SOALAN 39:
NILAIKAN GOLONGAN
TERPELAJAR DALAM MEMBANTU
SHALIMA BINTI
SUJAK
Gerakan kesedaran nasionalisme di negara-negara
Penjajahan di China berbeza dengan
negara-negara lain, apabila
Dr. Sun Yat Sen dilahirkan pada
tahun 1866 di daerah Hsing-Chan, China Selatan dan dapat pendidikan barat di
Hawaii dan Hong Kong dalam bidang kedoktoran. Beliau telah
menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan satu pertubuhan nasionalis pada tahun
1905 di
Ideology Dr. Sun Yat Sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1)
iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada
revolusi. Ideology ini juga telah menyumbang kepada
pekembangan revolusioner di
Gerakan
nasionalisme terawal di
Sekitar tahun
1916, YMBA berperanan sebagai sebuah persatuan bersifat politik. Ahli-ahlinya yang lebih muda telah mula membicarakan soal-soal
politik. Perubahan ini adalah berikutan tiga factor
penting iaitu kesengsaraan ekonomi orang
YMBA turut
mengemukakan beberapa desakan terhadap perubahan-perubahan perlembagaan kepada
kerajaan Inggeris. Oleh kerana, Inggeris telah memperkenalkan system
pemerintahan dua-lapis di
Usaha yang
dilakukan oleh YMBA telah mendapat kesinambungan daripada golongan Thakin.
Kemunculan golongan Thakin yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan
siswazah-siswazah universiti
merupakan satu factor politik di
Antara peranan dan
sumbangan golongan Thakin dalam memperjuangkan kemerdekaan
Sekitar Mei 1942, Jepun berjaya
menawan
Penjajahan British ke atas India
telah menyebabkan berlakunya perjuangan nasionalisme di kalangan rakyat India
untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan. Golongan terpelajar tidak
ketinggalan dalam perjuangan membebaskan India daripada terus dijajah. Di sini
Kongres Kebangsaan India (KKI) memainkan peranan yang tidak kurang penting
dalam perjuangan membebaskan India daripada penjajahan. Kongres Kebangsaan
India telah ditubuhkan oleh golongan terpelajar India pada tahun 1855. kongres
Kebangsaan India merupakan cetusan ilham daripada Allan Octavian hume bersama
50 orang mahasiswa Universiti Culcutta. Tujuan Kki ditubuhkan adalah untuk
membawa perubahan dalam semua asspek termasuk pemikiran masyarakat India.
Pemimpin KKI mendapati bahawa pemikiran rakyat India yang kolot merupakan
factor kemunduran rakyat India. Sehubungan dengan itu, melalui KKI ini,
golongan nasionalis berusaha mendesak pentadbiran British supaya memperbaiki
taraf hidup rakyat India dan Juga menuntut hak persamaan dalam perkhidmatan
awam India. Justeru itu, satu persidangan rassmi telah diadakan pada 30 Disember
1855 dengan dihadiri oleh 74 orang perwakilan.
Dalam perjuangan nasionalisme yang bersifat sederhana, kongres
ini telah menggariskan beberapa perkara penting yang mesti diperrjuangkan demi
kemajuan India. Oleh kerana pihak British telah memonopoli keanggotaan
majlis-majlis di India, keadaan ini menyebabkan rakyat India tidak mempunyai
saluran untuk mengemukakan pendapat mereka. Sehubungan dengan itu, KKI menuntut
supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis
Perundangan. Selain itu, kongres ini juga menuntut supaya British memberi
perhatian terhadap taraf pendidikan rakyat India. Tuntutan kongres juga
termasuklah memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada rakyat India yang
berkelayakan. Kongres juga mendesak pihak British agar mengurangkan
perbelanjaan ketenteraan ekoran terlalu banyak wang digunakan dalam hal
pertahanan. Kesemua tututan kongres ini dipersetujui oleh pemerintahan British.
Buktinya, pada tahun 1892, Majlis Perundangan turut dianggotai oleh rakyat
India. Desakan demi desakan terus dikemukakan oleh KKI menyebabkan bebberapa
pembaharuan penting telah dibuat oleh British melalui Wizurai lord Curzon.
Antaranya ialah dengan mengurangka cukai petani dan memanjangkan tempoh
pembayaran hutang untuk petani yang menghadapi masalah kewangan. Sector
pertanian turut diberi perhatia yang serius oleh kerajaan British dan system
pengairan turut dibaiki. Aspek pertahanan diperkukuhkan manakala perkhidmatan
pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8000 km jalan kereta
apai. Perjuangan KKI dalam membebaskan India menemui kegagalan apabila masih
terdapat kepincangan dan diskriminasi dalam pemerintahan British yang
menyebabkan berlakunya penentangan di kalangan pemimpin KKI. Perjuangan KKI ini
kemudiannya diteruskan lagi oleh Mahatma Gandhi.
Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas
Karamchand Gandhidilahirkan pada 2 Oktober 1869 dalam keluarga Hindu Ortodoks
dan merupakan peguam yang mendapat ijazah pertama di Britain. Pada tahun 1891,
setelah lulus undang-undang, beliau pulang ke India tanpa pengetahuan
undang-undang Hindu atau Islam. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh British
di Afrika Selatan telah mendorong Gandhi untuk memimpin kaum India di sana
untuk menuntut keadilan melalui perjuangannya yang bercorak Satyagraha
(ketegasan dalam kebenaran). Justeru itu, beliau pernah dipenjarakan oleh
kerajaan Afrika Selatan dan kembali semula ke India pada tahun 1915. Walaupun
Gandhi tidak aktif namun beliau telah cuba mengumpulkan pengikut-pengikut untuk
hidup secara radikal yang kebanyakannya disertai oleh golongan berkasta rendah.
Perjuangan beliau bermula apabila
beliau menentang Akta-akta Rowlatt 1919. Akta Rowlattialah akta yang memberi
kerajaan kawalan ke atas akhbar, benarkan hakim-hakim bicarakan pesalah-pesalah
politik tanpa juri, mengesahkan penahanan dalam penjara orang-orag yang disyaki
menjalankan aktiviti subversif. Rayuan beliau kepada wizurai agar menghentikan
pelaksanaan akta tersebut tidak dilayan. Ini menyebabkan beliau memulakan satu
penentangan secara pasi, di mana beliau meminta rakyat jangan mematuhi
undang-undang baru itu sehingga undang-undang itu ditarik balik. Penduduk juga
digesa mengadakan perjumpaan dan dilarang bekerja pada hari bantahan.
Pergerakan yang dikenali sebagai Satyagraha ini telah berjaya menimbulkan
tunjuk perasaan, mogok, hartal dan rusuhan berlaku di seluruh India. Serangan
balas daripada pihak Inggeris telah menyebabkan 379 orang terbunuh manakala
12000 orang tercedera.
Tindakan pembunuhan beramai-ramai di
Amritsar menyebabkan Gandhi mengubah corak perjuangannya iaitu tidak
bekerjasama dengan Inggeris, proses perlucutan gelaran-gelaran kerajaan,
memulaukan dewan-dewan perundangan dan pilihanraya, penarikan diri daripada
sekolah-sekolah kerajaan, meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan serta
tidak membayar cukai. Perjuangan ini telah mendapat sokongan daripada
kakitangan kerajaan dan peguam. Namun, tindakan rakyat seperti pembakaran balai
polis di Chauri Chaura pada tahun 1922 telah menyebabkan 21 orang pegawai polis
terbunuh, menyebabkan Gandhi menghentikan kempen enggan bekerjasama ini. Beliau
kemudiannya ditangkap dan dipnjarakan oleh Inggeris. Hubungan Inggris dengan
orang-orang India semakin tegang dengan pengumuman anugerah perkauman pada 17
Ogos 1932 oleh Inggeris. Orang India menyifatkan ini sebagai satu perbuatan
memecahbelahkan masyarakat Hindu. Sehubungan itu, Mahatma Gandhi telah
melahirkan pandangannya dalam Persidangan
Meja Bulat tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan Inggeris. Keadaan ini
menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk berpuasa, memulakan barisan untuk
berjalan kaki sejauh 200 batu dan melanggar undang-undang garam yang mewajibkan
rakyat India membeli garam daripada kerajaan. Kesemua cara ini dilakukan oleh
Gandhi untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India.
Walaupun Gandhi menggunakan cara sederhana dalam memperjuangkan kemerdekaan
India, namun cara yang digunakan oleh beliau berjaya membangkitkan kesedaran
nasionalisme di kalangan rakyat India. Sungguhpun banyak usaha yang dilakukan
oleh Gandhi, namun India masih gagal untuk membebaskan dirinya daripada
penjajah.
Antara tokoh nasionalisme lain dari
kalangan golongan intelektuak ialah Mohammad Ali Jinnah. Sumbangan dan peranan
beliau dalam usaha memerdekakan India ialah beliau merupakan pemimpin Liga
Muslim. Pada 1916, beliau bersama pemimpin-pemimpin Kongres Kebangsaaan telah
mengadakan perjumpaan di Lucknow. Melalui pakatan ini, kedua-dua pihak
bersetuju bergerak ke satu tujuan iaitu mahukan satu system yang sama untuk
pembentukan kerajaan bersendirian. Persefahaman yang dicapai antara orang India
dan Islam sedikit sebanyak telah meninggikan harapan orang-orang India. Pada
ketika ini Gerakan Khalifat di bawah pimpinan Muhammad Ali dan Shaukat Ali
menyokong Turki dan menentang Inggeris dengan kuassa-kuasa Berikat.
Cadangan Nehru yang mahukan taraf
dominion kepada rakyat India tidak mendapat persetujuan ramai termasuklah orang
Islam di bawah pimpinan Jinnah. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam
kongres dan menyebabkan Jinnah menyertai Liga Islam. Oleh kerana itu, Pandit
Jawaharlal Nehru telah mengenepikan taraf domonion itu. Walau bagaimanapun,
Akta Kerajaan India 1935 yang digubal oleh British bagi tujuan memulihkan
kerajaan India, dipersetujuai oleh Liga Islam. Sehubungan itu, pada tahun 1937
telah berlangsungnya pilihanraya. Seterusnya, Nehru meneruskan usahanya dengan
menyertai pilihanraya untuk dewan perwakilan dan satu kerajaan sementara
dibentuk pada 2 September 1946 dengan Nehru sebagai Naib Presiden. Namun
kerajaan sementara ini ditentang oleh Liga Muslim. Sehubungan itu, pada 3 Jun
1947 Lord Mounbatten telah mengemukakan cadangannya dan diluluskan oleh
Parlimen British sebagai Akta Kemerdekaan India Julai 1942. Dengan ini, India
diisytiharkan merdeka paada 15 Ogos 1947 dengan Pandit Jawaharlal Nehru sebagai
Perdana Menteri India Pertama. Manakala Mohammad Ali Jinnah sebagai Gabenor
Jeneral Pakistan dan Lord Mounbatten sebagai gabenor India yang baru.
Peranan golongan terpelajar dalam
membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda juga tidak Kurang pentingnya.
Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Belanda dalam satu system pendidikan,
pekerjaan dan pentadbiran menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan
terpelajar Indonesia. Gerakan nasioanalis kebudayaan Indonesia telah dimulakan
oleh Raden Adjeng Kartini pada tahun 1902. raden Adjeng Kartini merupakan
puteri seorang Pemangku Raja Japara. Beliau telah memperjuangkan perlunya
kesedaran social di kalangan rakyat termasuklah kaum wanita. Kartini turut
memperjuangkan hak orang-orang perempuan diberi pendidikan yang setimpal dengan
kaum lelaki. Justeru itu, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak
perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dalam surat-suratnya kepada sahabatnya di
Belanda, beliau menulis tentang tradisi lama masyarakatnya yang menghalang
kemajuan. Namun akhirnya, Kartini meninggal dunia di usia terlalu muda iaitu 25
tahun.
Perjuangan memperkembangkan
pendidikan di kalangan orang-orang Indonesia diteruskan oleh Dr Mas Wahidin Suduro
Husudo. Beliau telah mengembara kebeberapa bahagian Pulau Jawa telah menubuhkan
sekolah-sekolah dan mengumpulkan wang bagi mewujudkan sebuah tabung dema
pelajaran. Beliau telah menubuhkan budi Utomo pada 20 Mei 1908. Perjuangan
Wahidin mempengaruhi sekumpulan pelajar-pelajar perubatan Indonesia. Mereka
kemudiannya menubuhkan Budi Utomo pada bulan Oktober 1908 di Betawi.
Pemimpin-pemimpinnya ialah Raden Goenawan mangkukesuma dan Raden Sutumo.
Penubuhan Budi Utomo mempelihatkan permulaan wujudnya perjuangan secara
berpersatuan dalam gerakan nasionalisme Indonesia, walaupun pertubuhan itu
bukanlah sebuah organisasi politik dalam ertikata sebenarnya.
Tujuan utama pergerakan ini ialah
berusaha untuk meninggikan taraf hidup penduduk Jawa dan Madura melalui pengetahuan
barat dan juga melalui Warisan Kebudayaan mereka sendiri. Ia juga
memperjuangkan kemajuan pertanian, perusahaan dan perdagangan di kalangan
rakyat Indonesia dan akhirnya berjuang untuk mencapai satu penghidupan yang
mulia. Budi Utomo yang merupakan Jawa-Centric tida mempunyai tujuan politik
sehingga 1917. Keanggotaan Budi Utomo kebanyakannya terdiri daripada
pegawai-pegawai perkhidmatan, pelajar-pelajar di peringkat tinggi dan golongan
aristocrat jawa ( priyayi). Hingga akhir tahun1909, Budi Utomo mempunyai
keanggotaan seramai 10000 orang. Bagaimanapun, jumlah itu tidak kekal lama
apabila muncul pertubuhan-pertubuhan yang lebih lantang memperjuangkan politik.
Maka, ramai ahli-ahli meninggalkannya, yang tinggal ialah anggota-anggota
aristocrat yang konservatif.
Namun pada tahun 1917, Budi Utomo
mula menuntut kerajaan berparlimen, system perundangan yang seragam,
perkecualian agama dan peluang-peluang yang sama bagi penduduk-penduduk
Indonesia dalam bidang-bidang social dan ekonomi. Kegagalan Budi Utomo untuk
bergelar sebuah parti politik yang popular telah menyebabkan ia bergabung
dengan Persatuan bangsa Indonesia untuk menubuhkan Partai Indonesia Raya
(Parindra).
Haji Agus Salim yang dilahirkan pada
tahun 1884 merupakan seorang pemimpin Sarekat Dagang Islam atau lebih dikenali
dengan nama Sarekat Islam. Sarekat Islam telah ditubuhkan semula pada tahun
1912 dengan tujuan utamanya untuk memajukan kepentingan dan kedudukan
sosioekonomi rakyat Indonesia secara bekerjasama denagan Program kebajikan kerajaan
Belanda di bawah Dasar Etika. Di antara tahun-tahun 1912 dan 1919, jumlah
keahlian Sarekat Islam telah meningkat daripada 360000 orang pada tahun 1916
kepada hampir dua setengah juta pada tahun 1919. di peringkat desa, Sarekat
Islam dipimpin keseluruhannya oleh guru-guru agama, guru-guru sekolah dan
pemimpin-pemimpin kesatuan. Sarekat Islam merupakan sebuah parti
Indonesia-Centric. Cawangan-cawangannya telah dibuka di setiap pelosok
Indonesia.
Selain pendekatan Islam, program
Sarekat Islam juga adalah untuk meninggikan taraf sosioekonomi rakyat Indonesia
dan juga berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai parti ini.
Keberanian Sarekat Islam mengkritik kerajaan Belanda di atas kegagalannya
membaiki kedudukan ekonomi rakyat Indonesia, telah menjadikan nya popular. Di
bidang pendidikan, Sarekat Islam telah menuntut penghapusan langkah-langkah
diskriminasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah. Sarekat Islam juga
menuntut pendidikan wajib bagi murid-murid di bawah umur 15 tahun dan pemberian
biasiswa kepada belia Indonesia untuk menuntut di luar negeri. Dalam bidang
ekonomi, Sarekat Islam menuntut kerajaan Belanda memiliknegarakan
industri-industri yang penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas
dan industri-industri lain yang mengeluarkan barang-barang besi. Sarekat Islam
turut menuntut penghapusan buruh kanak-kanak dan buruh paksa serta menambahkan
bilangan klinik-klinikperubatan yang
percuma. Pada tahun 1916, Hj Aagus Salim bersama pengikut-pengikutnya telah
memperjuangkan dasar pemerintahan sendiri melalui cara perlembagaan.
Seterusnya, pada tahun 1917, merupakan tahun permulaan bagi parti yang dipimpin
oleh Hj Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia ( dengan
menggunakan kekerasan jika perlu ). Namun kemudiannya, pada tahun 1923, Sarekat
Islam telah menjadi parti politik yang rasmi dengan nama Partai Sarekat Islam.
Partai Sarekat Islam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan
yang berasaskan undang-undang Islam.
Usaha-usaha untuk memerdekakan
Indonesia daripada penjajahan diteruskanlagi oleh Soekarno. Soekarno merupakan
bekas pelajar Kolej Teknikal Bandung telah menubuhka Parti Nasional Indonesia (PNI) pada 4 Julai 1927.
PNI yang merupakan sebuah parti massa secular dianggotai oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan
Bandung denagn Soekarno sendiri sebagai pemimpin PNI. Tujuan penubuhan PNI
ialah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia
dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda. Antara peranan yang
dimainkan oleh PNI ialah memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan
syarikat-syarikat kerrjasama dan membantu pendidikan nasional, terutamanya
sekolah-sekolah taman Siswa. Kelebihan Soekarno yang pandai berpidato
menyebabkan PNI muncul sebagai parti nasionalis Indonesia yang paling kuat dan
berpengaruh. PNI berpecah apabila kerajaan Belanda menangkap Soekarno dan tujuh
orang pemimpin yang lain pada 24 Disember 1949.
Kemasukan Jepun sebagai satu kusa
baru di Indonesia berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Indonesia.
Sehubungan dengan itu, kemerdekaan Indonesia yang pertama telah diisytiharkan
pada 17 Ogos 1945 dengan Soekarno sendiri yang menjadi presidennya, sementara
Hatta menjadi Timbalan Presiden. Namun kedatangan semula Belanda ke Indonesia,
enggan mengiktiraf kemerdekaanyang dicapai oleh Indonesia. Lantaran itu,
Belanda melantik Sutan Sjahrir sebagai Presiden Indonesia yang baru dan hanya
memberi taraf kerajaan komanwae kepada Indonesia. Ini bermakna Indonesia
mendapat kemerdekaan tanpa kedaulatan. Penculikkan Presiden Sjahrir dan beberpa
orang anggota Kabinet Indinesia oleh golongan komunis yang dipimpin oleh Tan
Malaka pada Jun 1946, telah membuka peluang kepada Soekarno untuk bertindak
pantas mengalahkan golongan komunis, mengambilalih kuasa dan mengisytiharkan
darurat. Kesannya, kerajaan Belanda terpaksa berjumpa Soekarno dan mengadakan
persidangan di Linggajati antara Oktober hingga November 1946. ekoran daripada
persidangan itu, satu perjanjian ( Perjanjian Linggajati ) telah ditandatangani
pada 15 November 1946. melalui perjanjian ini, Belanda telah memberi
kemerdekaan kepada Sumatera, Jawa dan Madura. Namun Belanda telah melanggar
perjanjian ini dengan menduduki beberapa pelabuhan utama di Jawa, Sumatera dan
Madura. Ekoran itu, muncul pemberontakan di merata Indonesia sekaligus
menyebabkan Sutan Sjahrir meletak
jawatan. Kekecohan ini telah menyebabkan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
campurtangan dengan mengadakan persidangan antara Belanda dengan Republik Indonesia.
Hal ini menyebabkan Perjanjian Renville ditandatangani pada 17 Oktober 1947,
namun dicabuli oleh pihak Belanda. Malahan kali ini Belanda bertindak dengan
lebih ganas dengan melakukan penangkapan beramai-ramai termasuklah Soekarno dan
Hatta. Hal ini memaksa PBB campurtangan sekali lagi. Persidangan Meja Bulat
telah diadakan di hague pada Disember 1949 dengan mencapai keputusan Indonesia
diberi kemerdekaan yang penuh oleh Belanda. Sehubungan dengan itu, pada 27
Disember 1949, Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia untuk kali kedua
dengan Soekarno sendiri menjadi Presiden republik Indonesia manakala Hatta
adalah Timbalan presiden. Peranan yang dimainkan oleh golongan terpelajar
Indonesia seperti Soekarno ternyata berjaya membebaskan Indonesia daripada
penjajahan. Hal ini terbukti apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 27
Disember 1949 dan Soekarno diberri gelaran Bapa Kemerdekaan Indonesia.
Kemerdekaan negara-negara Asia ini
ternyata membawa perubahan yang besar dalam pelbagai aspek. Kesan utama yang
dapat dilihat ialah system pentadbiran di China, Burma, India dan Indonesia
semakin teratur dan bersistematik. Ekonomi negara-negara ini juga semakin
stabil dan mereka bebas menjalankan peradaban mereka sendiri. Ekoran daripada
kemerdekaan yang dicapai, negara-negara asia ini semaki pesat membangun dengan
bantuan teknologi moden dan hasil pertukaran idea dari negara-negara luar.