan ini jelaslah bahawa pendidikan Agama Buddha ini dapat melahirkan seseorang pemimpin yang terbaik dalam sebuah pentadbiran.

         Selain  itu dalam kebanyakan pemerintahan masyarakat  di Asia rakyak sering mengaitkan  Raja sebagai lambang kesucian yang ditunjukan di Burma. Di Burma kawasan Istana dianggap suci oleh rakyatnya.  Rakyat juga perlu terikat dengan peraturan seperti menundukan kepada dan membuka kasut  ketika mengadap Raja. Ini ditambah lagi dengan pengumpulan gajah putih yang sering dikaitkan dengan cirri-ciri luarbiasa serta gajah dan negara semakin aman dan makmur.  Gajah putih ini dianggap simbol kedaulatan segajat serta pengiktirafan kuasa Raja oleh kuasa-kuasa ghaib. Manakala di Siam pengumpulan gajah putih juga dijadikan sebagai lambang kesucian dimana ia merupakan simbol  kebanggaan Raja.

         Bagi Agama Buddha ia turut mempengaruhi negara-negara di Asia Tenggara Burma dan Siam telah menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi dan mempunyai kedudukan yang amat kukuh kuil-kuil Buddha dan pembinaan patung-patung Buddha diperbuat daripada gangsa dan ini telah mendapat sokongan daripada kerajaan.  Kesungguhan beragama merupakan factor perpaduan mesyarakat Burma, kepentingan rahib Buddha dalam  pembentukan masyarakat turut berlaku dalam asek pemerintahan. Rahib Buddha bertindak sebagai penasihat kerajaan.  Sangha merupakan pusat penting dalam gerakan nasioalisme di Burma Sangha bertindak melindung agama, adat dan kehiduan masyarakat.

         Dalam sistem pemerintahan masyarakat di Asia.  Susun lapis masyarakat di asia lebih dipengaruhi oleh pengaruh Hindu dan Buddha,dimana masyarakat telah dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu golongan Brahmin, kasytria, raisya dan sudra.  Golongan  Brahmin merupakan golongan tertinggij dan terdiri daripada golongan pendeta dan golongan pemerintah. Dalam sistem pemerintahan di Myanmar, iainya adalah berasaskan agama Buddha Theravada.  Ini dapat dilihat, melalui pembahagian Putera-putera Raja, Pemaisuri dan Menteri kepada timur, selatan dan barat yang berpusatkan singgahsana, jelas mencerminkan pengaruh kosmologi Hindu – Buddha. Begitu juga dengan pembahagian rakyat  kerada diraja dan bukan diraja, kepada yang bertaraf, kepada yang bertaraf menteri dan bertaraf rendah, istaana dan desa, peribadi dan kerajaan dan keagamaan dan  secular ada kaitan dengan pengaruh komologi Hindu-Buddha. Raja juga berperanan menjaga adat istiadat dan perayaan agama. Di Thailand susunan hierarki masyarakat Thai tradisonal dalam pemerintahan ini ditentukan oleh konsep-konsep agama Bun ( pahala) dan Bab (dosa).

         Perkembangan agama Buddha di Asia Timur lebih kepada Buddha Mahayana. Agama Buddha  Mahayana ini digunakan untuk menenangkan masyarakat yang dalam kekeliruan.  Pencapaian agama Buddha  di China kemudiannya dikembangkan ke negara-negara lain seperti Korea dan Jepun.  Pada abad ke 19, kedudukan agama Buddha di China adalah kukuh.  Agama Buddha amat menekankan prinsip-prinsip kesetiaan kepada pemimpin.  Ia telah mengembalikan kuasa sebenar Maharaja Jepun  melalui doktrin falsafah yang menekankan betapa pentingnya mempunyai sistem kerajaan berpusat yang kuat.  Agama Buddha telah diberikan status yang tinggi di Jepun.  Kedudukan Agama Buddha sebagaimana penting dijelaskan melalui daasar yang dilaksanakan oleh kerajaa.

         Kesimpulannya,  Agama Hindu dan Buddha mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Asia.  Ini  dapat dilihat kepentingannya dalam masyarakat di sesebuah negara di asia khususnya sistem pemerintahan.