Make your own free website on Tripod.com

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:

1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran

a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:

I. peranan golongan agama

ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan

iii.peranan para wartawan dan akhbar

iv.peranan sistem pendidikan

v.peranan golongan intelektual

vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:

Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.

Tujuan reformasi:

         perjuangan Pan Islamisasi

         perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

         mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

         Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

         Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

       Sumbangannya:

Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.

Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan

v      Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

v      Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.

v      Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI.

v      Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

v      Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.

v      Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

v      Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.

v      Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.

       Sumbangannya:

1.        Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.

2.        Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.

3.        Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.

4.        Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.

5.        Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.

6.        Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.

7.        Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

 

Peranan kewartawanan dan akhbar

Perkembangan:

v      Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumul Fajar, Shamsul Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.

v      Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.

v      Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).

v      Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

v      Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:

Singapura : 7 buah

Pulau Pinag : 5 buah

Perak : 4 buah

 

v      Tujuan:

         Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.

         Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.

 

v      Akhbar beperanan sebagai:

         Penyebar maklumat

o        Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.

o        Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.

         Propaganda/Alat kebangkitan

o        Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.

         Saluran komunikasi

        

       Sumbangannya:

Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.

Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.

         Menjadi gelanggang kepada sasterawan.

Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.

Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan

v            Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.

v            Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.

v            Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual

       Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.

       Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.

       Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

       Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

       Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.

       Dato Abdul Rahman Andak Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

 

Peranan pengaruh luar

v            Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.

       Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.

       Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.

       Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

       Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.

       Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

 

Perkembangan gerakan kesedaran

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:

1.        Peringkat keagamaan 1906 - 1926

2.        Peringkat sosioekonomi 1927 1937

3.        Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926

Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:

Konsep perjuangan:

Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.

Matlamat perjuangan:

1.        Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.

2.        Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.

Tujuan reformasi:

2.1        perjuangan Pan Islamisasi

2.1.1            Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam persaudaraan Islam sedunia.

2.1.2            Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan menggagalkan pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.

2.2        perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.

2.2.2            Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.

2.2.3            Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal ini menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

 

2.3        Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.

2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem kerah dan serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.

2.4        Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.

2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:

1.        Menerusi majalah dan akhbar seperti:

1.1     Al-Imam

1.2     Al-Ikhwan

1.3     Seruan Azhar

1.4     Pilihan Timur

1.5     Semangat Islam

1.6     Sekolah-sekolah pondok.

 

Tokoh-tokoh pejuang:

1. Sheikh Tahir Jalaluddin

2. Syed Sheikh Al Hadi

3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:

Gerakan Sheikh Mohd Abduh

Syed Jamaluddin Al-Afgani

Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.

Ciri-ciri perjuangan:

1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.

2.        Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.

3.        Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

 

       Kejayaan/Rintangan

1.          Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan bidaah.

2.          Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan pengaruhnya.

2.1           Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.

2.2           Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.

2.3           Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .

2.4           Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

 

3.          Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

 

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937

Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh golongan keagamaan.

1.        Konsep perjuangan:

Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.

2.        Matlamat perjuangan:

Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.

Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.

Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir negri.

Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

         Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.

         Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.

         Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.

         Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.

         Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.

         Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

 

3.        Tokoh-tokoh

Berlatarkan pendidikan Inggeris:

         Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj. Muhamad

Berlatarkan pendidikan Melayu:

         Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

 

4.        Pertubuhan

Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah

Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil

Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan

Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia. Wujudkan:

Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.

Paspam Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP. Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

 

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan: Politik

Matlamat perjuangan: Kemerdekaan

Tokoh-tokoh pejuang:

Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam

Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak

Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.

Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang

Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.

Ishak Hj Muhammad }

 

Onn Jaafar } membentuk UMNO.

 

Pertubuhan terlibat:

KMM Kesatuan Melayu Muda

PETA Tentera Pembela Tanah Air

MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army

PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya

API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM

AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM

PUTERA Pusat Tenaga Rakyat

UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

 

Strategi perjuangan:

1.       Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

 

         Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.

         Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah Imperialis barat.

         Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force 136 dan Pasukan Wataniah.

         Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan secara professional.

         PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indonesia.

         Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima Inggeris.

         Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force 136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat pada 1948.

 

2.        Bekerjasama dengan Inggeris

 

         Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh dibawa berunding. Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

 

3.       Penentangan bersenjata

 

         Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

 

4.       Demontrasi aman

 

         Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

 

5.       Pemboikotan

 

         Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham.

 

6.        Kerjasama parti-parti politik

 

         Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO, MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara bangsa Melayu.

 

 

Sumbangan Jepun

 

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

 

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dalam hal ini aspek nasionalisme masih menjadi satu pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan Jepun ini mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British setelah menduduki semula Tanah Melayu.

 

Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan yang memberikan peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan Kempetai. Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan mereka meningkatkan semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan. Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

 

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang pendedahan cara-cara pentadbiran kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat jawatan penting yang sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Kekecewaan dan kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk sama-sama berjuang dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi satu hal yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu, Tanah Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah memainkan peranan penting dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah orang-orang Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara Melayu-Cina. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah akibat-akibat daripada pendudukan Jepun yang memberi kelebihan kepada orang Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong MPAJA membalas dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA. Peristiwa ini juga menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu. Apakah mereka hendak ditadbir oleh penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan yang mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya menentang konsep Malayan Union yang memberi kelebihan kepada orang Cina.

Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam perkara ini, kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.

Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu ? Mungkin kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan wujud oleh sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu, serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM. Daripada kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.

Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris. Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan untuk menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap orang Melayu yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2. Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak menimbulkan satu kesedaran nasionalisme?

Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2. Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga merupakan satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.

 

 

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM

HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA

 

 

Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

 

1. Tidak ada hubungan. Sebab:

i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai pentadbiran dengan diperintah oleh Jeneral MacArthur.

ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana angkara Jepun dalam perang. Rosakkan nilai masyarakat dengan pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.

2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas termetrinya perjanjian San Francisco.

Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan diadakan sekitar tahun 1952 dan berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

 

Tumpuan Utama Dasar AS

 

1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.

Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh komunis yang diakibatkan daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian kepada kuasa penjajah.

 

2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:

i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk kuasai setiap buah negara AT dan Caucasia.

ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada pembangunan semula ekonomi Jepun.

iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan pasaran utama barangan tersebut.

iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan perlukan pembangunan supaya tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.

v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT. Berjaya dengan adanya pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk Subic, Vietnam Selatan di Teluk Cam Ranch.

 

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

 

1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat dan perdagangan Jepun. Cara ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang perlu dibayar oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.

2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang menjadi pasaran utama dan mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.

3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT. Kesannya dalam konteks negara Indonesia lebihan dagangan Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan dengan bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.

 

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

 

1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )

a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.

b. Mengadakan perjanjian pertahanan.

c. Memberi bantuan ekonomi.

 

2. Jabatan Negara ( State Department )

a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.

b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan demokrasi dan kapitalisme.

c. Bersifat sederhana.

Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada Jabatan Negara.

 

Peristiwa selepas 1950an.

 

1. Perang Indo Cina.

2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:

a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.

b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan tetapi hanya dibenarkan penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.

3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan pengunduran MacArthur.

 

Pampasan dan negara AT

 

1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:

a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda > US1 billion, daripada Jepun US170 juta.

b.       Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk membangunkan negara. Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

 

v      Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

 

Diplomatik Pampasan Jumlah

Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400 juta

Burma 1954 US 200 juta

Fillipina 1956 US 550 juta

 

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

 

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)

 

1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara projeknya ialah:

a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang baik. Lagi tiga hotel pulangannya hanya 20-30% sahaja.)

b. Sarinah Departmental Store.

c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya sebagai gajah putih. Tidak membawa faedah kepada rakyat.

 

2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan peruntukan sebanyak US 77.63 juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36 buah. Yang siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi dalam keadaan sederhana dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah kepada rakyat. Antaranya:

a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782 juta. Kesannya masa perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10 minit sahaja.

b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada membanjiri kawasan pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek dicadangkan pada zaman Belanda tetapi disiapkan pada zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan pembinaan semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US siap pada tahun 1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir dengan membawa pulangan 2 juta US.

c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan. Pembinaan loji elektrik hidro, bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.

2.1 Projek-projek yang gagal .

a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan Jepun dan 4 daripada dibina melalui wang pampasan. 4 buah kilang ini hanya memproses 17% spindles sahaja.

b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai wang pampasan. Dijangka memproses 80 tan kertas sehari tetapi menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja pada tahun 1969. Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan kerugian sebanyak US 1,919,000.

3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.

Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk latihan vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.

Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.

Sebabnya:

a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti perbelanjaan kedutaan Indonesia di Jepun.

b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan persaudaraan.

c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu pendidikan.

 

Sebab Kegagalan Projek

 

1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek yang siap serta penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan.

2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan antara Masjumi dan PNI.

3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada 1965-1970 sebanyak US81.7 juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.

4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang pampasan tidak lengkap, lambat dan tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.

 

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

 

1. Pemulihan hubungan dengan AT.

2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.

a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta. Yang dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.

b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam negeri Jepun kerana mereka tidak terhalang untuk mengekspot barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda tangani.

Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.

Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.

Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%

Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.

Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.

Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-1970 )

Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

 

 

 

Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu

 

Ruang lingkup perbincangan:

 

1.        Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

2.        Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

3.        Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

4.        Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

 

 

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

 

1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.

2. Menyediakan sumber bekalan tentera.

3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

 

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

 

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.

2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.

3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera berikat.

Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.

4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.

Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.

Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.

5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah.

Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.

6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.

7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.

8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:

a. Nilai wang terlalu rendah

b. Peningkatan kadar inflasi

c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.

9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.

10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

 

Tahun

1939

1941

1946

Bilangan

4206

1765

429

 

Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

 

1. Dasar pembangunan Ekonomi:

Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.

b. Mengurangkan kadar inflasi.

c. Merendahkan harga barangan

 

Langkah-langkah yang diambil:

 

1.1 Dasar Kewangan

a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.

b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.

c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District Tresurer for Payment.

d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.

e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal pengeluaran wang.

 

1.2 Dasar Pertanian

a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.

b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.

c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati gula pasir.

d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.

e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial seperti yang berikut:

I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober 1943.

ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.

iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

 

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

 

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.

b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumers Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.

c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.

d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.

 

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

 

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.

b. Peningkatan penyakit dan kematian.

c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.

d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.

e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

 

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

 

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember 1941.

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

 

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan. Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

 

Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

 

1. Banyaknya peluang pekerjaan.

Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk jadual taburan pekerjaan ).

2. Kemakmuran bekalan

a. bahan makanan

b. kemudahan asas

c. pakaian dan bahan keperluan harian

d. taraf kesihatan

e. kadar kematian dan hidup

Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu

3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.

4.        Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-kad catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.

5.        Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.

6.        Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana Jepun lebih menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman makanan.

 

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

 

 

MALAYAN UNION

 

Ruang lingkup Kajian

 

1. Isi perlembagaan

2. Sebab digagaskan Malayan Union

3. Reaksi dan Sambutan

4. Proses pembentukan Malayan Union

5. Kesan terhadap orang Melayu

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

 

 

1. Isi Perlembagaan

1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat , termasuk dalam kesatuan kecuali Singapura.

1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:

a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15 tahun

b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union layak menjadi warganegara.

c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi warganegara setelah tinggal selama 5 tahun.

1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan tidak mempunyai sebarang kuasa.

1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi membincangkan hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

 

 

2. Sebab/Motif gagasan MU

2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang Jepun dan membalas jasa bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.

2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang hendak bergabung dengan Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang berteraskan Melayu.

2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua negeri Melayu menjadi satu entiti politik. Hasilnya kecekapan dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta pertahanan serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan sendiri ( Hall, 1987 )

2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam perang dunia kedua.

 

3. Reaksi dan Sambutan

3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.

3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.

a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama dalam hal kuasa Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu

Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang

I. Hak dalam pentadbiran

a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )

b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI

c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu memberikan keadilan kepada bangsa Melayu.

ii. Hak dalam ekonomi

a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu

b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan

c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

 

b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti kerakyatan yang menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-lain kesan dalam perkara 5 )

c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang Melayu tidak membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung kepada kaum Cina untuk mengambil alih peranan pembesar Melayu.

3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman

3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU

 

4. Proses pembentukan Malayan Union

4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu dengan paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun

4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana British telah mengambil pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat bantahan daripada pembear-pembesar Melayu mengenai kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.

 

5. Kesan terhadap orang Melayu

5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi bangsa majoriti.

5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa Melayu serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu. ( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).

5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.

5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.

5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.

5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu Singapura.

5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.

5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan tangan antara UMNO dan Raja-raja Melayu.

5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak mengikut kemahuan orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam membangkitakan rasa nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

 

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan mengadu sikap Sir Mac Michael.

6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda dikehendaki menandatangani perjanjian MU

6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.

6.4 Membuat petition kepada Raja England.

6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk berkempen di London. Antaranya oleh Sir Frank Swetteham.

6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.

6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik persetujuan.

6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal sebagai Gabenor General oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah Melayu.

6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu dalam UMNO.

6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.

6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap cara Mac Michael.

6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kerana telah melanggar Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian tanpa mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu pecah amanah dan boleh dihukum.

6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan dan moral.

 

7. Sebab kegagalan MU

7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu

7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu

7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis - Kapitalis dan bantahan Russia terhadap penubuhan MU- memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2. Ini melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang berkemampuan berbuat demikian.

 

 

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 

Ruang lingkup kajian

 

1. Isi perlembagaan

2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

 

Perbincangan

 

1. Isi perlembagaan

1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan syarat mesti mengikut nasihat Inggeris seperti sebelum MU.

1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.

1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi, Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan selebihnya diplih daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis undangan terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang dipecahkan kepda kuantiti berikut;

a ) Melayu 31 orang

b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.

1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:

a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun semasa tempoh dua puluh lima tahun sebelumnya.

b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa Melayu atau Inggeris.

 

2. Kesan dan keistimewaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang berikut:

2.1     Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang majoriti dan ini memperlihatkan orang-orang Melayu masih menguasai politik negara. Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.

2.2     Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis Kerja dan Majlis Undangan. Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa perundangan sebaliknya ia tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara 1.3 sebagai hujah tambahan ).

2.3     Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat istiadat Melayu dan urusan agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan pentadbiran agama dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan kesucian agama tidak tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.

2.4     Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama, tetapi dalam menentukan kuat kuasa undang-undang yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta persetujuan raja penting bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-undang yang digubalkan tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku dalam perlembagaan MU, di mana kuasa menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis Kerja dan gabenor sahaja.

2.5     Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan perkembangan perlembagaan seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM yang merdeka. Aspek-aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan latihan pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.

2.6     Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan walaupun perkara ini menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan melayu dalam parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf kewarganegaraan yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebelum mereka diiktiraf menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang penting dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris untuk mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dilihat dari aspek bahasa perkara ini tidak menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang individu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

2.7     Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih menjaga kepentingan Melayu dan menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada dalam Malayan Union.

 

 

DARURAT 1948 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

 

Ruang lingkup kajian

 

1.        Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.

2.        Langkah dan tindakan mengatasi.

3.        Kesan kepada masyarakat.

4.        Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

 

1.        Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

 

1.1                 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

 

1.1.1            Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan Rakyat.

1.1.2            Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan masyarakat serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.

 

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

 

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

 

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

 

a)       Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.

b)       Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.

c)       Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis.

d)       PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU.

e)       Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

 

1.1.3            Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

 

1.1.4            Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.

 

 

1.2                Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

 

1.2.1            Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY World Federation of Democratic Youth dan IUS International Union of Student.

 

1.2.2            Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Hal ini dapat dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan Marshall Plan. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM dikatakan mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.

 

1.2.3           Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan pandangan Zhadanov yang menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada serah diri kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM perlu diperketatkan lagi.

 

1.2.4           Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

 

2.        Langkah-langkah mengatasi.

 

Tindakan yang diambil oleh British seperti:

2.1        Rancangan Brigg

2.1.1            Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini bertujuan komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti bantuan makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.

2.1.2            Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan depada dan institusi Min Yuen yang menjadi pembekal maklumat dan saraan kepada barisan depan komunis.

2.2        Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan khas yang menjalankan operasi mereka melalui gerakan internal-subversion, internal revolution, dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan daripada unit rahsia komunis.

2.3        Teknik Perang Urat Saraf

2.3.1            Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi Perang Urat Saraf dengan tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada. Dasar ini merupakan satu dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil peluang oleh Templer bagi melancarkannya terhadap PKM.

2.3.2            Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice aircraft iaitu rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menggugurkan risalah supaya gerila komunis menyerah diri. Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik kepada mereka yang meyerah, dan Reward Pardon , iaitu satu langkah memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk menyerah diri.

2.3.3            Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan , jika tidak , meraka akan dikenakan collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai dan menambahkan masa perintah berkurung.

2.3.4            Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi menggalakkan masyarakat membantu kerajaan dan mendapat kehormonian hidup dan bebas daripada perintah berkurung.

2.3.5            Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan, menambahkan peratusan orang cina untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi menentang PKM, membentuk Good Citizen Committee- menjalankan perang saraf dan perarakan anti komunis, dan Templer juga menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.

2.4        Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

2.4.1            Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun 1955 Tunku Abd Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli PKM. Tawaran tersebut dibebaskan dan diampunkan daripada tuduhan membunuh dan mereka yang masih berpegang pada fahaman komunis akan dihantar ke Cina.

2.4.2            Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara mendapat kemerdekaan dan dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah tawaran yang sama.

2.5        Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.

2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini telah banyak membantu kerajaan British menentang komunis dengan mengawal kampung-kampung. Pasukan askar melayu diperbesar daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula menyerang kedudukan komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga mendapat bantuan daripada pasukan polis Palestin dan Force 136.

2.6        Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

2.6.1            Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan mereka kepada pendaftar pertubuhan.

2.6.2            Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam bidang kesatuan yang diwakili.

2.6.3            Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak dibenarkan memimpin kesatuan sekerja.

 

3.        Kesan terhadap masyarakat

 

3.1           Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan kepentingan bersama Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.

3.2           Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu Cina. Semasa darurat ramai orang-orang Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam terhadap mereka kerana menyokong Jepun. Hal ini terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.

3.3           Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan individu-individu tertentu seperti pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini menjejaskan masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada hasil pertanian seperti getah.

3.4           Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam Rancangan Brigg.

3.5           Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri daripada gagasan ini.

3.6           Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan terbatasnya kegiatan-kegiatan ekonomi.

 

4.        Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:

                           a.        Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.

i.            Selepas perang sebahagian ahli MPAJA PKM menyerah diri dan berbalik kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai antara ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan.

 

                             b.        Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.

i.            Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang masyarakat sebagai golongan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu.

ii.          Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi yang didominasikan oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan kepada perjuangan orang Melayu untuk menyokong PKM.

iii.         Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah dikuasai sehingga menyebabkan mereka tidak empunyai satu pangkalan yang kukuh bagi menggerakkan jentera propaganda sama ada dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain strategi untuk mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-askar yang menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-askar mahir yang menyerang kedudukan British gagal disatukan.

 

                          c.         Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM

i.       Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan PKM .Usaha ini mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.

ii.     Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.

iii.    Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah menyalahgunakan kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri sama ada dengan cara merampas isteri ahli serta tidak menghormati seperti yang dibentangkan dalam ghost letter. Keborosan dan korup kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan oleh ahli yang tertangkap:

 

Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya lihat mereka ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli ladang-ladang getah untuk diri mereka. Kepimpinan atasan semakin boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak mereka.

 

                             d.        Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

 

                              e.        Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.

                                             i.      Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada golongan bourjois bandar. Sedangkan masyarakat yang dikehendaki sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang menjalankan pertanian sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi mereka dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan sumber tersebut menjadikan masyarakat membenci dan tidak menyokong PKM.

                                            ii.      Keadaan ini sebenarnya melemahkan organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat merekrutkan kader-kader komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam mencari pengaruh di kalangan masyarakat.

 

                               f.        Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu. Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.

 

4.2           Tindakan yang diambil oleh British seperti:

a.        Rancangan Brigg

b.       Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

c.        Home Guard

d.       Teknik Perang Saraf

e.        Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

f.         Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.

g.       Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

 

4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

 

 

pembentukan malaysia

 

Ruang lingkup Kajian:

 

1.          Sebab pembentukan

2.          Proses pembentukan

3.          Kesan pembentukan

 

 

Sebab pembentukan

 

1. Menghalang perkembangan Komunis

a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan komunis begitu kuat.

b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu

c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai politik Singapura.

d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.

e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan dari Inggeris pada 1963.

 

2. Memperteguh keselamatan

a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek berikut:

I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.

ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.

iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.

iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.

b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.

 

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah kemerdekaan dalam Malaysia.

a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.

b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan bahawa Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya membentuk gagasan Malaysia:

 

... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah kemerdekaan sepenuhnya untuk kita. ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

 

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

 

4. Kedudukan ekonomi yang stabil

a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari kaya membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.

b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan negara luar berjalan lancar.

c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.

d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris sehingga 1987.

 

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.

a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.

b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi. Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.

c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia untuk mencabar UMNO dan perikatannya.

d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

 

Proses Pembentukan Malaysia

 

Proses yang dijalankan

 

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.

2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris

3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.

4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.

5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

 

Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia

 

27.05.1961

Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.

03.06.1961

Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew

27.07.1961

Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh Donal Stephen.

16.10.1961

Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.

20.11.1961

Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai penggabungan Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.

Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.

Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di PBB.

Awal Tahun 1962

SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.

Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

23.10.1962

Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.

Jun 1962

Laporan pungutan suara diumumkan.

Febuari 1963

Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.

Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British menolak tuntutan tersebut.

16.08.1963

U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.

13.09.1963

Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan mengesahkan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.

16.09.1963

Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

 

Tujuan SCC

 

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan Malaysia.

2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.

3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui percantuman.

4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.

5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

 

Kesan Pembentukan Malaysia

 

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia

a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia

b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu

c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan Sarawak

 

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..

a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.

b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.

c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

 

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.

a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.

b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.

c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

 

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia

a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.

b. Gabungan dalam ASA berkubur.

c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

 

5. Hubungan diplomatik terputus.

a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.

b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf sebagai kedutaan Tanah Melayu.

 

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..

a. Sabah dan Sarawak

I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.

ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.

iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.

iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.

v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan negeri.

vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

 

b. Singapura

I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.

ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.

iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.

iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat Persekutuan akan dihadkan seramai 15 orang sahaja.

 

Rujukan:

 

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.

 

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.

 

 


Kemerdekaan Tanah Melayu

 

Ruang lingkup kajian:

 

1. Proses kemerdekaan

2. Cara dan tindakan