TAJUK PERBINCANGAN DAN NOTA


 

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

[ Pengenalan ] [ Bentuk Kerajaan Awal ] [ Pengaruh Hindu dan Buddha ]

 

 


 

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Latar Belakang Tamadun

 

Peningkatan tamadun bermaksud  penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru dalam aspek poltik, ekonomi dan sosial.

 

*      Tamadun Yunani

  1. Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
  2. Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
  3. Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan istana.
  4. Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
  5. Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat keagamaan.
  6. Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.

 

*      Tamadun Rom

  1. Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
  2. Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana.
  3. Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
  4. 80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.

 

*      Tamadun India

  1. Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.
  2. Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.
  3. Pemerintah  oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada ( kerajaan besar )
  4. Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama – Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.

 

*      Tamadun China

  1. Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina.  Bermula dengan Dinasti Chin – Mula meningkatkan tamadun terdahulu
  2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan peperangan

 

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]


Faktor Peningkatan

 

Dapat dilihat melalui aspek Politik, Ekonomi, dan Sosial.

1.       Politik : Kerajaan, pemerintahan, pentadbiran, undang-undang, peluasan kuasa

2.       Ekonomi : Pertanian , Perdagangan, Penghasilan barangan, sistem ekonomi.

3.       Sosial : Pendidikan, Falsafah, Bahasa dan Kesusasteraan, seni bina, sistem sosial, dan sains dan teknologi.

 

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Peningkatan Ekonomi ] [ Peningkatan Sosial ] [Atas Halaman ]

 


Pemerintahan dan Pentadbiran                                                                                                     

 

*      Tamadun Yunani

1.       Negara kota, Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi

2.       Sebelum demokrasi , Athens amalkan sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan kaya.

3.       Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.

4.       Bila konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan kuasa terhad.

5.       Beberapa orang konsul wujudkan oligarki. Lahirkan juga golongan aristokrat – ada kuasa besar – Aristokrasi. Rakyat tidak puas hati – rampas kuasa wujud diktator / tirani – biasanya dari golongan tentera . Ditentang aristokrat wujud demokrasi

6.       Demokrasi wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis. Di Athens sahaja. 3000 tahun.

7.       Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.

8.       Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar  kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan. Begitu juga Magisterit dan Juri.

*      Tamadun Rom

  1. Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan     ( Partrician ). Wujud Republik.
  2. Republik – tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul.
  3. Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.
  4. Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk kelulusan.
  5. Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.
  6. Kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.

*      Tamadun India.

  1. Awal pembukaan  600 – 320 sm – ada dua kerajaan kecil dan besar. Kecil tiada raja dan berpuak. Besar diketuai Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja kuasa mutlak. Diperkukuhkan upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian Kesatria. Wujud  kasta.
  2. Raja bertukar jadi Maharaja bila Maurya satukan jadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.
  3. Zaman kegemilangan 273 – 232 sm. Dapat tamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara, dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati. Asoka peluk Budhha. Amalkan keamanan dan kedamainan. Sebar lalui agama Budhha.
  4. Wujudkan  Birokrasi pentadbiran.

*      Tamadun Cina

  1. Raja bertukar jadi Maharaja – wujud empayar dan peluasan kuasa. Ubah sistem Feudal. Pemerintahan berpusat.
  2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja – di kalangan rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu. Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam. Mula Dinasti Han
  3. Tokoh penting Shih Huang Ti.

 

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Perundangan

 

*      Tamadun Yunani

1.       Dewan Perhimpunan gubal undang. Plato bukunya Republic – kepentingan undang-undang.

*      Tamadun Rom

1.       Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat pada Papan  Dua Belas. Dipamer di tempat awam.

2.       Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-Undang Rom  atau Kod Undang-Undang Justinian– 527 m.

*      Tamadun India

1.       Berdasark kitan Dharma Sastra – Undang-undang tua Hindu – 6 atau 2 sm.

2.       Raja bertanggungjawab jaga kesucian. Brahmin yang mahir kerana ada kaitanm dengan agama.

3.       Zaman Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan dan kesjahteraan rakyat.

*      Tamadun Cina

1.       Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.

2.       Ciri-ciri undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab itu raja mesti ada kuasa utuh.

3.       Bertentangan dengan falsafah undang-undang Conficius. Tekanan raja perlu ada perkara baik dan jaga harmoni manusia dan masyarakat.

*      Kesimpulan

*      Aspek ini memperlihat perkembangan dan peningkatan dalam corak pemerintahan dan undang-undang serta pelaksanaan.

*      Juga perkembangan ahli pemikir dengan falsafahnya. Socrates, Plato, Aristotle, Confucius, Han Fei Tzu

 

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Peluasan Kuasa

 

*      Tamadun Yunani

1.       Bermula 800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia  dan Yunani disatukan. Diteruskan anaknya Alexander The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh Mediteranean.

2.       Sebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.

3.       Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch.  Empayar berakhir dengan kematian Alexander.

*      Tamadun Rom

1.       Mula 27sm pd zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.

2.       Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.

*      Tamadun India

1.       Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.

2.       Sebab Berjaya – ada tentera yang besar : 600 gajah, 1000 org tentera berkuda, dan 10000 infrantri.

3.       Meliputi India Utara, Punjab, Seleceus yg perintah Seleciud di Syria dan India Barat.

4.       Bindusara – anaknya luaskan hingga ke Mysore, Selatan India.

5.       Asoka anak Bindusara ubah cara peluasan kuasa. Lebih lembeut tidal kekerasan tentera. Penggunaan agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.

*      Tamadun Cina

1.       Wujud semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti perintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan kerajaan kecil, Hapuskan kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk tadbir. Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.

2.       Chin jatuh ganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan – ke SinKiang, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan KwanTung. Akhir pemerintahan ke Jepun dan Turkistan.

3.       Guna kuasa tentera yang besar dan kuat  serta kekerasan.

*      Kesimpulan

*      Pengembangan wilayah, kuasa tentera, Dinasti, dan cara peluasan : Kekerasan , Agama dan terbuka.

 

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Peningkatan Ekonomi

 

Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.

Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.

 

*      Tamadun Yunani

1.       Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.

2.       Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.

3.       Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.

4.       Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.

*      Tamadun India

1.       Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.

2.       Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.

3.       Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.

4.       Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.

5.       Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.

6.       Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.

7.       Mata wang  digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.

8.       Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..

9.       Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.

*      Tamadun China

1.       Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.

2.       Bidang pertanian ; Dinasti Han  - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.

3.       Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .

4.       Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.

5.       Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

 

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Peningkatan Ekonomi ] [ Peningkatan Sosial ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Peningkatan Sosial

 

Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem sosial serta sains dan teknologi

Pendidikan

*      Tamadun Yunani

  1. Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani.  Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
  2. Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
  3. Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
  4. Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
  5. Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.

*      Tamadun Rom

  1. Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.
  2. Peringkat awal banyak tiru Yunani.  Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.

*      Tamadun India

  1. Bermula Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.
  2. Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di idtana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha: Nalanda.
  3. Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.
  4. Zaman seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..

*      Tamadun China

  1. Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
  2. 3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab suci.
  3. Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3 tahun, 2 -  Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi pendidik, 3 tahun sekali

.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Falsafah

 

Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.

 

*      Tamadun Yunani

  1. Ahli falsafah : Herodotus, Socrates,  Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
  2. Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis secara penyelidikan – Peloponesian Wars.
  3. Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
  4. Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.

*      Tamadun Rom

  1. Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.

*      Tamadun India

  1. Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Berseumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
  2. Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700 – 600SM , Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda
  3. Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.

*      Tamadun China

  1. Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
  2. Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada alam sekitarnya.
  3. Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

 

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Sains dan Teknologi

 

Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.

 

*      Tamadun Yunani

  1. Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
  2. Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – astronomi Yunani.

*      Tamadun Rom

  1. Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.

*      Tamadun India

  1. Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
  2. Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
  3. Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.

*      Tamadun Cina

  1. Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
  2. Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.- Tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.

 

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ] 

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Seni Bina

 

Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran  dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang agung – monumen-monumen spt

  1. Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.
  2. Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.
  3. Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan parthenon.
  4. Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati kemenangan dengan Persia.
  5. Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian ,  Muatan 50 ribu – 80 ribu org.
  6. Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja Hadrian 117 – 138M.
  7. Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil , Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
  8. Pembinaan tembok : Cina – tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu gerbang dan menara. Kaw. Tembok ada istana spt Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.
  9. Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan  utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.

Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru seprti bentuk dan nilai estetik.

 

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ] 

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Bahasa dan Kesusasteraan

 

*      Tamadun Yunani

  1. Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair  hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy..

*      Tamadun Rom

  1. Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )

*      Tamadun India

  1. Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.

*      Tamadun Cina

  1. Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
  2. Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya.
  3. Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang.
  4. Dinasti Han – cerpen dan sajak.

*      Kesimpulan

Karya dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. Tulisan kini asal drp tulisan Phoenesia dari Yunani 800SM.Dlm Yunani ditambah vokal, diubah Rom hingga kini.

 

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ] 

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Sistem Sosial

 

*      Tamadun Yunani

  1. Organisasi Yunani 3 kumpulan. Warganegara – ada hak politik , penduduk bukan warganegara – tiada hak politik , dan golongan hamba – tiada hak politik.
  2. Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan tanah dan minoriti

*      Tamadun Rom

  1. 3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara – penduduk yang ditakluki, dan hamba.

*      Tamadun India

  1. Wujud sistem kasta – unik, 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut kelas.

*      Tamadun Cina

  1. 3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida, rakyat bawahan spt petani/artisan, dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 – kumpulan sokongan.
  2. Confucius bahagikan 4 kelas: golongan sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani – tulang belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.
  3. Kelas golongan tidak tetatp, mereka bertukarkan berdasarkan pencapaian pendidikan.

 

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ]  [ Bahasa dan Sastera ]  [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ] 

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Sumbangan Tamadun

 

Aspek poltik : Demokrasi, Republik.

Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali.  Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit  yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu. Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.

 

 [ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

 


Agama dan Tamadun Manusia

Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme.

*      Agama Hindu

  1. Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik.  Tuhan 3 fungsi : Mencipta(Brahman), Memelihara( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura.
  2. Sejak empayar Maurya penting – didominasi Brahmin. Percaya hukum karma – kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi..
  3. Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 – 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.

 

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ]

 


*      Agama Buddha

  1. Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis.
  2. Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.
  3. Empat kebenaran yang mulia
    1. Kehidupan penuh dengan kepahitan
    2. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
    3. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
    4. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis
  4. Jalan lapan lapis
    1. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

*      Bebas daripada kepercayaam karut

*      Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

*      Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

    1. Keinginan yang baik

*      Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.

    1. Pengucapan yang baik

*      Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

    1. Kelakuan yang baik

*      Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

    1. Makna kehidupan yang baik

*      Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.

    1. Usaha yang baik

*      Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

*      Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

    1. Pemikiran yang baik

*      Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

    1. Pertapaan yang baik

*      Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.

 

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ]

 


*      Agama Kristian

 

  1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament – dikenali sebagi bible.
  2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM. Sebelumnya masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
  3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
  4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.

 

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ]

 


*      Agama Islam

 

  1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.
  2. Di Madinah Islam berkembang  Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan @ undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. – Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan Islam.
  3. Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.

 

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confucianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ]

 


*      Confucianisme

 

  1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung @ Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
  2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada ibubapa (xiao).
  3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.

*      Toaisme

 

  1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku  Tao Te Ching.
  2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
  3. Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.

 

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confucianisme dan Toaisme ] [Atas Halaman ]

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ]  [ Agama dan Tamadun Manusia ]

 



 

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengenalan

 

*      Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

*      Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.

*      Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.

*      Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.

*      Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.

*      Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.

*      Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.

*      Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.

*      Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.

*      Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.

 

[ Pengenalan ] [ Bentuk Kerajaan Awal ] [ Pengaruh Hindu dan Buddha ] [Atas Halaman ]

 


Bentuk Kerajaan Awal

 

Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.

*      Kerajaan Agraria

  1. Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
  2. Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
  3. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
  4. Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
  5. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
  6. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.
  7. Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
  8. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M)

 

 

 

 

 

[Kerajaan Agraria ] [ Kerajaan Maritim ]

[ Pengenalan ] [ Bentuk Kerajaan Awal ] [ Pengaruh Hindu dan Buddha ] [Atas Halaman ]

 


*      Kerajaan Maritim

  1. Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan.Terletak pesisiran pentai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua – Sg Merbok dan Muda, Tiumah di Pulau Tioman.

 

 

 

 

[Kerajaan Agraria ] [ Kerajaan Maritim ]

[ Pengenalan ] [ Bentuk Kerajaan Awal ] [ Pengaruh Hindu dan Buddha ] [Atas Halaman ]

 


Pengaruh Hindu Buddha

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[ Pengenalan ] [ Bentuk Kerajaan Awal ] [ Pengaruh Hindu dan Buddha ] [Atas Halaman ]