SOALAN 50

PEMBABITAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KEDUA ADALAH UNTUK  MEMPERTAHANKAN MARUAH DIRI. BINCANGKAN.

 

NURHUDA BTE MOHAMED.FADZIL

 

Jepun merupakakan kuasa besar dalam perang dunia kedua. Perang dunia kedua meletus ketika Pihak Berikat menumpukan perhatian kpd peperangan yg berlaku di Eropah yg bermula pd 1939, sementara AS sedang mengadakan perundingan dgn pihak Jepun utk memperbaiki hubungan mereka. Kira-kira 100 buah kapal terbang dan kapal serang tentera Jepun telah menyerang angkatan laut tentera AS di Pearl Harbour, Hawaii pd 8 Disember 1941. Dlm serangan itu, hampir keseluruhan angkatan laut Amerika telah dimusnahkan. Pembabitan jepun dlm perang dunia kedua ini adalah utk mempertahankan maruah diri.

            Terdpt beberapa sbb yg menggugat maruah Jepun sehingga menyebabkannya membabitkan diri dlm perang  dunia kedua. Antaranya ialah, hubungan yg runcing dgn Amerika. Apapabila tentera Jepun menduduki Manchuria dan seterusnya mencerobohi negeri China, negara-negara barat mula membidas Jepun,terutamanya AS. Amerika tlh bertindak balas dan mendesak Jepun keluar dari China atau menghadapi sekatan perdagangan dan Amerika dan beberapa buah negara barat yg lain.

            Sejak 26 Julai 1941, negara-negara Berikat spt AS, Britain dan belanda tlh mengenakan sekatan perdagangan ke atas Jepun ekoran drpd tindakan Jepun menceroboh negeri China dan Indo-China. Eksport minyak drpd AS ke Jepun dihentikan  dan sekatan dikenakan ke atas barangan Jepun yg diimport ke AS. Tindakan yg sama dilakukan oleh Britain dan Belanda. Syarat yg dikenakan oleh negara-negara Berikat utk menamatkan sekatan perdagangan itu ialah, Jepun mensti keluar dari negara China, menghentikan tindakan meluaskan wilayah dan tidak menyebelahi pihak Paksi (Jerman dan Itali) dlm peperangan. Walaupun tindakan AS tlh menjejaskan kedudukan Jepun, namun Jepun tetap dgn pendiriannya malah bersikap lebih agresif. Jepun kemudiannya melancarkan serangan ke atas AS apabila perundingan antara Jepun dgn AS mengenai isu minyak gagal.

            Selain itu, pembabitan Jepun dlm perang dunia kedua ini juga adalah disebabkan oleh kemunculan Jepun sbg kuasa tentera terkuat di Timur. Sejak 1937, Jepun tlh membina angkatan lautnya secara rahsia. Hasilnya, sejak tahun 1940, Jepun mempunyai angkatan laut terkuat di Timur Jauh. Peperangan yg berlaku di Eropah yg melibatkan Jerman, Britain dan Perancis tidak dpt memberikan perhatian penuh ke atas tanah jajahannya di sebalah Timur. Kekuatan tentera kedua-duanya juga ditumpukan ke medan pertempuran di Eropah dan Afrika Utara. Ketiadaan kekuatan tentera British dan Perancis termasuk Belanda, menyebabkan berlakunya kekosongan kuasa tentera di sebelah Timur. Kekosongan ini tlh memberi peluang kpd pihak Jepun muncul sbg kuasa terkuat di Timur. Hanya AS yg dianggap sbg ancaman kpd pergerakan tentera Jepun di Timur krn AS mempunyai pangkalan tentera laut yg kuat di Pearl Harbour di Hawaii. Dgn itu, apabila Jepun melancarkan serangan ke atad Pearl Harbour dan memusnahkan angkatan laut AS, ia membolehkan pergerakan tentera secara bebas tanpa gangguan drpd mana-mana kuasa barat dan sekaligus menjadikannya sbg kuasa terkuat dunia.

            Sbb seterusnya yg menyebabkan Jepun membabitkan diri dlm perang dunia kedua ialah utk memperkukuhkan haknya ke atas wilayah yg ditaklukinya. Sejak 1931 lagi, pucuk pimpinan Jepun tlh dikuasai olaeh pemimpin-pemimpin tentera. Oleh sbb sebahagian bsr drpd mereka menganut fahamanperluasan wilayah, sekaligus menyebabkan Jepun tidak dpt mengelakkan diri dari melakukan pencerobohan dan mengenepikan kedaulatan negara-negara lain. Misalnya, pd 25 Disember 1941, Hong Kong ditawan dan pd 2 Januari 1942, Bandar Manila di Filipina jatuh ke tangan tentera Jepun setelah tentera AS bertahan kira-kira tiga minggu. Pd 19 Febuari 1942, tentera Jepun dari Selatan Mindanao tlh menyerang Belanda di Indonesia. Pd 15 Febuari 1952, Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun. Selepas melumpuhkan kekuasaan pihak Berikat di Timur, Jepun merancang utk menyerang India dan Australia. Tetapi kapal terbang angkatan laut mengalami kekalahan teruk dlm pertempuran si Colombo dan Trincomalee, Sri Lanka.

            Jepun juga melibatkan diri dlm perang dunia kedua krn utk mempertahankan ekonominya yg semakin tergugat. Bermula 26 Julai 1941, negara-negara Berikat iaitu AS, Britain dan Belanda tlh mengenakan sekatan perdagangan ke atas Jepun ekoran drpd tindakan Jepun mencerobohi negeri China dan Indo-China. Kiriman besi keluli, logam-logam yg diperlukan, mesin-mesin, gasoline bermutu tinggi serta jentera dan pelan membuat gasoline dari AS ke Jepun dihentikan. AS juga tlh  menyekat semua eksport ke Jepun. Tindakan iti diikuti oleh Britain dan Belanda. Seterusnya, AS tlh membekukan harta-harta Jepun di AS. Tindakan AS telah menjejaskan kedudukan Jepun. Jepun yg juga telah muncul sebagai negara perusahaan yg maju, setanding dgn negara-negara barat, tidak mempunyai bahan mentah yg mencukupi utk mengembangkan perusahaannya. Oleh itu, Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran utk barangnya. Memandangkan Jepun kekurangan bahan mentah, Jepun telah melihat Asia Tenggara sebagai tempat sesuai utk mendapatkan bahan mentah. Jepun memerlukan bahan mentah yg penting seperti minyak, logam dan getah dari Asia Tenggara. Utk menguasai kekayaan bahan mentah dan perdagangan di Asia Tenggara, peperangan terpaksa dilancarkan.

              Jepun juga melibatkan diri dalam perang dunia kedua apabila kedudukannya sebagai kuasa besar dunia tergugat. Perubahan-perubahan yg dilakukan oleh Maharaja Meiji (Maharaja Mikado Mutsushito) terutama dalam bidang ketenteraan, menjadikan Jepun diiktiraf sebagai kuasa besar dunia yg pertama dari Asia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa barat yg lain. Jepun telah berjaya mengalahkan China dalam perang China-Jepun pada tahun 1894-1895 dan sekaligs menonjolkannya sebagai satu kuasa tentera di sebelah timur. Kemenangan Jepun telah menambahkan keyakinan pemimpin-pemimpin Jepun terutama pemimpin tentera untuk menjalankan dasar perluasan wilayah bagi menubuhkan empayar Jepun di Asia. Ketika itu, Jepun telahpun memperoleh Pulau Volcano (1891), Pulau Marcus (1899), Taiwan (1895) dan kepulauan Pescadores (1895). Dengan kemenangan ini,    wujudnya semangat nasionalisme orang Jepun menjadi ekstrim. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah bangsa yg lebih mulia dan mereka tidak lagi menghormati kedaulatan bangsa lain. Sejak kemenangan Jepun, kuasa-kuasa barat mulai menghormati kekuatan Jepun. Nama angkatan laut Jepun mendadak naik. Jjepun tidak dapat diabaikan dalam arena politik antarabangsa di timur jauh. Keadaan ini menguatkan lagi azam Jepun utk menjadi pemimpin dan model kepada bangsa-bangsa Asia lain. Namun begitu, tindakan Jepun yg telah mencerobih negeri China pada Julai 1937, mendapat tentangan daripada AS dan negara-negara barat yg lain. AS telah mengambil pelbagai tindakan termasuk menyekat perdagangan Jepun, tetapi Jepun tetap tidak berganjak. Tindakan AS itu telah menggugat kedudukan Jepun sebagai kuasa besar dunia. Jepun kemudiannya mengadakan perundingan dgn AS utk menyelesaikan masalah minyak tetapi tidak berjaya. Hal ini telah menyebabkan Jepun menyerang angkatan laut AS dan sekaligus membabitkan diri dalam perang dunia kedua.

             Sebagai salah satu drpd kuasa besar dunia, Jepun banyak menjalinkan hubungan dgn kuasa-kuasa barat lain dan juga dgn negara-negara di Asia bagi mengekalkan pengaruhnya di Asia. Misalnya, hubungan  yg erat antara Jepun dan Jerman pada tahun 1940 apabila Jerman mengalami kemenangan dlm peperangan di Eropah. Kemudiannya, pada September 1940, Jepun telah menandatangani Tripartite Pact dgn Jerman dan Itali. Salah satu drpd syarat perjanjian ialah mereka akan melibatkan diri dlm peperangan membantu pihak yg terlibatkan. Dgn itu, pada  11 Dis 1941, Jerman dan Itali telah mengisytiharkan perang ke atas AS kerana telah memerangi jepun. Selain itu, Jepun juga mempunyai hubungan yg baik dgn Thailand. Menjelang perang dunia kedua, hubungan antara Thailand dgn Jepun menjadi semakin akrab. Jepun banyak membantu Thailand mendapatkan semula wilayah-wilayah mereka yg telah diserahkan kpd Perancis. Melalui perantaraan Jepun,Perancis memulangkan semua kawasan seluas 54000 km persegi termasuk bahagian barat Kemboja dan seluruh wilayah barat Sg. Mekong. Hubungan diplomatic Thailand-Jepun semakinketara semasa perang dunia kedua. Beberapa jam sebelum Jepun membedil Pearl Harbour di Honolulu, kerajaan Thailand membenarkan tentera Jepun menyeberangi sempadan mereka utk memasuki Tanah Melayu. Hubungan antara Thailand—Jepun ini adalah bertujuan utk memperkukuhkan pengaruh Jepun di Asia sebagai sebuah kuasa besar yg kuat.

             Kesimpulannya, pembabitan Jepun dlm perang dunia kedua adalah utk mempertahankan meruah diri dan juga utk memperkukuhkan kedudukannya. Namun begitu, Jepun mengalami kekalahan dan terpaksa menyerah kalah kpd AS setelah dua buah Bandar utamanya dibom oleh tentera AS. Jepum juga mengalami pelbagai perubahan selepas perang dunia kedua, kesan drpd pendudukan AS.