SOALAN 04
BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM
PEMERINTAHAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASIA.
Institusi pemerintahan di
rantau Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur bukan sekadar mengandungai
raja atau maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja,malah institusi ini
turut di sokong oleh institusi pembesar.Secara umum,pembesar bermakna
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang telah
diberikan kepadanya.Realitinya,kelompok pembesar inilah yang melaksanakan
segala tugas pemerintahan .Menurut kamus Dewan pula,pembesar bermakna orang
yang berpangkat tinggi.Oleh itu,dalam system pemerintahan beraja ini,kedudukan
pembesar itu sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
Dalam sesebuah kerajaan pembesar secara umumnya terbahagi kepada
beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas tertentu.Ini bermakna
satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan
yang dipegangnya.Tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut akan memastikan
jawatannya akan dikekalkan.Jika pembesar gagal melaksanakan tugasnya,raja
mempunyai kuasa untuk melucutnya dan digantikan dengan pembesar yang lain.Dalam
masa yang sama pembesar juga dibahagikan mengikut kelas-kelas
tertentu.Misalnya,pembesar kanan bertanggungjawab menasihati dan membantu raja
membuat keputusan .Gelaran yang khusus terhadap pembesar kanan seperti Wazir,Perdana
Menteri dan sebagainya.Pembesar pusat pula,bermakna mereka yang menjalankan
tanggungjawabnya di ibu kota kerajaan dan istana.Mereka dipertanggungjawabkan
mengetuai sesuatu jabatan seperti jabatan peperangan ,kehakiman ,percukaian dan
sebagainya.Manakala,bagi pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir
wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.Pembesar ini
mempunyai kuasa penuh kepada raja di pusat.
Dalam pada itu, golongan pembesar hanya mempunyai kuasa yang terhad
mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar
kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja.Jika sokongan ini berkurangan
secara langsung kedudukan seorang pembesar akan terjejas.Selain itu,kelompok
pembesar ini turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para
pengikutmereka.Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu
pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna
seorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab terus kepada raja tetapi juga
kepada pengikutnya.Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar
melambangkan kedudukan serta status malah turut melambangkan kekayaan serta
kejayaan mengeksploitasi ekonomi.Ikatan ekonomi serta kekayaan inilah yang
menjadi dasar penting dalam melihat hubungan antara pembesar dan pengikutnya.
Dalam lingkungan pembesar yang mempunyai pelbagai tahap dan kedudukan
,terdapat pembesar yang secara khusus terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan
ketenteraan Mereka menjadi tunjang penting dalam mempertahankan sesebuah
kerajaan dan memperluaskan kuasa dan sebagainya.Kalangan pembesar ini mempunyai
kepakaran dalam seni peperangan dan persenjataan .Misalnya,golongan samurai di
jepunyang mempunyai kebolehan dalam seni pedang iaitu,kendo dan ken-jutsu atau
seni panah.
Mereka juga terserap dalam system pembesar dalam system pemerintahan
beraja ini.Di Asia Timur terutama Jepun ,kewujudan pembesar ini sangat jelas
dan dikenali sebagai hulubalang seperti Shogun dan samurai.Golongan pembesar
ini bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu peperangan ,malah menjadi
pengimbang penting kedudukan kerajaan.Oleh kerana golongan ini mempunyai kebolehan dalam
peperangan maka hal ini sangat penting dalam usaha maharaja mengekalkan
kedudukan dan kuasanya.Tanpa sokongan golongan ini,pastilah sesuatu kerajaan
dan dinasti tidak akn bertahan lama.Sejarah China sejak berabad-abad yang lalu
membuktikan kebenaran ini.Apabila sesuatu kerajaan menerima tentangan daripada
kalangan hulubalang atau pembesar ,maka sebuah dinasti baruakan muncul .Secara
langsung,kalangan pembesar turut menjadi penentu senario serta perkembangan
politik dalam sejarah di Jepun dan
China.
Dalam konteks yang lebih luas ,hulubalang ini dipertanggungjawabkan
mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi.Golongan ini berada di
kelas dan kedudukan yang tinggi dan istimewa.Dengan menduduki kelas yang
tersendiri ,golongan ini muncul sebagai golongan yang dihormati dan dianggap pemimpin
masyarakat..Golongan ini turut dilantik sebagai pembesar daerah seperti Teungku
Raja Pakeh.Selain itu,golongan ini mempunyai peranan yang cukup meluas .Mereka
bertindak sebagai pengawal raja ,pengawal ibu kota serta bertanggungjawab
memimpin peperangan .Malah perkembangan abad ke-19 dan awal abad ke-20 turut
menyaksikan beberapa peranan hulubalang begitu penting dalam menyatukan
masyarakat aceh yang sedang menghadapi tentangan Belanda.Dalam hal ini,Anthony
Reid menjelaskan bahawa hulubalang merupakan warleader .Malah antara 1830an
–1870an,gabungan hulubalang seramai 12 orang bagi mempertahankan aceh daripada
serangan belanda telah dibentuk .Oleh itu,perluasan kuasa belanda ke aceh
khususnya menyaksikan pembabitan golongan hulubalang sebagai pemimpin masyarakat.
Sejak zaman berzaman ,ketiga-tiga rantau ini,telah sedia mempunyai satu
sistem pembesar yg lengkap dan tersusun.Para pembesar ini berperanan sbg
pembantu dan pelaksana arahan .Kewujudan sistem pembesar bukan sahaja sekadar
menjadikan sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional berjalan lancar
malah memperlihatkan satu keupayaan yang tinggi utk memerintah.Satu
pengkhususan tugas sebagaiman yg diperlihatkan oleh kewujudan pembesar
membuktikan keadaan tersebut.
Kewujudan satu sistem pentadbiran yg
lengkap ini dapat dibuktikan dalam semua kerajaan Asia. Di Burma ,kelompok
pembesar bertanggungjawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan
baik.Golongan ini menjadi tiang penyokong kerajaan yg penting.Antaranya
termasuklah Raja Muda,Wungyi,atau Ketua Menteri,Wundauk atau Menteri Muda, Atinwun
atau Pegawai Istana dan para pembesar yg lain.Wungyi dianggap mempunyai taraf
yg tertinggi dan dikatakan sbg menjalankan kuasa raja.Wundauk pula,Menteri Muda
dan bertanggungjawab membantu wungyi .Atinwun mempunyai darjah yg lebih rendah
drpd wauduk ttp lebih berkuasa krn bertugas di istana dan mempunyai hubungan yg
rapat dgn raja .Mereka btgjwb mengawal dan mengendalikan petugas istana.Mereka
myai ruang yg besar utk mempengaruhi dasar dan perintah raja krn ia myai
kedudukan yg hampir dgn raja.
System pembesar di burma adalah tersusun dan bukan sekadar myai pembesar
pusat sahaja ttp myai pembesar daerah yg berpusat di pusat –pusat daerah.Ketua
daerah myai kewibawaan tersendiri yg bergantung kpd kedudukan sosialnya serta
hubungannya dgn raja dan pembesar pusat.Gabenor atau myowun btgjwb thdp system
ptdbrn daerah .Di Burma, pembesar yg memegang jawatan yg rendah ialah ketua
kampung ( Ywa Thugyi ) yg bertanggungjawab utk memungut cukai dan mjlnkn ptdbrn
undang-undang.
Di Vietnam pula,sewaktu pemerintahan dinasti nguyen satu btk
pemerintahan yg sistematik tlh disusun .Maharaja yg bertindak sbg ketua
kerajaan akan dibantu oleh 6 kementerian(Quan) iaitu hal ehwal awam, kerja
raya,kewangan ,upacara,kehakiman dan peperangan .Quan yg penting ialah Quan
Awam yg myai taraf yg tinggi berbanding yg lain.Ketua quan terdiri drpd
kalangan yg menerima pddkn confuciusdan turut btndk sbg pembesar yg menduduki
kddkn istimewa .Sebuah majlis tertinggi (noi-cac)
yg dipengerusikan oleh maharaja serta 6 orang menteri kanan .Majlis ini bukan
hanya btgjwb mberik pandangan kpd maharaja malah mjadi medan menyelesaikan
perkara yg tidak dpt diselesaikan di peringkat kementerian .Pra pbsr di
peringkat daerah btgjwb utk mengutip cukai,mjlnkn upacara keagamaan serta adat
istiadat ,mengambil dan melatih tenteradan soal kehakiman.Bagi pbsr yg paling
rendah ialah pbsr di kg.Dalam soal ini,selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan
udg di kg. Kerajaan pusat tetap mberik kebebasan kpd pbsr utk melaksanakan
ptdbrnya.
Selain itu, di Siam klgn pbsr turut mbtk satu bahagian penting dlm
keseluruhan sis.pemerintahan.Negara siam dibahagikan kpd siam utara yg terdiri
dari golongan awam dan siam selatan
terdiri gol.tentera.Biasanya,klgn pbsr ini terdiri klgn bangsawan yg digelar
khunnang serta anak-anak raja.Pbsr ini dibahagikan kpd krom atau jbtn
termasuklah jbtn hal ehwal ,ptdbrn awam ,pthnn,kwgn dan hubungan luar yg
diketuai oleh pembesar kanan .Selain itu, ptdbrn pbsr di siam juga dibahagikan
kpd pbsr pusat dan daerah .Ia bertujuan utk melicinkan ptdbrn krjn dan
menguasai sumber tenga manusia .Siam myai 4wilayah yg berbeza bdsrkn kedudukan
kpd kddkn dan kepentingan wilayah itu.Keempat-empat wilayah ini diperintah oleh
raja ttp perlaksanaannya dilakukan oleh pbsr.
Di Asia Timur,terutama China dan Jepun terdiri drpd klgn satria dan
asas-asas ketenteraan yg myai tempat teratas.Misalnya, di jepun kuasa raja
terbatas sebaliknya gol.shogun btgjwb ke atas pemerintahan dan secara langsung
berwatakkan ketenteraan.Selain shogun,gol daimyo atau bangsawan yag myai tanah
yg memerintah di atas tanah milik mrk sbg pbsr feudal.Kedudukan mrk di sokong
oleh gol samurai dan karoiaitu org suruhan yg mtdbr tanah.Dalam ptdbrn jepun
,shogun dan samurai myai ikatan yg kuat dan berjaya mendominasikan krjn
jepun.Selepas pemulihan meiji ,gol ini menerima kesan yg cukup besar .Jawatan
shogun dihapuskan sementara gol.samurai diserapkan dalam sis. Pmrthn krjn bukan
sbg samurai sebaliknya,pegawai krjn yg terbabit dlm perusahaan.
Sistem pemerintahan china turut memaparkan kepentingan pbsr yg dilantik
berasaskan pendidikan Confucius berbanding mrk yang myai latar belakang
ketenteraan.Klgn tentera ini juga dilantik sbg pbsr wilayah dalam usaha
memastikan wilayah berada keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan krjn
pusat,namun pbsr wilayah dibenarkan utk mengubah dasar tersebut dgn kebenaran
adat istiadat dan keadaan setempat .Oleh itu,peranan pbsr di china ini amat
penting sbg teras kekuatan kerajaan .
Secara kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa peranan pembesar dalam
system pemerintahan tradisional masyarakat asia di mana kebanyakkannya sesuai
dijalankan bagi mempertahankan kerajaan masing-masing dan untuk kepentingan
rakyat.