Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 42

BANDINGKAN PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH DI ASIA SELATAN DAN ASIA TENGGARA

 

            Kehadiran dan penglibatan kuasa Barat di beberapa buah negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan. Bentuk penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan mempunyai persamaan dan perbezaan dengan negara-negara yang terlibat. Mesalnya walaupun penentangan tersebut ditujukan kepada kuasa asing tetapi ia berbeza mengikut penglibatan mereka masing-masing. Contohnya, penduduk Myanmar menentang British  dalam benntuk perang seperti Perang British-Burma Pertama, Perang British-Burma Kedua dan Perang British-Burma Ketiga. Gerakan menentang peraturan baru berlaku di bawah pimpinan Saya San. Kehadiran dan penglibatan Perancis di Vietnam mencetuskan gerakan penentangan. Golongan Manderin (pegawai kerajaan) yang tidak berpuas hati telah melancarkan gerakan menentang Perancis. Penduduk Indonesia pula menentang Belanda, manakala orang Filipina menentang Sepanyol dan Amerika Syarikat. Penentangan awal abad ke-19 di Filipina lebih bercorak tempatan. Gerakan tentangan di Filipina mengalami perubahan apabila Jose Rizal menubuhkan liga Filipina. Di India pula berlaku penentangan terhadap British. Ia lebih bersifat menghalau British, mengekalkan pemerintahan lama dan hubungan sosial. Selain itu, terdapat gerakan agama untuk membebaskan rantau dan membentuk kerajaan baru. Gerakan petani menetang peladang Eropah, cukai tanah, pegawai perhutanan, pemimjam wang tanah peribumi.

 

Faktor utama tercetusnya gerakan tentangan di Vietnam adalah disebabkan oleh  semangat setia kepada raja,negeri dan fahaman confucionis . Dalam pada masa itu,gerakan tentangan juga meletus kerana slogan setia raja. Perjuangannya berunsur ideology dan bentuk perkauman. Temanya menghapuskan agama dan menghalau kluar Perancis. Pengaruh luar juga memberi dorongan kepada gerakan tentangan di Vietnam. Gerakan Islah K’ang Yu-Wei dan Liang Ch’i-Chi’ao pada tahun 1898 memberi peransang kepada orang Vietnam untuk menentang. Selain itu,ia juga dipengaruhi oleh Sekolah Dong Kinh yang ditubuhkan pada tahun 1907. Penubuhan sekolah ini memberi pengkhususan seperti pendidikan , sastera , ekonomi dan propaganda. Revolusi China 1911 juga mempengaruhi perjuangan di Vietnam. Phan Boi Chau dan 100 orang dalam buangan di China menukar Persatuan Pembaruan kepada Persatuan Pemulihan. Matlamat persatuan ini ialah menubuhkan kerajaan republik demokratik Vietnam. Dalam pada itu,perkembangan agama Kristian juga mencetuskan rasa tidak puas hati dan bangkit menentang Perancis. Penguasaan Perancis ke atas kawasan tertentu menyebabkan timbulnya kebimbangan di kalangan penduduk. Ini kerana penduduk takut Perancis akan memusnahkan mereka. Tentangan juga dilakukan terhadap golongan yang bersubahat dengan Perancis. Rasa tidak puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke atas penduduk tempatan.

Orang Vietnam menentang Perancis dalam pertempuran di Kubu Da Nang pada tahun 1858 tetapi gagal. Pasukan Perancis dengan mudah menawan Da Nang pada Sept 1858. Seterusnya pasukan Perancis mara ke Delta Mekong dan berjaya menawan Gia Dinh. Penguasaan Perancis di Delta Mekong ini menimbulkan tentangan di bawah pimpinan Sarjana Ningrat. Dengan itu lahir kumpulan penentangan di bawah pimpinan Sarjana Ningrat dan tuan tanah. Kumpulan ini tidak mahu menerima Perancis sebagai orang gasar ( barbarian ) . Kumpulan ini menyerang kapal Perancis,menghalang bekalan makanan dan membunuh pengsubahat Perancis. Pada 13 Julai 1883, Maharaja Ham Nghi mengumumkan 3 strategi menentang Perancis iaitu menyerang,bertahan dan berunding. Seterusnya gerakan tentangan terhadap Perancis diteruskan lagi di bawah pimpinan Hoang Hoa Tham. Beliau adalah petani dari Hung Yen. Selepas tahun 1890,gerakan tentangan terhadap Perancis berlaku di sepanjang Sg Da.

 

Manakala di Vietnam pula kesan yang timbul ialah Perancis berjaya menguasai 3 kawasan di delta Ang Giang,Ha Tien dan Vinh Long.Penduduk delta tidak lagi bebas bergerak di sg kerana kawasan delta diduduki Perancis. Manakala golongan sarjana ningrat yang terlibat dalam gerakan menentang Perancis meninggalkan delta buat selama-lamanya. Golongan bangsawan yang tinggal di kampung dan pembesar  Canton memulakan hidup baru di bawah pemerintahan Perancis. Kebangkitan kumpulan dengan slogan Setia Raja telah melancarkan serangan ke atas wilayah dan menyebabkan gabenor , pesuruhjaya kewangan dan perundangan ditangkap atau dibunuh. Serangan ini menyebabkan system pentadbiran tradisional wilayah Vietnam hampir runtuh. Selain itu,gerakan ini telah meninggalkan kesan sakit hati orang Vietnam katolik. Mereka yang terlibat dalam Gerakan Setia Raja bersama Phan Dinh Phung yang menyerah diri seramai 25 orang dibawa ke Hue dan dibunuh.

 

Manakala di Filipina semasa pemerintahan Sepanyol sama ada orang awam, tentera dan golongan agama banyak melakukan ke atas penduduk Filipina.Golongan agama adalah penyebab utama meletusnya gerakan tentangan terhadap Sepanyol. Mereka berlindung di sebalik kesucian agama dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Filipina dan merampas harta mereka.Penindasan ini berlaku di kalangan pegawai kerajaan terutamanya golongan tentera di bandar.Pegawai Sepanyol juga menghina golongan kaya dan ternama.Selain itu, dalam pemerintahan Sepanyol orang Filipina jarang mendapat pendidikan.Dalam pelaksanaan undang2, terdapat perbezaan antara orang Filipina dengan Sepanyol.Keadaan ini menimbulkan rasa tidakpuashati orang Filiipina.

 

            Pada tahun 1823, sekumpulan askar Filipina bangkit kerana tidak berpuas hati di atas layanan yang berbeza daripada tentera Sepanyol keatas mereka.Kebangkitan ini dilenali sebagai Novales.Layanan berbeza dalam agama mencetuskan kebangkitan Tayabas.Gerakan agama ini dipimpin oleh paderi berbangsa Filipina, Apolinavio De La Cruz.Paderi Filipina ini tidak berpuashati terhaadap layanan Sepanyol kepada mereka.Tuntutan persssamaan layanan ini tidak disokong oleh paderi Sepanyol.Seterusnya sekumpulan askar dihantar ke Tayabas.Dalam pertempuran yang berlaku De La Cruz telah terkorban.Pada1827, berlaku satu lagi kebangkitan di Caviti.Paderi berbangsa Filipina yang tidak berpuashati terhadap dasar Sepanyol yang tidak membenarkan mereka bersembahyang telah melancarkan gerakan menentang Sepanyol.Dalam gerakan propaganda yang di bawah pimpinan Jose Rizal mereka tidak menggunakan senjata sebaliknya menggunakan akhbar La Solidaridad sebagai perjuangan.

 

            Selepas itu, muncul pertubuhan Katipuna pada 1892.Matlamat pertubuhan ini ialah membangkitkan kesedaran kebangsaan dan bergerak untuk pembebasan bangsa Filipina daripada kezaliman Sepanyol dan kekejaman agama.Pada 1896, Katipuna mengeluarak akhbar berjudul Kalayaan (kebebasan ) yang cenderung menaikkan semangat perjuangan.Pada1896 juga, Katipunan melanccarkan gerakan menentang Sepanyol.

 

            Akibat daripada peristiwa tersebut, pelbagai kesan telah wujud.Antaranya ialah kebangkitan Caviti 1872 mengalami kegagalan.Mereka yang menyokong pergerakan ini ditangkap dan dibunuh.3 orang paderi bangsa Filipina dihukum mati.Selain itu, beberapa orang dijatuhkan hukuman buang negeri.Dalam perjuangan menentang Sepanyol di bawah Katipunan ramai yang mengalami kecederaan dan terkorban.Kerajaan menjalankan gerakan menyerang, menangkap dan membunuh.Sementara orang Filipina yang menentang Sepanyyol pada 1898 telah menyebabkan perang antara Sepamyol dan Amerika meletus.

 

            Pada 1921, di bawah pimpinan Persatuan Belia Buddha pelajar Universiti Rangoon menjalankan mogok menentang syarat baru dan ketat mengenai kemasukan ke universiti yang diperkenalkan pada taaahun 1920.Pada 1922, penentangan juga berlaku apabila GCBA di bawah pimpinan U Chit Hlaing memulaukan pilihanraya majlis perundangan.Manakala U Ba Pe menubuhkan Parti 21 menyertai pilihanraya.Pada pertengahan 1920-an golongan Pongyi menjalankan kempen di kalangan petani anti cukai.Mereka juga menentang undang British dan polis.

 

            Gerakan tentangan di Burma mencapai matlamatnya.Dalam kemangkitan Saya San kira2 3000 orang pengikutnya terkorban manakala pihak polis kehilangan 138 nyawa.Gabenor Innes mengisytiharkan penurunan cukai daripada 1/10 kepada 1/7 di kawasan yang teruk menerima kesan kemelesetan, menawarkan pengampunan kepada semua mereka yang terlibat menyerahkan senjata, pulang ke rumah dan memberi maklumat kepada kerajaan.Kerajaan telah melantik Booth-Gravely sebagai pesuruhjaya khas bagi mengatasi kebangkitan yang meletus di lima daerah dengan hebat.

 

            Faktor penentangan yang berlaku di India adalah disebabkan oleh penglibatan British yang telah mencetuskan beberapa gerakan penentangan. Dalam gerakan  Faraidi yang dipimpin oleh Hj Shariatulah, faktor agama sangat meonjol. Golongan ini yang dipengaruhi oleh Wahabi India bukan lagi negara islam tetapi telah berubah menjadi negara perang . Pada 1863 orang Sikh menentang British krn tidak berpuas hati dengan dasar membawa barangan dari luar dan pendidikan barat yang diperkenalkan British. Pada 1907 sekali lagi British mendapat tentangan daripada orang Sikh krn peraturan baru yang diperkenalkan British. Mereka tidak berpuas hati terhadap Akta Penjajahan Punjab 1907 yang menyatakan krj boleh meninggikan cukai tanah dan bayaran air dikawasan saliran pengairan.Pentadbiran British juga menyebabkan ramai tukang mahir di India kehilangan sumber pendapatan dan mencari pekeerjaan lain kerana dasar British tidak menggalakan barngan India sebaliknya mengalakan barangan asing.Selain,itu tindakan memperkenalkan istem pendidikan barat mencetuskan kebimbangandan kegelisahan di kalangan orang India.Mereka menganggap tindakan ini sebagai percubaan British untuk mengkristiankan penduduk India.Perasaan tidak puas hati juga muncul karana langkah lord Dalhouse meluluskan Akta kahwin semula dan menjalankan kempen menhapuskan adat Sutee dan Thugee.

 

            Orang India juga tidak dapat menerima teknologi barat yang diperkenalkan British.Pembinaan jalan keretapi dan telegraf disifatkan memberi ancaman kepada agama Hindu dan kasta mereka. Rasa tidak puas hati semakin bertambah apabila tentera India mendapat tahu minyak yang diginakan untuk membersihkan rifel dibuat daripada lemak babi dan lembu. Selain itu tentera Sepoi tidak berpuas hati dengan gaji bulanan mereka. Petani juga bangkit menentang peladang Eropah kerana mereka memakasa petani mengusahakan tanaman nila yang mendatangkan kerugian kepada petani di mana harga pokok nila dibayar dengan harga yang rendah daripada harga pasaran. Paksaan ini menyebabkan petani tidak dapat memberi tumpuan kepada tanaman padi.

 

            Dalam aspek bagaimana penentangan berlaku di India, kaum Sikh melancarkan gerakan menentang British. Pada 1863, orang Sikh di bawah pimpinan Ram Sigh melancarkan gerakan memulaukan barangan dan pendidikan British. Selain itu, mereka juga menentang akta penjajahan Punjab 1907. pada 1859-1860, gerakan petani menentang tuan ladang berbangsa Eropah. Tentangan ini dikenali sebagai Pemberontakan Nila. Kemudiannya pemogokan berlaku pada 1860 di sekitar Benggal. Kilang nila diserang oleh ratusan petani dan penduduk kampung. Dahagi India meletus pada 10 Mei 1857 apabila Supai Di Meerut menyarang, membunh pegawai British dan membakar kediaman mereka, membakar rumah tol dan memasuki Delhi. Kemudian tentera Supai menawan dan mengawal Bandar Delhi.

 

            Kesan penentangan di India, pemimpin yang melancarkan gerakan Faraidi, Dudsu Miyan telah ditangkap dan dipenjarakan. Manakala Ram Singh yang terlibat dalam gerakan memboikot barangan dan pendidikan British di buang negeri ke Burma. Seterusnya, Agit Singh dan Lala Lajpat Rai yang telibat dalam gerakan menentang akta penjajahan Punjab 1907 dibuang negeri dan dipenjarakan di Mandalay Burma. Kebangkitan petani di Benggal telah berjaya melumpuhkan perusahaan nila dan akhirnya kilang tersebut ditutup. Pada bulan November 1860, pengistiharan dikeluarkan di mana rakyat tidak boleh dipaksa menanam benih pokok nila dan segala kekacauan akan diselesaikan melalui undang-undang.

 

            Kesimpulannya walaupun penentangan yang dilakukan mendatangkan kesan yang negatif tetapi ada juga kesan positifnya. Walau bagaimanapun, penentangan merupakan jalan terbaik bagi membebaskan sesebuah negara daripada terus dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.