SOALAN 51

ANCAMAN PERDAGANGAN JEPUN ADALAH PENCETUS KEPADA PENGLBATAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE-2. BINCANGKAN

 

MOHD SHAH BIN MD ALI HANAFIAH

 

         Ancaman perdagangan terhadap Jepun yang telah dilakukan oleh kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat sememangnya telah menyebabkan Jepun terlibat secara langsung dalam perang dunia ke-2 di Asia. Ini kerana perdaganan merupakan salah faktor ekonomi yang menyumbangkan kepada pembangunan negara Jepun. Dengan ancaman perdagangan yang dilakukan oleh kuasa imprealisme barat terhadap Jepun telah menyebabkan kedudukan ekonomi Jepun tergugat. Selain itu jepun juga mempunyai sebab tersendiri dalam melibatkan diri dalam perang dunia ke-2.

         Ancaman perdagangan terhadap jepun ini telah dilakukan oleh kuasa imprealisme barat seperti Amerika Syarikay, britain serta semua kuasa barat yang menjajah negara Asia. Selepas perang dunia pertama kekuatan jepun dianggap sebagai ancaman kepada kuasa imprealisme barat. Ancaman amat dirasai oleh Amerika Syarikat dan  britain disebabkan mereka mempunyai kepentingan di Asia terutamanya China,Lautan Pasifik dan Asia Tenggara. Selain itu kebanyakan negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia,Thailand dan  Filipina yang banyak mengandungi bahan mentah. Bahan mentah merupakan bahan penting kepada kuasa-kuasa barat untuk menghasilkan barangan mereka. Bahan mentah juga memberi kepentingan kepada jepun untuk membangunkan negara mereka. Disebabkan faktor ini ,imprealisme barat melalui perjanjian washington pada tahun 1922, cuba menghalang jepun dari menguasai  negara Asia Tenggara dan Lautan Pasifik dengan menghadkan angkatan laut masing-masing di Lautan Pasifik. Disamping itu, mereka juga menghadkan kemasukan barangan dagangan jepun kedalam negara jajahan mereka.

         Keadaan ini berlaku akibat daripasda peristiwa jepun yang menduduki mancuria dan seterusnya mencerobohi china. Jepun telah memperluaskan kuasanya dichina yang menyebabkan kuasa barat terutamanya amerika membidas jepun. Amerika telah mendesak jepun keluar dari china ataupun amerika akan mengenaka sekatan perdagangan keatas jepun sekiranya jepun tidak mahu keluar dari bumi china. Tindakan amerika telah mendapat sokongan dari sekutunya yang lain.

         Namun begitu ,jepun telah menunjukkan sikap keras kpealanya dentgan menambah tekanan keatas china. Ini menyebabkan sekatan perdagangan telah dikenakan pada 1941 tehadap barangan seperti besi keluli,jentera dan bahan industri lain. Tindakan ini  telah menyebabkan jepun mengalami kemerosotan ekonomi sebanyak 50%.i ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi jepun yang sedang membqangun. Tindakan ini juga telah membangkitkan kemarahan pemimpin jepun terutamanya pemimpin tentera.

         Pada disember 1940,jepun telah menandatangani pakatan axis dengan jeman dan itali untuk membentuk orde dunia baru. Seterusnya satu perjanjian tidak menyerang antara satu sama lain telah dimeterai antara jepun dan rusia. Masalah utama yang dihadap jepun ketika itu hanyalah amerika. Ini disebabkan amerika cuba mengenakan sekatan ekonomi keatas jepun disamping mengenakan embargo keatas eksport jepun. Embargo ini telah memoton import minyak jepun sebanyak 10%. Simpanan jepun hanya bertahan selama 2 tahun. Satu perundingan telah diadakan antara jepun dan amerika.

         Walaubagaimanapun peperangan tidak dilancarkan serta-merta.perundingan diteruskan dengan tujuan mengabui mata dunia disamping mempersiapkan angkatan tentera. Pihak jepun telah memutuskan untuk menyerang pearl habour dan seterusnya menawan asia tenggara dan barat daya lautan pasifik. Ini disebabkan kawasan ini yang mengandungi bahan mentah. Disamping itu kawasan ini juga sesuai untuk memasarkan barangan jepun. Ini kerana jepun menghadapi masalah perlindungan perdagangan  dengan  negara perdagangan utama.

         Namun begitu ,dengan perundingan yang masih berjalan jepun telah menyerang pearl habour pada 7 disember 1941yang melumpuhkan kekuatan amerika danseterusnya jepun telah nenawan asia tenggara.. amerika telah mengisytiharkan pertang pada 8 disember 1941. tindakan ini adalah berpunca dari sekatan yang dilakukan oleh amerika. Ini telah meninggalkan kesan terhadap ekonomi jepun yang merosot akibat serangan keatas amerika dan asia tenggara. Nilai eksport jepun telah merosot sebanyak 50%dan harga barang jepun telah jatuh sehingga menyebabkan penduduk jepun merana.

         Ancaman perdagangan keatas jepun telah menyebabkannya terlibat dengan perang dunia ke-2. ini seterusnya membuktikan jepun sebagai kuasa besar di asia.