Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

 

Konsep

 

Imperialisme berteraskan peluasan kuasa dan penguasaan terhadap sempadan politik sesebuah negara.

Kolonialsme berteraskan pengenaan pengaruh dan memaksa pengaruh itu diikuti terhadap negara yang dijajah sejajar dengan pemikiran atau ideologi negara penjajah.

Mekantilisme berteraskan  peluasan, penguasaan dan pengenaan pengaruh dari aspek ekonomi yang bercirikan keuntungan kepada negara penjajah.

 

Ciri-ciri:

 

1.        Meluaskan kuasa yang merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya.

2.        Menjajah dan menguasai pemerintahan dan kekayaan ekonomi sesebuah negara.

3.        Meletakkan dan mengenakan pengaruh dan budaya terhadap negara yang dijajah.

4.        Menghilangkan identiti negara yang dijajah.

5.        Mengaut keuntungan ekonomi dan mengkayakan negara penjajah.

6.        Menggunakan tipu muslihat dalam perjanjian dan kekerasan peperangan.

7.        Menghalang negara dijajah daripada mengadakan hubungan dengan kuasa besar yang lain.

8.        Tidak menghormati kedaulatan negara dijajah sama ada dari aspek perundangan dan budaya.

9.        Melebihkan golongan pedagang asing daripada pedagang tempatan.

10.     Menggunakan wang – iaitu sebagai cagaran terhadap kepentingan ekonomi – Cina meminjam dalam membangun dan memodenkan negara mereka. ( Harold M.Vinacke: 1967)

 

Sebab-sebab kemunculan dan peluasan kuasa:

 

1.        Wujudnya revolusi industri di Britain pada abad ke-18 dan kemudiannya merebak ke Eropah.

2.        Keinginan mendapatkan bahan mentah bagi menampung keperluan dengan berkembangnya industri dan penemuan dan penciptaan terbaru .

3.        Bagi memasarkan barangan hasil daripada berkembangnya industri perkilangan.

4.        Wujudnya teknologi moden dalam bidang perhubungan dan pengangkutan yang memudahkan perjalanan.

5.        Memasukkan pemikiran moden terhadap negara yang dijajah sama ada dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

6.        Wujudnya persaingan dari aspek politik, dan ekonomi antara negara-negara penjajah.

7.        Keinginan untuk menyebarkan agama kristian di kalangan negara Asia.

8.        Faktor keuntungan melihatkan kekayaan sumber alam di Asia.

 

Peperangan

Ciri-ciri ke arah berlakunya peperangan

 

1.        Pelanggaran perjanjian

1.1.      Tidak menghormati perjanjian yang ditanda tangani oleh pemerintah terdahulu.

1.1.1.           Sebagai contoh Raja Tharawady dan Pagan Min tidak mengakui perjanjian yang ditandatangani oleh Bodawpaya dalam Perjanjian Yandabo.

1.1.2.           Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro dan Inggeris yang berkaitan dengan pengganti Raja yang sepatutnya milik Dipo Negoro. Belanda sebaliknya menabalkan Djarot adik Dipo Negoro sebagai Amangku Buwono V.

2.        Ketidakpusan hati mengenai kandungan perjanjian

2.1.      Perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditandatangani.

2.1.1.           Cina tidak puas hati ia terpaksa membuka pelabuhannya kepada kuasa Barat dan telah mencetuskan Perang Candu 2.

2.1.2.           Musnahnya institusi Co-Hong dan menjejaskan penguasaan pedagang Cina di Cina.

2.1.3.           Jepun tidak berasa puas hati dengan pembahagian kuota dan perkembangan ketenteraan yang tidak seimbang  dengan pembahagian kuota 5:5:3:1.75:1.75 iaitu AS-5, British-5, Jepun-3, Perancis-1.75, dan Jerman-1.75. Jepun juga tidak boleh memiliki kelengkapan meriam yang lebih besar.

2.1.4.           Jepun juga tidak puas hati akan hasil Perjanjian Versailles yang menafikan haknya bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah kuasa besar dan bagi memperoleh kuasa veto dalam LBB.

3.        Ancaman terhadap kedaulatan

3.1.      Ancaman terhadap nilai agama

3.2.      Ancaman kedaulatan terhadap sempadan

3.3.      Ketidakpatuhan undang-undang negara

3.4.      Kehilangan maruah dan harga diri negara

3.4.1.            

4.        Wujud blok-blok dan pakatan

4.1.      Wujudnya pesepakatan dalam bidang ketenteraan.

4.1.1.           Jepun, Jerman, dan Itali menubuhkan pakatan paksi dan bagi mengimbanginya Amerika Syarikat, British, Perancis dan Russia menubuhkan pakatan berikat.

4.1.      Persepakatan dalam menghalang perkembangan ekonomi.

4.1.1.           Persepakatan kuasa-kuasa penjajah barat seperti Amerika Syarikat, British, Belanda, dan Perancis menghalang perkembangan ekonomi Jepun dengan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Jepun di Asia Tenggara dan negara jajahan takluknya.

5.        Perebutan sumber ekonomi

5.1.      Perebutan bagi kawasan yang banyak bahan mentah.

5.2.      Bagi menguasai jalan perhubungan yang mempunyai nilai ekonomi

5.3.      Merebut kawasan strategi untuk menpastikan pengwalan ekonomi yang berterusan.


 

Sebab-Sebab Perang

 

Perang Jawa 1830

 

1.1.      Belanda tidak menghormati perjanjian antara Dipo Negoro dan Inggeris semasa Jawa diperintah oleh Inggeris untuk melantik dirinya sebagai Amangku Buwono IV.

1.2.      Masalah agama – Belanda buat jalan atas perkuburan keluarga Dipo Negoro

1.3.      Mendaulatkan Islam di Jawa dan menentang penjajahan kafir

 

Perang Inggeris-Burma 1 1826

 

  1. Masalah sempadan – Bodawpaya minta Inggeris serah pemberontak Burma. Enggan Bodawpaya menyerang melangkaui sempada Inggeris.
  2. Serangan terhadap Manipur dan Chacar. Menawan Maniipur dan mengancam Chacar-minta bantuan Inggeris.
  3. Khuatir kerjasama Perancis-Burma mengancam Inggeris di India.
  4. Pemberontakan  Chin Byan – hingga mendirikan pangkalan tentera di Chittagong .
  5. Masalah Pulau Shahpuri – Burma tawan . Cemar Inggeris  dan boleh gugat pangkalan tentera Inggeris.

 

 

SEJARAH  PERJANJIAN DALAM POLITIK ASIA

1800 – 1963


 

Selain perkataan perjanjian , perkataan yang membawa maksud yang sama ialah Persetiaan, Protokol, Perikatan, dan Memorandum Persefahaman.

 

Perjanjian Yandabo 1826

 

1.        Burma menyerahkan wilayah-wilayah Arakan, Tennaserim, Assam, manipur dan Chacar kepada British.

2.        Seorang penasihat Inggeris diletakkan di Burma.

3.        Seorang Duta Burma ditempatkan di India.

4.        Burma tidak boleh campur tangan di Manipur.

5.        Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dirundingkan.

6.        Burma perlu hentikan serangan terhadap Siam.

7.        Burma dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris.

 

Perjanjian Kanagawa

 

  1. Selain Nagasaki, Jepun perlu membuka pelabuhan Shimoda dan Hakadote kepada masyarakat barat bagi mendapatkan bekalan arang batu dan membaiki kerosakan.
  2. AS dibenarkan melantik seorang konsul dan diletakkan di Shimoda.
  3. Jepun beri jaminan perlindungan keselamatan terhadap anak kapal AS yang terlantar di Jepun.

 

Perjanjian Shimonoseki 1895

 

  1. Cina iktiraf kemerdekaan penuh Korea.
  2. Cina bayar ganti rugi sebanyak 200 juta tael. Pelabuhan Wei Hai Wei diduduki Jepun sehingga bayaran ganti rugi habis dijelaskan.
  3. Cina serahkan Semenanjung Lio Tung termasuk Port Arthur dan Danny kepada Jepun yang  strategik dari segi ketenteraan.
  4. Cina serahkan juga pulau Pecadores dan Formasa kepada Jepun.
  5. Jepun dapat hak istimewa dengan boleh mendirikan kilang di Cina.
  6. Empat pelabuhan baru dibuka kepada pedagang asing iaitu shansi, Chungking, Soochow, dan Hangchow di Trusan Besar.

 

Perjanjian Tientsin/Peking

 

  1. Kerajaan Cina membuka pelabuhan tambahan untuk pedagang asing di Chefoo, Chingkiang, Kianggchow, Kiuking, Newchwang,Nanking, Hankow, Swatow, dan Wechow.
  2. Kapal pedagang asing dibenarkan menggunakan sungai Yangtze.
  3. Orang asing dan perwakilannya dibenarkan tinggal di Peking.
  4. Orang asing boleh mengembara di kawasan pedalaman Cina jika ada paspot yang layak.
  5. Mubaligh Kristian hendaklah dibenarkan menjalankan kegiatannya untuk mengembangkan agama Kristian.
  6. Kowloon diserahkan kepada British.
  7. Cina membayar ganti rugi peperangan.
  8. Perdangangan candu dibenarkan.
  9. Tientsin dibuka kepada perdagangan luar, Canton ditadbir British sehingga selesai bayaran pampasan, Cina menanggung perbelanjaan ekspidisi  Lord elgin dan Baron Gros.

 

Perjanjian Nanking 1842

 

  1. Cina serah Hong Kong kepada British.
  2. Cina bayar ganti rugi sebanyak $21 juta. $6 juta bagi candu yang dimusnahkan, $3 juta bagi membayar hutang Co Hong dan $ 12 juta untuk belanja perang.
  3. Lima  buah pelabuhan dibuka kepada pedagang asing – Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai.
  4. Saudagar asing dibenar menetap di pelabuhan-pelabuhan tersebut dan diberi hak melantik konsul mereka di setiap pelabuhan.
  5. Monopoli perdagangan oleh sekumpulan saudagar Cina dimusnahkan. Sistem Co-Hong dihapuskan dan perdagangan dijalankan secara sama rata.
  6. Cukai tarif yang sederhana dan sama dikenakan terhadap ekspot 5% dan impot 3%. Peraturan akan dirangka. Cukai tidak boleh ditambah tanpa persetujuan bersama.
  7. Persamaan taraf dalam mengadakan hubungan rasmi.

 

Perjanjian Bowring 1855

 

  1. sistem tarif dikenakan terhadap impot dan ekspot. Cukai ad velorem terhadap barangan impot ialh 3% dan barangan ekspot ialah 5%.
  2. Ekspot beras dibenarkan.
  3. Pihak Inggeris dibenarkan mengimpot candu, dan tertakluk pada peraturan yang ketat.
  4. Hak wilayah asingan akan diberikan kepada Inggeris.
  5. Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah sekitar 6 km dari Bangkok.
  6. Kapal perdagangan British dibenarkan singgah di semua pelabuhan.
  7. Seorang konsul British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok.

 

Perjanjian Inggeris-Siam 1897

 

  1. Siam tidak akan menyerahkan mana-mana wilayah di sebelah utara Tanah Melayu kepada mana-mana kuasa aisng.
  2. Inggeris akan memberi bantuan jika Siam di serang oleh kuasa besar lain.

 

Protokol Boxer, 1901

Latar: Berlaku penerimaan syarat dalam protokol ini selepas kejadian Pemberontakan Boxer 1897 di Cina.

 

Syarat-syarat Protokol:

 

  1. Kerajaan Cina dihekehendaki menghantar utusan  meminta maaf secara rasmi ke Jerman dan Jepun kerana kematian seoran Menteri Jerman dan Canselor Jepun.
  2. Kerajaan Manchu dikehendaki menghukum mati pegawai-pegawai Cina yang terlibat dalam pemberontakan itu.
  3. Peperiksaan perkhidmatan awam hendaklah ditangguhkan di 45 buah bandar yang terlibat dengan pemberontakan Boxer.
  4. Cina membenarkan kuasa asing meletakkan tenteranya di tempat-tempat strategik dari Peking ke laut..
  5. Cina membenarkan kuasa asing mengawal kedutaan mereka masing-masing.
  6. Cina naikkan  taraf hubungan dengan negara asing hingga peringkat duta.
  7. Cina dilarang mengimpot senjata selama 2 tahun.
  8. Cina dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 450 juta tael kepada negara asing yang terlibat selama 40 tahun dengan kadar 4% setahun.
  9. Kuasa  Barat mendapat hak istimewa pajakan pelabuhan dan kawasan tambahan.

 

Perikatan Inggeris – Jepun 1902

 

  1. Jepun dan British mengakui kepentingan masing-masing di Mancuria dan Korea serta Cina
  2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi kepentingan masing-masing dengan menyokong tindakan pihak yang lain.
  3. Jika salah satu pihak terlibat dalam peperangan, pihak yang satu lagi hendaklah berkecuali dan berikhtiar menyekat musuh daripada mendapatkan bantuan.
  4. Jika pihak musuh mendapat bantuan, pihak lagi satu hendaklah membantu.
  5. Jangka masa perjanjian selama 5 tahun dan jika tidak di tamatkan dalam tempoh itu, ia dilanjutkan setahun lagi.

 

Persetiaan Inggeris-Siam 1902

 

  1. Inggeris dibenarkan meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu utara bagi menyelesaikan masalah kedatangan kuasa Eropah yang lain.

 

Persetiaan Portmouth 1905

 ( Antara komura dan Witte )

 

  1. Semenanjug Lioatung dis erahkan kepada Jepun
  2. Kepentingan penguasaan Jepun di Korea diakui oleh Russia.
  3. Russia menyerahkan hak jalan keretapi di Selatan Manchuria kepada Jepun.
  4. Sebahagian daripada pulau Sakhalin diserahkan kepada Jepun ialah dibawah garis lintang 500.
  5. Russia dan Jepun dikehendaki berundur dari Manchuria,tetapi boleh meninggalkan petugas bagi menjaga jalan keretapi.
  6. Jalan keretapi manchuria adalah untuk perdagangan dan perusahaan kecuali di Semenanjung Liaotung.
  7. Jepun dan Russia tidak menyekat hak Cina untuk mengenakan sekatan kepada semua negara dalam majukan perdagangan Cina.

 

Perjanjian Bangkok 1909

 

  1. Siam menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris.
  2. Inggeris bersetuju membatalkan hak-hak wilayah asingan di Siam.
  3. Inggeris memberi pinjaman 4 juta pound kepada Siam untuk pembinaan jalan keretapi

 

Persetujuan Jepun - Cina 1915

( Berkenaan dengan Manchuria Selatan dan Monggolia Dalam Timur.)

 

  1. Tempoh pajakan Port Arthur dan Dalny dan syarat-syarat perjanjian Keretapi manchuria Selatan dan Antung-Mukden dilanjutkan menjadi 99 tahun
  2. Rakyat Jepun boleh mentap dan keluar masuk Manchuria Selatan, menjalankan perniagaan dan perusahaan membuat barang, dan memajak tanah di luar kawasan pelabuhan yang berkaitan dengan persetiaan bagi kegunaan perdagangan dan pertanian.
  3. Pemerintah Cina akan memberi kebenaran kepada sebarang perusahaan bersama antara Cina-Jepun.
  4. Rakyat Jepun mestilah terikat kepada undang-undang dalam negeri Cina tetapi dalam menjalankan perbicaraan ke atas orang-orang yang telah melakukan kesalahan maka sistem wilayah asingan mestilah dipakai.
  5. Pihak Cina mesti membuka tempat-tempat yang sesuai di Monggolia Dalam sebelah Timur kepada perdagangan dan petempatan asing.
  6. Perjanjian pinjaman wang keretapi Kirin-Changchuan mesti dijual semua supaya memberi faedah kepada Jepun.

 

Tambahan persetiaan..di atas

 

  1. Rakyat Jepun mesti mempunyai hak untuk membuka lombong di kawasan tertentu yang telah disebutkan Jepun.
  2. Jika Cina mahunkan wang modal bangsa Asing ia perlu membuat permohonan kepada Jepun.

 

  1. Jika Cina mahukan penasihat dalam bidang kewangan, tentera atau polis maka perlu minta dan dapatkan dari Jepun.

 

 

Persetiaan Shantung ( Cina – Jepun )1915

 

  1. Cina memberi persetujuan penuh kepada semua hal yang drp masa itu kerajaan Jepun bersetuju dengan Jerman berhubung dengan penentuan semua hak, kepentingan dan konsesi yang dimiliki oleh Jerman menurut persetiaan  atau selainnya di wilayah Shantung
  2. Pemodal Jepun mempunyai hak untuk membina jalan keretapi Chefoo-Wihsien sekiranya Jerman menolak keistimewaannya untuk membiayai pembinaan itu.
  3. Tempat tambahan bagi petempatan asing mesti ditambah dan dibuka oleh pihak Cina di wilayah itu.
  4. Cina bersetuju tidak akan mengasingkan sebarang kawasan dalam dalam wilayah atau pulau kepada sebarang kuasa luar untuk sebarang kegunaan .
  5. Jepun akan mengembalikan kawasan pajakan di Telok Kiochow apabila ia menerimanya daripada Jerman dengan syarat dibuka Telok tersebut bagi urusan perdagangan, dan Cina memperuntukan kawasan bagi kerajaan Jepun jadikan tempat konsesi yang berada dibawa kawalan Jepun
  6. Cina akan memberikan keizinan kepada Jepun untuk bekerjasama dalam hal syarikat Hany’enp’ing, dan bersetuju tidak akan memiliknegara syarikat itu tanpa persetujuan pemodal Jepun atau mendapatkan pinjaman daripada kuasa lain selain daripada Jepun.
  7. Cina tidak akan benarkan wilayah Fukien dibuka kepada mana kuasa lain untuk bina limbungan dan lain-lain kegunaan sama ada perdagangan ataupun ketenteraan.

 

Perjanjian Versailles 1919

 

1.        Cina bebas daripada semua tanggungjawab untuk meneruskan kewajipannya kepada Jerman

  1. Cina dapat semula tanah dan hak yang diberikan kepada Jerman di Tientsin dan Hankow
  2. Jepun dapat ambil alih kuasa dan hak Jerman di Shantung. Shantung akan dipulangkan kepada Cina perundingan hak politik.

 

Perjanjian Langsing – Ishii

 

  1. Amerika Syarikat mengiktiraf kedudukan Jepun yang mempunyai kepentingan yang istimewa di Cina.
  2. Jepun dan Cina menggangap ia satu pengiktirafan tentang kedudukan pada 1917.

 

Perjanjian Washington 1922