SOALAN 29

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK MERUPAKAN SEBAHAGIAN KESAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME. BINCANGKAN.

 

MASLIZA BTE WAHID

 

            Masyarakat majmuk bermaksud satu masyarakat yg mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau kaum yg berbeza yg hidup dalam satu komuniti dan di tempat yg sama. Kemunculan masyarakat majmuk menyebabkan wujudnya perbezaan agama, budaya dan cara hidup dalam masyarakat di sesebuah negara. Kewujudan masyarakat majmuk merupakan impak yg besar ke atas kedatangan serta penguasaan penjajah Barat ke atas negara2 di rantau Asia Tenggara.

            Pembentukan masyarakat Burma merupakan impak yg diperolehi drp. Perkembangan sejarah yg berlaku pd abad ke-19. Masyarakat majmuk merupakan kesan social kemasukan masyarakat luar scr besar-besaran ke Burma. Kemasukan mereka ini jelas mempunyai matlamat ekonomi. Penduduk Burma sehingga dekadkedua abad ke-19 berjumlah 4 juta orang, sementara pd tempoh menjelang Perang Dunia kedua, Burma mempunyai penduduk berjumlah 3 juta orang. Kemasukan orang India dan Cina di Burma tlh menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara tersebut. Kesan drp. dasar2 ekonomi yg dilaksanakan oleh British disamping peraturan2 kemasukan yg tidak terlalu rigid membolehkan masyarakat Cina dan India dapat masuk ke Burma dgn mudah.

            Secara realitinya, kedudukan yg hampir dgn Burma memungkinkan hijrah masuk dpt dilakukan dgn mudah dan tidak memberi masalah besar terutama dari sudut kos pengangkutan. Keadaan menjadi semakin mudah apabila pentadbiran Burma pd awal kemasukan kuaa British tlh disatukan dgn pentadbiran India. India yg mempunyai penduduk yg padat terutama di Bengal dan ini melahirkan idea bahawa jika mereka dibawa masuk ke Burma, maka sudah pasti mereka akan mampu mengisi kekosongan yg wujud di Burma. Menurut pandangan ini, hijrah masuk orang India ke Burma akan membawa faedah besar kepada semua pihak yg terlibat. Ia scr tidak langsung akan mengurangkan kesengsaraan di India dan dlm masa yg sama akan menyebabkan pembangunan Burma berjalan dgn lancar.

            Kemasukan orang India di Burma berlangsung dlm beberapa cara. Cara pertama dalah melalui sykt2 persendirian, cara kedua melalui kerajaan dan cara ketiga adalah dgn datang  sendiri ke Burma tanpa melalui kedua-dua kaedah tersebut.Usaha2 rasmi tlh cuba dilaksanakan oleh kerajaan British utk membawa masuk orang India ke Burma dan tlh dimulakan pd thn 1874. Ini dilakukan bukan sahaja utk mengisi kekosongan pekerjaan di Burma, malah dlm masa yg sama meringankan tanggungan dan bebanan British di Bengal yg mengalami mslh kebuluran dan bencana alam.

            Selain orang India, Burma juga menarik perhatian orang Cina. Meskipun begitu, jumlahnya adalah lebih kecil berbanding orang India. Pada thn 1931, jumlah orang Cina di Burma adalah 200 000 orang. Malahan drp. jumlah ini satuper tiga merupakan penduduk China yg dikenali sbg “China Gunung” yg datang dr kawasan tanah tinggi Yunnan. Kedatangan orang cina ke Burma berlaku dr bahagian utara di mana negara tersebut bersempadan dgn China. Malah dlm sejarah Burma, terdpt beberapa siri peperangan yg melibatkan kedua-dua negara. Ini bermakna hubungan antara kedua-dua negara tlh berlangsung sejak sekian lama sehinggalah wujudnya masyarakat majmuk.

            Sebagaimana negara2 lain di Asia Tenggara, Thailand tidak terkecuali drp menerima limpahan kemasukan orang Cina. Dekad selepas Perang Dunia keduamemperlihatkan betapa masyarakat Cina di Thailand mnguasai 70%sector perdagangan, 16% industri, 6% prlombongan dan 8% dlm sektor pertanian dan perikanan. Di Thailand  tarikan utama adalah terdptnya permintaan tenaga buruh yg tinggi serta pembabitan mereka dlm aktiviti perdagangan.

            Berdasarkan kpd pola jantina, kaum lelaki lebih ramai berdanding kaum wanita. Ini kerana terdapat halangan2 fizikal yg menyebabkan kaum wanita tidak dibawa bersama ke Thailand. Imigran ini mempunyai keinginan untuk mencari keuntungan dan bersifat sementara. Kekurangan kaum wanita Cina tlh menyebabkan kaum lelaki Cina utk memilih wanita tempatan sbg teman hidup mereka. Maka pekahwinan campur terjadi dan lahirlah golongan Lukkhin yg bejumlah kira-kira 80 000 orang pd thn 1820-an. Sehingga abad ke-20, orang Cina yg ada di Thailand masih terus mngekalkan ciri2 kecinaan mereka. Mereka masih tetap mengamalkan budaya serta cara hidup mereka dan tidak becamppur gaul src erat dn masyarakat tempatan. Ini merupakan salah satu ciri masyarakat majmuk.

            Di Indonesia, kebanyakan imigran datang dari Tanah Besar China. Masyarakat China Indonesia merupakan satu kelompok masyarakat minoriti teramai di Indonesia. Jumlah mereka adalah kira2 satu juta hari ini kemasukan mereka secara beramai-ramai tlh menyebabkan kewujudan masyarakat majmuk di Indonesia. Terdapat dua faktor penggerak kpd penghijrahan masyarakat Cina ke Indonesia. Pertama kerana beberapa siri kekacauan yg berlaku di China spt kejatuhan Dinasti Ming  dan penghapusan penentangan  oleh orang Manchu ke atas penduduk Cina yg setia kpd Dinasti Ming. Kebanyakan pelarian Cina ini datang dr wilayah Fukien. Manakala perkembangan sektor pertanian di Indonesia turut membawa kepada pengaliran buruh2 China ke Indonsia. 

            Kemasukan imigran2 Cina tlh membawa masuk cara hidup atau budaya mereka ke Indonesia. Ini menyebabkan berlakunya asimilasi budaya dan cara hidup imigran dan penduduk yg asal. Ini jelas kelihatan ketika musim perayaan. Pelbagai jenis budaya di Indonesia dpt disaksikan kesan drp. percampuran masyarakat tempatan dgn imigran. Di Indonesia masyarakat Cina dibahagikan kpd dua golongan. Golongan pertama dikenali sbr Singkehs atau singkehs yg bermaksud tetamu baru. Golongan pertama ini merupakan kump. Masyarakat Cina. Mereka dikenali sbg cina totok oleh penduduk tempatan. Manakala kump. kedua merupakan peranakan dan golongan ini adalah penduduk Cina awal yg datang ke Indonesia dan tlh terdedah kpd persekitaran masyarakat tempatan. Mereka juga merupakan masyarakat kahwin campur dgn masyarakat tempatan. Kesannya lahirlah masyarakat majmuk di Indonesia. Ini disebabkan kedua-dua kump. mempunyai ciri2 masyarakat majmuk iaitu perbezaan dr segi tempat tinggal. Golongan Singkehs boleh didapati diluar bandar. Manakala petempatan masyarakat peranakan pula ialah di bandar. Selain perbezaan tempat tinggal, masyarakat ini juga berbezadr segi bahasa atau dialek antara mereka. Kebanyakan penduduk peranakan adalah suku Hokkien dan masyarakat Cina yg disebut singkehs adalah dr kalangan imigran2 Hakka dan Kantonis.

            Di Filipina,orang Cina juga mempunyai hubungan yg berpanjangan dgn kepulauan tersebut. Imigran Cina datang di Amoy dan Canton serta Shanghai dan Beijing. Penghijrahan penduduk Cina membawa kesan kpd pembentukan masyarakat berbilang kaum di Filipina. Pada abad ke-19,penghijrahan penduduk Cina terbahagi kpd dua peringkat, iaitu sebaik sahaja Manila dibuka kpd perdagangan dunia pd thn 1834 dan kedua antara thn 1876-1886semasa penjajahan Sepanyol di Filipina masyarakat Cina disebut Sanleys yg memberi maksud “pedagang yg mengembara”.

            Dasar pemerintahan Sepanyol ke atas masyarakat Cina dipandu atas dua prinsip, iaitu utk keperluan ekonomidan kebijaksanaan politik. Kegiatan kaum imjgran tidak dibatasi dgn peraturan tidak membenarkan menjelajah sesuka hati di kepulauan Filipina mahupun Manila tanpa sebarang kebenaran. Tambahan drp larangan tersebut, orang Cina juga tidak dibenar memiliki tanah sehingga akhir pemerintahan Sepanyol. Selain itu. Masyarakat tempatan Filipina tidak dibenarkan memakai pakaian orang Cina. Halangan2 yg wujud menunjukkan masyarakat imigran dan penduduk asal mempunyai perbezaan dr segi budaya dan adat resam. Penghijrahan mereka sekali gus mewujudkan masyarakat majmuk di Filipina.

            Semasa pendudukan Amerika Syarikat, dasar mereka pd masyarakat Cina juga hampir sama. Orang Cina tetap dipandang asing dan menjalankan sekatan terhadap hijrah masuk masyarakat. Mereka juga tidak diberi taraf kewarganegaraan atau memiliki tanah. Dasar Amerika Syarikat terhadap penduduk Cina dipandu oleh polisi di Amerika sendiri dan juga utk meredakan nasionalisme Filipina. Ini memperlihatkan kesan kedatangan kuasa Barat menimbulkan adakalanya baik dan kadangkala buruk terhadap kaum imigran kpd pembentukan masyarakat di Filipina.

            Kesimpulannya, kemunculan masyarakat majmuk di beberapa buah negara di Asia Tenggara adalah disebabkan oleh kemasukan imigranyg membawa pelbagai adat dan budaya dr negara asal mereka. Kemasukan mereka tlh menyebabkan berlakunya asimilasi di antara budaya dan cara hidup penduduk asal dgn imigran. Maka secara tidak langsung, sememangnya kemasukan kuasa asing tlh menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk kesan dasar penjajahan dan pengukuhan kuasa pihak asing terutama bagi tujuan ekonomi.