SOALAN17

PENGUASAAN INGGERIS DI TANAH MELAYU TELAH MEWUJUDKAN PELBAGAI KESAN. BINCANGKAN DARI SUDUT:

a) Kesan politik, ekonomi dan sosial

b) Kewujudan masyarakat majmuk dan dasar yang telah  dijalankan

c) Penentangan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia

 

RAJA NORAZLENA BINTI RAJA BAKHTIAR AFFENDY

RAHMAH BINTI ABDUL RAHMAN @ HASSAN    

 

                   Sistem politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu telah berubah kesan daripada kemasukan kuasa Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke-18. Penguasaan Inggeris ini juga telah mengakibatkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ekoran daripada penghijrahan imigran China dan India yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Hal ini juga telah membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat Malaysia . Akibatnya, timbullah penentangan masyarakat Malaysia terhadap orang Inggeris kerana telah membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.

                   Kesan yang paling ketara akibat penguasaan Inggeris di Tanah Melayu ialah dari segi politik. Sebelum campurtangan Inggeris di Tanah Melayu, sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada rakyat. Tetapi setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah terjejas. Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat melayu dan hal-hal keagamaan sahaja. Ini adalah ekoran daripada sistem corak pentadbiran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris iaitu Sistem Residen. Sistem Residen ini telah diperkenalkan oleh Inggeris di Perak pada tahun 1874 berikutan dengan Perjanjian  Pangkor. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan pula di Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan Negeri Sembilan 1889. Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran Inggeris yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di negeri-negeri Melayu.

                   Oleh yang demikian, Sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang dilantik bagi setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentabiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan hukum hakam agama Islam. Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan residen Inggeris tetapi mereka bertindak di atas nama sultan-sultan Melayu. Ini kerana, nasihat-nasihat yang diberikan oleh residen Inggeris hendaklah diterima oleh sultan-sultan Melayu contohnya sistem residen yang diperkenalkan di Selangor iaitu ia adalah disebabkan aleh kegiatan lanun dan rompakan yang sering berlaku disepanjang pantai negeri Selangor. Pada masa tersebut Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor negeri2 selat telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam hal pentadbiran di Selangor berikutan satu rompakan di Kuala Labu iaitu kira2 30 batu dari langat. Akibat peristiwa yang berlaku itu, Clarke teah pergi ke Selangor pada bulan Ogos 1874 dan mengadakan rundingan bersama Sultan Abdul Samad. Menerusi rundingan itu, Clarke telah meninggalkan seorang pegawainya iaitu Frank Swettenham bersama 20 orang sepoi untuk menjaga Sultan. Kebolehan yang dimiliki oleh Swettenham telah menarik perhatian Sultan dan menyuruh Clarke melantiknya menjadi penasihat Sultan serta Sultan turut menawarkan supaya negeri selangor diletakkan dibawah naungan British. Pada Disember 1874, Clarke telah memberi cadangan untuk melantik Swettenham sebagai Residen Selangor tetapi cadangan itu tidak dipersetujui dan kemudiannya Gabenor telah melantik J.G Dawidson sebagai Residen British pertama di Selangor.

    Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi . Perluasan kuasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum campurtangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersil pula diperkenalkan. Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20 terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. Ini telah mendorong pelabur2 asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta system pengurusan ekonomi. Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan . Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar2 baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih tlah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan oleh kewujudan system pengangkutan darat.

                    Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar.

                   Dalam sistem ekonomi komersil juga , Inggeris telah menghapuskan amalan pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila penyusunan sistem kutipan cukai dilakukan oleh JWW Birch di mana pembesar dilarang untuk memungut cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah kelolaannya. Tindakan JWW Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai2 tradisi dan adat istiadat Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ.

                   Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah perubahan dalam sistem pendidikan. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan keagamaan. Namun selepas kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan abad ke-19 , sistem pendidikan di Tanah Melayu telah banyak berlaku perubahan dan ianya lebih bersifat perkauman @ vernakular kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru dan ini membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum2 laindan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.

                   Terdapat 4 jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat 2 bentuk persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk keagamaan telah lama wujud sebelum kedatangan Inggeris. Sekolah ini mengajar tentang hal keagamaan dan mengaji. Sekolah ini juga kurang mendapat tumpuan daripada pihak Inggeris kerana pihak Inggeris mahu mengekalkan kestabilan dan memastikan kaum Melayu terus tinggal di kampung sebagai petani. Manakala sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh Inggeris melalui mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana mereka takut terpengaruh dengan agama Kristian oleh mubaligh.

                   Selain itu, perluasan Inggeris juga telah menyebabkan berlakunya kewujudan masyarakat majmuk @ masyarakat berbilang kaum . Terdapat 3 kaum utama di Tanah Melayu iaitu Bumiputera @ Melayu, Cina dan India. Kewujudan masyarakat majmuk dapat dibahagikan kepada aspek politik,ekonomi dan sosial. Dari aspek politik masyarakatmajmuk dikuasai oleh suatu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Kewujudan masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh dasar terbuka inggeris terhadap kemasukan buruh asing bagi memenuhi kepentingan mereka. Dari aspek ekonomi,kewujudan masyarakat majmuk adalah babi memenuhi tenaga buruh yang diperlukan olrh pihak British dalam ekonomi perlombongan dan perladangan iaitu buruh Cina ditempatkan dikawasan perlombongan manakala buruh2 India pula bekerja di estet2 atau di ladang2.Dalai aspek sosial pula, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi meraih keuntungan ekonomi pihak Inggeris iaitu apabila semakin ramai buruh2 asing datang ke Tanah Melayu, pengeluaran ekonomi T. Melayu akan bertambah dan ini meningkatkan keuntungan para penjajah yang sememangnya ingin meraih keuntungan di T. Melayu.

                 Masyarakat majmuk ini wujud akibat daripada kemasukan imigran pada pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku ketika perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah menyebabkan Inggeris membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bagi menambah tenaga buruh di lombong. Buruh India juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalanraya dan keretapi.

                   Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta hidup dengan cara kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Ia juga berlaku akibat daripada dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris iaitu dasar ‘Pecah’ dan ‘Perintah’ yang bermaksud pengasingan masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Ini dapat dilihat daripada orang Melayu yang hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan desa. Mereka juga masih mengamalkan sistem ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan pegawai-pegawai rendah. Manakala orang Cina tertumpu di kawasan bandar dan menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang India pula tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladang getah bagi menjalankan kegiatan perladangan.

                    Dasar yang telah dijalankan oleh pihak inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada 3 iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar politik di tanah melayu adalah mengenai dasar imigrasi , Jabatan Perlindungan Orang Asing dan Undang-undang buruh. Dasar imigrasi ialah berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing melalui sistem2 kemasukan seperti indenture , kangany , kontrak dan bebas. Pada tahun 1930, inggeris telah memperketatkan dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran ke negara asal mereka. Undang2 imigrasi pada tahun 1930 juga telah menghalang kemasukan orang asing ke tanah melayu. Sebelum tahun 1930 orang inggeris telah mendapatkan tenaga buruh tanpa sekatan kerana pada masa tersebut tenaga buruh penting bagi pembangunan ekonomi perlombongan dan perladangan selain melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Jabatan perlindungan Orang Asing telah ditubuhkan bagi melindungi para buruh imigran daripada ditindas oleh para konsi gelap atau majikan. Kewujudan jabatan perlindungan orang asing ini bermakna buruh2 dilindungi pemerintah inggeris dan menunjukkan bahawa kerajaan inggeris menggalakan kemasukan buruh asing di tanah melayu.

                    Pihak inggeris juga telah melaksanakan dasar ekonomi ditanah melayu iaitu dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas. Dasar ekonomi komersial telah membawa perubahan kepada sistem sara diri yang telah dijalankan secara tradisi oleh masyarakat melayu. Ia juga telah membawa kesan terhadap pembukaan tanah dan ladang serta meningkatkan pengeluaran perlombongan bijih timah. Dasar ekonomi yang dijalankan oleh pihak inggeris juga telah mewujudkan sistem ekonomi moden yang berasaskan tenaga buruh.

                    Dasar sosial yang telah dijalankan oleh inggeris lebih tertumpu kepada dasar pendidikan pemerintahan inggeris. Dasar ini merupakan tunggak utama yang menyebabkan wujudnya masyarakat melayu. Dasar ini tidak membawa kepada perpaduan kaum bahkan dasar tersebut telah mewujudkan jurang antara kaum kerana inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Ini bermaksud sukatan pendidikan antara sekolah2 melayu.cina dan india adalah berbeza dan bagi masyarakat cina dan india , guru diambil dari negara asal.Pada masa tersebut orang2 melayu tidak mendapat kemahiran dan pendidikan yang tinggitetapi orang2 melayu hanya mendapat kemahiran bagi membuat kerja2sara diri sahaja. Dasar yang telah dijalankan oleh orang inggeris ini sebenarnya telah menggalakkan kemasukan orang asing di tanah melayu. Tujuan Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing di tanah melayu adalah bagi menjaga kebajikan mereka dan bagi meraih keuntungan ekonomi di tanah melayu.

                    Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris,telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat melayu setempat.

                    Penentangan pertama yang dilakukan ialah dengan melakukan pembunuhan pegawai Inggeris iaitu J.W.W Birch dalam peristiwa Pasir Salak di Perak hasil muafakat daripada beberapa pihak.Tindakan melampaui batas Birch yang berlawanan dengan sistem pemerintahan tradisional dan melanggar adat-istiadat orang melayu telah menimbulkan kemarahan di kalangan pembesar dan pengikut mereka. Sultan Abdullah mengarahkan Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch dan cadangan tersebut disokong oleh Raja Ismail. Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata-senjata dan keris rasmi pembunuhan kepada Dato’ Maharaja Lela dan memerintah orang-orang kampung bersatu dalam perjuangan mereka sebagai menunjukkan penentangan orang melayu terhadap Inggeris. Pembunuhan itu dipertanggungjawabkan kepada Dato’ Maharaja Lela yang telah mengambil keputusan nekad untuk membunuh Birch walaupun pembunuhan tersebut dilakukan oleh pembunuh upahan iaitu Pandak Indut dan Seputum.Peristiwa pembunuhan ini menjelaskan kepada kita betapa marah dan kecewanya orang melayu di Perak kepada pihak Inggeris sehingga sanggup melakukan pembunuhan.

                     Pembunuhan Birch telah menyebabkan semangat nasionalisme kepada masyarakat melayu. Orang-orang melayu juga telah bertindak balas terhadap campur tangan Inggeris dengan mengangkat senjata.Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di kawasan Perak tetapi di negeri lain apabilanya adanya kebangkitan penentang-penentang Inggeris yang lain seperti Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang ,Tok Janggut di Kelantan dan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

                    Penentangan kedua ialah dengan menjalankan kempen menggesa orang ramai supaya tidak membayar cukai dan mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Hal ini terjadi di negeri Kelantan. Pengenalan sistem cukai baru yang di perkenalkan oleh pihak Inggeris bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan , tetapi turut membebankan mereka. Sistem cukai baru yang di perkenalkan oleh Inggeris merupakan suatu yang asing kepada penduduk tempatan kerana mereka diwajibkan membayar cukai tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu di usahakan atau sebaliknya. Mereka juga menghadapi masalah untuk membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dan berada di daerah-daerah tertentu. Selain itu ketegasan dan sikap kasar pegawai yang bertugas menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang tidak membayar cukai ditangkap atau didenda dan ada antara mereka yang dimaki hamun oleh para pegawai berkenaan dengan kata-kata kesat. Keadaan iniakhirnya mendorong Tok Janggut dan para pengikutnya menjalankan kempen dan usaha ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

                  Penentangan lain ialah penentangan terhadap pengenalan berbagai-bagai peraturan baru yang bercanggah dengan amalan tradisi yang diperkenalkan oleh Inggeris. Hal ini berlaku di Terengganu.Pengenalan peraturan baru yang diperkenalkan termasuklah penguatkuasaan beberapa jeniscukai seperti cukai hasil,cukai tanah dan cukai binatang ternakan. Kebangkitan pertama bermula pada tahun 1922 apabila sekumpulan masyarakat pedalaman di Telemong yang di ketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong dengan dibantu oleh Mat Zin bin Mat Min,Hj Kia dan Lebai Deraman menentang pengenalan berbagai-bagai peraturan baru ini. Mereka bertindak membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu.Kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dan seramai 43 orang telah ditangkap. Mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan membuka tanah dan menebas hutan tanpa kebenaran. Hal ini menyebabkan orang-orang melayu bertindak balas dengan memprotes pihak Inggeris secara intelektual. Hj Abdul Rahman Limbong telah membela orang-orang melayu dan mereka telah dibebaskan kerana Inggeris gagal membuktikan kesalahan dan memberi keputusan yang muktamad.

                  Penentangan yang berlaku di Pahang adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati para pembesar seperti dato, Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau terhadap pelbagai perubahan baru yang diperkenalkan oleh Inggeris yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai tempetan dan menggugat kekuasaan para pembesar. Undang2 yang melarang pembesar mengutip cukai , mengawal hamba abdi dan membataskan kerja2 kerahan dan mengadili kes2 jenayah dan sivil di kawasan2 masing2 dilihat sebagai mengugat kekuasaan tradisi para pembesar.dato’bahaman memulakan dan beberapa pembesar yang lain memulakan penentangan secara kekerasan dengan melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh. Penentangan semakin hebat apabila mendapat sokongan daripada seorang tokoh agama yang menyifatkan perjuangan mereka sebagai perang jihad. Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah menyerang Kuala Tembeling setelah berjaya menawan kubu Jeram Ampai pada bulan Jun 1894. Kebangkitan rakyat Pahang menentang penguasaan inggeris mengambil masa yang panjang dan berlarutan selama 4 tahun.

                   Penentangan yang berlaku di Sarawak pula melibatkan tentangan daripada para pembesar tempatan seperti  Rentap ,Syarif Masahor dan Datu Pattinggi Abdul Gapur. Kebangkitan Rentap didorong oleh kemaraan Brooke ke kawasan orang Iban dan sebagai persediaan awal, Rentap telah membina kubu pertahanan di Sungai Skrang, Kanowit , Lingga Sarikeidan Bintulu. Pembinaan kubu2 ini menggangu kebebasan dan menceroboh kawasan orang Iban. Rentap dan pengikutnya meneruskan penentangan menentang pentadbiran Brooke. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Kuala Skrang danberjaya membunuh seorang pegawai pasukan brooke bernama Alan Lee. Kebangkitan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Ali Abdul Gapur pula didorong oleh tindakan Brooke yang meluaskan kawasan pentadbirannya dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sebagai penentangan, beliau telah membuat pakatan sulit dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk menyerang kubu Brooke dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Mereka kemudiannya membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching dan menggulinkan pentadbiran Brooke.

                   Penentangan terakhir berlaku di Sabah yang melibatkan tentangan para pemimpin  tempatan sepeti Mat Salleh. Ianya bermula apabila pentadbiran kompeni telah campur tangan dan memasuki wilayah di bawah kekuasaan beliau. Antara tindakan pihak kompeni yang membangkitkan kemarahan mat Salleh ialah menyerang dan membakar kampung beliau . pada tahun 1894, para pengikut Mat Salleh membunuh 2 orang peniaga kaum Dayak dan beliau enggan menyerahkan 4 orang pengikutnya yang terlibat dan memberi perlindungan kepada mereka. Mat Salleh dan pengikutnya juga melancarkan serangan ke atas Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan sebagai menunjukkan penentangan mereka terhadap penguasaan kuasa Inggeris. Perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran kompeni yang terus memperkenalkan beberapa perubahan yang bercanggah dengan nilai-nilai tradisi mendorong seorang pemimpin bernama Antanum tampil menentang pentadbiran kompeni. Antanum menyerang Persiangan dan pejabat pegawai Daerah Rundum sebagai menunjukkan penentangan terhadap penguasaan pihak Inggeris di negeri itu. 

                   Kesimpulannya, perluasan kuasa Inggeris di tanah melayu telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dari segi politik, ekonomi dan sosial.