BAB 10

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

 

Ekonomi tradisional

 

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.

 

1.     Bercucuk tanam 

2.     Menagkap ikan

3.     Menternak binatang

4.     Perlombongan 

5.     Memungut hasil hutan

 

Ekonomi Tradisional

 

Sara Diri

Mengamalkan ekonomi secukup hidup.

Jenis Ekonomi

Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan.

Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan

Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.

Tanaman makanan

Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.

Ternakan makanan

Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan.

Teknologi kuno/mudah

Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.

Air semulajadi

Sistem perairan berasaskan  sumber air dari sungai dan hujan.

Tangkapan Ikan tradisi

Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.

Tenaga manusia dan haiwan

Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.

Modal/Tenaga kecil

Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.

Tiada Pengkhususan

Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

 

 

Ekonomi Dagangan

 

Maksud ekonomi dagangan

 

Kegiatan untuk ekspot

Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.

Skala besar

Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.

Buruh Upah yg banyak

Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.

Modal Besar

Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

Teknologi

Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.

Pemasaran meluas

Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.

Lebihan pengeluaran

Melibatkan lebihan pengeluaran.

 

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

 

1.     Pertanian dagangan  

2.     perlombongan

 

Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.

 

1.     Ubi kayu

2.     Tebu 

3.     Lada hitam 

4.     Gambir

5.     Tembakau 

6.     Kopi

7.     getah

 

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

 

Rangkaian Ekonomi

Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.

Ekonomi tradisi terpinggir

Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

Wujud dwiekonomi

Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.

Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi

Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.

Tingkat Industri pelombongan

Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.

Kemasukan Buruh/Imigran

Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

 

Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.

 

Penyumbang pendapatan British

Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.

Wujud Tanaman Komersial

Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.

Sistem Kangcu dan lada Hitam

Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.

Pajakan Tanah kepada org Cina

Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.

Luas Ladang Lada hitam

Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina

Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.

Kekuasaan British dalam Ekonomi

Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.

Wujud Dwiekonomi

Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.

Tumpuan pertanian Ekspot.

British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi kayu.

Usaha tanaman Getah

Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

 

Sistem Kangcu

 

Johor

Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.

Gmbair/lada hitam

Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.

Cina Pajak

Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China. 

Kangkar

Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

Saiz besar

Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.

Buruh Cina

Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

 

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

 

Tanah subur

Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.

Revolusi industri – permintaan tinggi.

Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta. 

Ridley – bawa masuk getah

Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.

Pameran dan pengagihan getah percuma

Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma.

Cara penorehan

Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.

Harga getah tinggi

Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik.

Modal asing

Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Syarikat Perwakilan

Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.

Galakan British – sewa tanah, cukai rendah.

Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.

Kemudahan infrastruktur

Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Pekerja asing

Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.

Kopi jatuh.

Berlaku kejatuhan harga kopi.

 

Langkah-langkah  British menstabilkan harga getah.

 

Sekatan Stevenson

Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.

Had pengeluaran

Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

Kupon had penorehan

Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.

Peraturan Getah A/B

Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.

Kuota rendah

Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.

Premiumtanah naik

Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.

Sekat melayu

Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

Sekat getah tanah sawah

Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

 

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.

 

Dagang sejak abd ke-9

Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.

Dimiliki pembesar

Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.

 

Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).

Kaedah mendulang

Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.

Pasarkan ke Cina, India, Jepun.

Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.

Membuat alatan.

Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.

Buruh Cina dipantau pembesar.

Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.

Dapatkan kebenaran

Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.

Jual semula kpd pembesar.

Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.

Harga ditentukan pembesar.

Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.

Penglibatan Pemodal Eropah gugat Melayu.

Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.

Melayu pajak tanah.

Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.

British minat sebab keuntungan tinggi.

Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.

Abad -20 dikuasai Eropah.

Pada awal abad  ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.

Modal kecil Cina gagal bersaing.

Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.

Intensif modal.

Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.

Gubal undang-undang.

Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.

Cina merosot – British kuasai.

Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

 

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.

 

1.     Kwangtung

2.     Kwangsi   

3.     Fukien

 

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

 

1.     Sistem Tiket kredit  

2.     Sistem pengambilan kakitangan

3.     Sistem pengambilan rumah kongsi

4.     Kemasukan berkumpulan

 

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.

 

Kurang buruh tempatan

Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.

British benar masuk

British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.

Kemiskinan di negara sendiri.

Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.

Melayu tidak tentang

Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.

Hubungan tTradisi yg sudah ada.

Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Peluang kerja.

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.

Kestabilan Politik.

Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

 

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

 

1.     Sistem Tiket Kredit

 

Dikumpul dari kg.

Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.

Ketua bayar wang

Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.

Buat perjanjian

Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.

Sin Kheh diawasi.

Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.

Tiket dibekalkan.

Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

Pemborong buruh.

Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

 

2.     Sistem Pengambilan kakitangan

 

Majikan hantar pegawainya.

Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.

Tambang dibiayai majikan.

Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.

Pegawai Iring buruh.

Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

 

3.     Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

 

Dilakukan Pegawai Di Cina.

Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.

Pegawai yg biayai

Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.

Diserah tuan rumah kongsi .

Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

 

4.     Kemasukan Secara Berkumpulan

 

Tajaan Charles Brook

Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.

Persetujuan ketua Foochow – Sarawak.

Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.

Sektor pertanian.

Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

 

Maksud kangani

 

Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.

 

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.

 

1.     Sistem Buruh Bebas

 

Sendiri

Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.

Atur

Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.

Bebas

Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

 

2.     Sistem Kontrak

 

Majikan biaya

Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.

 

3.     Sistem Kangani

 

Lesen

Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.

Wang Pendahuluan

Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.

Pengurus agensi

Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

 

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.

 

Mata wang - Melaka

Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.

Melayu lain.

Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.

Mata wang Sepanyol

Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat

Wang Kertas

Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat. 

Wang Negeri Selat.

Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.

Penjajah tubuh bank

Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.

Kemudahan pinjaman.

Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.

Dana luar – cepat.

Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.

Bank ejen pembayar

Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.

Mercantile Bank -Pertama

Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.

Bank Eropah

Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.

Perkhidmatan utama – org Eropah.

Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.

Bank Tempatan

Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.

Bank di Sarawak

Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.

Melayu tubuh bank.

Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

 

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.

 

Perkembangan Perdagangan

Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.

Insurans Maritim

Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.

Insurans Kebakaran

Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.

Cawangan Insurans Luar.

Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.

Syarikat perwakilan

Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England. 

Syarikat Insurans Tempatan

Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.

Pengasingan khidmat insurans

Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.

Ordinan Insurans.

Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

 

 

Dasar British Terhadap Pertanian

 

Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan

 

Tanaman baru

Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.

Komersilkan tanaman

Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

Tanaman Ladang

Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.

Pemilikan tanah

Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.

Lindung tanah Melayu

Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

 

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu

 

Elemen utama.

Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.

Sistem Pemilikan tanah Melayu.

Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.

Tiada Rekod

Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

Rekod Bertulis

Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

Mudahkan Pentadbiran

Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.

Jadikan Cagaran

Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.

Nilai Komersial tanah

Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.

Ketentuan Cukai

Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.

Permohonan Tanah

Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.

Kebenaran Pejabat Tanah.

Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

 

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu

 

Permohonan – Pejabat Tanah

Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.

Kuasa residen

Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.

Kebenaran Pejabat Tanah

Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.

Sistem Wang

Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

Urusan dengan wang

Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.

Melayu Pinjam Wang

Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.

Melayu  Jual Tanah.

Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

 

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.

 

1.     Akta Tanah Simpanan Melayu

2.     Land Order

3.     Land Settlement Order

4.     Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

 

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi

 

AktaTanah Simpanan Melayu.

Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.

Jamin eko./politik.

Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.

Elak pindah milik.

Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.

Kuasa isytihar

Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.

Tak Benar tanam komersial.

Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.

Padi dan kelapa.

Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.

Land Order – hak milik di Sarawak.

Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.

Lindungi drp Cina.

Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.

Land Settlement Order.

Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.

Warisan dan pemilikan

Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.

Elak pajakan,pecah..

Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.

Pembahagian jenis tanah

Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.

Imigran - Tanah campuran

Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.

Warta Hak Pribumi.

Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.

Peg Daerah – kuasa – Sabah.

Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.

Sebelum 1888 tak sah

Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.

Peg Daerah – kuasa – niaga.

Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.

Tiada Tuntut ganti rugi.

Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

 

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.

 

Lindungi drp ceroboh

Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.

Lindung tanah pribumi

Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.

Pindah milik melalui pewaarisan.

Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.

Bahagi kpd 3 kaw.

Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.

Tanah campuran-imigran.

Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.

Kuasa Pegawai Daerah.

Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.

Urus niaga tanah dimaklumkan

Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.

Berhak ganti rugi

Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

   

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.

 

Larang tanam

Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi.

Kurang orang Melayu

Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan.

Premium dikenakan – tanah baru

Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.

Pembukaan Tanah baru dilarang.

Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.

Lindungi pemodal Eropah

Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.

Kuota Rendah

Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.

Melayu tidak minat

Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

 

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.

 

Elak Libat dlm getah

Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

Tak mahu Gantung impot padi

Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.

Tiada jaminan beras luar.

Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.

Melayu disekat tanam getah.

Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.

Elak Ancam Getah Eropah.

Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.

 

Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.

 

Tidak beri keutamaan

Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.

Keutamaan kpd penjajah.

Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara.

Galakan kpd Eropah.

Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.

Tiada insentif kewangan.

Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.

Melayu disekat tanam getah.

Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah

Lindungi peladang Eropah.

Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga getah.

Kuota Rendah

Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.

Premium tanah naik.

Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

 

 

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British

 

Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

 

Bijih timah

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.

Petroleum

Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.

Perkembangan Pengangkutan

Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.

Pertanian

Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.

Kedudukan Strategik

Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.

Ada Pelabuhan

Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.

Pusat Pengumpulan hasil

Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.

 

Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.      

 

Petempatan berbeza

Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet

Pekerjaan ikut kaum

Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.

Bahasa berbeza

Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.

Tiada kesepaduan kaum

Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.

Pendidikan Vernakular

Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

 

Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

 

Pendidikan Vernakular

Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Guna Bahasa Ibunda

Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa penggantar.

Sek. Melayu- Neg.Selat.

British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.

Sek Melayu – Tlk Belanga.- Pertama

Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.

Kemudian - Seberang Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.

Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.

Sek .Perempuan 1885

Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.

Kolej Melayu -Elit

Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.

Sek.Melayu-Peringkat Rendah

Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.

Guru- MPSI

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.

Ladang- Tamil

Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.

Bandar – Tamil - Barat

Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.

Sukatan - India

Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.

Saudagar Cina – tubuh sek.

Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.

Dialek masing-maing.

Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.

Enakmen – daftar sekolah.

Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.

Mubaligh Kristian – sek Ingg.

Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.

Sek. Ingg – Elit - Bandar

Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.

Sek Ingg. Ikut England

Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.

Universiti Malaya.

Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.

 

Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

 

Kurang maju tumpu bahan mentah.

Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.

Barangan diimport

Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.

Tujuan eksport – kasut getah.

Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.

Kasut Bata - Klang

Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.

Fung Keong, Kinta Rubber Works – berasaskan getah

Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.

United Engineer – kapal korek

Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.

Mengetin nanas.

Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.

Pemodal Cina

Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

 

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.

 

Perkembangan Lombong & Petanian

Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.

Cepat penghantaran

Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

Jln Keretapi Pertama

Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.

Perkhidmatan utk Timah

Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.

1918 Keretapi ke Sempadan Siam

Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.

1931 ke Timur

Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.

1923 Sambung ke Singapura

Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.

Buka tanah baru

Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.

Pelabur luar datang

Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.

Muatan yg banyak

Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

Jln raya berturap

Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.

Sepanjang 2400km jln raya

Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.

Kenderaan bertambah

Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.

Hubung Perlis - Singapura

Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.

Mudah hubungan Barat Timur

Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.

Komunikasi – Tel. Telegraf, pos...

Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.

Tambah kecekapan

Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

 

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20

 

Lombong Timah

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.

Cepat penghantaran

Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.

Hubungkan dengan kawasan timah

Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.

Hubung seluruh Bahagian TM

Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.

PembukaanTanah Getah

Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.

Pelabur Luar - Getah

Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.

Muatan

Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

Luar

Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.

Pelabuhan

Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.

         

Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

 

Bina Hospital

Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.

Pusat Kesihatan

Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah merebak.

Pusat Kesihatan Kecil

Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.

Sabah – bina hospital

Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.

Sarawak – di Kuching, Sri Aman, Sibu

Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.

Sumbangan orang Perseorangan

Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.

Institut Penyelidikan Perubatan

Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.

Lembaga Sanitary

Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala Lumpur.

Jabatan Kesihatan

Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.

 

[Atas Halaman ]