SOALAN 41

MASYARAKAT PRIBUMI MENJALANKAN PELBAGAI PENENTANGAN UNTUK MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN BARAT.

BINCANGKAN CARA-CARA DAN STRATEGI YANG DILAKUKAN UNTUK MELANCARKAN PENENTANGAN TERSEBUT.

 

MASLIZA BTE WAHID

 

Zaman imperialisme bermula daripada penjajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia pada abad ke-15 dan 16. Kehadiran dan penglibatan kuasa Barat di beberapa buah negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk pribumi. Akibat tindakan penjajah ini penduduk pribumi telah bangkit melancarkan  penentangan bagi mengusir  kuasa asing melalui beberapa cara.

            Pemberontakan merupakan antara bentuk penentangan penduduk pribumi bagi menentang kuasa Barat. Di India, rakyat telah bangun memberontak dengan melancarkan Dahagi utk menamatkan pemerintahan British. Peristiwa adahagi yg meletus pd thn 1857 merupakan gambaran ketidakpuasan hati rakyat India terhadap system pentadbiran yg dilaksanakan oleh British. Ia bermula pd 10 Mei 1857 di Merut. Pemberontakan umum ini telah tewas pd thn 1858. Di China. Penentangan terhadap kuasa Barat dilancarkan melalui penberontakan Boxer. Pemberontakan ini dianjurkan oleh kongsi-kongsi gelap spt Persatuan Teratai Putih, Persatuan Huang Meng serta Persatuan Dunia Akhirat. Pemberontakan tersebut meletus akibat perasaan anti-asing yg cuba menguasai China.

            Pada thn 1880, msykt Vietnam tlh melancarkan satu pemberontakan bersenjata utk mengusir Perancis. Pemberontakan tersebut tlh berjaya dipatahkan oleh tentera Perancis. Di Filipina pula, penentangan yg berterusan telah dilancarkan oleh rakyat sepanjang pemerintahan Sepanyol selama 300 thn. Pada thn 1807 pemberontakan tlh dilancarkan oleh rakyat Filipina akibat pengharaman industri arak di Ilocos. Pada 1823 pemberontakan Novales telah berlaku disebabkan rasa tidak puas hati tentera Filipina krn wujud amalan diskriminasi dlm pasukan tentera. Selain itu, terdpt juga pemberontakan lain yg berlaku di Filipina spt Tayabas dan Cavite.

            Cara penentangan berikutnya ialah melalui pemboikotan, rusuhan, pemogokan gerakan dan pembunuhan. Di India pertubuhan CGBA telah terpengaruh dgn gerakan Parti Kongres Nasional India. Mereka memboikot reformasi Montagre. Peristiwa rusuhan di India dipimpin oleh Mahatma Gandhi dlm demonstrasi perbarisan penderhakaan awam 1930.Lal Bal Pal  juga menggunakan strategi tidak bekerjasama dengan melancaarkan hartal atau pemogokan. Mereka juga melancaarkan pemboikotan barangan British . Ghandi juga pernah menyeru orang India agar tidak membeli garam daripada kerajaan British. Di China Parti Thankin membentuk pertubuhan buruh dan pelajar pd 1936 dan melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran melibatkan 32 buah sekolah bg menyatakan bantahan mereka kpd dasar pendidikan sejarah. Gerakan Islah dilancarkan pd 11 Jun – 20 Sept 1896. Gerakan ini dianjurkan oleh gerakan 4 Mei. Di China, tunjuk perasaan telah dianjurkan oleh pelajar Universiti dan Maktab. Matlamat gerakan ini ialah memulihkan keamanan di negera China. Parti Nasional Vietnam telah melakukan keganasan bg menentang penjajah Barat. Pembunuhan juga turut berlaku di kalangan pegawai-pegawai Perancis. Cthnya penguasa bahagian kerahan buruh iaitu Bazin telah dibunuh pd thn 1929. Di Vietnam badan yg dipelopor oleh ideologi komunis ialah Liga Propaganda Revolusi Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Beliau telah menyarankan agar para pekerja melakukan mogok dan tunjuk perasaan terhadap Perancis. Di Filipina pula, gerakan propaganda digunakan bagi menentang Sepanyol pd thn 1872. Di Indonesia juga, (1923-1926) pemogokan turut berlaku di kalangan pekerja keretapi. Malangnya tindakan ini hanya menemui jalan buntu.

            Media massa juga turut memainkan peranan dlm penentangan penduduk pribumi terhadap kuasa asing. Di Filipina akhbar  La Solidaridad telah ditulis oleh Jose Rizal  pada 1887. Jose Rizal telah menghasilkan dua buah novel iaitu Noli Me Tangere (1887) dan El Fili Busterismo (1891) yg menggambarkan kekejaman Sepanyol di Filipina dan beliau menyeru org Filipina bersatu menentang penjajah. Novel ini bersama dgn akhbar tersebut  diterbitkan bg membangkitkan semangat rakyat tempatan menentang Sepanyol. Karya yg diterbitkan oleh Katipunan ditermakan semangat nasionalisme dan menyebarkan fahaman revolusi di kalangan rakyat Filipina. Akhbarnya ialah Kalayan. Di China, reformasi tlh ditulis di dlm akhbar utk membangkitkan kesedaran tentang pentingnya usaha pemulihan dijalankan. Pelajar yg menuntut di Jepun tlh menyebarkan idea revolusi dan penggulingan dinasti Manchu menerusi akhbar. Mereka menerbitkan Kuo Min Pao. Pelajar2 ini turut menyebarkan idea mereka dgn menerbitkan akhbar Su Pao di negara mereka sendiri.

                        Peperangan juga merupakan penentangan yg dilakukan terhadap penjajah.Perang Diponegoro atau Perang Jawa telah meletus di Jawa pd thn 1825-1830. Perang ini dicetuskan oleh gol. bangsawan dan petani krn tidak puas hati dgn Belanda yg tlh diambil alih pentadbiran P. Jawa  stlh tamatnya Perang Napoleon. Pemimpin perang ini ialah Diponegoro yg dianggap pahlawan asia pertama menentang penjajah Barat dgn menggunakan taktik gerila. Perang Jihad juga dilancarkan oleh sebilangan besar pelajar yg terpengaruh dgn gerakan pemulihan Islam di Mesir. Pada 29 Ogos 1896, Banifacio dan beberapa ahli Katipunan melancarkan revolusi. Pada 30 Ogos 1896, mereka telah menyerang tentera Sepanyol, tetapi tidak berjaya. Kekejaman dan kezaliman pemerintahan Jepun tlh membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan rakyat Filipina. Ia ditubuhkan utk mengganggu pentadbiran dan sekali gus mahu mengusir Jepun keluar dari Filipina. Kumpulan anti-Jepun ini melancarkan Perang Gerila  terhadap Jepun. Di China Perang Candu tlh berlaku pd  1839-42 dan 1856-60 yg berpunca drp candu. Perang ini adalah bg menentang pendudukan British di China. Di Burma juga, peperangan turut berlaku bg menentang penjajahan Barat. Sebanyak tiga peperangan tlh meletus di Burma iaitu Perang Inggeris-Burma pertama, kedua dan ketiga. Selain itu berlaku juga gerakan menentang peraturan baru spt di bawh pimpinan Saya San. Kehadiran dan penglibatan Perancis di Vietnam tlh mencetuskan gerakan tentangan. Gol. Mandarin (pegawai kerajaan) yg tidak berpuas hati tlh melancarkan gerakan terhadap Perancis. Tetapi gerakan ini lebih bercorak tempatan.

            Cara penentangan yg terakhir ialah melalui parti politik dan persatuan. Di India parti politik yg banyak ditubuhkan bg menentang penjajah Barat ialah Brahmo Sawaj, Prattana Samaj, Perutusan Ramakrishma dan Persatuan Theosofika. Pergerakan ini menggerakkan masyarakat Hindu ke arah perkembangan semangat nasionalisme di India.Kongres Kebangsaan India yg ditubuhkan oleh Mahatma Gandhi bertujuan utk menentang penjajah Inggeris.Persatuan Liga Islam juga ditubuhkan oleh Salimullah Khan bg tujuan menentang penjajah Inggeris. Di Vietnam pd thn 1878, lahir kumpulan di bawah pimpinan Nam Thiep. Beliau mengisytiharkan berakhirnya Emperor of Light (Maitreya) dan bermulanya Era Low. Nam Thiep berjaya mengumpulkan petani bersenjatakan lembing buluh dan memakai azimat menyerang markas Perancis. Walau bagaimanapun, pasukan Nam Thiep berundur setelah pasukan Perancis melepaskan tindakan rifel. Di Filipina mereka menggunakan KALABI (Kesatuan Bagi Perkhidmatan Filipina Baru) bg menetang Jepun. Liga Filipina turut ditubuhkan bg menentang penjajahan ini.

            Kesimpulannya, penjajahan kuasa Barat di Asia, tlh menyebabkan masyarakat pribumi bangun menentang bg mempertahankan hak-hak mereka. Oleh kerana itu mereka sanggup berbuat apa sahaja utk menghapuskan penjajah di negara mereka. Walaupun pelbagai strategi dan cara yg dilakukan bg mengusir kuasa asing tetapi hakikatnya matlamat mereka adalah sama.