Institusi Pemerintahan

 

Ë     Sistem Beraja / Maharaja

 

Konsep

 

1.    Ketuhanan

a.     Jepun Maharaja ialah keturunan Amaratsu - Dewi Matahari

b.     Burma, Thailand, dan IndoCina pengaruh Budha Theravada - kedudukan raja penting

       dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang.

c.     Sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.

d.     Burma , Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang berasaskan pada pengluasan buruh. Kedaulatan raja hasil daripad pengaruh Budha dan Hindu.

       Kawasan Istana suci. Rakyat perlu ikut peraturan seperti tundukkan kepala, membuka kasut.

e.     Raja Nguyen anggap dirinya Thein-tu - anak tuhan, hak memerintah sebagai wakil tuhan.

f.     Ketutunan raja Kampuchea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 - 1970 ) dianggap suci.

g.     Raja Siam berteraskan konsep divine kingship yang dipengaruhi unsur Budha dan Hindu

 

 

Peranan Raja/Maharaja

 

1.    Burma

a.     penaung dan pengembang agama

b.     penakluk negeri.

c.     tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.

d.     pemberi pengesahan kepada sistem politik dan sosial.

e.     menjamin pengekalan adat resam tempatan dan mempunyai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan datang.

 

Ciri-ciri kekuasaan raja Burma:

I.     Pengumpulan gajah putih.

a.    Dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa raja - gagah dan negara semakin makmur.

b.    Gajah putih sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

 

2.    Vietnam

a.     Raja sebagai punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta ayah kepada rakyat. Sebab manusia diberi keupayaan yang berbeza dan raja memiliki kelebihan.

 

3.    Kampuchea

a.     Rujukan undang-undang dan pertuturannya dianggap undang-undang.

b.     Tempat menaruh harapan kepada mereka yang hadapi masalah.

c.     Raja lambang kemamkmuran negara - tiada raja bermakna negara musnah.

4.    Siam

a.     Pelindung rakyat

b.     Mempunyai kuasa mutlak semua yang ada di bumi.

c.     Peranan Raja Siam dalam Dinasti Chakri 1782 - 1910:

       Peranan Rama 1 1782-1809.

I.     Mengeluarkan undang-undanh seperti yang diperlukan.

ii.     Memastikan upacara negara dijalankan.

iii.    Menjadi penaung kepada Buddhaisme.

iv.    Menggalakkan kesusasteraan rakyat.

v.     Mengubahsuai tradisi Ayudhya yang berkaitan dengan undang-undang cerai, kesusasteraan dan sejarah, undang-undang agama, dan istiada negara. - Revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia untuk menentukan nasib dan negara.

Peranan Rama 2 dan 3

I.     Melaksanakan upaca negara

ii.     menjamin keamanan dalam negeri.

iii.    Mempertahankan negeri daripada tekanan luar.

iv.    Memperkembangkan keintelektualan - Rama 3

 

Ciri-ciri kekuasaan raja Siam:

I.     Pengumpulan gajah putih - simbol kebebasan raja

 

5.    Jepun

a.     Bertugas hanya dalam melaksanakan  upacara  sahaja.

b.     Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c.     Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan menerima taat setia daripada rakyat.

d.     Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

           

Ë       Struktur pentadbiran / Peranan Pembesar:

 

1.    Siam

I.     Pembahagian rakyat kepada dua golongan:

a.    Golongan Tentera - di bawah Kalahom - penguasaan di selatan Siam

b.    Golongan Awam - di bawah  Mahatthai - penguasaan di Utara Siam.

ii.     Di bawah kedua-dua bahagian ini terdapat empat kementerian dan diketuai oleh menteri.

a.    Perbendaharaan

b.    Istana

c.    Ibu kota

d.    Tanah     

iii.    Abad ke -17 menteri-menteri  Kalahom dan Mahathai bertukar fungsi kepada ketua wilayah dan berperanan untuk:

a.    mengerahkan rakyat tempatan semasa perang.

b.    menyimpan rekod-rekod banci rakyat.

c.    menyelia pentadbiran harian wilayah-wilayah yang merangkumi perjalanan mahkamah, cukai yang sepatutnya dibayar oleh setiap wilayah.

d.    Perbendaharaan - pengendalian perdagangan raja dengan dunia luar seterusnya menjadi Menteri Luar.

iv.    Ditadbir seperti hak keluarga dengan hak dalam hal ehwal dalam negeri, keadilan, pertahan dan kewangan

 

 

2.    Burma

I.     Petadbiran dibahagikan kepada pegawai-pegawai ikut fungsi seperti Raja Muda, Wungyi  (Menteri ), Menteri Muda ( wundauk ) , setiausaha-setiausaha, dan pegawai istana (  atwinwun ).

ii.     Wungyi dan wundauk menjadi anggota Majlis Negara ( Hluttaw ) - yang berfungsi sebagai mahkamah agung.

       Menguasai jabatan-jabatan seperti perbendaharaan dan tempat menyimpan kelengkapan tentera dan arang batu.

iii.    Atwinwun - darjat lebih rendah , tetapi lebih berkuasa kerana bekerja di istana dan ada hubungan dengan raja.

iv.    Kenaikan pangkat berdasarkan:

a.    pendidikan.

b.    perkhidmatan tentera.

c.    hubungan patron- klein seperti dalam kes Kinwun Mingyi atau U Gaung.

v.     Peranan lain pembesar Burma ialah:

a.    pembekal tenaga tentera raja. ( Myowun ) Gabenor.

b.    Hubungan luar ( Kes Kinwun Mingyi ingin dapatkan pengiktirafan Inggeris terhadap kedaulatan Raja Burma ).

c.    Beperanan dalam menentukan pengganti raja - U Gaung berperanan menggantikan Mindon dengan Thibaw.

d.    Peranan Ketua Kampung ( Ywa Thugyi )

I.     Mengutip cukai  dan menjalankan pentadbiran undang-undang .

ii.    Menentukan pengeluaran makanan dan tenaga buruh untuk negara.

 

3.    Vietnam

a.     Struktur organisasi pentadbiran Vietnam dipengaruhi unsur Cina dan  terdiri daripada:

I.     Raja        -    ]   Pentadbiran Pusat

ii.     Quan       -    ]  

       Quan dibahagikan kepada peringkat atau gred. Quan awam mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Quan tentera.

       Quan Awam mengetuai tentera dan membuat keputusan yang berkaitan dengan tentera walaupun tidak ada latihan.

iii.    Xuan ( Desa )      -           Pentadbiran Desa

b.     Pentadbiran Pusat bertanggungjwab terhadap  pertadbiran negara, perjalanan undang-undang dan pelajaran. Dilakukan melalui :

       Enam jabatan  penting:

I.     Istiadat - bertanggungjawab terhadap pelajaran dan perhubungan luar.

ii.     Takwim bulan

iii.    Perkhidmatan awam - mennetukan pelantikan, tugas, kenaikan dan penurunan pangkat.

iv.    Kerja raya. - pembangunan tali air.

v.     Kewangan

vi.    Kehakiman dan Peperangan.

Dasar negara dijalankan melalui Majlis Sulit ( co-mat-vien ).

       Pengerusi :  Maharaja

Jawatankuasa: Empat orang Menteri Kanan dan Pegawai Istana.

Bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan yang berkaitan negara.       

c.     Pentadbiran Desa - unit pentadbiran paling bawah.

Berkisar pada suku -suku keluarga dan ketua desa. Peranan yang dijalankan:

I.     mengenakan hukuman terhadap kesalahan ringan

ii.     berfungsi sebagai bapa kepada anak mereka

iii.    menggubal dasar umum tterhadap tanah awam

iv.    menyelia projek awam.

v.     membahagikan tanah dan air untuk pertanian.

vi.    menentukan siapa yang diperlukan untuk memenuhi kerah kerajaan

vii.   memungut cukai

viii.  menjadi ketua upacara.

ix.    mengemaskinikan daftar penduduk.

x.    mengerahkan tenaga buruh dan rakyat yang bakal berkhidmat dalam tentera dan buruh.

       Kesan peranan ketua desa merupakan simbol penting pemerasan peringkat pusat dan kemudiannya kolonial Perancis.

 

4.    Jepun

a.     Pentadbiran dan pemerintahan dijalankan oleh Shogun. 

b.     Bertanggungjawab dalam menjalankan pemmerintahan dan pentadbiran negara.

c.     Ketua angkatan tentera dan merupakan general bagi ketenteraan Jepun.

d.     Memastikan keamanan negara dan disiplin diri.

e.     Memastikan peraturan-peraturan dan undang-undang dipatuhi.

f.     Mengawal para daimyo daripada memberontak dan menggugat keamanan negara. Feudal berpusat.

g.     Bertanggungjawab menghilangkan kebimbangan rakyat terhadap pemerintahan  dan keamanan negara. Sebab selama ini politik Jepun sering dilanda peprangan dan perang saudara seperti yang berlaku dalam zaman  Kewshogunan Ashikaga.

 

Struktur pentadbiran dan kawalan pembesar.

a.     Lima  kelas masyarakat yang berfungsi secara sehala:

I.     Maharaja

ii.     Shogun - Daimyo - Samurai

iii.    Petani -

iv.    Artisan

v.     Peniaga

b.     Pememrintahan berdasarkan feudalisme berpusat. Para pembesar ( daimyo ) dikawal secara berpusat oleh Shogun. Wujud bentuk pemerintahan dan pentadbiran kawasan berikut: ( Lihat rajah ).

I.     Kawasan Tokugawa

ii.     Kawasan Shimpan - pembesar dan keluarga Tokugawa

iii.    Fudai - Pembesar yang menjadi vasal Tokugawa sebelum Tokugawa jadi pemimpin.

iv.                 Tozama - Pembesar yang baru hendak mengakui kepimpinan Tokugawa. Dari Satsuma dan Chosu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

c.     Peranan Tokugawa  mengekalkan dan melebarkan kekuasaan.

I.     Mewujudkan sistem sankinkotai - pembesar memberikan ikrar taat setia kepada Tokugawa  dengan pergi ke Edo enam bulan sekali.

       Keluarga Daimyo dijadikan tebusan dan tinggal di Edo.

       Perbelanjaan besar - mengurangkan kemampuan daimyo untuk menentang Shogun

ii.     Menghadkan dan mengambil kuasa Maharaja. Maharaja berfungsi dan beperanan dalam keadaan berikut:

a.    Bertugas hanya dalam melaksanakan  upacara  sahaja.

b.    Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.

c.    Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan menerima taat setia daripada rakyat.

d.    Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.

e.    Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Shogun menggunakan gelaran Pemerintah Utama dan tidak Raja.

iii.    Pembesar dihadkan berjumpa Maharaja. Perjumpaan hanya dengan kebenaran Shogun.

iv.    Perpindahan ibu kota dari Kyoto ke Edo . Memudahkan pengawalan Maharaja oleh Shogun.

v.     Peraturan hidup daimyo ditentukan oleh Shogun. Daimyo tidak boleh mewujudkan perikatan melalui perkahwinan melainkan dipersetujui Shogun. Bagi golongan kesatria peraturan hidup dikeluarkan dan berkuasa dalam kawasa mereka sahaja, serta mesti taat dan menjadi vasal kepada Shogun.

vi.    Setiap daimyo dibenarkan membina sebuah benteng  sahaja untuk keselamatan.

vii.   Menjalankan dasar tutup pintu ( pemencilan ) bagi mengelakkan orang luar mempengaruhi daimyo bagi menentang Shogun. Antara langkah yang diambil:

a.    Melarang orang Jepun keluar dari Jepun

b.    Tidak membenarkan orang Jepun yang berhijrah keluar daripada pulang semula ke Jepun.

c.    Mengharamkan penyebaran agama Kristian.

d.    Mengharamkan kemasukan orang Barat kecuali Belanda dan hanya bergerak di Nagasaki sahaja. Ia menjadi kawasan monopoli Shogun.

e.    Perdagangan masih dibenarkan, tetapi dengan kapal kecil sahaja, bagi memastikan ia tidak boleh belayar jauh.

 

 

Rujukan

 

Abu Talib Ahmad, ( 1991 ), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Bab 1. 

 

Taunoda. R, et.al , ( 1964 ), Sources of Japanese Tradition, Jilid 1, Columbia University Press, New York; hlm. 326 - 330.

 

Storry. R, ( 1982 ),  Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 

 


Ë    Sistem Sosial

 

1.    Sistem Feudal

 

Konsep

 

a.     Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus ada kaitan antara tanah dan manusia.

b.     Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan tanah.

c.     Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar yang diiktiraf dan dilantik oleh raja.

d.     Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan melalui pengutipan cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan, ataupun hasil hutan.

 

Ciri-ciri feudal

 

a.     kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik

b.     kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah

c.     perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

 

Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat

      

a.     Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan terhadap tanah dan ia membentuk pengawal-pengawal .

b.     Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam daerah oleh pembesar.

c.     Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa oleh tuan tanah yang lebih kuat. Ini mewujudkan sistem feudal berpusat diketuai Shogun.

d.     Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh kepada tuan tanah.

e.     Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi untuk angkatan perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.

f.     Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi sesuatu sawah padi.

 

Ciri-ciri penting struktur feudalisme

 

1.     Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-tanh dalam daerah tersebut.

2.     Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam daerah.

3.     Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera  yang kuat.

4.     Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak dan membuktikan kekuatan pembesar.

5.     Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan hasil cukai. Biasanya pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan yang sebenar.

6.     Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana tiada cara mengaudit pendapatan cukai pembesar.

7.     Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah, serta menpengaruhi Raja.

8.     Pengikut dalam daerah  memberikan taat setia kepada pembesar melebihi daripada Raja kerana mereka bergantung pada pembesar dalam mendapatkan perlindungan, pekerjaan, dan pendapatan.

9.     Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara sistem warisan.

10.   Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu membantu. Tuan memberikan perlindungan dan tanah kepada vassal, dan vassal memberikan taat setia dan menjadi pengikut tuan yang setia.

 

 

2.    Sistem Kepercayaan dan Agama

 

Shintoisme

 

Shinto atau jalan-jalan dewa diberikan kepada penyembahan alam untuk membezakannya daripada agama buddha. Pemujaan orang Jepun terhadap alam sekitar timbul daripada perasaan menikmati dan menghargai kejadian alam, tidak daripada ketakutan. Mereka mempunyai kesedaran yang tajam dan perasaan yang halus terhadap keindahan alam.

     Shinto bukan satu agama yang mempunyai kepercayaan atau pengajaran yang teratur. Ia tidak mempunyai suatu falsafah atau pengajaran moral. Yang ditegaskannya ialah pembersihan dan kesucian. Upacara pemujaan adalah mudah , hanya dengan bertepuk tangan supaya menarik perhatian dewa-dewi, tundukkan kepala dan memberikan penyembahan. Amalan Shinto ini mempengaruhi perasaan dan sikap orang Jepun.

     Oleh sebab Shinto memberi semua perhatian kepada pemujaan alam tidak hairanlah upacaranya ditumpukan kepada tujuan menggalakkan pertumbuhan dan mengelakkan kemusnahan. Untuk menggalakkan pertumbuhan, upacara  berdoa dan berterima kasih dikendalikan pada musim menuai. Untuk mengelakkan kemusnahan upacara pembersihan dan keselamatan dijalankan pada masa menghadapi penyakit dan kematian. Upacara dijalankan oleh ketua uji yang memberikan penyembahan kepada dewa-dewi. Fungsi uji tidak dibezakan sama ada ia sebagai orang perantaraan antara dewa-dewi dengan manusia ataupun pemerintah.

     Teras upacara Shinto ditujukan kepada memelihara kesucian dan kebersihan daripada dikotori oleh daki, penyakit, kematian, dan sebagainya. Kesucian yang diutamakan adalah dari aspek upacara sahaja tidak dari aspek moral. Teras semua kepercayaan Shinto ditujukan kepada kesuburan.

    

 

Islam

 

1.       Berteraskan satu cara hidup dengan keesaan kepada Allah swt, Rukun Iman, Rukun Islam serta mengketengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah swt.

2.       Berdasarkan konsep pahala-syurga, dunia-akhirat, dosa-pahala, serta percaya semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.

3.       Konsep Assyumul iaitu aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran. Islam sebagai satu cara hidup.

 

 

 

 

Proses Pengislaman

 

1.       Perdagangan

·         Hubungan dagang antara Nusantara dengan Arab, dan India dan Arab telah lama terjalin.

·         Hubungan dagang pedagang India dari Gujerat dan Malabar  terjalin dalam perkembangan Islamisasi.

2.       Peranan wanita Islam

·         Peranan isteri-isteri Raja Monggol - menyebabkan bberapa Raja Monggol memeluk Islam.

·         Pengaruh kesolehan wanita di Lahore mendorong orang Hindu memeluk Islam.

3.       Proses sinkretisme

·         Konsep berkat, wali, dan ilmu-ilmu kesaktian yang dikaitkan dengan ahli-ahli sufi.

·         Konsep mentera - doa, Dewaraja - Allah swt. , pemujaan roh mati - kenduri arwah.

·         Istilah-istilah Sanskrit seperti agama, syurga, neraka, dan puasa digunakan dalam proses Islamisasi.

·         Konsep-konsep kepercayaan tradisi tidak dibuang tetapi diubahsuai mengikut kesesuaian dalam Islam.

4.       Peranan ahli Sufi

·         Kebolehan ahli Sufi dalam mengubah minda masyarakat dengan menghasilkan karya sastera yang berteraskan Islam untuk menggantikan karya sastera Hindu  mempengaruhi masyarakat menganut Islam.

·         Kebolehan dalam prose sinkretisme.

5.       Pekahwinan

6.       Semangat  memperjuangkan kebenaran agama.

·         Ulama yang dipenjarakan mengislamkan para tahanan - Sheikh Ahmad Mujaddid ahli Tauhid.

·         Golongan pejuang Wahabi yang dibuang negeri oleh Inggeris di Andaman berjaya mengislamkan para buangan yang lain.

7.       Kesederhanaan shahadat Islam

·         Aspek penting penyebaran Islam ialah tanpa paksaan.

·         Islam lebih demokratik daripada Hindu

*        Kepercayaan kasta dalam Hindu tidak memberi keadilan kepada penganut bawahan tertutama golongan Sudra dan Harijan.

*        Hukuman yang dikenakan bergantung pada kasta pesalah. Sebagai contoh:

Þ     Golongan Brahmin bunuh Sudra hanya dipenjara, tetapi Sudra yang bunuh Brahmin akan dihukum mati.

*        Wujud sekatan dalam berbahasa. Bahasa Sanskrit hanya untuk golongan elit Hindu sahaja terutama golongan sami-sami Hindu.

*        Dalam Islam semuanya sama yang membezakannya ialah iman seseoang Islam terhadap Allah swt.

*        Islam bukan sahaja agama teori tetapi praktis. Peraturan dan hukum-hukum dalam Islam tidak dibibir sahaja tetapi mesti diamalkan.

 

Hindu

 

Keagamaan dan  Adat  Kepercayaan

 

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan aspek-aspek berikut:

1.       Hukum Karma - Tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan dan berbakti semasa hidup.

2.       Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra, Harijan. Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam sistem kasta ini kerana ia merupakan golongan yang terkebawah sekali dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.

·         Ciri-ciri Sistem Kasta

a.       Merupakan sebuah fenomena seluruh India.

b.       Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan endogamous. Jika dilihat dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sudra, sedangkan Harijan adalah diletakkan di luar batasan kasta. Kumpulan-kumpulan varna ini terbahagi kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang juga bersifat turun-temurun dan endaogamous.

c.       kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan Brahmin yang tertinggi dan Harijan yang terendah.

d.       Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu atau dua pekerjaan.

e.       Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian dan kekotoran.

f.        Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha, ahisma, dan dharma disibarkan melalui sistem kasta.

·         Samsara    :      perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran semula

·         Karma      :      tindakan ke arah kebaikan

·         Moksha     :      perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tidak                            ada penghujungnya.

·         Ahisma     :      merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.

·         Dharma     :      tugas-tugas moral

g.       Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa, tetapi dalam sistem jati boleh berubah mengikut peredaran masa.

·         Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.

h.       Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakarkan dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.

i.         Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.

j.         Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama lain atau disingkirkan daripada kasta.

k.       Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.

l.         Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada  memasuki kuil, sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga tidak dibenarkan memeliki tanah atau mengkaji kitab suci HIndu.

 

·         Amalan-amalan lain dalam adat Hindu

a.       Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan membayar mas kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.

b.       Perhambaan

c.       Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan kehendak dewi Kali

d.       Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan.

 

 

 

 

 

 

 

Buddha

 

Prinsip-prinsip kepercayaaan

 

1.    Empat kebenaran yang mulia

1.1     Kehidupan penuh dengan kepahitan

1.2     Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

1.3     Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

1.4     Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis

2.    Jalan lapan lapis

2.1     Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

2.1.1  Bebas daripada kepercayaam karut

2.1.2  Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

2.1.3  Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

2.2     Keinginan yang baik

2.2.1  Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.

2.3     Pengucapan yang baik

2.3.1  Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

2.4     Kelakuan yang baik

2.4.1  Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

2.5     Makna kehidupan yang baik

2.5.1  Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.

2.6     Usaha yang baik

2.6.1  Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

2.6.2  Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

2.7     Pemikiran yang baik

2.7.1  Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

2.8     Pertapaan yang baik

2.8.1  Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.

 

            Melalui jalan ini seseorang penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi Boddhisatva.

 

Buddha dan Hindu

 

1.       Idea Hindu berkenaan Brahman sebagai sumber kenyataan, dan semangat kesucian ditolak Buddha. Buddha tidak percaya wujudnya Tuhan.

2.       Buddha menyatakan bahawa tidak ada roh , yang ada ialah pusingan Karma.

3.       Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddartha.

4.       Siddarhtha menolak sistem kasta kerana tidak bersesuaian dengan perjalanan karma. Beliau percaya semua manusia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecahayaan.

5.       Siddhartha tidak mengiktiraf golongan Brahmin dan amalan mereka seperti menjadikan haiwan sebagai korban.

6.       Aspek-aspek dalam Hindu yang diteruskan oleh Buddha ialah kepercayaan dan amalan Moksha, Samsara, dan Ahisma.

 

Mazhab-mazhab dalam Buddha

 

Hinayana atau Therevada ( Kenderaan Kecil )

Dikenali juga sebagai ‘The Teaching of Elders’ dan kenderaan bermaksud menuju ke arah pengampunan. Ia merupakan sesuatu yang hampir sama seperti ajaran Buddha yang asal dan masih diamalkan di Burma, Thailand, dan Sri Lanka. Pengikut ajaran ini percaya hanya golongan sami sahaja yang boleh mencapai nirvana dan ia hanya boleh dicapai melalui amalan meditasi dan mempunyai pertalian yang ketat dengan jalan pertengahan.

 

Mahayana ( Kenderaan Besar )

Berbeza dengan Hinayana, Mahayana menawarkan pengampunan iaitu peluang bagi masyarakat Buddha untuk mencapai kesedaran kepada semua, tidak hanya untuk para sami sahaja. Dalam kepercayaan mazhab ini mereka yang mencari nirvana boleh dibantu oleh orang lain yang merasai diri mereka hampir mencapainya, tetapi mereka berpatah baik untuk membantu orang lain mencapai keadaan yang menggembirakan. Insan yang berjiwa pengampun ini  dipanggil sebagai   ‘ Bodhisattvas’ atau  ‘Insan yang Berjiwa Suci’ . Semua penganut Buddha boleh menjadi  Bodhisattvas .

 

Vajrayana ( Vechicles of Thunderbolt)

Ia juga dirujuk sebagai tantrisme  atau tantras yang membicarakan tentang magik dan amalan yang berunsur keramat.

            Dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Tangan Kanan ( Di Jepun dan China ) dan Tangan Kiri.

            Ahli kumpulan ini digalakkan mempercayai  setiap perilaku yang dilakukan adalah diterima selagi mereka mempercayai bahawa Buddha sentiasa ada pada setiap benda yang bernyawa. Kepercayaan ini mempunyai pertalian dengan upacara pemujaan dan magik. Ini menjelaskan bahawa ahli mazhab ini telah terpesong jauh daripada ajaran Buddha yang asal.

 

Zen Buddha

Begitu terkenal di China dalam zaman dinasti Tang. Ia mennjuruskan amalan meditasi dan dikenali sebagai gan ( ch’an ). Walaupun begitu kini ia terkenal dengan panggilan dalam bahasa Jepun - zen  .

            Ahli dalam zen percaya untuk mencapai kesedaran yang tinggi adalah dengan cara mencari ciri-ciri Buddha dalam diri sendiri. Mereka tidak mengkaji teks suci Buddha. Mereka cuma menjalankan upacara meditasi sahaja. Dengan cara ini ia membolehkan penganutnya mencapai kesedaran atau Satori. Kadang kala ia dicapai melalui teka teki. Selain itu ia juga pemikiran mereka tertumpu kepada kehidupan harian seperti amalan meminum tea atau berkebun. Setiap perlaku itu melambangkan kehidupan yang penuh misteri. Bagi memahami kehidupan tersebut  mereka perlu menumpukannya dengan sepenuh perhatian. Amalan fahaman ini  tertumpu kepada amalan meditasi. Ini memperlihatkan corak kehidupan sami mereka begitu sederhana sekali. Sami-sami zen hanya memiliki sedikit harta peribadi sehinggakan keperluan harian seperti makanan diperolehi melalui sedekah, makanan yang dimakan sedikit dan mereka lebih memberi perhatian terhadap meditasi.

 

 

 

 

 

 

Bibliografi

 

Dawee Daweerwarm, ( 1982 ) Brahminism in Southeast Asia. New Delhi : Sterling Publishers Prt. Ltd. hlm.. 1-22.

 

Dixon. Lesley.  ( 1984 ) Pilgrim, Prhophets dan Priest: Asia Religion and Philosophies. Melbourne: Oxford University Press,. hlm. 29 - 54.


Sistem Ekonomi

 

Ruang Lingkup Kajian

 

1.      Ekonomi Pertanian di Indonesia dan India

1.1     Perbezaan sistem ekonomi dari sudut:

a)      Tujuan diwujudkan

b)      Pelaksanaan sistem - ciri-ciri dan falsafah

c)      Kesan sistem kepada masyakarat pribumi dan penjajah

d)      Tindakan dan penentangan masyarakat

e)      Kewujudan sistem dan perubahan corak ekonomi daripada sara diri kepada komersial.

2.      Perubahan idealogi ekonomi  ke arah ekonomi industri dan teknologi di Jepun.

2.1     Cara Jepun pada zaman Meiji mencapai pemodenan.

2.2     Sebab-sebab Meiji berjaya melaksanakan pemodenan.          

2.3     Kesan pemodenan Jepun terhadap perubahan dasar politik.

 

Penghujahan

 

1.      Ekonomi Pertanian di Indonesia

 

E konomi pertanian di Indonesia

 

Pembangunan ekonomi di Indonesia telah dibangunkan oleh pihak Belanda berteraskan 3 sistem iaitu:

I)   Sistem Tanaman Paksa

ii)  Dasar Liberal

iii) Dasar Etika

 

Sistem Tanaman Paksa

 

Sistem yang dimulakan pada tahun 1830 ini, merupakan satu sistem bagi membolehkan pihak Belanda menetapkan bentuk pertanian yang hendak dijalankan oleh petani Indonesia.. Dalam sistem ini para petani dikehendaki menanam dan memperuntukkan sejumlah serahan tertentu sama ada barangan, masa, kawasan tanaman, dan  tenaga bagi menunaikan kehendak SHT Belanda. Dengan kata lain para petani Indonesia dikehendaki memberikan sumbangan secara paksa kepada SHT Belanda.

 

Sebab-sebab diwujudkan

 

a)      Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.

         Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon, dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti perdagangan Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.

               Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat. Kegagalan persaingan dengan Inggeris dan Amerika mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Hal ini kerana pelabuhan Singapura mempunyai kedudukan yang lebih strategik serta mempercepatkan urusan perdagangan. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang menghendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga meruapakan uasaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara Khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.

               Sebagai kesan daripada peristiwa ini, SHT Belanda tidak berupaya untuk menghalang perdagangan di Singapura dan menyebabkan aliran pedagangan berubah. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda  semakin tersepit dan akhirnya pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cadangan Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

        

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

 

a).     1/5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang ditetapkan seperti kopi, tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu manis.

b)      Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan daripada cukai.

c)      Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan dikembalikan sebagai hak petani.

d)      Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti diarahkan pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e)      Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak menjadi yang disebabkan oleh alam semula jadi.

f)       Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk penanaman padi atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

 

Falsafah sistem Tanaman Paksa

 

a)      Penerusan dan penggantian sistem penghantaran dan penjualan wajib hasil pertanian kepada Belanda sebelum pelaksanaan  Rodi Kopi. ( Legge. J.D. 1972 )

b)      Terbentuk satu sistem ufti, yang memperlihatkan  petani Indonesia diwajibkan untuk mempersembahkan hasil bagi mendapatkan perlindungan. ( Legge. J.D. 1972 )

c)      Bagi membentuk satu sistem pemerintahan yang berteraskan pembayaran gaji. Bupati kehilangan kuasa dan menerima bayaran daripada Belanda. ( Legge. J.D. 1972 )

Pelaksanaan dan penyelewengan sistem

 

a.)     Penyelewengan daripada bupati-bupati dan pegawai Belanda yang memaksa petani untuk melakukan kerja-kerja tanaman ekspot lebih daripada masa yang ditetapkan sehingga mereka diarahkan bekerja selama 200 hari, sepatutnya ialah 66 hari

         Sebagai kesannya

I)       Petani tidak berupaya untuk menanam tanaman sendiri dan berlaku kebuluran serta meningkatkan kemiskinan

ii)      Kegagalan petani membayar cukai menyebabkan tanah dirampas atau tergadai oleh pedagang asing terutama pedagang Cina.

b)      Penyelewengan juga berlaku dalam menyediakan keluasan tanah untuk tanaman ekspot. Yang disyaratkan ialah  1/5 , tetapi pemaksaan daripada para pegawai dan pembesar tempatan menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan sehingga 1/3 atau 1/2 daripada keluasan tanah yang ada.

         Sebagai kesannya:

I)       Para petani kekurangan tanah untuk tanaman saraan mereka dan meningkatkan kebuluran.

ii)      Pengurangan cukai tidak didapati walaupun mereka mengorbankan keluasan tanah yang besar. Bebanan masih dipikul petani dan bukan kerajaan.

c)      Penyelewengan daripada pembayaran cukai. Sepatutnya para petani dikecualikan daripada pembayaran cukai bagi tanah yang diperuntukan untuk tanaman ekspot iaitu

            1/5 keluasan tanah, tetapi keadaan ini tidak berlaku. Disebaliknya mereka dipaksa untuk membayar bagi keseluruhan tanah maereka.

d)      Berdasarkan perjanjian dalam sistem ini , petani dikecualikan daripada membayar kerugian yang dialami jika hasil pertanian tidak menjadi yang disebabkan oleh keadaan alam. Keadaan ini disebaliknya berlaku, sama ada hasil itu gagal menjadi disebabkan oleh alam atau kurang usaha petani, petani dipertanggungjawabkan dan perlu membayar kerugian tersebut.

 

Sebab-sebab berlakunya penyelewengaan

 

a)      Sifat tamak dan haloba para pegawai dan pembesar yang menerima komisen bagi jumlah kutipan tanaman ekspot. Hal ini kerana kerajaan Belanda telah memberikan mereka kuasa untuk mewakili mereka dengan janji sejumlah komisen bagi hasil yang dapat dipungut.

b)      Jumlah hasil daripada sistem ini masih gagal menampung hutang kerajaan Belanda kerana tercetus pemberontakan Belgium yang menyebabkan kerajaan Belanda hilang sumber pendapatan di sana. Oleh itu bagi menampung kekurangan tersebut penyelewengan ini dilakukan bagi menampung kekurangan pendapatan.

 

 

Kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap masyarakat Indonesia

 

a)      Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

b)      Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri kepada sistem pertaniaan ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan daripada perubahan sistem ini masyarakat pribumi semakin tertindas bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga oleh peladang Cina dan pembesar tempatan.

c)      Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan tanaman untuk diri mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja dan keluasan tanah untuk ekspot. Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah padi dan mengenakan tuntutan kepada buruh-buruh untuk bekerja dengan lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu sistem ufti dan sistem ini menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran untuk pasaran dunia. ( Legge, 1972 )

d)      Kewujudan bangsawan pegawai membolehkan Belanda menukar fungsi mereka kepada birokrasi bergaji.

e)      Belanda menghancurkan golongan pedagang Jawa yang berkembang diimarah-imarah pelabuhan dan akibat keseluruhannya ialah pengasingan ekonomi Indonesia daripada hubungan-hubungan secara langsung dengan perdagangan antarabangsa yang meluas yang dahulunya mereka mengambil bahagian. ( Legge, 1972 )

f)       Mungkin ada yang mengatakan Sisten Rodi Kopi ini telah meluaskan lagi pembinaan infrastruktur Indonesia terutamanya jalan raya, dan tali air. Persoalannya untuk siapa infrastruktur ini , seluas mana ia dibina, dan di manakah ia dibina. Maka jawapan bagi persoalan ini begitu negatif dan sebenarnya ia merupakan penjarak taraf kepada penduduk Indonesia kerana tumpuannya hanya pada sesuatu kawasan yang boleh mengeluarkan hasil bagi kerajaan Belanda.

 

 

2.      Pembangunan Ekonomi Pertanian dan Dasar Tanah di India

 

         Dasar tanah dan pertanian India

 

Pelaksanaan dan perubahan dasar pertanian dan tanah di India dapat dilihat melalui penguatkusaan sistem Zamindari dan Ryotwari. Dalam kedua-dua sistem ini British memainkan peranan yang penting untuk memastikan perolehan pendapatan mereka tidak terjejas. Keadaan ini dapat diperhatikan dengan kehendak British untuk mendapatkan hasil-hasil cukai daripada tuan-tuan tanah. Ini bagi membolehkan British mengaut ufti dalam bentuk cukai bagi dihantar ke Britain . Jika dulu ia dalam bentuk barangan, tetapi pelaksanaan sisitem ini memperlihatkan ia dibayar dalam bentuk wang.

 

Sistem Zamindari

 

Zamindar bermaksud tuan tanah dan Sistem Zamindari pula ialah sistem bagi pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Dalam hal ini terdapat kekeliruan berkenaan dengan siapakah tuan tanah. Dalam kajian ini tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip cukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai Zamindar kerana mereka telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Dengan kata lain mereka berkemampuan untuk membeli tanah dan menyewakannya kepada petani.

Ciri-ciri Sistem Zamindari

 

Suntharalingam .R ( 1987 ) menggariskan ciri-ciri sistem Zamindari seperti yang berikut:

 

a)      Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas ladangnya.

b)      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun.

c)      Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada tahun 1793 adalah kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam bentuk  wang tunai.

d)      Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya serta boleh dipenjara.

e)      Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan bayaran sewa yang tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh disingkirkan oleh zamindar kecuali jika gagal membayar sewanya.

f)       Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah.

 

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih

 

a)      Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.

b)      Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

c)      Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

 

Kesan sistem Zamindari terhadap masyarakat India

 

1.      Kesan positif:

a)      Wujudnya peluasan kawasan penanaman padi. Ini dapat dilihat daripada angka berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35 % kawasan Bengal diusahakan, tetapi terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak 80 % pada penghujung abad ke 19.

b)      Peningkatan pertanian komersial untuk diekspot seperti jut, sutera, tebu, candu, dan nila.

c)      Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah daripada Rs65 juta pada tahun 1793 kepada Rs 2,970 juta pada tahun 1947.

d)      Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793 kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01

 

2.      Kesan negatif:

a)      Peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani. Tiada satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).

b)      Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar.

c)      Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:

I)       Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian.

ii)      Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal. ( Suntharalingam .R , 1987 )

 

 

       Sistem Ryotwari

 

Ryot bermaksud  petani. Dalam sistem ini ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia dibangunkan selepas kegagalan sistem Zamindari membangunkan ekonomi India secara ekonomik dan adil. Mula diperkenalkan di Madras , 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay pada 1816.

     Ia mula digagaskan dengan desakan para pegawai British seperti Thomas Munro dengan memberikan alasan beberapa kelebihan sistem ini jika dibandingkan dengan sistem Zamindari.

 

Kelebihan Ryotwari

 

1.          Menghormati keadaan di India  di mana sebelumnya petani menjadi pembayar cukai yang bebas yang membayar cukai terus kepada kerajaan sebelum diambil alih oleh Zamindar. Sistem Zamindari merupakan khayalan dan tiruan daripada sistem Eropah.

2.          Pengiktirafan hak petani mendorong petani beruasaha gigih memajukan pertanian.

3.          Menjamin peningkatan hasil tanah  dan harga tanaman akan menguntungkan kerajaan kerana hasil cukai ditaksirkan setiap tahun mengikut hasil di samping kerajaan menguasai tanah yang belum diterokai. Ini membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan tanpa mengenakan bebanan baru kepada petani.

 

Ciri-ciri

 

1.          Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang bertanggungjawab membayar cukai.

2.          Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

3.          Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

4.          Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan hartanya.

 

Kesan Positif

 

1.       Peluasan dan kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi, pinang, dan lada. Sebagai contoh Madras pada tahun 1800 mengimpot kapas dari utara dan barat India, tetapi pada tahun 1857 telah mengekspot ke utara India dan luar negara. Pertengahan abad ke-19 Madras berjaya menghasilkan 55 juta pound.

2.       Pelaburan dalam pembelian tanah, pengangkutan, dan perairan meningkat. Sebagai contohnya di Bombay, harga kapas naik mendadak sehingga menmbolehkan petani membeli tanah, meminjam wang kepada petani miskin, menguruskan sendiri pengangkutan, dan membeli jentera. Di Madras, petani kaya membeli lembu dan kerbau untuk membajak dan mendirikan telaga serta terusan bagai mengatasi kemarau.

 

Kesan Negatif

 

1.       Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

2.       Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.

3.       Kerajaan British membelanjakan kurang 1% daripada jumlah cukai untuk pembangunan prasarana  pertanian. Ini mengakibatkan kemerosotan hasil pertanian terutamanya kepada petani miskin. Ia mendatangkan masalah apabila berlaku musim kemarau seperti yang belakau di Bombay patahun 1866-67, 1874-75, 1896, dan 1899-1902. Di Madras berlaku pada tahun 1865-66, dan 1876-78. Akibatnya berlaku  kebuluran dan kematian yang kebanyakannya petani, penyewa tanah, dan buruh pertanian.

4.       Penindasan daripada cetti dengan merampas tanah daripada petani miskin. Cetti menguasai pasaran peminjaman wang tanpa had.

 

 

Langkah-Langkah Atasi

 

1.       Ketatkan undang-undang menyekat penjualan atau perampasan tanah petani oleh cetti seperti meluluskan Akta Bantuan Pertanian  Deccan pada 1879 yang mmenubuhkan majlis rundingan untuk menyelesaikan masalah hutang petani sebelum dipindahkan ke mahkamah. Mahkamah juga dikehendaki menyiasat latar belakang kes hutang sebelum memindahkan hak petani kepada cetti atau peniaga. Di Punjab pada 1900 , diwujudkan akta yang melarang pemindahan tanah petani kepada bukan petani atau tuan tanah.

2.       Mengurangkan kadar cukai seperti yang diadakan di Bombay dan Madras pada 1830an dan 1850an.

 

 

Persoalan :

 

1.         Sejauh manakah niat penjajah membangunkan ekonomi pribumi ?

2.         Apakah sebab-sebab yang menjadi teras pembangunan ekonomi ?

3.         Nilaikan persamaan dan perbezaan sistem ekonomi di India dan Indonesia?

4.         Apakah kesan-kesan pembangunan ekonomi kepada masyarakat pribumi ?

5.         Siapakah yang mendapat lebihan ekonomi dan bagaimanakah ia dilakukan ?

Adakah cetti, peniaga, petani kaya, zamindar, atau British?

 

Bagi menjawab persoalan ini kajian harus ditumpukan kepada pembangunan ekonomi di negara-negara Asia khususnya  di Indonesia dan India. Persoalan bagi dua negeri ini bukan setakat pengetahuan mengenai sistem tanaman paksa dan Zamindari sahaja, tetapi mesti meliputi Dasar Liberal dan Etika di Indonesia dan Sistem Ryotwari dan Perladangan di India.

 

 

Bibliografi:

 

Legge. J.D. ( 1972 ) Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Metcalf T.R. ( 1964 ) The Aftermath of Revolt. India 1857 - 1870. Princeton.

 

Suntharalingam. R ( 1987 )  Modul 2: JHH 353 Imperialisme dan Nasionalisme di Benua Kecil India. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

 


Ë       Dasar Pintu Terbuka dan Tertutup

 

Persoalan kajian

 

1.       Sebab diadakan dasar pintu terbuka dan tertutup

2.       Kesannya kepada masyarakat dan negara.

3.       Tindakan dan tekanan daripada orang Barat dalam mendesak Dasar  Pintu Terbuka

4.       Langkah-langkah dalam pelaksanaan Dasar Pintu Tertutup.

 

Dalam menjawap soalan ini ia tertumpu di negara Thai, terutama mulai zaman Dinasti Chakri dari Rama 1 hingga Rama 5, negara Jepun dalam zaman Tokugawa dan Pemulihan Meiji, serta negara China dalam Dinasti Manchu.

 

1.       Motif dan Sebab diadakan dasar pintu tertutup

 

Siam

Jepun

Cina

 

 

1.       Pertahankan kedaulatan Siam daripada penjajahan British dan Perancis

1.       Petahankan kedaulatan Keshogunan Tokugawa daripada ancaman golongan Daimyo yang bermusuhan

1.       Merasai bahawa Cina mempunyai taraf yang sama dengan negara-negara Barat baik dari segi kemajuan dan kuasa. Cina sebagai Middle Kingdom.

 

2.       Cubaan untuk menghalang campur tangan kuasa-kuasa asing.

2.       Satu cara Tokugawa dapat menghalang pengaruh luar daripada bersubahat dengan musuhnya dalam negeri.

2.       Keperluan dalaman Cina mencukupi dan tidak memerlukan perdagangan luar terutama dengan orang-orang Barat. Kalau perlu hanya perlu berurusan dengan Co Hong yang mewakili maharaja Cina dalam urusan kebenaran perdagangan.

 

 

3.       Menghalang gangguan penyebaran agama kristian yang boleh menggugat kepercayaan dan budaya masyarakat Siam.

3.       Menghalang tersebarnya ajaran Kristian yang boleh mengikis kepercayaan Shintoisme.

 

 

4.       Tidak mahu keadaan yang berlaku di Burma menimpa Siam. Berlakunya peperangan dengan British dan kejatuhan Dinasti Konbaung.

4.       Menghalang Jepun daripada pengaruh proses pembaratan

 

 

 

 

 

 

 

5.       Menghalang usaha penjajah untuk membaratkan Siam.

 

 

 

 

 

 

 

 

2.     Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara.

 

Siam

Jepun

Cina

1.       Semakin kuat tekanan daripada British dan Perancis untuk mencari peluang dagangan di Siam

k   Perjanjian Burney 1826, memeprlihatkan usaha British bagi mendapatkan konsesi kepada pedagang British dan perlindungan serta jaminan kebebasan perniagaan rakyat British.

1.       Tekanan daripada Commodore Perry dan membawa ugutan daripada Presiden AS.

k   Commodore Perry mengugut akan menyerang Jepun dengan kapal perang jika Shogun tidak membuka pintu kepada pedagang barat terutama AS. Sebagai kesannya ia menjadi ancaman kepada kedudukan Shogun dan menyebabkan regimnya jatuh.

1.       Cina menghadapi tekanan daripada barat dan berlaku Perang Candu 1- Cina dipaksa menandatangani perjanjian Nankin.

·         Akibatnya Cina dipaksa membuka pelabuhan-pelabuhan bagi kegunaan pedagang barat.

 

2.       Siam dapat mengimbangi kuasa antara British dan Perancis bagi mengelakkan Siam dijajah.

k   Dasar ini dapat mengimbangi kuasa Perancis, British dan Burma yang cuba menggugat kedaulatan Siam. Dengan persahabatan Siam dan layanan yang seimbang dengan kuasa-kuasa ini Siam dapat menyandarkan dirinya bagi mendapatkan bantuan dengan sesiapa yang dikehendaki.

2.       Pengekalan kuasa Tokugawa selama 250an tahun.

k   Tokugawa dapat mengekalkan pemerintahannya daripada gugatan Daimyo-daimyo lain dan menghalang berlakunya pemberontakan dan pemuafakatan untuk memberontak menentangnya.

2.       Keupayaan Cina untuk mengekalkan kedaulatan undang-undang dan politik daripada pengaruh kuasa Barat.

·         Cina berupaya untuk mengenakan undang-undangnya terhadap orang asing.

3.       Siam berupaya untuk mengekalkan budaya dan kepercayaan masyarakat. Pengekalan institusi Raja dan peranan golongan istana membolehkan Siam membentuk peradaban mereka sendiri tanpa pengaruh lain-lain pihak.

3.       Keupayaan untuk menyekat penyebaran pengaruh Kristian dan pengaruh Barat.

3.       Peniaga Cina seperti Co Hong menjalankan perniagaan secara monopoli dan bertindak zalim terhadap konsep pasaran bebas yang menjadi anutan kapitalis barat.

 

 

 

 

 

 

3.     Sebab pelaksanaan dasar pintu terbuka

 

Siam

Jepun

Cina

1.       Tekanan yang diterima daripada Perancis dan British  dalam mencari peluang dagangan di Siam.

1.       Tekanan dan ugutan yang diterima oleh Tokugawa daripada Commodore Perry.

1.       Tekanan dan kesan kekalahan Cina dalam Perang Candu 1

2.       Kekhuatiran Raja Mongkut dan Chulalonkorn akan tindakan British terhadap keengangan Rama III untuk menandatangani perjanjian perdagangan.

2.       Tekanan dalaman daripada daimyo-daimyo Tozama  dan Fudai terutama daripada puak Chosu dan Satsuma.

2.        

3.       Untuk menjamin kedaulatan dan kemerdekaan Siam.

3.        

3.        

 

Kesan Dasar Pintu Terbuka

 

Siam

Jepun

Cina

1.       Siam bersetuju membenarkan pedagang-pedagang British berdagang di Siam.

2.       Siam memberikan beberapa konsesi untuk pedagang British.Lihat syarat dalam perjanjian Bowring.

3.       Siam terlepas jajahan di utara Tanah Melayu melalui perjanjian Bangkok

1.       Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa dan bermula Dinasti Meiji dan kerajaan beraja di Jepun.

2.       Penyebaran agama kristian diteruskan.

3.       Wujud perubahan-perubahan yang dijalankan oleh Meiji.

4.       Jepun menjadi kuasa tentera yang setaraf dengan negara barat.

5.       Bermula era demokrasi berparlimen di Jepun.

1.       Pembahagian Cina kepada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh penjajah-penjajah barat dan Jepun.

·         Inggeris – Hong Kong, Shanghai

·         Jepun - Manchuria

·         German – Wei-Wei

·         Russia – Semenanjung Liao Tung. 

·         Portugis – Canton

2.       Keruntuhan Dinasti Manchu dan bermula pengaruh nasionalis dan komunis.

3.       China tunduk dibawah kuasa barat.

 

 


Perkembangan pertanian beras ( Komersial ) di Asia Tenggara – Sebab:

 

1.       Wujud perubahan dalam teknologi pertanian padi

1.1.    Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

1.2.    Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan peluasan penanaman padi.

1.3.    Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit.

 

2.       Perubahan dalam pemilikan tanah.

2.1.    Pembinaan terusan di Rangsit telah menyebabkan tanah-tanah di persekitarannya dibuka untuk belian orang ramai. Ini juga hasil pemodenan yang dibuat oleh raja Siam bagi membolehkan seramai petani/pemodal untuk mengusahakan  penanaman padi.

3.       Keadaan muka bumi yang subur.

3.1.    Delta Choa Phraya, Delta Mekong, Delta Irrawady merupakan kawasan subur dan amat sesuai untuk penanaman padi. Di samping itu ia juga mengalami hujan yang banyak bagi bekalan air untuk padi. Keadaan ini memberi ruang yang luas kepada petani bagi membangunkan industri ini.

4.       Berkembangnya sistem ekonomi komersial.

4.1.    Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri, masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan. Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial  telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan keuntungan titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

4.2.    Sebagai contoh masyarakat tani Burma telah menggunakan atap zink bagi menggantikan atap nipah, menggunakan barangan impot seperti kain dari India dan  British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah. Keadaan ini adalah hasil perubahan nilai yang dibawa oleh sistem ekonomi komersial.

4.3.    Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti perhiasan perabot dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria, dan lain-lain barangan impot seperti yang berlaku kepada masyarakat tani Burma

4.4.    Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din yang berjaya mengubah nasib serta menjadi petani yang berupaya menaungi petani lain. Daripada 2 ekor lembu kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar tanah bendang.

4.5.    Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

5.       Buruh upah yang ramai dan murah.

5.1.    Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan hilangnya buruh kerah. Ini membolehkan buruh-buruh yang bekerja tanpa upah berubah dan bekerja bagi mendapatkan pendapatan. Dengan tumpuan kerja masyarakat banyak dalam bidang penanaman padi, ini membolehkan industri pertanian beras berkembang tanpa menghadapi masalah buruh.

6.       Pemodal asing yang melabur modal penanaman padi.

6.1.    Pemodal sanggup membina kilang-kilang beras di Eropah seperti di Liverpool, Bremen, dan Hamburg bagi memenuhi permintaan masyarakat Eropah yang memerlukan beras.       ( Cheng Siok Hwa, The Rice Industry in Burma.)

6.2.    Di Burma syarikat yang mula-mula mendirikan kilang beras ialah Joseph Heap and Sons Ltd, selain daripada itu, syarikat-syarikat Eropah lain juga telah meletakkan wakilnya bagi mendapatkan padi untuk dielspot ke negara mereka.

7.       Permintaan  beras dunia yang semakin bertambah di Eropah.

7.1.    Dapat dilihat daripada jumlah ekspot beras – 1840 –74500 tan, 1866 – 364000 tan, 1870 – 484000 tan, 1900 – 767000 tan.

 

Kesan Perubahan Ekonomi Sara Diri kepada Ekonomi Komersial

 

2.       Perubahan terhadap bentuk masyarakat – masyarakat majmuk.

2.1.    Kemasukan orang India ke Burma bertambah daripada 2% kepada 7% di Burma Hilir.

2.2.    Pengsengketaan kaum berrtambah rumit antara kaum-kaum Shan, Mon, Karen, India, Cina, dan Burman. Orang Karen menjadi sasaran kerana mereka mendapat keistimewaan daripada British sebab mereka penganut Kristian. Orang India kerana mendapat keistimewaan  dalam bidang pekerjaan di sektor awam. Cina kerana  mendapat kelebihan dalam perdagangan. Mon dan Shan kerana mereka hendak memerdekaan diri daripada penguasaan orang Burman.

3.       Ekonomi dikuasai oleh rakyat asing.

3.1.    Kemasukan berterusan orang India telah mewujudkan persaingan pekerjaan dengan orang Burma.

3.2.    Institusi Co-Hong dihapuskan dan pedagang British boleh berdagang secara terus di Cina.

3.3.    Perkembangan ekonomi India dikuasa pedagang British dengan kemasukan barangan British serta runtuhnya ekonomi tenunan tradisi India.

3.4.    Barangan luar lebih murah jika dibandingkan barangan tempatan.

3.5.    British di Cina menguasa perdagangan candu dan telah menyebabkan masalah moral di Cina, di mana usaha pembesar Cina gagal dalam menghapuskan ketagihan Candu di kalangan rakyat Cina.

4.       Wujud kesedaran nasionalisme dan patriotisme rakyat terhadap kebebasan negara.

4.1.    Perubahan yang dibawa akhirnya kelihatan tidak menguntung masyarakat tani hingga wujud semangat untuk menentang .Di Burma pada tahun 1932 berlaku Pemberontakan Saya San

5.       Hasil pertanian berkembang.

5.1.    Burma ekspot padi telah meningkat daripada 162 ribu tan kepada 2 juta tan pada tahap pertama perubahan ( 1852 – 1900). Tahap kedua meningkat daripada 2 juta kepada 3 juta tan. Di Siam pada 1857-58, ekspot padi sebanyak 990 ribu pikul, tetapi pada 1930-34 bertambah 25.72 juta pikul.

5.2.    Keluasan penanaman padi daripada 700 ribu ekar kepada 6 juta ekar, antara tahun 1855 – 1906. Pada tahap kedua (1900-30) bertambah daripada 6 juta kepada 8 juta ekar. Di Siam keluasannya bertambah daripada 5.8 juta rai pada 1850 kepada 39.6 juta rai pada 1905-06.

5.3.    kilang padi bertambah daripada 124 kepada 486 buah pada 1930. Ini juga menyaksikan Burma kekurangan tanah untuk pertanian padi dan perlindungan yang diberi telah berakhir.

5.4.    Pertanian hasil padi yang berkembang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pemilikan tanah.

6.       Wujud perubahan teknologi pertanian.

6.1.    Penggunaan cara pertanian yang lebih maju dengan wujudnya pertambahan dalam penggunaan kerbau dalam industri pertanian.

6.2.    Kewujudan kilang-kilang pemeroses padi yang mengakibatkan peluasan penanaman padi.

6.3.    Semakin banyak terusan-terusan dibina bagi memodenkan pertanian beras seperti yang berlaku di Rangsit.

7.       Perubahan taraf hidup dan  wujud pemerasan petani dan rakyat bawahan.

7.1.    Masyarakat tani Burma telah menggunakan atap zink bagi menggantikan atap nipah, menggunakan barangan impot seperti kain dari India dan  British. Di rumah petani terdapat barangan perabot Eropah.

7.2.    Setelah perlindungan kepada petani sekitar tahun 1930an berakhir, taraf hidup masyarakat mengalami keadaan yang menyulitkan. Maka bermula aktiviti berhutang  bagi menampung perubahan teknologi. Orang Burma mula berhutang dengan golongan Cetti – akibat daripada tidak dapat membayar hutang tanah-tanah mereka dirampas.

7.3.    Masyarakat bukan tani semakin menambahkan tanah mereka sedangkan masyarakat tani semakin berkurangan – seterusnya memperlihatkan penurunan taraf hidup mereka.

8.       Perubahan nilai kehidupan masyarakat.

8.1.    Penggunaan barangan moden dan diimpot dalam isi rumah seperti perhiasan perabot dari British, makanan dalam tin, sabun, kelambu, potret Ratu Victoria, dan lain-lain barangan impot seperti yang berlaku kepada masyarakat tani Burma. Hal ini bukan sahaja berlaku di Burma, tetapi juga di India.

8.2.    Perubahan mentaliti petani daripada mengharap saraan secukup hidup kepada persaingan dalam mengejar kekayaan seperti yang ditunjukkan oleh Kyaw Din yang berjaya mengubah nasib serta menjadi petani yang berupaya menaungi petani lain. Daripada 2 ekor lembu kepada 30 ekor lembu. Pada 1910 beliau mempunyai 750 ekar tanah bendang.

8.3.    Konsep dalam sistem serah berubah kepada buruh upah.

 

 

Sebab Perubahan Dasar Ekonomi di Asia Tenggara dan Asia Selatan

 

1.       Satu cara mengatasi masalah kewangan penjajah.

1.1.    SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat. Kegagalan persaingan dengan Inggeris dan Amerika mencetuskan pengurangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Lebih-lebih lagi kewujudan Singapura merupakan saingan sengit kepada Belanda di Indonesia. Cara mengatasinya ialah dengan mewujudkan sistem kultur bagi menarik pedagang mendapatkan hasil dagangan di Betawi.

2.       Berlakunya perubahan kepimpinan dan politik negara induk.

2.1.    Kemenangan parti Liberal di Belanda mengubahkan dasar pemaksaan kepada kebebasan kepada petani bagi mencari perubahan hidup dan tanaman yang diinginkan. Daripada perubahan ini wujud sistem liberal yang menekankan aspek pasaran bebas.

3.       Bantahan daripada pemimpin-pemimpin masyarakat penjajah sendiri dalam mendapat kuasa politik. Berlaku perubahan dalam kepimpinan di negara induk penjajah.

3.1.    Abraham Kuyper dalam tulisan beliau On Program membantah golongan liberal yang tidak memberi perhatian terhadap masyarakat pribumi yang disisih daripada pembangunan  sosio-ekonomi serta menghadapi tekanan daripada pedagang Eropah dan Cina.

3.2.    Golongan Liberal pula membantah penggunaan paksaan terhadap petani Indonesia yang pada mereka melanggar hak kemanusiaan petani. Mereka mendesak para petani diberi hak untuk menentukan tanaman yang perlu ditanam mereka.

4.       Keyakinan penjajah bahawa masyarakat kaya pribumi berupaya untuk membangunkan ekonomi masyakat tani.

4.1.    Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.

4.2.    Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

4.3.     Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

5.       Bagi mengatasi masalah penindasan yang berlaku terhadap masyarakat tani.

5.1.    Wujudnya monopoli perdagangan oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

5.2.    Perubahan sistem pertanian daripada sistem pertanian sara diri kepada sistem pertaniaan ekspot yang bercorakan peladangan. Kesan daripada perubahan sistem ini masyarakat pribumi semakin tertindas bukan sahaja oleh peladang Eropah, tetapi juga oleh peladang Cina dan pembesar tempatan.

5.3.    Kebuluran berlaku kerana petani Indonesia gagal melaksanakan tanaman untuk diri mereka disebabkan oleh penyelewengan masa bekerja dan keluasan tanah untuk ekspot. Hal ini berlaku terhadap tanah-tanah padi dan mengenakan tuntutan kepada buruh-buruh untuk bekerja dengan lebih berat lagi. Ini pada hahkikatnya ialah satu sistem ufti dan sistem ini menghalang petani Jawa untuk mengeluarkan pengeluaran untuk pasaran dunia. ( Legge, 1972 )

 

6.       Bagi mengatasi permasalahan masyarakat tani yang tidak mempu membayar cukai tanah dalam sistem yang diperkenalkan bagi memperkenalkan sistem peladangan di India dan Dasar Etika di Indonesia.

6.1.    Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

6.2.    Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.

6.3.    Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.

6.4.    Kegagalan petani Indonesia membayar cukai dalam bentuk wang tunai menggalakkan mereka berhutang dan tergadai tanah-tanah pertanian kepada ceti dan peminjam wang.

 

 

 

 


Ciri-ciri Dasar Ekonomi Di India dan Indonesia 1800 – 1900an.

 

Ciri-ciri Dasar Ekonomi Tanam Paksa

 

a).     1/5 daripada tanah padi dikhaskan untuk tanaman kontan yang ditetapkan seperti kopi, tebu, nila, tembakau, the, kapas , dan kayu manis.

b)      Luas tanah untuk tanaman yang ditetapkan itu dikecualikan daripada cukai.

c)      Hasil tanaman yang melebihi daripada cukai yang dikenakan akan dikembalikan sebagai hak petani.

d)      Pekerja-pekerja akan ditugaskan menjalankan kerja-kerja seperti diarahkan pembesar-pembesar atau priyayi-priyayi.

e)      Kerajaan akan menanggung kerugian jika hasil pertanian tidak menjadi yang disebabkan oleh alam semula jadi.

f)       Masa kerja yang digunakan tidak boleh melebihi masa kerja untuk penanaman padi atau tidak boleh melebihi 66 hari setahun.

 

Ciri-Ciri Dasar Pembangunan Tanah  dalam Sistem Zamindari

 

a)      Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas ladangnya.

b)      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun.

c)      Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada tahun 1793 adalah kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam bentuk  wang tunai.

d)      Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya serta boleh dipenjara.

e)            Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan bayaran sewa yang tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh disingkirkan oleh zamindar kecuali jika gagal membayar sewanya.

f)             Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah.

 

Ciri-ciri Sistem Ryotwari

 

a)         Setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang bertanggungjawab membayar cukai.

b)         Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.

c)         Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan.

d)         Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan hartanya.