Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 53

 PENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA TELAH MENCETUSKAN SEMANGAT KESEDARAN DI KALANGAN NASIONALIS. BINCANGKAN.

 

MASLIZA BTE WAHID

 

            Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Jepun berusaha utk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain mengusir penjajah Barat. Jepun yg menggunakan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ tlh menarik perhatian dan sokongan msykt Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dr thn 1942-1945, Jepun tlh melaksanakan pelbagai dasar yg mendatangkan kesan yg besar terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya dlm mencetus semangat kesedaran di kalangan nasionalis.

            Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke negara-negara Asia Tenggara mendatangkan banyak kesan negatif ke atas sesebuah negara yg didudukinya, namun ia juga mendatangkan kesan positif terhadap pergerakan kebangsaan. Pemberian kemerdekaan kepada negara-negara Asia Tenggara merupakan salah satu sebab yg mencetuskan kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Pemberian kemerdekaan ini bertujuan utk mengelak tentangan rakyat terhadap pendudukan Jepun dan ini merupakan strategi bg menawan hati rakyat. Di Indonesia, Perdana Menteri Jepun Kaiso tlh berjanji akan memberi kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Oleh itu, pd Ogos 1945, satu j/kuasa persediaan kemerdekaan iaitu Penitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) tlh ditubuhkan. J/kuasa ini dipengerusikan oleh Sukarno dan Hatta. Jepun bersetuju utk memberi kemerdekaan kpd tdk lewat drp 7 Sept. 1945. jepun juga beri kemerdekaan kpd penduduk Myanmar pd 1 Ogos 1943. manakal Filipina pd 14 Okt. 1943. Dgn pemberian kemerdekaan ini, gol. nasionalis menjadi lebih bersemangat utk terus bangun menentang penjajahan. Keadaan ini tlh menyebabkan para nasionalis mula mengumpul ahli utk sama-sama menubuhkan pertubuhan atau persatuan bg menentang penjajah dan seterusnya membebaskan negara mereka dpr sebarang penjajahan.

 

Pentadbiran

            Semasa pendudukan Jepun, kuasa ini tlh memberi peluang kpd penduduk tptn utk sama-sama dgn tentera Jepun memerintah negara mereka. Gol. terpelajar tlh diberi peluang utk menyertai pentadbiran. Manakala ahli-ahli politik pula diberi kebebasan utk berpolitik. Misalnya di Indonesia, tahanan politik semasa penjajahan Barat spt Sukarno, Hatta dan Syahrir tlh dibebaskan. Pd 1 Mac 1943, Pusat Tenaga Rakyat @ PUTERA ditubuhkan di Indonesia dan Sukarno dilantik sbg pemimpinnya dgn bibantu oleh Hatta.untuk memantapkan sokongan penduduk Indonesia kpd Jepun, maka ditubuhkan Tentera Pembela Tanah Air @ PETA pd Sept 1943. PETA ditubuhkan utk mempertahankan Indonesia drp sebarang serangan kuasa Berikat. Sukarno dan Hatta pula dibenarkan berpolitik dan berpidato ke seluruh Indonesia. Namun scr realitinya tentera Jepun masih mempunyai kuasa di Indonesia. Di Filipina juga Jepun tlh membenarkan penubuhan beberapa pertubuhan utk rakyat Filipina berpersatuan. Antara persatuan yg ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat Kepada Filipina Baru @ Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi Kalibapi. Persatuan2 ini berperanan utk memberi khidmat msykt kpd penduduk Filipina. Namun demikian, scr realitinya persatuan2 ini adalah merupakan alat propaganda Jepun.

            Jepun juga tlh memberi peluang kpd gol. terpelajar utk menjawat jawatan penting dlm pentadbiran kerajaan. Misalnya di Indonesia, rakyat Indonesia dilantik utk menjadi pegawai2 bg menggantikan tempat pegawai2 Belanda dlm pentadbiran Jepun dan melaksanakan tugas2 dgn jayanya. Langkah ini tlh mengukuhkan lagi kepercayaan kpd diri sendiri dan meningkatkan keyakinan org Indonesia utk mentadbir negara sendiri.

 

Ketenteraan

            Pemberian latihan ketenteraan kpd rakyat tptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan para nasionalis. Misalnya di Burma, Minami Kikan tlh melatih Komred 30 dan BIA sbg penentang kpd usaha2 Jepun yg mahu meluaskan bahasa dan kebudayaan mereka.

            Di Vietnam, Jepun tlh membentuk satu pentadbiran tptn yg diketuai oleh Tran Trong Kim selepas Ngo Dinh Diem enggan memberikan kerjasama. Pentadbiran baru yg dibentuk tlh berjaya menyelesaikan pelbagai masalah termasuk mengenai kebuluran, rasuah, system cukai dan mobilasi belia tanpa sebarang kuasa. Dgn memberi peluang kpd rakyat tptn utk mentadbir sesebuah organisasi besar, ini tlh memberi peluang kpd rakyat tptn utk mengumpul dan menyelesai beberapa masalah yg dihadapi oleh rakyat tptn yg selama ini terbengkalai krn tdk diselesaikan oleh Jepun. Dgn pemberian peluang ini, kehidupan rakyat sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dan memberi faedah serta manfaat kpd penduduk.

            Begitu juga di Indonesia, stlh Jepun gagal dlm pembentukan PUTERA, Mokokai dan Masjumi kemudiannya menubuhkan PETA @ Pembela Tanah Air pd bln Sept 1943. tujuan Jepun menubuhkan PETA adalah utk melatih tentera sukarela Indonesia drp serangan tentera Berikat. Anggota2 PETA  mempunyai semangat kebangsaan yg tinggi.mereka bukan sahaja berperasaan anti-Belanda malahan juga berperasaan anti-Jepun. Sebenarnya anggota2 PETA inilah yg menjadi tulang belakang tentera republik Indonesia stlh Jepun tewas.

 

Pendidikan

            Jepun juga turut memberikan pendidikan kpd penduduk tptn di negara yg diduduki. Jika sblm kedatangan Jepun aspek pendidikan tidak berapa dititikberatkan oleh Barat. Ini krn penjajah bimbang gol. terpelajar akan menentang mereka. Tetapi semasa pendudukan Jepun aspek pendidikan dititikberatkan sbg langkah bg mendpt sokongan drp rakyat tptn. Di Vietnam aspek ini jelas kelihatan. Bagi menghadapi ancaman baru, pihak pemerintah tlh melancarkan dasar2 tertentu dlm bidang politik dan social spt memperbaiki sistem perkhidmatan, menggalakkan perkembangan sukan, pendidikan dan nasionalisme yg selamat di kalangan gol. beliadan menggunakan kekerasan utk membanteras nasionalisme yg melampau. Akibatnya bil. pelajar sek. tlh meningkat drp 450 000org pd thn 1939 hingga 700 000 org (1944). Kumpulan pelajar ini tlh dikawal rapi oleh pemerintah spy tdk belot dgn penyokong puak lain.

 

Bahasa

            Di Indonesia, perkembangan dan penyebaran bahasa Indonesia sepanjang zaman pendudukan Jepun tlh menguatkan kesedaran nasionalisme dan menghapuskan sifat2 kedaerahan org Indonesia. W/pun utk jangka masa panjang, bahasa Jepun dirancang utk menggantikan bahasa Belanda sbg bahasa pentadbiran dan bahasa penghantar di sek,2. ttp utk jangka masa pendek, bahasa Indonesia masih digunakan. Dr. Ali Alisjahbana berpendapat bahawa apabila semakin ramai pelajar yg mempelajari bahasa Indonesia dgn bebas, mereka menjadi sedar akan ikatan yg sama mengikat mereka. Bahasa Indonesia tlh menjadi satu lambang perpaduan nasionalis penduduk tptn mahupun  sesbuah negara yg dijajah itu sendiri. Dgn itu mereka tlh menemui kata sepakat utk sama2 bangun bg mencapai kemerdekaan yg selama ini diidamkan oleh mereka. Keadaan ini tlh berjaya membuka mata negara2 yg dijajah utk bangun mendapatkan kemerdekaan bg mendaulatkan negara mereka.

 

Perubahan kuasa.

            Perubahan kuasa juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme. Ini berikutan Jepun muncul sbg sebuah negara Asia pertamayg melakukan penjajahan. Kemunculan Jepun sbg kuasa besar dunia tlh membuka mata penduduk di Asia Tenggarautk memperjuangkan nasib mereka yg selama ini terbelenggu oleh kuasa penjajah sama ada dr aspek eko.,politik mahupun social. Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar Barattlh menyedarkan penduduk Asia Tenggara bhw penduduk Asia juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Dlm konteks nasionalisme di Asia Tenggara ini,penduduk tlh bangun menentang penjajahan Jepun krn mereka sedar bhw Jepun bukanlah kuasa yg tdk boleh dikalahkan.

 

Pengaruh luar

            Keadaan politik dunia juga mempengaruhi kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Banyak fahaman2 baru muncul spt fahaman komunisme dan kapitalisme serta imperialisme. Idea komunisme yg berasal dr Rusia tlh berkembang dan berjaya mempengaruhi gol. nasionalisme Vietnam. Idea demokrasiyg didukung oleh Barathanya dijalankan di negara mereka sahaja. Perkara sebenar yg berlaku ialah pemerasan kpd bangsa yg dijajah. Idea kapitalismedan imperialismemenjadikan bangsa yg dijajah hidup menderita. Keadaan ini tlh mengecewakan gol. intelektual yg selama ini percaya kpd nilai murni demokrasi yg menjadi tunggak keadilan. Namun unsur kapitalisme lebih dominan dlm perjuangan kuasa Barat.

            Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara tlh banyak mendatangkan kesan terhadap penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Pendudukan ini tlh menyedarkan penduduk Asia Tenggara terutama gol. nasionalis utk bangkit menentang penjajahanbg memerintah negara sendiritanpa bantuan pihak luar dan seterusnya memperolehi kemerdekaan. Justeru gol. nasionalis tlh mendapat inspirasi utk menuntut kemerdekaan drp penjajah.