AGAMA MERUPAKAN
ASPEK PENTING DALAM BERLAKUNYA PERTENTANGAN IDEOLOGI DI
NOR AZLINA BINTI HARON
Agama merupakan aspek penting dlm
berlakunya pertentangan ideologi di India dan Filipina.Agama merupakan kepercayaan
kepada kuasa tertinggi yang menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran
dan kewajipan yang berkaitan dgn kepercayaan itu.Manakala ,ideologi pula
merupakan aliran @ ajaran yang dijadikan dasar sesuatu pemerintahan @ yang
menjadi pegangan sesuatu parti politik.Sebenarnya ,terdapat beberapa punca
dalam bidang agama yang menjadikan agama sebagai aspek penting dalam berlakunya
pertentangan ideologi di India dan Filipina.
Di India, penglibatan pihak British
telah mencetuskan beberapa gerakan tentangan .Gerakan pertentangan ini pula,
disebabkan oleh pelbagai faktor.Antara faktor yang paling menonjol dlm
pertentangan ideologi ini ialah gerakan Faraidi,yang dipimpin oleh Haji
Shariatullah.Golongan ini yang dipengaruhi Wahabi menyatakan India bukan lagi
negara Islam (Darul Islam ) tetapi telah berubah menjadi negara perang.
Selain itu ,faktor agama yang
menyebabkan berlaku pertentangan ideologi ialah dalam sistem pendidikan .Ianya
dapat dilihat semasa pentadbiran Lord Dalhousie, beliau telah memperkenalkan
sis. Pendidikan Barat di India yang mana telah mencetuskan pertentangan
masyarakat pribuminya.Ini disebabkan masy.India beranggapan dan merasakan
pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British ini adalah salah satu cara dan
percubaan untuk menyebarkan agama Kristian.Ia juga salah satu cara untuk
mengkristiankan masyarakat India.Masy.
Sementara itu,pertentangan ideologi
agama dr segi bahan yang digunakan dlm bidang ketenteraan telah menyebabkan
penduduk India bangun untuk menentang.I ni adalah akibat tentera India mendapat
tahu minyak yang digunakan oleh British utk membersihkan rifel telah dibuat
drpd lemak babi & lembu.Perubahan dlm tindakan British itu telah menghina
agama di India.Bagi masyarakat India yang beragama Islam lemak babi adalah
haram,manakala bagi masyarakat beragama hindu menganggap lembu adalah tuhan
mereka.Masyarakat India beranggapan British sengaja melakukan perkara ini utk
menghina agama mereka.Pasukan Peribumi ke-19 di Berhampur yg enggan menggunakan
rifel dibubarkan pd Mac 1857,sebelum meletusnya Dahagi India.Manakala Mangal
Pande drpd pasukan Peribumi ke-34 telah menembak sarjan mejar lalu dihukum mati
dan rejimen ini dibubarkan.
Di samping itu,terdapat
pertentangan agama antara orang Islam & Hindu. Petentangan ini berlaku
adalah disebabkan oleh akta pembahagian Benggala yg dikuatkuasakan pada tahun
1905.Menerusi akta ini ,Lord Curzon mencadangkan pembahagian Benggala kpd 2
wilayah iaitu Benggala Timur dan
Benggala Assam.Kump.sederhana dan radikal telah menentang akta ini kerana
British tidak mendapatkan cadangan @
pendapat drp orang Hindu.Kumpulan radikal ini telah
Mula
memulaukan dan membakar barangan buatan British. Hal ini telah mengakibatkan
perpecahan dalam Kongres Kebangsaan India.Selain itu ,pertentangan juga berlaku
apb.pilihan raya Dewan Perhimpunan Bahagian diadakan pada Julai 1946.Ini telah
menyebabkan hubungan ant.orang Islam dengan Hindu menjadi semakin tegang.Parti
Kongres telah memenangi kebanyakkan kerusi yang telah dipertandingkan .Hal ini
telah menumpaskan Jinnah dan menggesa orang Islam supaya mengambil tindakan
langsung untuk mencapai pembentukan Pakistan.Oleh itu, negara baru telah
dibentuk iaitu Pakistan di bawah pimpinan Mohammad Ali Jinnah.
Selain itu,pertentangan ideologi
juga wujud kerana penduduk India tidak dapat menerima teklnologi Barat yang
diperkenalkan British di India.Pembinaan
jalan keretapi dan telegraf disifatkan memberi ancaman kepada agama
Hindu dan kasta mereka.Segala pengenalan ini bercanggah dgn amalan lama
masyarakat India dan nenjejaskan cara hidup mereka.Dgnitu,mereka menyimpan
perasaan benci kpd British dan seterusnya turut serta dalam Dahagi 1857.Sikap
British juga mencurigakan orang Hindu dan Orang Islam yang bimbang melalui
perundangan sosial,British cuba membinasakan agama dan budaya.Pentadbiran
British juga mengakibatkan kemiskinan dan penderitaan yang lebih buruk kpd
penduduk India.
Di Filipina, sejak kedatangan
Sepanyol,orang-orang Sepanyoltelah membawa paderi-paderi dan para rahib yang
bertujuan untuk mengkristiankan masyarakat Filipina.Paderi dan rahib ini
terdiri drp pelbagai mazhab.Agama merupakan aspek penting dlm berlakunya
pertentangan ideologi di Filipina. Ini dapat dilihat apabila paderi Filipina
mendapat layanan yang buruk daripada paderi Sepanyol.Dgn layanan yang buruk ini
secara tidak langsungtelah memberi semangat baru kpd rakyat Filipina untuk
memberontak. Diskriminasi agama juga sering berlaku diantara paderi Filipina
(paderi Sekular) dgn paderi Sepanyol (paderi Regular) di mana paderi Sekular
telah direndahkanmartabatnya & dipandang rendah oleh paderi regular.Paderi
Sekular ini tidak mendapat pegangan jawatan penting dalam pentadbiran gereja di
Filipina oleh paderi regular.Apabila hal ini berlaku,timbul rasa tidak puas
hati dikalangan masyarakat & paderi di Filipina.Kesan drpd rasa tidak puas
hati ini menyebabkan mereka menuntut keadilan & ini telah membawa kpd
kebangkitan paderi di Filipina seperti yg diperjuangkan oleh
Marino,Gomez,Jacinto,Zamora,Jose Guerena & Jose Burges.Perjuagan mereka
telah berakhir dgn hukuman bunuh kpd sebahagian drp mereka antaranya ialah
Jacinto pd 12.2.1872 oleh pemerintah Sepanyol.Paderi yg dibunuh ini telah
terlibat dlm Pemberontakan Cavite 1872.Kematian tiga orang paderi ini telah
menjadi sumber inpirasi @ daya penarik kpd penduduk & paderi Filipina lain
utk melakukan penentangan.Tindakan Sepanyol membunuh tiga org paderi Filipina
telah mencetuskan rasa tidak puas hati & perasaan benci masyarakat Filipina
terhadap Sepanyol.Mereka menyifatkan hukuman yg dikenakan terhadap lima paderi
tersebut adalah tidak adil.
Di samping itu agama Kristian juga
telah dijadikan oleh pemerintah Sepanyol sebagai alat utk menundukkan &
menindas penduduk peribumi di Filipina.Hal ini juga telah menyebabkan
diskriminasi berlaku dikalangan paderi & gereja.Archobiscop &
Bischop-bischop sering memandang rendah kpd paderi2 dan masyarakat peribumi di
Filipina.Paderi2 Filipina ini telah dibeza-bezakan drpd paderi Sepanyol.Ini
telah menyebabkan paderi Filipina bangun menentang Sepanyol.Selain itu paderi2
Sepanyol telah disanjung tetapi pd masa yg sama mereka telah menyalah gunakan
kuasa & kedudukan yg ada pd mereka.Ajaran agama telah dicampur aduk dgn
amalan duniawi, bagi memenuhi keperluan politik,ekonomi & sosial.Paderi
Sepanyol turut sebarkan agama & ajaran palsu.Mereka tlh melakukan pelbagai
skendal & perbuatan kotor yg tidak sesuai dgn sifat sbg seorang paderi.
Pada tahun 1892, telah berlaku
sekali lagi pertentangan ideologi di Carile di mana paderi Filipina tidak
berpuas hati terhadap Sepanyol yang tidak membenarkan mereka menunaikan
sembahyang. Apb. Hal ini berlaku ia telah menyebabkan berlakunya gerakan
menentang Sepanyol.Namun dlm pertentangan dan gerakan ini Sepanyol telah
berjaya mengatasinya.Sebahagian drp penduduk Filipina yg mengikuti pergerakan
ini telah dipenjarakan & ada yg dijatuhkan hukuman buang negeri.
Walaupun agama Kristian telah menimbulkan dan
merupakan aspek dlm pertentangan ideologi di Filipina ,namun agama juga telah
dianggap sebagai agama yg telah memupuk perpaduan di kalangan masy. Filipina
terutamanya masy.yg beragama Kristian.Sebelum ini penduduk Filipina dipisahkan
dgn ribuan pulau & menganut agama animisme yg berbeza.Penentangan @
revolusi yg berlaku di Filipina sblm ini,adalah bersifat
regionalistik.Kehadiran Kristian menjadi pendorong kpd penduduk Filipina
bersatu & mula memandang diri mereka sbg . satu golongan masyarakat.dgn
kata lain agama Kristian dianggap sbg simbol perpaduan rakyat Filipina untuk
membangkitkan perasaan perpaduan & nasionalisme.
Wujud juga penentangan berkaitan
agama Islam dgn Kristian di Filipina. Islam dilihat telah membawa semangat
rasionalisme & intelektualisme bukan shj dikalangan istana
&keraton,malah telah meluas hingga babitkan kalangan rakyat.Masy.Sulu di
Selatan Filipina telah menjadikan Islam sbg tunjang penting dlm usaha menentang
Sepanyol.Islam dijadikan sumb.kekuatan & penyatuan rakyatnya.Perang Moro yg
meletus sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 buktikan hakikat ini.Kesannya
telah membawa kpd amalan korbankan nyawa sewaktu keluar berperang dgn Sepanyol.
Kesimpulannya.jelaslah di sini
bahawa agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi yang
berlaku di India dan Filipina.Ianya berlaku akibat rasa tidak puas hati kpd
penjajah terutamanya dlm aspek berkaitan bidang keagamaan.Namun begitu,agama
juga penting dlm usaha menyatupadukan penduduk dlm sesebuah negara yg berkenaan
@ terlibat supaya mencapai kemakmuran & keamanan untuk semua masyarakatnya.