SOALAN 27

JELASKAN PENERIMAAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAJAH

 

MOHD SHAH  MD ALI HANAFIAH

 

         Menjelang akhir abad ke-19,hampir kesemua negara asia telah berjaya dikuasai oleh penjajah. Ini telah menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja perubahan tanpa menghiraukan tindak balas masyarakat tempatan. Perubahan yang dilakukan adalah untuk kepentingan mereka sendiri. Penerimaan masyarakat tempatan terhadap perubahan yang dilakukan ada yang positif dan ada juga yang negatif. Perubahan ini merangkumi aspek politik , ekonomi , sosial dan kebudayaan  serta agama.

            Pelbagai reaksi telah timbul akibat daripada perubahan yang di lakukan penjajah. Dasar pengilhaman Lord Dalhousie merupakan faktor politik yang menyebabkan Dahagi India. Beliau telah mengilhamkan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang India. Lord Dalhousie meletakkan tiga alasan di atas Dasar Pengilhaman yang di buatnya iaitu hak menakluk kuasa agung, "Doctrine Of Lapse" dan ingin membantu wilayah-wilayah yang di belenggu masalah penyelewengan dan pemerintahan. Dasar ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan putera-putera pemerintahan tempatan. Ini kerana "Doctrine Of Lapse" menyatakan sekiranya seseorang pemerintah mangkat tanpa waris maka negerinya menjadi kepunyaan British. Lord Dalhousie telah mengilhamkan wilayah-wilayah seperti Punjabi, Oudh, Satara, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur. Lord Dalhousie juga telah mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan. Hal ini telah menyebabkan Dahagi di India. Namun, Dahagi ini telah gagal.

            Kedatangan British di India telah menyebabkan beberapa adat resam di hapuskan. Antaranya Sutthe, Thugee dan pembunuhan bagi perempuan. Ini telah menyebabkan masyarakat tempatan memberontak. Amalan Sutthe ialah pengorbanan para balu di timbunan kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Amalan Sutthe ini di hapuskan melalui undang-undang tahun 1828. Amalan ini di anggap sebagai satu jenayah. Manakala amalan Thuge ialah satuu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Amalan ini di jalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata dan menyamar lalu membunuh pengembara atas nama Dewa Kali. Amalan bagi perempuan yang di anggap tidak berperikemanusiaan juga di hapuskan oleh British. Lord Dalhousie juga telah meluluskan undang-undang membenarkan balu-balu India berkahwin semula. Walaupun perubahan-perubahan sosial di jalankan, tetapi ia telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India. Ini telah menyebabkan penentangan pendduduk tempatan dan kemuncaknya adalah Dahagi di India.

            Pertubuhan yang berlaku di Indonesia yang di lakukan oleh Belanda juga menyebabkan rakyat menentang. Antara perubahan yang di lakukan adalah di dalam pentadbiran. Belanda telah mengubah sistem pentadbiran tradisional mesyarakat Indonesia dan telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Ini telah menyebabkan berlaku pemberontakan terutamanya di  Jawa dan kemuncaknya adalah Perang Jawa (1825-1830). Selepas Perang Jawa, Belanda telah menyusun sistem pentadbiran yang baru, tetapi sistem tidak di terima oleh Sultan di beberapa daerah. Antaranya Sultan Badruddin di Palembang yang memberontak pada 1820. Ini kerana, pembesar tempatan di letakkan di bawah Sistem Residen.

            Di Indonesia juga telah berlaku perubahan di dalam adat resam dan undang-undang serta ekonomi. Perubahan dalam sistem pendidikakn juga telah berlaku. Perubahan yang di lakukan dalam undang-undang di Indonesia terutamanya di Sulu dapat di terima oleh masyarakat tempatan. Ini kerana kebanyakan undang-undang yang di buat tidak banyak di ubah. Umpamanya, undang-undang Sulu yang di warisi daripada abad sebelumnya masih di gunakan selepas kedatangan penjajah. Ia hanya di kenali sebagai Kaum Sulu Baru. Selain itu pihak penjajah juga telah mewujudkan sistem mahkamah. Pelbagai dasar juga telah di perkenalkan dalam sistem ekonomi Indonesia. Antaranya adalah Dasar Liberal, Sistem Kultur dan Dasar Etika. Namun, kebanyakan dasar-dasar ini telah menindas rakyat. Contohnya Sistem Kultur yang mengikut rakyat tempatan dalam pertanian. Ini telah menyebabkan masyarakat Jawa memberontak kerana tidak mempunyai waktu rehat yang cukup akibat penanaman jagung sepanjang tahun. Ini juga telah menjadi faktor Perang Jawa. Dalam sistem pendidikan  pula, masyarakat tempatan telah menerima sistem yang di bawa oleh Barat. Penerimaan ini berlaku semasa pemerintahan Jepun. Pendidikan telah menyebabkan ramai yang mendapat pendidikan yang lebih baik dan jawatan yang penting dalam persediaan ke arah berkerajaan sendiri.

            Di Vietnam, Perancis melaksanakan pembaharuan untuk mengukuhkan kekuasaan ke atas negeri naungan itu iaitu Kemboja. Raja Norodom di paksa menerima segala pembaharuan yang di laksanakan Perancis. Baginda hanya di anggap sebagai Raja Boneka. Perancis telah melantik seorang residen untuk melaksanakan tugas-tugas kerajaan. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa  benci penduduk. Mereka telah bangkit memberontak di bawah Si Vattha. Peperangan ini telah memakan masa selama 18 bulan dan Si Vattha telah mengalami kekalahan dan menyerah diri.             Di Filipina, Sepanyol telah membawa perlaksanaan beberapa dasar ekonomi seperti Sistem Polo dan Vandala yang memaksa penduduk melakukan kerja paksa. Dalam sistem Polo, rakyat perlu bekerja secara percuma untuk kerajaan selama 40 hari dalam setahun dan Sistem Vandala pula, menghendaki rakyat menyerahkan barangan mereka kepada kerajaan secara paksa. Biasanya kerajaan tidak membuat sebarang bayaran. Ini menyebabkan masyarakat tempatan tidak puas hati terhadap perubahan tersebut kerana perubahan yang di lakukan bersifat penindasan terhadap masyarakat. Ini telah menyebabkan pemberontakan tempatan 1562-1872 dan pergerakan perubahan 1872-1896.

            Di Burma, pelbagai perubahan juga telah di lakukan oleh British. Antaranya, menghapuskan Sistem Hutdaw dan menggantikan dengan sistem Residen. Ramai pemimpin di tangkap dan di buang negeri. Tindakan  ini menimbulkan kemarahan pemimpin. Burma yang masih mengharap pihak British mewujudkan kembali sistem beraja tetapi British menolak. Mereka telah bangun memberontak dan pemberontakan telah berlarutan. Contohnya kebangkitan Saya San 1930-1931. Selain itu, perubahan juga berlaku dalam adat dan kebudayaan Burma yang ingin di gabungkan dengan pendidikan barat. Ini di lakukan oleh orang Burma yang pendidikan barat. Mereka telah menubuhkan sekolah agama Buddha tetapi tidak berbentuk biaya dan kependerian dan mengajar ilmu sekular dan Buddha. Tetapi sekolah ini tidak mendapat sokongan para sami yang tidak mahu menerima ilmu sekular. Sistem pendidikan barat sebenarnya telah mendapat sambutan dari masyarakat tempatan di sebabkan oleh nasionalisme dan hak mendapat kemerdekaan.

            Bagi China, undang-undang barat di anggap sebagai sisstem bertimbang rasa, adil dan bebas. Ini di sebabkan undang-undang negara tersebut kejam kerana prinsip perundangan China yang menyatakan seseorang di anggap bersalah sehinggalah membuktikan dia tidak bersalah. Ini berbeza dengan barat yang mengganggap seseorang tidak bersalah sehingga di buktikan bersalah. Perbezaan ini telah mengakibatkan perang Inggeris-China pada tahun 1839. Selain itu, kuasa barat telah memperkenalkan kereta api dan kapal wap dan ini menjejaskan mata pencarian pekerja China dalam bidang pengangkutan tradisional seperti kereta kuda, kereta lembu dan tangkan. Ini telah menyebabkan Pemberontakan Boxer. Tetapi pemberontakan ini gagal. Dalam sistem pendidikan pula, China terpaksa menerima sistem pendidikan barat pada awalnya. Tetapi, pada 1850-an kerajaan Manchu China telah menggalakkan para pegawainya mempelajari tamadun barat. Sistem pendidikan barat telah menghapuskan sistem pendidikan berteraskan ajaran Confucius, Teoisme dan Buddisme.

            Kesimpulannya, kedatangan penjajah telah menyebabkan pelbagai perubahan yang mendatangkan kebaikan dan keburukan. Dari segi kebaikan, masyarakat tempatan memperolehi pendidikan yang baik dan mendapat jawatan dalam sistem pentadbiran di samping meningkatkan ekonomi. Namun begitu masyarakat tempatan sebenarnya tertindas dengan peraturan-peraturan yang di buat. Selain itu, pihak penjajah ingin mengekalkan kuasa mereka di negara-negara Asia melalui perubahan yang di lakukan.