Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 26

NYATAKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG DIBAWA OLEH PENJAJAH TERHADAP NILAI MASYARAKAT TEMPATAN

 

NURHUDA BTE MOHAMED. FADZIL.

 

       Pihak barat telah berada di negara-negara Asia sejak awal abad ke-16 lagi iaitu utk tujuan perdagangan. Namun, pada abad ke-19, negara-negara di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan telah menempuh satu era yg mencabar. Kuasa-kuasa barat mula mengorak langkah terhadap msykt Asia agar mengikuti telunjuk mereka. Perubahan-perubahann juga dilakukan di 3 Asia ini. Perobahan-perubahan ini berlaku bukan sahaja dlm taraf negara tersebut menjadi negara yg dijajah malah dlm bidang pentadbiran, undang-undang, ekonomi,adat,pendidikan dan agama. Institusi-institusi lama mula terancam dan ada pula yg disesuaikan dgn kehendak kuasa barat.

        Salah satu perubahan yg berlaku ialah perubahan nilai kepercayaan msykt tempatan. Pihak penjajah telah mengubah nilai kepercayaann msykt tempatan drpd agama dan kepercayaan tradisional kpd kepercayaan terhadap agama Kristian.Hal ini dapat dilihat hasil drpd Perjanjian Whampoa dan Konvension Peking di mana terdapat kebebasandlm penyebaran agama Kristian di China. Oleh yg demikian, para mubaligh telah mengambil peluang utk menyebarkan agama Kristian di pelabuhan hingga ke kawasan pedalaman.Para mubaligh juga dibenarkan utk menyewa dan membeli tanah utk dibina gereja. Pelbagai cara digunakan utk menarik lebih ramai orang Cina menganut agama Kristian, misalnya memberikan wang dan perlinduungan. Hal ini tellah menyebabkan ramai orang Cina memasuki agama Kristian dan bertindak meninggalkan segala amalan tradisi nenek moyang mereka dan agama asal mereka. Bahkan mereka bertindak mengasingkan diri drpd msykt Cina yg lain.

        Hal ini juga dapat dilihat di Asia Tenggara iaitu di Vietnam. Pada tahun 1850, kira-kira 300 000 orang rakyat Vietnam telah menganut agama Kristian. Fenomena ini telah menyebabkan rakyat Vietnam yg beragama Kristian bertindak meninggalkan semua amalan tradisional, khususnya berkaitan ajaran agama budha.

        Perubahan yg seterusnya ialah nilai kekuasaan raja dan pemimpin tergugat. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat di negara-negara Asia, raja merupakan pemerintah mutlak sesebuah kerajaan. Raja menjalankan pemerintahannya dlm urusan membuat undang-undang, menjatuhkan hukuman, membentuk protocol, adat istiadat, peraturan, disiplin, bidang keagamaan dan sebagainya. Raja merupakan kuasa tertinggi dlm sesebuah kerajaan dan setiap rakyat mestii menghormati dan mentaati raja. Setelah kedatangan kuasa-kuasa penjajah, nilai msykt tempatan terhadap kekuasan raja dan pemimpiin tergugat. Ini adalah akibat drpd perletakan penasihat-penasihat raja oleh kuasa penjajah. Selepas penjajahan kuasa barat ini, fikiran rakyat juga telah terbuka dan tidak lagi terikat dgn pemikiran yg sempit. Kesannya, rakyat telah berjaya mengadakan pemberontakan apabila tidak puas hati dan wujud semangat nasionalisme utk mempertahankan negara masing-masing.   

          Selain itu, penjajahan oleh kuasa barat ini elah membawa perubahn terhadap nilai msykt tempatan dari aspek peningkatan nilai ilmu. Selepas kedatangan kuasa barat ini, msykt tempatan lebih mementingkan ilmu pengetahuan berbanding dgn sebelum kedatangan kuasa barat ini. Sebelum kedatangan mereka, msykt anya tertumpu terhadap ilmu agama sahaja. Manakala selepas kedatangan kuasa ini, msykt telah terdedah dgn pendidikan secular di samping pendidikan yg sedia ada.

          Misalnya di Jepun, penduduknya telah berjaya memajukan dan meningkatkan nilai ilmu mereka. Mereka mempelajari bidang sains, teknik, sejarah adan politik. Kanak-kanak diberi latihan membentuk akhlak dann juga latihan akal. Di China pula, nilai ilmu msyktnya bertambah apabila yimbulnya kesedaran perluunya mempelajari bahasa-bahasa asing di kalangan orang Cina. Hal ini teerjadi memandangkan hubungan Cina-Barat yg semakin rapat. Manakala di Siamm, msyktnya menerima tindakan Raja Mongkut yg membenarkankemasukan pendidikan barat. Beberapa matapelajaran baru dibawa masuk spt Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah yg diajar oleh Anna Peonowens yg berbangsa British.

          Perubahan dalam nilai ekonomi msykt tempatan juga merupakan salah satu perubahan yg berlaku terhadap nilai msykt tempatan akibat drpd penjajahan kuasa barat. Selepas penjajahan ini, penduduk tempatan telah pandai mewujudkan lebihan ekonomi berbanding dgn keadaan sebelum kedatangan kuasa barat. Sebelum ini, penduduk hanya menjslsnksn ekonomi yg berbentuk sara diri.Hasil yg diperolehi hanyalah utk keperluan diri dan ahli keluarga sahaja.Tetapi hal ini telah berubah selepas kedatangan kuasa barat. Penduduk tempatan telah pandai meningkatkan nilai ekonomi mereka. Mereka menjalankan ekonomi komersil ataupun antarabangsa. Selain itu terdapat juga perubahan-perubahan dari segi teknologi khususnya dlm aspek ekonomi. Kebanyakan teknologi-teknologi ini dibawa masuk drpd luar.

 

           Di Burma, perubahan yg dibawa oleh British telah membuka fikiran msykt Burma terhadap nilai ekonomi negara tersebut. Perubahan-perubahan tersebut diterima oleh msykt Burma dan mereka percaya ekonomi Burma dapat diperkembangkan lagi dgn bantuan drpd perubahan-perubaan yg dibawa oleh British. Hal ini ternyata betu apabila ekonomi Burma memperlihatkan perkembangan yg pesat dlm bidang pertaniankhususnya penanaman padi. Ini dapat dibuktikan dgn pembukaan kawasan tanaman padi utama spt Arakan, Tenasserim dan Burma Hilir.

             Perubahan seterusnya yg dibawa ialah perubahan dlm aspek nilai kebudayaan. Selepas kedatangan kuasa arat ini, nilai kebudayaan msykt tempatan semakin merosot. Hal ini berlaku akibat drpd penyebaran agama dan kebudayaan yg baru dibawa oleh penjajah. Ini menyebabkan nilai kebudayaan tradisi msykt tempatan pudar sedikit demi sedikit.

           Misalnya di China, penyebaran agama Kristian  telah mengubah nilai kebudayaan msykt China. Msykt China telah berpaling meninggalkan budaya tradisi mereka. Fikiran mereka telah dipengaruhi oleh agama Kristian. Manakaa ddi Burma pula nilai kebudayaan msykt Burma semakin merosot. Perubahan yg dibawa oleh British di Burma juga telah menyebabkan nilai kebudayaan msykt tempatan tercemar iaitu spt peristiwa kasut.

          Perubahan lain yg dibawa oleh penjajah ialah perubahan dlm nilai sejagat ataupun nilai perpaduan msykt tempatan.Akibat drpd penjajahan ini, nilai sejagat dan nilai perpaduan msykt tempatan semakin meningkat. Msykt telah bersatu utk menentang kuasa penjajah yg menindas mereka, sehingga berjaya mencetuskan beberapa siri pemberontakan.

           Di China, peperangan telah berlaku aibat drpd peningkatan nilai perpaduan di kalangan msykt. Nilai perpaduan yg tinggi antara rakyat di China teelah menyebabkan berlakunya penentangan terhadap kuasa asing, misalnya pemberontakan Boxer yg dipelopori oleh kongsi-kongsi gelap dan para peninju. Selain itu, nilai sejagat dan nilai perpaduan yg tinggi di kalangan rakyat juga menimbulkan kesedaran nasionalisme di kalangan mereka. Ia juga adalah faktor penting dlm kewujudan kesedaran nasionalisme.

           Kesimpulannya, perubahan-perubahan yg telah  dibawa oleh penjajah terhadap nilai msykt tempatan telah membawa pelbagai persepsi msykt tempatan terhadap penjajah. Perubahan-perubahan ini juga telah membawa kesan positif dan negetif terhadap nilai msykt di Asia.