Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 32.

PENGARUH POLITIK DARI LUAR MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERKESAN TERHADAP KESEDARAN POLITIK MASYARAKAT ASIA.

BINCANGKAN.

 

MOHD. SHAHRULAZUAN B. AHMAD JAMAIN.

 

Nasionalisme atau semangat kebangsaan bermaksud kesedaran politik dikalangan sesuatu bangsa untuk membebaskan diri dan negara mereka daripada penjajahan kuasa asing. Ia juga boleh didefinisikan sebagai perasaan cintakan tanah air dan juga membebaskan bangsa dan Negara daripada cengkaman penjajah. Selain daripada factor-faktor sperti peranan akbar dan wartyawan, pendidikan, intelektual, dan sebagainya, factor pengaruh daripada luar juga mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan perasaan nasionalisme di Negara –negara Asia.

      Kemunculan Negara Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata masyarakat Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang selama ini telah dikongkong oleh penjajah barat sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun social. Pembaharuan Meiji pada tahun 1868 telah memberi inspirasi kepada para pemimpin Negara-negara Asia. Apabila China telah dikalahkan oleh Perancis padatahun 1885 dan Jepun pada tahun 1895, Kang Yu-Wei meliha bahawa China perlu membuat pembaharuan dalaman khususnya dalam bidang pemerintahan dalam usaha memajulkan China. Beliau telah menghantar memorandum dan merayu kepada pihak istana Manchu untuk menerima reformasi dalam pemerintahan mereka dengan lebih mendalam. Beliau telah menyarankan agar China mencontohi reformasi Meiji di Jepun dan Peter The Great di Russia.oleh sebabitu  muncullah gerakan yang dinamakan Gerakan Seratus Hari di China (1898). Manakala kejayaan Jepun mengalahkan Russia (1905) memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat Asia yang pernah dijajah oleh kuasa barat , bahawa kuasa barat boleh ditewaskan oleh orang Asia. Situasi ini telah mengembalikan perasaan dan keyakinan bahawa kuasa barat tidaklah sekuat mana yang disangkakan. Maka perkara penting yang harus dilakukan ialah bagaimana untuk menyatukan masyarakat dan melakukan anjakan pemikiran masyarakat tempatan supaya mereka bangun merampas kembali hak mereka sebagai peribumi daripada penjajah. Keadaan inilah yang telah membuatkan tokoh reformasi Vietman, Phan Boi Chua dan Putera Cuang De menubuhkan Viet Nam Duy Tan Hoi di Jepun. Kedua-dua tokoh nasionalisme Vietnam amat kagum dengan kejayaan Jepun , lebih-lebih lagi kejayaannya menumbangkan Angkatan Tentera Russia. Jesteru itu pemimpin initelah bercita-cita untuk membebaskan Vietnam dan memodenkan Vietnam mengikut reformasi Meiji.

     Begitu juga dengan Indonesia dan China. Kejayaan Jepun telah membangkitkan semangart pra pejuang nasionalisme untuk terus bangun menentang penjajahan barat. Para pejuang Indonesia telah menjadikan kejayaan Jepun sebagai insprasi dan mengajak rakyatnya untuk sama-sama bangun menetang penjajah Belanda. Manakala pemimpin China yang selama ini memandang rendah terhadap Jepun telah menukar pandangan tersebut dan telah mengkantar para pelajarnya ke Jepun. Tokoh-tokoh nasionalis China seperti Kang Yu-wei, Liang Chih Chau dan Dr. Sun Yat Sen telah menumpukan perhatian mereka terhadap Jepun sebagai sumber ilmu pengatahuan dan pembelajaran. Ini telah membuktikan bahawa pengaruh Jepun amat besar terhadap perjuangan nasionalis China.

      Kejayaan dan kemenangan Jepun ini juga telah menambahkan  keyakinan orang China tentng perlunya pengenalan perlembagaan. Mereka telah menyaksikan kekalahan Russia, sebuah negara yang besar telah dapat dikalahkan oleh Jepun sebuah negara yang kecil. Orang China yakin, orang Jepun menjadi kuat sejak penubuhan perlembagaa dan pengenalan rancangan permodenan dan pembaratan dalam segakla bidang. Seorang intelktual China iaitu Chang Chin pernah mengatakan bahawa kemenangan Jepun dan kekalahan Russia mencerminkan kekalahan sistem beraja dan kemenangan sistem perlembagaan. Dengan ini semangat untuk menumbangkan Denasti Manchu semakin membara.

     Selain itum juga, refomasi Islam di Mesir juga telah mendorong dan meningkatkan kesedaran umat islam di rantau Asia untuk membela bangsanya. Jamaluddin Al-Afgani dan syeh Muhammad Abduh merupakan dua tokoh berpengaruh dalam dunia Islam. Mereka mendokong kemajuan dalam Islam dan menggesa umat Islam mementingkan ilmu pengatahuan. Islam tidak menolak kemajuan sains dan kemajuan dari barat. Umat Islam haruslah menjadikan Agama Islam sbagai panduan untuk mencapai kejayaan. Mereka juga menggesa umat Islam membebaskan Islam daripada kepercayaan kolot serta kepercayaan dan amalan yang menyekutukan Allah s.w.t dan menyimpang daripada prinsip utama Agama Islam.

     Untuk memajukan umat islam, satu rformasi telah diadakan berdasarkan pendidikan Islam yang sebenar. Dalam ssitem pendidikan Islam perkara-perkara sains moden, tamadun barat, harslah diajar selain ilmu Agama Islam itu sendiri. Manakala, perkara yang berkaitan dengan soal keadilan social dan politik haruslan ditekankan.    Pengaruh dan idea kedua-dua tokoh ini bukan sahaja menjalar kesenanjung tanah Arab bahkan juga mempengaruhi pemikiran masyarakat tempatan di India dan Asia Tenggara. Kemunculan Al Manaryang dibentuk pada tahun 1905 selepas Muhammad Abduh meninggal dunia telah meneruskan idea reformasi Islam. Mereka juga telah mengkaji baik prinsip etisa Islam dalam soal nlai social. Oleh itu, pelajar-pelajar Islan darimperbagai pelosok dunia telah dihantar ke Mesir dan mereka telah menerima secara langsung idea ini. Apabila mereka kembali ketanah air,kl idea tersebut telah dibawa dan diperluaskan dalam pemikiran umat Isalm di tempat masing-masing. Atas pegaruh ini juga Sir Said Ahmad telah menubuhkan pusat pendidkan Islam di Algarh, India. Institusi ini telah menyediakan peluang kepada pelajar Islam untuk menerima pendidkan Islam dan pendidikan barat.

     Gerakan pemulihan Islam di tumor tengah juga telah mempengaruhi penubuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah di Indonesia. Idea ini memberikan inspirasi kepada kedua-dua gerakan ini untuk berjuang menentang penjajahan. Mereka yakin bahawa Agama Islam mampu menyatukan umat manusia.mereka telah melancarkan perang jihad menentangorang Belanda yang beragama Kristian.   Selain itu, idea-idea reformis politik, ekonomi dan social di Eropah juga menjadi inspirasi bagi golongan berpendidikan barat. Dr. Sun Yat Sen yang mengkagumi idea barat mula menerima idea tersebut dan menyesuaikan mengikut keadaan China sehingga melahirkan Tiga Prinsip Rakyat. Manakala penyatuan Itali dan Jerman pada 1870 juga telah memberikan idea kepada pemimpin China untuk membina negara Chuna yang moden. Manakala kekalhan Poland pula menjadi pertingatan kepada China bahawa mereka tidak perlu menjadi bangsa yang lemah dan mudah diancam oleh kuasa asing. Sementara itu, Andres Bonifasio tertarik dengan idea –idea revolusi Amerika dan revolusi Perancis. Oleh kerana iytu kedua-dua idea ini telah dijadikan inspirasi kepada pergerakan Katipunan di Filipina. Manakala pelajar Thai di Paris pula menjadikan Revolusi Perancius untuk mengubah keadaan politik yang static di Thailand.

     Sementara itu idea komunis juga telah dijadikan pemangkin oleh golongan nasionalis di China dan Vietnam. Idea demakrasi yang didokong oleh barat hanyalah dijalankan di negara mereka sahaja dan tidak dipraktikkan di tanah jajahan. Empat belas perkara yang dianggap sebagai lambing demokrasi dan pembebasan hak memerintah sendiri yang dilaungkan oleh presiden Amerika Syarikat, Woodnon Wilson, tinggal hanya idea dan tidak dijadikan sebagai asas dalam pembentukan perjajian damai Verseiles. Oleh itu idea-idea demokrasi dan liberalisme yang diamalkan di barat hanyalah sebagai ilusi sahaja. Perkara sebenar yang berlaku ialah pemerasan kepada bangsa yang telah dijajah. Idea kapitalisme dan imperialisme menjadikan bangsa Asia yang dijajah menderita. Keadaan ini telah mengecewakan golongan intelektual yang selama ini mengharapkan sisitem demokrasi adalah tonggak keadilan. Namundemikian unsur kapitalis menjadi dominan dalam perjuangan kuasa barat. Kebangkitan golongan intelektiual dalam gerakan 4 Mei di China menunjukkan rasa tidak puas hati pemimpin intelektual dengan kuasa barat.

     Oleh itu, kejayaan Revolusi Bolshevik pada oktober 1917 memberikan rangsangan kepada pemimpin Asia tenggara dan Asia timur untuk menggunakan idea komunis sebagai panduan membina negara merdeka. Selain itu prinsip komunis yang mendokong taraf kesama rataan dan menentang kapitalis dan imperialis. Oleh itu idea ini menjadi tarikan kepada pemimpin intelektual Asia Tenggara, Selatan dan Jepun.     Sementara itu kebangkitan nasionalisme di negara lain seperti pemberontakan Katipunan 1896 memberikan aspirasi kepada masyarakat Asia. Ia dikatakan gerakan Revolusi massa yang pertama di Asia. Kejayaan revolusi ini menyingkirkan pemerintahan Sepanyol telah merangsang gerakan nasionalisme negara jiran yang lain.

     Begitu juga dengan rewvolusi 1911 di china. Walaupun revolusi ini tidak mencapai matlamatnya tetapi semangat menentang kuasa asing dan pemerintahan mutlah telah menjadi dorongan kepada golongan nasionalisme lain untuk menentang ketidak adilan dan berjuang menuntut hak rakyat di negara mereka sendiri. Kesannya revolusi ini menular ke Vietnam. Phan Boi Chau telah pergi ke China setelah revolusi itu berjaya. Kejayaan Dr. Sun Yat Sen telah memberi perangsang kepada penduduk Vietnam yang bersempadan dengan China unuk menyusun kegiatan mereka. Manakala gabenor Kwangsi dan Kwangtang juga memberi sokongan kepada gerakan mereka. Sementara Phan boi Chau dan Putera Coung De telah menubuhkan persatuan pemul;aihan Vietnam pada mei 1912. mereka telah mengatur beberapa siri kekacauan tetapi telah berjaya dipatahkan.

     Disamping itu juga gerakan pasif Ghandi juga dilihat sebagai perkembangan nasionalisme di Asia. Gerakan Kongres di India di bawah pimpinan Mohandas Karamchad Ghandi telah mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan pihak Inggeris. Beliau berpendapat bahawa pihak Inggeris akan jatuh jika merweka tidak mengendahkan pihak Inggeris. Ghandi telah memulakan gerakan ini dengan pihak Inggeris iaitu penentangan Pasif apabila Inggeris enggan menunaikan permintaan mereka supaya tidak melu.luskan Akta rowlef (1919). Penduduk India diseru supaya tidak mematuhi undang-undang baru itu. Oleh itu Ghandi telah menyarankan supaya rakyat mengikut tindakan pasif tersebut sehingga Akta Rowlet itru di tarik balik supaya tiada sebarang kekerasan dan keganasan berlaku.pergerakanini juga dikenali sebagai Satyegnaha. Ghandi telah memulakan gerakan ini semasa pilihan raya pada tahun 1920 an, pemulauan barang-barang British, sekolah –sekolah dan mahkamah. Pada tahun 1920, Ghandi telah menuntut kerajaan sendiridan padsa tahun 1930 Ghandi terpaksa membela nasip orang India yang terjejas teruk akibat cukai garam yang dikenakan. Ghandi sekali lagi telah menyuarakan rasa tidak puyas hati dan memperotes dengan berjalan kaki beramai-ramai sejauh 200 batu dan beliau turut disertai oleh ramai penduduk India.

     Pergerakan yang dilakukan oleh ghandi ini telah dijadikan contoh oleh Parti Nasional Indonesia (PNI) yang bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya. PNI telah mengambil langkah dengan tidak memberi sebarang kerjasama kepada kerajaan Belanda. PNI juga telah menyeru supaya masyarakat Indonesia memulaukan volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan. Sukarno adalah pemimpin PNI yang telah melaungkan semangat nasionalisme untuk mendapatkan kemerdekaan. Di Burma pula, gerakan nasionalis cara ini telah mempewngaruhi aktiviti golongn nasionalsme Burma. Tambahan pula negara tersebut pernah disatukan dengan India sebelun dipisahkan semula pada tahun 1937. oleh pemimpin nasionalisme Burma berasa ketinggalan kerana perubahan Montagu-Cheimeford 1919 hanya diperkenalkan di India tetapi tidak di Burma. Dua rombongan telah dihantar ke London untuk menuntut hak yang sama pada julai 1919 dan mei 1920.

     Perkembangan isi kandungan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Asia. Menurut isi kandungan piagam tersebut menyatakan bahawa setiap negara yang menjajah perlu membebaskan negara yang dijajah dan setiap negara adalah bebas dan berdaulat. Piagam ini secara langsung telah menaikkan perasaan cintakan negara di kalangan masyarakat dan bangsa menetang penjajah bagi menuntut hak mereka semula daripada penjajah. Ini bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

     Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengaruh luar memainkan peranan  yang penting dalam pembentukan senmangat nasionalisme masyarakat Asia. Akhirnya ianya membawa kepada kejayaan masyarakat Asia menuntut kemerdekaan.