SOALAN 34

JELASKAN SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN GERAKAN KESEDARAN DI ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR.

 

               Pada awal abad ke-19 dan abad ke-20 telah wujud semangat kebangsaan atau nasionalisme di Asia. Secara umumnya, nasionalisme bermakna melahirkan perasaan cintakan tanahair dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan yang menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan dan juga semangat patriotik yang bermakna cintakan tanah air. Nasionalisme juga boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat kumpulan masyarakat menerusi institusi dan budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dikalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka.

          Gerakan kesedaran wujud disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah dari segi faktor agama. Buddha, Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengaruh yang kuat di Asia. Agama menjadi cara hidup mereka dan mengikat persaudaraan antara mereka. Kehadiran kuasa barat bukan sahaja motif keuntungan tetapi membawa agama mereka iaitu agama Kristian.Bagi penduduk rantau ini kehadiran agama Kristian merupakan tamparan hebat bagi agama mereka.Di Asia Tenggara misalnya di Myanmar, kemasuksn pentadbiran British mengancam pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman ini ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Golongan mubaligh Kristian juga cuba untuk sebar agama kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Karen. Selain itu, orang British juga tidak menghormati agama Buddha apabila mereka menggunakan kasut di kuil Buddha.Ini seolah-olah mencemari kesucian agama Buddha.Ini menimbulkan kemarahan golongan sami-sami Buddha. Golongan sami Buddha merupakan golongan pertamayang menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan rakyat Myanmar.Penubuhan Persatuan Belia Agama Buddha telah merangsang semangat Nasianalisme dengan terlibat dalam peristiwa pertikaian kasut, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan pemogokan pelajar pada tahun 1920.Manakala peranan golongan Pongyi juga amat penting.Mereka merupakan golongan yang terlibat dalam gerakan menyokong pelajar dan memberi kesedaran kepada golongan petani diluar bandar.Pemberontakan Saya San pada 22 Disember 1930 merupakan usaha yang disokong oleh golongan Pongyi.

           Di Asia Timur pula misalnya di China, agama Kristian dianggap sebagai agen penjajah, selain mencabar kepercayaan Conficius, Buddha dan adat resam penduduk tempatan. Kemaraan mubaligh kristian ini mendapat perlindungan daripada perjanjian yang dikenakan oleh kuasa barat. Perjanjian Tienstin memberi kebenaran kepada golongan mubaligh utk ke pedalaman China.Manakala Konvensyen Peking pada tahun 1860, membenarkan gerakan mubaligh menyewa dan membeli tanah utk tujuan pembinaan gereja.Situasi ini seolah-olah mencabul kedaulatan China dengan memberi banyak kebebasan kepada golongan ini.Pembinaan gereja tidak mengikut Feng Shui menyebabkan kemarahan penduduk tempatan. Perasaan Anti-kristian menyebabkan stesen Mubaligh kristian di Yang Chow di bakar pada Ogos 1868. Peristiwa pembunuhan Mubaligh kristian Perancis, Abbe Auguste Chapdeline pada Februari 1868 dan pembunuhan beramai-ramai di Tienstin juga merupakan gerakan anti-kristian.

          Di Asia Selatan, contonya di India, pergerakan-pergerakan berunsur agama banyak meransangkan kebangkitan nasionalisme. Contohnya Ram Mohan Roy telah menubuhkan Brahmo Samaj. Pertubuhan ini menyarankan kepercayaan beliau dalam perpaduan tuhan dan penyingkiran pemujaan patung-patung. Pertubuhan ini membantu beliau dalam menghapuskan amalan sosial yang tidak berfaedah. Selain itu, pertubuhan Liga Islam berperanan dalam menegakkan hak asasi orang Islam.

         Selain itu, faktor lain ialah peranan bahasa dan kesusasteraan.Bahasa merupakan alat perpaduan dan alat komunikasi yang paling berkesan. Para nasionalis dimana-mana negara selalu mengeksploitasikan peranan bahasa dan sastera sebagai alat menyalurkan idea nasionalisme demi mencapai kesedaran. Di Asia Tenggara misalnya di Vietnam, tulisan quoc-ngu iaitu tulisan ciptaan mubaligh kristian Katolik pada awal abad ke-17 membolehkan pembacaan dan pembelajaran bahasa Vietnam. Tulisan ini juga mempunyai peranan untuk memperkenalkan dan menterjemah-kan perkataan Barat. Tambahan lagi tulisan ini juga senang dipelajari dan hanya mengambil masa

beberapa minggu sahaja untuk menguasainya.Dari segi karya sastera, karya Phan Boi Chau cuba mendedahkan kelemahan masyarakat Vietnam dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Perancis. Dalam buku beliau yang pertama iaitu Viet Nam Vong Quoc Su yang ditulis pada tahun 1905 menceritakan bagaimana Perancis menakluk Vietnam dan beliau menyeru penduduk bangkit melawan pemerintah.Sementara itu, dalam karya puisi beliau yang bertajuk Hai Ngoi Huyet Thu cuba mendedahkan sikap tidak peduli rakyat Vietnam tentang nasib negaranya. Oleh itu, beliau menyeru supaya semua lapisan masyarakat untuk bersatu dan melawan penjajah.

         Di Asia Selatan pula, contohnya di China. Semasa Gerakan 4Mei 1919, Hu Shih telah memulakan Gerakan Kesusasteraan dengan mengajak orang China untuk mengguna dialek mereka sendiri iaitu pai-chua daripada menggunakan bahasa klasik we-yen dalam memahami kesusasteraan. Idea beliau cuba mengajak orang cina untuk memehami sendiri sastera tempatan tanpa bergantung kepada golongan sarjana. Disebalik saranan beliau, beliau mahu rakyat berfikiran terbuka dan tidak sahaja menerima pendapat atau suruhan daripada pihak berkuasa.Kesan daripada saranan beliau, ini telah membantu Gerakan 4 Mei 1919 di China yang membantah Perjanjian Versailes diPerancis. Terdapat juga seorang lagi tokoh China yang mempunyai idea menyedarkan masyarakat iaitu Lu Hsun. Beliau telah menerbitkan novel yang bertajuk Diary Of a Madman dalam tahun 1918. Novel ini membicarakan soal masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan cina yang dikongkong oleh budaya statik. Dalam novel itu beliau cuba mencari jawapan tentang kelemahan China.

          Di Asia Selatan pula contohnya di India. India merupakan negara yang mempunyai  kawasan yang besar dan luas. Penduduknya bertutur dalam pelbagai bahasa. Oleh itu, tidak ada ikatan yang boleh menyatukan penduduknya. Pengenalan bahasa Inggeris dalam kehidupan masyarakat India membawa satu harapan baru kepada penduduknya untuk bersatu. Faktor bahasa Inggeris ini menyatukan bukan setakat penduduk seagama tetapi juga rakyat India untukbergerak dalam satu landasan untuk menuntut hak mereka daripada penjajah British. Bahasa I nggeris menjadi alat perpaduan yang memecahkan fahaman sempit dan sifat kewilayahan penduduk India.

          Faktor yang lain pula ialah pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menyedarkan bangsa yang dijajah. Pendidikan mendedahkan tentang kelemahan bangsa yang dijajah yang ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Dengan itu, pendidikan memberi ransangan kepada golongan terpelajar untuk menentang atau mendesak penjajah supaya melakukan reformasi keatas bangsa-bangsa yang dijajah. Di Asia Tenggara misalnya di Indonesia. Pendidikan yang disediakan oleh pihak Belanda menunjukkan sikap diskriminasi keatas penduduk tempatan.Golongan Pryayi mendapat pendidikan tersendiri dan diasingkan dengan rakyat biasa. Ini adalah usaha Belanda yang ungin memecahkan perpaduan dikalangan penduduk Indonesia.Namun begitu, Stovia ( School Tot Opleiding Van Indlandsche @ sekolah untuk latihan doktor pribumi ) yang disediakan untuk rakayat biasa yang menjadi pusat memupuk semangat nasionalisme. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti anak polis, guru, pegawai kerajaan, petani an bangsawan. Mereka ini bukan sahaja datang dari Jawa                                         malah dari  Sulawesi, Maluku dan Sumatera. Oleh itu, tidak hairanlah mereka dapat bertemu danberbincang tentang masalah penduduk Indonesia yang ditindas. Secara                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                rikat dan Jerman untuk mempelajari dan memahami teknik dan bentuk organisasi ketenteraan. Dengan itu lahirlah golongan pendidikan tempatan yang meneruskan usaha permodenan di China. Pada tahun 1910 an, pelajar yang menikmati pendidikan Barat dan Jepun mula kembali ke China.Mereka inilah yang menjadi pendorong kepada gerakan nasionalisme di China.Antara mereka ialah Chen Tu-hsiu, Lu Hsun dan Hu Shih yang telah mencari idea yang sesuai bagi negara mereka untuk melakukan reformasi kearah permodenan yang seiring dengan Barat dan Jepun. Manakala diperingkat negeri pula, Universiti Peking (Peita) yang ditubuh semasa Reformasi Seratus Hari(1898) untuk membina semangat nasionalisme dikalangan pelajarnya.

          Di Asia Selatan pula misalnya di India.Pihak British telah memperkenalkan pendidikan sekular pada tahun 1835 engan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar juga memainkan peranan tersendiri dalam merangsang gerakan nasionalisme India.Selepas itu, banyak universiti dan sekolah ditubuhkan.Manakala orang yang berada pula mengahantar anak mereka ke luar negeri. Hasilnya ia akan melahirkan golongan yang berpendidikan dan mula menggerakkan usaha nasionalisme India seperti Gandhi dan Nehru.

          Hasil dalam perkembangan pendidikan, maka lahirlah golongan intelektual. Golongan intelektual di negara Asia membekalkan pimpinan bagi gerakan kesedaran dan membawa negara mereka kearah pencapaian kemerdekaan. Perkembangan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan intelektual yang terdedah kpd idea-idea Barat seperti liberalisme, sosialisme, kerajaan berparlimen dan hak-hak asasi rakyat semasa mereka diluar negeri terutamanya Eropah. Golongan ini juga terdedah kepada peristiwa spt penggulingan Raja Perancis dan penentangan terhadap Tzar Nicholas.Golongan ini sedar akan dasar diskriminasi yang diamalkan di negara mereka. Mereka juga tidak berpuas hati terhadap sistem pmerintahan yang diamalkan dinegara mereka. Di Asia Tenggara misalnya di Indonesia. Raden Adjeng Kartini merupakan tokoh penting dalam sejarah nasionalisme Indonesia. Beliau menyedarkan bangsa Indonesia akan pentingnya pendidikan dan lebih bersifat terbuka.Beliau mempunyai harapan untuk melihat bangsanya maju dan tidak lagi terkongkong dengan ajaran lama.Daripada surat2 beliau kpd pemerintah Belanda, Kartini kesal dengan sikap Belanda yang mendiskriminasikan pendidikan antara rakyat Indonesia dengan kerabat diraja atau bupati.Beliau mahu rakyat Indonesia diberikan pendidikan yang setimpal dengan keadaan semasa dan juga mengkritik dasar Belanda yang melayan rakyat Indonesia seperti hamba.Beliau juga telah menyerahkan biasiswa beliau kepada Agus Salim untuk mendapatkan pendidikan di Belanda.Selain itu, Kartini juga telah memulakan gerakan nasionalis keudayaan Indonesia.Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan pegawa-pegawai Indonesia. Ini bertujuan untuk meningkatkan dan majukan kaum wanita dari pelbagai aspek.

         Di Asia Timur, contohnya di China. Golongan intelektual spt Ch'en Th-hsiu juga mempunyai peranan penting dalam menyemai semangat nasionalisme dikalangan penduduk China. Idea-idea beliau dalam New Youth membentangkan pandangan beliau tentang keadaan China pada masa itu. Ajaran lama dan tidak berguna haruslah dibuang, manakala belia China di gesa untuk memperbaiki keadaan di China.Untuk itu, beliau telah menyarankan agar belia mengambil sikap lebih terbuka , progresif, libeal dan praktikal.

         Di Asia Selatan misalnya di India, golongan intelektual berperanan dalam memperjuangkan kemerdekaan bangsanya. Mereka memahami bahawa perlunya orang India disatukan supaya mereka boleh memerintah negeri mereka sendiri.Terdapat juga golongan yang menganggap budaya dan fikiran barat merosakkan budaya dan tradisi Hindu. Antaranya ialah B.G.Tilak dan Lajpat Raj dari pimpinan kumpulan radikal yang menetang Akta Pembahagian Benggala. Selain itu, padatahun 1915, Mohandas Karamchand Gandhitelah menyertai gerakan kesedaran India.Gandhi mengamalkan dasar tidak bekerjasama British. Beliau juga berusaha mendapatkan hak orang India dengan cara baik. Beliau juga tidak bersetuju undang2 keras yang dikenakan oleh Inggeris terhadap India keatas penghasut nasionalisme.

         Selain itu, peranan akhbar dan kewartawanan juga merupakan sebab wujudnya gerakan kesedaran.Akhbar merupakan alat yang dapat meransangkan gerakan nasianalisme di Asia.Peranan utama akhbar dan kewartawanan adalah sebagai alat propaganda dapat dilihat melalui gerakan propaganda yang berlaku di Filipina di bawah pimpinan Jose Rizal, M.H. del Pilar, Graciano Lopez, Mariano Ponce dan lain-lain.Mereka bergerak dengan pen dan berus dan kata2 utk menuntut reformasi Filipina.Utk tujuan ini, akhbar La Solidaridad diterbitkan pada 15 feb. 1889. Akhbar ini mendedahkan keburukan golongan paderi dan mengalih oerhatian kerajaan Sepanyol tentang kekejaman yang dilakukan di Filipina.

         Di Asia Timur contohnya spt di China.Melalui majalah New Youth yg diterbitkan pd thn 1915. Orang yg bertanggunggjawab menerbitkan ialah Ch'en Tu Hsiu. Majalah ini cuba mencari kelemahan China dan menyeru pemuda China bangkit utk menyumbang bakti mereka utk memperbaiki kedudukan negara mereka. Ia juga menyeru agar China menuju ke arah permodenan bukannya memandang kebelakang. Di Asia Selatan misalnya di India, perkembangan persuratkhabaran memainkan peranan penting dalam perbentukan semangat patriotik penduduk India.Surat khabar di India mengkritik kerajaan British dan undang-undang Ilbert yang dianggap berunsurkan diskriminasi terhadap penduduk India.

          Faktor yang lain ialah peranan pengaruh luar. Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata negara Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang dikongkong oleh penjajah barat dan keadaan politik.Reformasi Meiji pada tahun 1868 memberi aspirasi kpd pemimpin2 Asia. Apabila China dikalahkan oleh Perancis dan Jepun pd 1895, Kang Yu Wei berasa bahawa China perlu melakukan perubahan dalaman dalam bidang pemerintahan. Beliau juga menyeru pihak istana Manchu utk terima refomis dlm pemerintahan mereka.Beliau menyarankan China agar mencontohi Reformasi Meiji di Jepun dan Peter The Great di Russia.

         Sementara itu, idea komunis menjadi inspirasi kpd gol. revolusioner di China dan Vietnam. Idea demokrasi yang didukung oleh kuasa barat hanyalah dijalankan di negara mereka sahaja dan tidak dipraktikkan di tanah jajahannya.Kejayaan revolusi Bolshevik pd 1917  memberi ransangan kepada pemimpin Asia Tenggara dan Asia Timur utk menggunakan fahaman komunis sebagai panduan utk membina negara mereka . Selain itu, idea komunis juga mendukung prinsip samarata dan menentang kapitalisme dan imperialisme. Oleh itu, idea ini menjadi tarikan pemimpin China dan Vietnam.

         Reformasi Islam di Mesir juga menyumbang dan meningkatkan kesedaran umat Islam dirantau Asia Tenggara dan India utk membela bangsanya . Jamaluddin Al-Afghani(1838-75) dan Muhammad Abduh merupakan 2 tokoh reformis Islam yg berpengaruh dalam Islam.Mereka mendukung kemajuan dalam Islam dan menggesa umat Islam mementingkan ilmu.Mereka juga tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Kedua2 tokoh ini mengakui bahawa Islam juga tidak menolak kemajuan sains. Bagi mereka ialah memandu umat islam kpd ajaran & prinsip islam yg sebenar.

          Kesimpulannya, golongan2 ini mempuyai peranan yg penting dalam mencetuskan gerakan kesedaran di Asia. Pelbagai cara digunakan utk membantu masyarakat Asia.