SOALAN 04

 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASIA.

 

NORIZAN BT.NASSIR

 

                   Institusi pemerintahan di rantau Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur bukan sekadar mengandungai raja atau maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja,malah institusi ini turut di sokong oleh institusi pembesar.Secara umum,pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya.Realitinya,kelompok pembesar inilah yang melaksanakan segala tugas pemerintahan .Menurut kamus Dewan pula,pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi.Oleh itu,dalam system pemerintahan beraja ini,kedudukan pembesar itu sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.

                   Dalam sesebuah kerajaan pembesar secara umumnya terbahagi kepada beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas tertentu.Ini bermakna satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut akan memastikan jawatannya akan dikekalkan.Jika pembesar gagal melaksanakan tugasnya,raja mempunyai kuasa untuk melucutnya dan digantikan dengan pembesar yang lain.Dalam masa yang sama pembesar juga dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu.Misalnya,pembesar kanan bertanggungjawab menasihati dan membantu raja membuat keputusan .Gelaran yang khusus terhadap pembesar kanan seperti Wazir,Perdana Menteri dan sebagainya.Pembesar pusat pula,bermakna mereka yang menjalankan tanggungjawabnya di ibu kota kerajaan dan istana.Mereka dipertanggungjawabkan mengetuai sesuatu jabatan seperti jabatan peperangan ,kehakiman ,percukaian dan sebagainya.Manakala,bagi pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.Pembesar ini mempunyai kuasa penuh kepada raja di pusat.

                   Dalam pada itu, golongan pembesar hanya mempunyai kuasa yang terhad mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja.Jika sokongan ini berkurangan secara langsung kedudukan seorang pembesar akan terjejas.Selain itu,kelompok pembesar ini turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para pengikutmereka.Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab terus kepada raja tetapi juga kepada pengikutnya.Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi.Ikatan ekonomi serta kekayaan inilah yang menjadi dasar penting dalam melihat hubungan antara pembesar dan pengikutnya.

                   Dalam lingkungan pembesar yang mempunyai pelbagai tahap dan kedudukan ,terdapat pembesar yang secara khusus terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan Mereka menjadi tunjang penting dalam mempertahankan sesebuah kerajaan dan memperluaskan kuasa dan sebagainya.Kalangan pembesar ini mempunyai kepakaran dalam seni peperangan dan persenjataan .Misalnya,golongan samurai di jepunyang mempunyai kebolehan dalam seni pedang iaitu,kendo dan ken-jutsu atau seni panah.

                   Mereka juga terserap dalam system pembesar dalam system pemerintahan beraja ini.Di Asia Timur terutama Jepun ,kewujudan pembesar ini sangat jelas dan dikenali sebagai hulubalang seperti Shogun dan samurai.Golongan pembesar ini bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu peperangan ,malah menjadi pengimbang penting kedudukan kerajaan.Oleh kerana  golongan ini mempunyai kebolehan dalam peperangan maka hal ini sangat penting dalam usaha maharaja mengekalkan kedudukan dan kuasanya.Tanpa sokongan golongan ini,pastilah sesuatu kerajaan dan dinasti tidak akn bertahan lama.Sejarah China sejak berabad-abad yang lalu membuktikan kebenaran ini.Apabila sesuatu kerajaan menerima tentangan daripada kalangan hulubalang atau pembesar ,maka sebuah dinasti baruakan muncul .Secara langsung,kalangan pembesar turut menjadi penentu senario serta perkembangan politik dalam  sejarah di Jepun dan China.

                   Dalam konteks yang lebih luas ,hulubalang ini dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi.Golongan ini berada di kelas dan kedudukan yang tinggi dan istimewa.Dengan menduduki kelas yang tersendiri ,golongan ini muncul sebagai golongan yang dihormati dan dianggap pemimpin masyarakat..Golongan ini turut dilantik sebagai pembesar daerah seperti Teungku Raja Pakeh.Selain itu,golongan ini mempunyai peranan yang cukup meluas .Mereka bertindak sebagai pengawal raja ,pengawal ibu kota serta bertanggungjawab memimpin peperangan .Malah perkembangan abad ke-19 dan awal abad ke-20 turut menyaksikan beberapa peranan hulubalang begitu penting dalam menyatukan masyarakat aceh yang sedang menghadapi tentangan Belanda.Dalam hal ini,Anthony Reid menjelaskan bahawa hulubalang merupakan warleader .Malah antara 1830an –1870an,gabungan hulubalang seramai 12 orang bagi mempertahankan aceh daripada serangan belanda telah dibentuk .Oleh itu,perluasan kuasa belanda ke aceh khususnya menyaksikan pembabitan golongan hulubalang sebagai pemimpin masyarakat.

                   Sejak zaman berzaman ,ketiga-tiga rantau ini,telah sedia mempunyai satu sistem pembesar yg lengkap dan tersusun.Para pembesar ini berperanan sbg pembantu dan pelaksana arahan .Kewujudan sistem pembesar bukan sahaja sekadar menjadikan sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional berjalan lancar malah memperlihatkan satu keupayaan yang tinggi utk memerintah.Satu pengkhususan tugas sebagaiman yg diperlihatkan oleh kewujudan pembesar membuktikan keadaan tersebut.

                   Kewujudan satu sistem pentadbiran yg lengkap ini dapat dibuktikan dalam semua kerajaan Asia. Di Burma ,kelompok pembesar bertanggungjawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik.Golongan ini menjadi tiang penyokong kerajaan yg penting.Antaranya termasuklah Raja Muda,Wungyi,atau Ketua Menteri,Wundauk atau Menteri Muda, Atinwun atau Pegawai Istana dan para pembesar yg lain.Wungyi dianggap mempunyai taraf yg tertinggi dan dikatakan sbg menjalankan kuasa raja.Wundauk pula,Menteri Muda dan bertanggungjawab membantu wungyi .Atinwun mempunyai darjah yg lebih rendah drpd wauduk ttp lebih berkuasa krn bertugas di istana dan mempunyai hubungan yg rapat dgn raja .Mereka btgjwb mengawal dan mengendalikan petugas istana.Mereka myai ruang yg besar utk mempengaruhi dasar dan perintah raja krn ia myai kedudukan yg hampir dgn raja.

                   System pembesar di burma adalah tersusun dan bukan sekadar myai pembesar pusat sahaja ttp myai pembesar daerah yg berpusat di pusat –pusat daerah.Ketua daerah myai kewibawaan tersendiri yg bergantung kpd kedudukan sosialnya serta hubungannya dgn raja dan pembesar pusat.Gabenor atau myowun btgjwb thdp system ptdbrn daerah .Di Burma, pembesar yg memegang jawatan yg rendah ialah ketua kampung ( Ywa Thugyi ) yg bertanggungjawab utk memungut cukai dan mjlnkn ptdbrn undang-undang.

                   Di Vietnam pula,sewaktu pemerintahan dinasti nguyen satu btk pemerintahan yg sistematik tlh disusun .Maharaja yg bertindak sbg ketua kerajaan akan dibantu oleh 6 kementerian(Quan) iaitu hal ehwal awam, kerja raya,kewangan ,upacara,kehakiman dan peperangan .Quan yg penting ialah Quan Awam yg myai taraf yg tinggi berbanding yg lain.Ketua quan terdiri drpd kalangan yg menerima pddkn confuciusdan turut btndk sbg pembesar yg menduduki kddkn istimewa  .Sebuah majlis tertinggi (noi-cac) yg dipengerusikan oleh maharaja serta 6 orang menteri kanan .Majlis ini bukan hanya btgjwb mberik pandangan kpd maharaja malah mjadi medan menyelesaikan perkara yg tidak dpt diselesaikan di peringkat kementerian .Pra pbsr di peringkat daerah btgjwb utk mengutip cukai,mjlnkn upacara keagamaan serta adat istiadat ,mengambil dan melatih tenteradan soal kehakiman.Bagi pbsr yg paling rendah ialah pbsr di kg.Dalam soal ini,selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan udg di kg. Kerajaan pusat tetap mberik kebebasan kpd pbsr utk melaksanakan ptdbrnya.

                   Selain itu, di Siam klgn pbsr turut mbtk satu bahagian penting dlm keseluruhan sis.pemerintahan.Negara siam dibahagikan kpd siam utara yg terdiri dari golongan awam  dan siam selatan terdiri gol.tentera.Biasanya,klgn pbsr ini terdiri klgn bangsawan yg digelar khunnang serta anak-anak raja.Pbsr ini dibahagikan kpd krom atau jbtn termasuklah jbtn hal ehwal ,ptdbrn awam ,pthnn,kwgn dan hubungan luar yg diketuai oleh pembesar kanan .Selain itu, ptdbrn pbsr di siam juga dibahagikan kpd pbsr pusat dan daerah .Ia bertujuan utk melicinkan ptdbrn krjn dan menguasai sumber tenga manusia .Siam myai 4wilayah yg berbeza bdsrkn kedudukan kpd kddkn dan kepentingan wilayah itu.Keempat-empat wilayah ini diperintah oleh raja ttp perlaksanaannya dilakukan oleh pbsr.

                   Di Asia Timur,terutama China dan Jepun terdiri drpd klgn satria dan asas-asas ketenteraan yg myai tempat teratas.Misalnya, di jepun kuasa raja terbatas sebaliknya gol.shogun btgjwb ke atas pemerintahan dan secara langsung berwatakkan ketenteraan.Selain shogun,gol daimyo atau bangsawan yag myai tanah yg memerintah di atas tanah milik mrk sbg pbsr feudal.Kedudukan mrk di sokong oleh gol samurai dan karoiaitu org suruhan yg mtdbr tanah.Dalam ptdbrn jepun ,shogun dan samurai myai ikatan yg kuat dan berjaya mendominasikan krjn jepun.Selepas pemulihan meiji ,gol ini menerima kesan yg cukup besar .Jawatan shogun dihapuskan sementara gol.samurai diserapkan dalam sis. Pmrthn krjn bukan sbg samurai sebaliknya,pegawai krjn yg terbabit dlm perusahaan.

                  Sistem pemerintahan china turut memaparkan kepentingan pbsr yg dilantik berasaskan pendidikan Confucius berbanding mrk yang myai latar belakang ketenteraan.Klgn tentera ini juga dilantik sbg pbsr wilayah dalam usaha memastikan wilayah berada keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan krjn pusat,namun pbsr wilayah dibenarkan utk mengubah dasar tersebut dgn kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat .Oleh itu,peranan pbsr di china ini amat penting sbg teras kekuatan kerajaan .

                   Secara kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa peranan pembesar dalam system pemerintahan tradisional masyarakat asia di mana kebanyakkannya sesuai dijalankan bagi mempertahankan kerajaan masing-masing dan untuk kepentingan rakyat.