Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 43

PENENTANGAN YANG DILAKUKAN TELAH BANYAK MENINGGALKAN KESAN KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT PRIBUMI ASIA .BINCANGKAN.

 

 

            Penentangan merupakan gerakan yang menunjukan rasa ketidakpuashatian masyarakat pribumi terhadap penjajah atau imperilismae  asing .Penentangan ini yang telah dilakukan telah banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat peribumi dari segi politik,ekonomi dan sosial.

Kesan kepada sistem politik ialah akan berlakunya perubahan didalam pemerintahan dan pentadbiran .kebanyakan peraturan lama telah diubah kerana kurang berkesan kepada pembangunan negara .Melaluai sistem pentabiran baru menggabungkan faktor ekonomi ,politik,sosial,ideologi dan kebudayaan .Kebanyakan negara di asia selama ini menggunakan sistem autokrasi dengan ini Raja mempunyak kuasa mutlak.Dengan kedatangan kuasa barat mereka telah memperkenalkan sistem Demokrasi iaitu semua manusia adalah sama dan mempunyai hak-hak yang boleh melindunginya.Melaluai perubahan ini kuasa raja dan golongan bangsawan telah mengalami kemerosotan dan kehilangan penyokong.Di sini dapat kita lihat bahawa timbulnya ketidakpuashatian masyarakat peribumi sehingga berlaku penentangan.

Keadaan ini berlaku di jawa pada tahun 1823 semasa pemerintahan Van Den Capellin .Satu peraturan baru telah diluluskan .Semua sewaan tanah yang melibatkan orang Eropah dengan pengusaha atau bangsawan tempatan di Yogokarta dan Surakarta di batalkan dan wang sewaan atau wang bayaran pendahuluan sebelum dikembalikan. Penyewa mempunyai kuasa ke atas tanah yang disewa dan juga keatas petani.Keadaan ini seringkali menimbulkan penindasan keatas petani dan memberi keuntungan kepada tuan tanah .Apabila sistem sewa dibatalkan tuan tanah dikehendaki membayar balik jumlah pendahuluan yang merika terima kepada penyewa.Ramai golongan bangsawan terlibat dan mereka mengalami kerugian yang besar.Tuan tanah pula dalam usaha mendapatkan wang memaksa petani berkerja keras.

Di Burma juga kedaan yang sama berlaku .Gabenor Innes mengistiharkan penurunan cukai daripada satu per sepuluh kepada satu per tiga di kawasan yang teruk menerima kesan kemelesetan .Selain itu deliau menawarkan pinjaman pertain berjumlah 20 laksa repe (2 juta).Kerajaan juga menawarkan pengampunan kepada semua merika yang terlibat menyerahkan senjata dan memberi maklmat di beri kepada kerajaan.Kerajaan menggunakan Aletawya sayadaw dan panyi yang berpengaruh untuk memaklumkan penistiharan ini .Kerajaan telah melantik Booth-Graveiy sebagai suruhanjaya khas bagi mengatasi kebangkitan yang meletus di lima daerah ,16 unit pentabiran dibentuk termasuk polis dan pengadilan dan pebicaraan khas .Dalam hal ini kerajaan telah menggunakan peraturan Akta undang-undang jenayah pindahan 1931.Persuruhanjaya khas perundangan boleh menahan tampa waran ke atas mereka yang melanggar atau hendak melanggar bahagian tertentu kanun jenayah India.

Dengan tercetusnya perjanjian banyak merugikan negara yang dijajah kebanyakan penentangan yang dilakukan oleh masyarakat peribumi dapat dipatahkan oleh kuasa barat.Oleh itu bagi memastikan peribumi tidak melakukkan penentangan.maka mereka akan mengadakan perjanjian.Yang mana dalam perjanjian ini sekiranya perjanjian ditandatangani ia akan memberi peluang kepada kuasa barat untuk meraih keuntungan keatas negara yang dijajah.Ini dibuktikkan dichina apabila berlakunya perjanjian Nankin. Diantara China-British pada 29 Ogos 1892.Antara syarat-syarat perjanjian Nangkin antaranya ialah lima buah pelabuhan iaitu Canton,,Amoy,Foschow,Ningpo dan Shangai dibuka kepada kepada rakyat dan saudagar british.Manakala dalam kebangkitan yang berlaku  di Tientsin, dan pembantunya telah terbunuh.,gereja dan rumah anak yatim telah dibakar.4 buah gereja british dan Amereka telah dimusnahkan.Manakala kesan daripada peristiwa Mangary telah termaktub perjanjian Chefau pada 13 september 1875.Perjanjian ini menurut kerajaan China membayar 2000000 taal kepada  keluarga Margary. Di jepun melalui perjanjian Kanogawa dengan Amerika,jepun akan memberi bantuan dan bekalan  kepada kelasi dan kapal  Amerika yang terkandas dan 2 pelabuhan akan dibuka Chimoda dan setahun kemudianyaHakodate.

            Kewujudan doktrin atau undang-undang baru.Kebanyakkan undang-undang lama sudah tidak sesuai lagi.Oleh kerana kuasa barat telah memperkenalkan undang-undang baru melalui doktrin  yang dicipta mereka,Ini dapat dilihat di India dengan undang-undang lesap waris.Melalui doktrin ini British cuba menafikan hak-hak tradisional dari segi sistem warisan.Undang-undang ini menyatakan sekiranya raja mangkat,negerinya terpaksa diserahkan kepada pemerintah British.Ketika pentadbiran Lord Canning (1856-58)akta pemngambilan khidmat Am telah diluluskan.Akta ini menyatakkan Britih boleh menghantar tentera perkhidmatan diluar dan di dalam India.Langkah ini membimbangkan golongan tentera yang khususnya golongan Brahmin kerana ia kehilangan kasta mereka apabila berkhidmat diluar India.

Kesan ekonomi yang dirasai oleh penduduk peribumi selepas berlakunya penentangan ialah wujudnya sistem tanaman paksa.Sistem ini diamalkan bagi menyelaraskan hasil secara maksimam .Tetapi tujuan utamanya ialah mengatasi masalah kewangan selepas peperangan.peperangan yang tercetus mengakibatkan kemusnahan tanah pertanian.dan premis-premis kerajaan .Ini terjadi selepas berlakunya peperangan Indonesia-Belanda di dapati daerah Yogojakarta dan Surakarta musnah teruk tanah pertaniannya.Perang Jawa 1825-1830 telah memberi kesan buruk kepada ekonomi belanda di Indonesia.Untuk mengatasi masalah ini Van de  Bosch dihantar untuk melaksanakan sistem kultur.Perang ini juga menyebabkan penyakit dan kebeluran. Perang Inggeris-Burma telah menyebabkan masyarakat peribumi Burma kehilangan punca ekonomi daripada hasil kayu jati apabila British menguasai Pegu.Burma juga terpaksa menyalurkan semua perdagangan melaluai kawasan yang dilaluai oleh British. Keadan ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan orang India ke Burma Selatan

Ekonomi pasaran tempatan mula merosot akibat persaing dari barangan Eropah yang lebih bermutu Ia terjadi apabila dasar tutup pintu di tukar kepada dasar negara luar boleh memasarkan barangan keluaran mereka tanpa disekat dengan kadar cukai yang rendah . Ini menyebabkan ramai pengusaha tempatan menjadi bagkrap dan pekerja-pekerja mengalami pengangguran kerana tidak dapat bersaing dengan pelabur luar yang lebih yang lebih memburukan keadaan ramai pengawal dan rayat tempatan menjadi ketagih menhisap candu yang dibekalkan oleh pedagang Beritish di Cina . Manakala dalam peritikal Boxer negara China dikehendaki membayar 450 juta tael dan sekiranya tidak dibayar dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan.Selepas kemarahan boxer ekonomi China terus dikuasa oleh British.Ini meliputi bidang perkapalan ,perusahan pengeluaran besi dan perkhidmatan keretapi.Jelaslah disini pemberontakan yang dilakukan akan memberi kemudaratan kepada masyarakat peribumi apabila sesuatu pemberontakan gagal menguasai kuasa barat.

Perkembangan agama Kristian juga giat dijalankan selepas berlakunya penentangan.Penyebaran agama Kristian boleh dikatakan berjaya dibeberapa buah negara.Antaranya kejayaan paderi sepanyol di Filipina.Kebangkitan Cavite1872 juga mengalami kegagalan .Mereka yang menyokong pergerakan ditangkap dan dihukum bunuh.Ini juga boleh dilihat di negara China yang telah dibawa oleh orang British.Di negara China penyebaran agama Buddha dan fahaman Conficius terpaksa bersaing dengan agama kristian yang dikatakan lebih mudaha berbanding dengan ajaran Buddha dan Conficius.Dengan ini ramai rakyatnya telah memeluk agama kristian.Penyebaran agama kristian lebih giat dijalankan apabila dasar pemencilan telah dihapuskan oleh pemerintahan China,sekaligus memberi peluang kepada paderi kristian. Selain itu penghapusan sistem raja bagi pemerintahan tempatan.Dapat dilihat dari perang Inggeris-Burma ke-3 telah menyebabkan raja Thibaw dibuang ke negeri India.Ini menyebabkan tiada sistem pemerintahan beraja kerana telah diambil alih oleh orang barat .Pada1930 telah berlaku rusuhan di Bandar Rangon.Akibatnya suruhanjaya siman mencadangkan Burma dipisahkan dari India.Dalam masa yang sama peranan pong yi mulai rosot dan menyertai kegiatan politik melaluai persatuan pemuda Buddha (YMBA)

Kesimpulanya penentangan yang dijalankan banyak mendatang keburukan daripada kebaikan terhadap masyarakat pribumi .Sekalipun penentangan merupakan jalan yang terbaik bagi mmbebaskan sesebuah negara daripada dijajah terus.