SOALAN : 16

KEINGINAN PENJAJAH UNTUK MENGUASAI PERDAGANGAN TELAH MENYEBABKAN NEGARA ASIA DIJAJAH. BINCANGKAN.

 

EDAYU BTE MOHD YUSOF.

 

Secara umumnya penjajahan merupakan kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayah dengan menguasai dan menjajah negara-negara lain sama ada dari aspek ekonomi,politik,mahupun social. Sebab utama yang telah menyebabkan negara Asia dijajah ialah keinginan penjajah yang ingin menguasai perdagangan. Dasar perdagangan ini dijalankan oleh pedagang-pedagang Eropah di Asia Timur,Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kuasa-kuasa Barat seperti Portugal,Sepanyol,Belanda,British dan Perancis telah menjajah benua Asia untuk memonopolokan perdagangan. Semua kuasa Eropah sedar tentang kebaikan memperolehi tanah jajahan secepat mungkin supaya kepentingan ekonomi lebih terjamin.

            Terdapat banyak factor yang mendorong bangsa Eropah menjalankan dasar penjajahan masing-masing di Asia Timur,Asia Selatan dan Asia Tenggara. Antaranya ialah dari segi keuntungan dan kekayaan. Syarikat Timur Hindia Timur Inggerisb(SHTI) meluaskan pengaruhnya keatas wilayah India kerana ingin mendapatkan keuntungan perdagangan. Kuasa Barat di India bermula menjelang pertengahan abad ke-18. British menegakkan kuasa mereka di Benggal dan Madras. British telah memulakan dasar penjajahan melalui sebahagian besar daripada India. Motif utama orang Inggeris ini memulakan dasar penjajahan di India adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada perdagangan. Ini kerana hasil-hasil dan barang keluaran India telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran barang. Tambahan laggi, tenaga manusia amat diperlukan sebagai tentera yang boleh melindungi kawasan jajahan mereka daripada serangan musuh.

            Dengan adanya pemodal asing asing juga, turut menjadi penyumbang kepada penjajahan negara-negara Asia. Pemodal yang melabur modal sanggup membina kilang-kilang bagi memasarkan barang-barabg pengeluaran kilan itu. Pemodal akan mencari kawasan yang boleh membekalkan bahan-bahan mentah dan menjadi pasaran bagi hasih keluaran kilang.

            Kedua ialah dari segi perkembangan Revolusi Perindustrian. Perkembangan Revolusi perindustrian di Eropah Barat mendorong kuasa-kuasa besar untuk berlumba-lumba menuju ke dunia Timur dan membolot sumber-sumber bahan mentah yang ada. Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar penjajahan kuasa Barat. Kuasa Barat pada masa ini berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dengan tujuan untuk menaikkan imej negara mereka dengan membentuk satu empayar yang luas. Britain sebagai pelopor Revolusi Perindustrian memerlukan tanah jajahan dengan meluaskan kuasa demi menjamin kepentingan ekonominya. Dalam proses ini, persaingan berlaku antara negara-negara Imperialis.

            Revolusi Perindustrian membolehkan barang-barang dikeluarkan secara besar-besaran dengan pembinaan kilang-kilang yang besar. Pengeluaran barang-barang secara besar-besaran telah mewujudkam permintaan yang lebih besar untuk bahan mentah. Akibatnya, kuasa Barat tidak perlu lagi memonopolikan barang dagangan seperti the dan rempah ratus tetapi mereka perlu menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan keperluan kilang penguhaan mereka.

            Di samping itu, kegunaan bahan mentah yang pelbagai juga mengakibatkan permintaan terhadap bahan itu bertambah. Negara-negara yang kaya dengan bahan mentah ini seperti bijih timah,petroleum,gas asli menjadi kuasa tarikan kuasa barat menguasainya. Di Indonesia, Belanda campurtangan sebab inginkan bahan mentah seperti rempah ratus. Bahan mentah terdapat banyak di Acheh dan Muluku. Antara usaha-uasaha yang dilakukan oleh Belanda untuk mencapai matlamat mereka ialah dengan melibatkan diri dalam campurtangan di Indonesia. Belanda juga telah melakukan beberapa serangan ke atas Makasar, menyebabkan termeterainya satu perjanjian yang terpaksa ditandatangani oleh Makasar iaitu Perjanjian Bongoya. Akibat daripada perjanjian tersebut, Makasar berjaya dimonopoli oleh Belanda. Belanda sanggup melakukan apa sahaja kerana Belanda sedar akan kedudukan Jawa sebagai pengumpul rempah di kepulauan Makasar, Ternate dan Tidore.

            Factor lain ialah mencari pasaran barang. Ini dikaitkan dengan Barat yang memerlukan teh dan sutera dengan banyak sebagaimana di China tetapi barang di kilang Inggeris tidak diperlukan oleh orang China. Jadi matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China sebagai pasarannya telah gagal. Lagipun, Inggeris hanya dibenarkan berdagang dengan Cohong. Malah Inggeris terpaksa menggunakan wamg perak untuk berdagang dengan negara China. Pedagang-pedagang Inggeris membawa masuk candu secara haram dengan banyak ke China. Kemasukan candu ini telah menyebabkan berlakunya imbangan perdagangan yang dialami oleh China.

            Seterusnya, persaingan sengit yang berlaku di antara beberapa kuasa barat telah menggalakkan negara-negara Asia dijajah. Kesan daripada Revolusi Perindustrian di Barat telah mendorong kuasa-kuasa Barat untuk berlumba-lumba menuju ke dunia Timur dan membolot bahan mentah yang ada. Keadaan ini menyebabkan berlakunya persaingan sengit sesama sendiri. Kuasa penjajah seperti Portugal,Sepanyol,British dan Perancis telah menimbulkan sentimen penjajahan di kalangan negara-negara Eropah. Keadaan ini didorong oleh factor ekonomi dan sentimen kebangsaan. Dalam masa yang sama, pemerintah turut memberikan dorongan ke atas persaingan tersebut. Antara bantuan yang diberikan ialah seperti moral dan material. Keadaan ini disebabkan pemerintah ingin meninggikan kedudukan dan moral negaranya.

            Di samping itu, monopoli perdagangan oleh kuasa-kuasa besar dan meluaskan kuasanya untuk menyumbang kepada penjajahan. Orang Belanda ke Timur untuk memperoleh rempah. Belanda berjaya merampas perdagangan rempah dan beberapa tanah jajahan Portugisdi Asia Tenggara seperti Pulau Ambon (1605), Betawi (1619) dan Melaka (1641). Di Hindia Timur, Belanda mengamalkan dasar monopoli perdagangan dengan cara memaksa masyarakat tempatan menjual barangan hanya kepada mereka. Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis pada tahun 1664 untuk berdagang di Asia. Perancis meluaskan dasar Imperialisme dam Mekatilisme ke atas India secara bertahan menjelang abad ke-18 dan berjaya merampas Madras pada tahun 1746 tetapi dikembalikan kepada Inggeris pada tahun 1848.

            Pada abad ke-19, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba meluaskan pengaruh ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Benua Asia terutamanya di India dan negara China. Kuasa-kuasa barat memberi tumpuan kepada negara China dan India kerana beberapa sebab. Antaranya ialah  kedua-duanya negara itu kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan bagi kilang-kilang industri mereka. Kedua-dua negara itu mempunyai bilangan penduduk yang besar dan dapat menyediakan pasaran yang luas bagi barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.

            Bukan itu sahaja, kemajuan dalam bidang Sains dan teknologi yang berjaya menghasilkan penggunaan kapal-kapal berkuasa wap turut menjadi factor yang mendorong kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar penjajahan. Kapal-kapal wap ini membolehkan perjalanan laut lebih selamat dan cepat kerana tidak perlu bergantung pada angin, kos pengangkutan pula rendah serta jarak masa perjalanan dapat dipendekkan. Penggunaan kapal-kapal perang dengan senjata moden turut membantu mereka membolot perdagangan di Asia Tenggara serta membantu kemasuka pelabur-pelabur Asia.

            Tambahn lagi, Pembukaan Terusa Suez 1869 telah menghebatkan lagi zaman penjajahan. Terusan Suez ini telah memendekkan jarak dari Eropah ke Asia. Kuasa-kuasa Barat mula memperkukuhkan kedudukan politik mereka sepert Belanda,Inggeris dan lain-lain. Ini ditambah lagi dengan ciptaan telegraf yang telah mempercepatkan urusan perniagaan kerana membolehkan peniaga-peniaga Eropah berurusan dengan ejen-ejen mereka di tempat lain dengan cepat. Ini memnamtu dalam peningkatan perdagangan yang seterusnya memesatkan imperialisme Barat.

            Kesimpulannya,kuasa-kuasa Barat dapat meluaskan kuasa perdagangan ke atas negara-negara Asia sama ada di Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan. Adakalanya, beberapa negara yang dijajah menjadi koloni kuasa-kuasa Barat sehingga kehilangan kemerdekaan negaranya sendiri. Negara-negara jajahan kemudiannya menjadi pasaran dan bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk industri-industri bagi barangan siap di negara-negara Barat.