SOALAN 44

KETIDAKPUASAN MASYARAKAT PERIBUMI TERHADAP PERUBAHAN YANG DILAKUKANPENJAJAH TELAH MENGGERAKKAN KEWUJUDAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN POLITIK.

BINCANGKAN.

 

MOHD SHAHRULAZUAN AHMAD JAMAIN.

 

Kedatangan penjajah barat ke asia telah menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat pribumi disamping pertubuhan-pertubuhan yang bercorak politik wujud akibat perubahan yang dilakukan oleh penjajah. Disamping itu juga masyarakat Asia turut melakukan banyak siri pemberontakan dan penentangan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perubahan yang dilakukan oleh penjajah. Di negara-nehgara seperti Asia Tenggara,Asia timur dan Asia selatan telah menggerakkan pertubuhan-pertubuhan politik seperti Parti Komunis China (PKC) Koumintang (KMT) Parti Nasional Indonesia (PNI) Persatuan Belia Buddha (YMBA) dan sebagainya. Kebanyakan pertubuhaninin mementingkan soal kebudayaan, sosioekonomi dan agama pada mulanya. Kemudian beransur-ansur beralih kearah politik dan redikal. Perubahan ini adalah disebabkan sikap penjajah yang tidak mahu bertolak ansur dan melakukan penindasan.

   Pertubuhan politik yang muncul memperjuangkan isu-isu politik termasuklah berkerajaan sendiri dan kemerdekaan penuh. Ini dapat dilihat di India dimana penjajah British banyak melakukan perubahan p-olitik dan pentadbiran. Pentadbiran British di India telah meletakkan gabenor Jeneral atau wizurai sebagai pemerintah tertinggi british di India. Manakala wilayah-wilayahnya terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti daerah. British juga telah melaksanakan daasar diskriminasi terhadap penduduk India contohnya pendudukan India yang berpendidikan barat tidak diberi jawatan dalam perkhidmatan awamatau kerajaan dan hanya diberi jawatan yang rendah sahaja. Ketidakpuasan hati telah menyebabkan Sarendra Noth Benarjee menubuhkan Persatuan India pada 1876. objektifnya ialah untuk menyatukan penduduk India dan membincangkan masalah-masalah perkhidmatan awam. Pada tahun 1885 persatuan ini ditukar namanya kepada Parti Kongres India atau kongres kebangsaan India. Kongres ini telah bertanggungjawab membawa India kearah mencapai kemerdekaan setelah pergi ke England apabila dikritik sebagai satu minoriti sekecil hama. Pada mula penhubuhan, Kongres ini tidak bersikap Anti-Inggeris tetapi menitikberatkan saol pembaharuan daripada kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menyebarkan pendidikan, pembentukan kerajaan sendiri dan menuntut agar kerajaan British mengambil lebih ramai orang India dalam perkhidmatan awam.

 

   Penubuhan liga Islam di India pada 1906 adalah atas keinsafan orang islam akan kepentingan maruah yang di injakan lagi dengan pendekatan hinduisme dalam Kongres Kebangsaan India, dan pertikaian antara Islam-Hindu. Perjuangan penduduk India telah menapat sokongan penduduknya di luar negeri terutama di England.

   Di Asia Tenggara pula penjajah barat menerapkan corak pentadbiran mereka di dalam pentadbiran tempatan. Tujuannya adalah untuk mereka terus menguasai tanah jajahan. Di Vietnam, penubuhan PArti Kebangsaan Vietman atau Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) pada tahun 1927 bermotifkan perjuangan kemerdekaan secara kekerasan. VNQDD bertujuan menggulingkan kerajaan Perancis dan menubuhkan kerajaan republik. VNQDD telah melakukan banyak kekacauan, keganasan, pembunuhan, dan jenayah. Parti ini merupakan ancaman besar kepada Perancis dan mendapat sokongan yang kebanyakannya di utara vietnam. Peransic telah mengambil langkah dengan mengharamkan parti ini. maka Parti Komunis Vietnam telah ditubuhkan pada 1930 oleh Ho Chi Minh untuk menggulingkan kerajaan Perancis melaluai pendekatan Revolusi. Parti Komunis Vietnam mengaturkan pemogokan, tunjuk perasaan dan kekacauan di seluruh negeri. Ia begerak dibawah tanah.

   Manakala di Filipina, sepanjang penjajahan Sepanyol, banyak berlaku penindasan keatasrakyat Filipina. Contohnya diskriuminasi keatas paderi-paderi sekulartempatan yang dipandang rendah dan tidak diberi jawatan tinggi dalam institusi gereja. Orang-orang Filipina juga tdak diberi pendidikan terutamanya bahasa Sepanyol dan orang Sepanyol memandang rendah taraf orang Filipina yang dikelaskan sebagai Indio.Oleh itu Banifisio menubuhkan sebuah pertubuhan yang redikal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol di Filipina. Organisasi tersebut dikenali sebagai Katipunan atau Persatuan Pemuda-Pemuda Rakyat yang muncul akibat ketidak puashatian orang Filipina terhadap penindasan dan kekejaman pihak pemerintah Sepanyol.

   Parti nasionalis yang ditubuhkan pada tahun 1907 merupaka parti politik filipina yang paling aktif . pati in ingin membentuk kerajaan sendiri da kemudiannya kemerdekaan tetapi dibawah perlindungan Amerika Syarikat. Anggotanya terdiri daripada pemuda-pemuda intelek. Walaupu suruhan jaya Schurman mendapati Filipina belum bersedia berkerajaa sendiri. Melalui Akta ordinan 1902 dua orang Filipina dilantik mewakili ke kongres Amerika Syarikat. William H. Tafh yang dilantik sebaga Gabenor Jeneral Filipna telah menyediakan Filipina kearah berkerajaan sendiri 1908. Pilihanraya diperingkat bandar dan kampung telah diadakan.Para nasionalisme Filipina tidak berpuas hati dengan alasan Amerika Syarikat.Mereka inginkan kemerdekaan dengan segera. Maka muncullah Parti politik untuk tujuan tersebut pada tahun 1907 dua buah parti politik iaitu Partido Independentlist Imnediatista dan Union Nasionalis bergabung dan hasilnya Partido

Nasionalista (Parti Nasional) 

       Di Burma, British telah mengubah sistem  pentadbiran tempatan sejajr dengan pentadbiran barat. Pentadbiran British meletakkan kuasa kepada kerajaan British dan tidak lagi kepada individu tertentu. British telah menghapuskan pentadbiran Beraja dan pentabiran tradisional seperti Myathugiu Badan Hutdow (Majlis tertinggi orang-orang Bangsawan) dan Thatarabaing (sami-sami Buddha). British juga menolak supaya Thutarabaing dikekalkan kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap raja.Akibat pembaharuan ini masyarakat Burma telah menubuhkan pertubuhan politik. Kesatuan yang lebih radikal ialah persatuan pemuda. Pemua Buddha (Buddha Bhata kalyana Yama hthin) atau dikenali Yoceng Men Buddhish Association (YMBA) yang ditubuhkan pada 1906. YMBA diperlopori oleh U Be Pe, U Ba Dun dan U saw. YMBA mula membincangkan isu politikdan terlibat dalam gerakan politik antara tahun 1916-1919, malahan ahli  yang lebih redikal di bawah pipinan U Thein Maung telah memasuki persatuan ini. Mereka telah membangkitkan lagi soal kasut dan menyatukan semua cawangan Persatuan Pemuda-Pemuda Buddha dalam satu pertubuhan kuat. Sikap British yang tidak melayan tuntutan orang Burma dilihatkan dalam kes mencemar atu melanggar peraturan kuil.

       Golongan Dongyi menyertai parti politik di Burma adalah disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha)dan sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan oleh British. Golongan pongyi ingin mendapatkan semula pengaruh mereka dan agama Buddhadalam masyarakat Burma.Pongyi memberikan sokongan kepada persatuan Pemuda Buddha Ymbadalam isu masalah kasut. Ini merupakan nasiomalisme politik Burma yang ertama telah mencapai kejayaan. Kerajaan British telah memusatkan bahawa ketua Pagoda tempatan mempunyai hak untuk menguatkuasakan larangan tersebut Golongan Pongyi telah menubuhkan  Majlis Am Songha sometggi. (General consil of songha sometggi) pada 1922 bagi mengendalikan program politiknya.

  Golongan Thakin telah menubuhkan  Debana Asiayona atau Liga Kebangsaan Burma pada tahun 1933. Ini adlah hasil gabungan dua buah persatuan iaitu Liga Pelajar Se Burma 1931 dan Persatuan Dobama 1930. Pemimpin utamanyaialah U Nu, Aung San dan Thukin Tin. Mereka digelar Thakin(tuan) dan bertujuan ialah untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma  Dobama Asiayone berazam hendakmenggulingkan kerajaan British melalui cara kekerasan  untuk mencapai kemerdekaan. Ahli persatuan ini dapat mempengaruhi kesatuan sekerja untuk melancarkan pemogokan menentang British. Golongan Thankin telah mempengaruhi idea-idea martism,Jerman. Golongan ini sangat nasionalistik dan menubuhkan pertubuhan Kesatuan Sekerja seperti pertubuhan Petani-petani  Burma.

      Di Indonesia,pemerintahan Belanda tidak menitikberatkan kebajikan rakyat Indonesia. Malah kerajaan Belanda gagal untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Indonesia. Pemerintahan Belanda juga menekan dan berdiskriminasi telah menyebabkan masyarakat tidak berpuashati  atas tindakan Belanda ini. Maka sebagai tindak balas, masyarakat telah menubuhkan Parti Politik sebagai menyalurkan rasa tidak berpuas hati mereka.Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah serekat islam yang ditubuhkan pada tahumn 1912.Pada awalnya sanekat islam sebelum tahun 1916 ia tidak mempunyai matlamat perjuangan politik .Pada tahun 1923 sanekat islam dibawah pimpinan Agus Salim telah manjadikannya parti politik yang rasmi dengan parti sanekat islam .Parti senakat islam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undang-undang islam .Program politik sanekat islam yang memperjuangkan pemerintahan sendiri melalui eraperlembagaan pada tahun 1916 telah menarik minat golongan nasionalis Indonesia.Senakat islam telah menuntut penubuhan majlis-majlis daerah (regainal councils ) dan perluasan kuasa volksroad.Pada tahun 1917 sanekat islam mula memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia.

     Penyebaran ideologi Politik Barat dan penemuan mereka dengan pelajar -pelajar negara Asia Barat lain telah merintis jalaan kearah pembetulan Parti-parti redikal seperti PKI dan PNI. Ini juga melalui perasaan kecewa dengan dasra pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasr diskriminasi serta gagal membangunkan ekonomi indonesia. Rasa tidak puas hati menyebabkan mereka bangun menentang untuk mendapatkan  kemerdekaan. Rsa tidak puas hati ini berkaitan dengan faktor penindasan dan kejatuhan ekonomi rakyat indonesia diats dasar yang diamalkan Belanda. Seperti sistem  kultur, liberal  dan etika. Semuanya menewaskan dengan kejam iaitu memperhambakan kaum tani untuk kepentingan Belanda.Ini menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati oleh masyarakat tempatan.

   Melalui Kelab Pendidikan Bandung , Soekarnio telah menubuhkan Pensyarikatan Nasional Indonesia pada 1927. Kemudian ia ditukar kepada Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan parti politik dan kemudian menubuhkan sebuah persekutuan Parti Politik Kebangsaan Indonesia untuk mencapai perpaduan rakyat Indonesia .PNI juga menuntut kemerdekaan penuh Indonesia mendirikan kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat dan tanah air. PNI mengamalkan dasar penentangan pasif dan tidak bekerjasama dengan Belanda serta memulaukan volkasraad dan perkhidmatan awam kerajaan. Demi perpaduan kebangsaan, PNI berusaha menyatukan semua parti dalam satu gabungan yang dipanggil permuafakatan perhimpunan politik kebangsaan Indonesia terdiri daripada PNI, sarekat islam , Budi Utomo , Pasundan, ikatan sumatra dan kelab Pelajar  Surabaya. Belanda telah mengharamkan PNI kerana perjuanganya yang redikal dan agresif .

   Di China, pertubuhan-pertubuhan politik dilhamkan daripada sikap ingin mengubah keadaan di China dan menentang penjajah asing. Namun demikian ini adalah disebabkan apabila negara China menghadapi masalah dalaman yang menyebabkan kemerosotan setelah orang asing atau penjajah menguasai beberapa bahagian di China dan mengenakan bebeerapa perjanjian berat sebelah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat tempatan. Dengan demikian Koumintang (KMT) ditubuhkan 1912 dibawah pimpinan Dr.Sun Yat Sen yang bertujuan mewujukan demokrasi berparlimen di China. KMT berjaya menubuhkan kerajaan Republik tetapi gagal menegakkan kuasa politik secara meluas di China sebelum 1927. KMT adalah sebuah parti yang lemah sejak penubuhannya. KMT berjuang untuk menyatu padukan China.menghapuskan imperialis barat dan Jepun, menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial. Pemimpin baru KMT Chiang Kui Sek berjaya menyatupadukan China selepas mengalahkan hulubalang-hulubalang Tachun atau pemimpi tentera wilayah yang tidak tunduk dibawah penguasaan kerajaan pusat dan berkuasa serta bertinak secara bersendirian. China dalam ekspidisi ke utara dan  tertubuhnya kerajaan Nasionalis China.

   Parti Komunis China (PKC) ditubuhkan secara rasmi pada 1 julai 1921 di Shanghai. Chen Tu-Hstu dan Li Ta-Chau memainkan peranan penting dalam penubuhan PKC. Penubuhan ini diwujudkan selepas revolusi 1911 kerana kedaan politik China tidak stabil akibat perang Warlord serta pencerobohan kuasa asing serta pengaruh barat dan Jepun. Ia bertujuan mewujudkan masyaraakat tanpa kelas menerusi revolusi golongan Proleter(pekerja) dan pertani yang menentang idea imperialisme dan kapitalisme asing. Mereka mendapat bantuan daripada agen comintern iaitu Gresory Voltinsky dan Maring.Pada tahun 1923-1924 PKC dan KMT  telah bersatu untuk menentang tentera wilayah Tuchur dan menyatukan China pada 1927. Parti perikatan ini telah berakhir apabila masing-masing merebut kuasa di China dan tidak bertolak ansur antara satu sama lain.Oleh itu, China mengistiharkan penubuhan Republik rakyat China.

    Pertubuhan-pertubuhan politik yangwujud diAsia adalah disebabkan ras tidak puas hati masyarakat implikasi daripada pengaruh serta perubahan yang dibuat oleh penjajah. Ini dapt digambarkan daripada pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan kebudayaan yang mempengaruhi mereka untuk menentang penjajah.