SOALAN 24

BINCANGKAN KESAN-KESAN PERJANJIAN TERHADAP MASYARAKAT PRIBUMI DI ASIA.

 

 NOR AZLINA BINTI HARON.

 

                 Kedatangan kuasa barat ke rantau Asia Tenggara pada asasnya berkaitan dengan aktiviti perdagangan.Namun lama-kelamaan ia telah berubah kpd satu bentuk penguasaan menakluki tanah jajahan.,akibatnya satu persatu wilayah dan kawasan jatuh dlm genggaman mereka.Secara umumnya ,terdapat beberapa cara yg digunakan oleh kuasa barat utk campur tangan dan diantaranya adalah melalui perjanjian.Ant. perjanjian yg dilaksanakan ialah perjanjian Nanking(inggeris –China),perjanjian Yandabo (British-Myanmar), perjanjian shimonoseki (Jepun-China), perjanjian Tientsindan perjanjian Kanagawa(A.Syarikat-Jepun).Akibatnya perjanjian2 yg ditandatangani telah memberikan kesan terhadap masyarakat pribumi di Asia.

                Di antara kesan perjanjian yg ditandatangani dgn kuasa barat ialah menjatuhkan dan seterusnya mencemarkan budaya masyarakat Asia.Pada 29 Ogos 1842,perjanjian Nanking telah dimeterai bagi menamatkan perang.Sebagai pihak yg meminta perdamaian ,perjanjian Nanking itu tentulah lebih banyak merugikan Chuna ,sekurang-kurangnya dari segi maruah bangsa dan amat menguntungkan Inggeris. Inggeris telah memperoleh sesuatu yg selama ini diharapkan iaitu persamaan taraf. Selain itu,maruah China jatuh di mata Inggeris krn kesucian tradisi China mula tercabar.Ini berlaku akibat kegiatan dan persaingan di dlm proses mengembangkan agama Kristian di kalangan penjajah. Mubaligh kristian daripada pelbagai mazhab telah mempengaruhi orang-orang China untuk menganut agama tersebut.  Manakala ,perjanjian Yandabo juga dianggap sebagai menjatuhkan maruah negara Burma.Dari segi maruah, perjanjian ini telah memalukan serta menjatuhkan maruah orang Myanmar serta hilangnya darjatnya mereka apabila kebanggaan mereka dihancurkan oleh kemenangan Inggeris.Kekuatan ketenteraan Burma menjadi lemah akibat mendapatpukulan yang hebat sehingga kekuatan itu tidak dapat dikembalikan seperti dahulu.Selain itu,istana raja Burma turut dicemari dengan pemakaian kasut oleh British dan Burma merasakan ianya telah mencemari adat dan budaya mereka.

               Kesan perjanjian yang seyerusnya ialah berlaku perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Perjanjian Bowring (1855) ,di antara Thiland dengan British telah membuka peluang kpd Siam untuk mengamalkan dasar buka pintu iaitu tiada sebarang kuasa yang membolehkan kuasa-kuasa barat campur tangan secara paksaan atau kekerasan .Siam menjalankan rancangan pemodenan dan pembaratan untuk mengekalkan kemerdekaan dan untuk mengelakkan campur tangan kuasa barat ke atas pentadbiran negara.Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh China bukan sahaja tidak dapat mencegah kemaraan kuasa-kuasa barat. Malahan ianya menyebabkan kuasa-kuasa barat menggunakan kekerasan terhadap Siam.

               Manakala kesan Perjanjian Kanagawa(1854) pula menyebabkan Jepun dibuka kepada kuasa barat dan hubungan diplomatik dijalankan atas dasar persamaan taraf.Sementara itu,Shogun Tokugawa yang berada dalam keadaan terdesak dan bimbang Amerika Syarikat menyerang Jepun berikutan kedatangan Komander Perry membawa kepada termeterainya Perjanjian Kanagawa (21 Mac 1854).Perry telah memaksa pihak Jepun menerima sepucuk surat daripada Presiden Fillmore yang meminta Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat .Dengan ini,Jepun telah menamatkan dasar isolasi yang telah diamalkan sejak turun temurun dan terus memasuki masyarakat global.Chuna juga terpaksa menamatkan dasar isolasi dan seterusnya memulakan zaman baru dengan mengadakan perhubungan politik,ekonomi dan undang-undang berdasarkan persamaan taraf melalui perjanjian Nanking.

               Selain itu,perubahan pentadbiran yang berlaku menyebabkan raja hilang hak memiliki pemerintahan.Melalui perjanjian Yandabo 1826, British berjaya menguasai wilayah-wilayah tertentu di Myanmar seperti Arakan dan Assam.  British berkuasa menyekat sebarang serangan Burma terhadap Siam serta berkuasa dalam menetapkan bahawa setiap perjanjian hendaklahdirunding secara berasingan .British juga telah menempatkan seorang Residennya di Myanmar. Manakala perjanjian antara Perancis dan Vietnam telah memberikan keuntungan kepada Perancis krn mendapat kuasa anntaranya dibenarkan pergerakan mubaligh kristian dalam menyebarkan agama kristian di Vietnam. Di samping itu, setiap hubungan luar negeri Siam harus diletakkan di bawah arahan Perancis. Sementara itu,kesan perjanjian Perancis dan Kemboja 1863, telah menyebabkan Siam membantah dengan keras terhadap campur tangan Perancis kerana Kemboja merupakan sebuah negeri naugan Siam. Namun perancis berjaya menjadikan Kemboja sebagai negeri naungannya.Raja Norodom hanya menjadi raja boneka di bawah kekuasaan Perancis.   

               Kesan seterusnya ialah perkembangan penyebaran agama Kristian. Melalui perjanjian Tientsin,Kerajaan China telah kehilangan kuasa apabila terpaksa memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk mengembangkan agamanya. Mereka terpaksa membayar kos perbelanjaan ekspedisi yang dilakukan oleh Lord Elgin Dan Buron Ciros .Burma juga hilang kuasa kerana terpaksa tidak dibenarkan campur tangan dalam Assem,Jantia, Cechar dan Manipun melalui kesa perjanjian Yandabo. Melalui perjanjian Sumatera 1871, Indonesia juga kehilangan kuasa akibat Belanda yang berjaya memperkukuhkan kuasanya di Sumatera dan Acheh.

               Selain itu,  perjanjian juga telah menimbulkan kesan kepada kehilangan kuasa masyarakat pribumi di Asia.Melalui perjanjian Kanagawa , kedudukan Shogun mula tergugat apb.kehadiran Amerika Syarikat dan kuasa –kuasa barat yang lain.Tindakan Shogun menandatangani perjanjian dgn kuasa asing dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap negara. Ini menyebabkan reaksi hebat timbul untuk menentang Shigun Tokugawa.Suku kaum yang anti-Tokugawa seperti Choshu,Satsuma dan Hizen mengambil kesempatan untuk menjalankan kempen anti-Tokugawa.Akhirnya tentangan yang dihadapi oleh Shogun telah membawa kejatuhan pemerintahannya dan kekuasaannya pada tahun 1867.Dengan runtuhnya keluarga Tokugawa , maka tamatlah kekuasaan pihak Shogun ke atas negara Jepun.

               Perjanjian yang dibuat juga telah menyebabkan penjajah dapat menguasai kegiatan ekonomi masyarakat Asia.Perjanjian Bowring menunjukkan Siam mengamalkan dasar buka pintu menyebabkan sis.ekonomi siam yang bercorak sara diri berkembang maju menjadi sis.ekonomi perdagangan @komersial.Melalui perjanjian Shimonoseki pula, China terpaksa mengadakan perjanjian perdagangan yg baru dengan memberikan Jepun hak negara yang diutamakan.China juga diminta membuka 7 buah pelabuhan bagi perdagangan antarabangsa.China juga terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 300,000,000 tael.

               Manakala dalam perjanjian Tientsin(1860),kerajaan China terpaksa menanggung kerugian akibat terpaksa membuka pelabuhan tambahan untuk para saudagar asing iaitu pelabuhan Cheetoo,Chiankiang,Nanking dan Kiang Chow.Tientsin dibuka kpd perdagangan luar dan Canton ditadbir oleh British sehingga pembayaran ganti rugi dibuat.Di samping itu, China terpaksa tunduk kpd barat dan menerima hakikat perdagangan bebas kerana  monopoli perdagangan telah dimansuhkan.Perdagangan Co-Hong dihapuskan dan diganti dengan perdagangan prinsip sama rata. Perdagangan ini menguntungkan Inggeris tetapi memburukkan ekonomi China kerana perdagangan adalah berat sebelah.Eko. China juga merosot akibat kemasukan barangan barat secara berleluasa dan murah serta bermutu berbanding barangan buatan China .Ianya dapat di lihat daripada kesan perjanjian Nanking.

               Melalui perjanjian juga, ianya telah memberi kesan kpd kehilangan wilayah.Belanda berjaya menguasai Selatan Sumatera kesan daripada perjanjian Sumatera.Selain itu, perjanjian ant.Perancis dan Vietnam Selatan (1862)telah menyebabkan Perancis bertapak kukuh di Vietnam dan Vietnam Selatan apabila kedua-duanya jatuh ke tangan Perancis .Perjanjian Nanking pula menyebabkan China kehilangan wilayah di mana British menawan bandar Chikiang dan Nanking serta pelabuhan Shanghai dengan memudahkan pedagang asing menetap di pelabuhan tersebut .Kesan perjanjian Shimonoseki pula menyebabkan China terpaksa mengoktiraf kemerdekaan Korea sepenuhnya dgn menyerahkan Farmosa dan sebahagian Selatan Manchuria kpd Jepun.Sementara itu, kesan perjanjian Bangkok 1909 pula menyebabkan Siam terpaksa menyerahkan negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu kpd kerajaan British.

               Selain itu, perjanjian yang ditandatangani juga memberi kesan dimana berlakunya pembukaan bandar-bandar pelabuhan.Pada 29 Ogos 1842,Perjanjian Nanking telah dimeterai bagi menamatkan perang.Melalui syarat perjanjian ini, lima pelabuhan dibuka kpd pedagang asung iaitu Amoy,Canton,Foochow, Ningpo,dan Shanghai.Saudagar asing dibenarkan menetap di pelabuhan –pelabuhan tersebut dan diberi hak melantik konsul mereka di setiap pelabuhan. Monopoli perdagangan oleh saudagar Co-Hong dalam konteks perdagangan ant. China dan negara luar dibatalkan dan sebagai gantinya saudagar -sau–agar luar bebas berniaga dengan sesiapa sahaja.    Pada 11Febuari 1858,Britain dan Perancis ,diikuti oleh A.Syarikat dan Rusia memaklumkan kpd Peking supaya menyemak kembali perjanjian sebelum ini dan mencadangkan rundingan diadakan di Shanghai.China bersedia berunding di Canton dan memghantar Wizurai Chihli untuk berunding.Dgn ini maka termeterailah perjanjian Peking.Kesan perjanjian ini ialah beberapa pelabuhan baru di buka .Pelabuhan tersebut ialah Chefoo,Chinkiang,,Hankow,Kiukiang,Kiungchow dan Nanking.Kapal-kapal pedagang asing juga dibenarkan menggunakan sungai Yangtze hingga ke pelabuhan Hankow.

               Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, beberapa kuasa barat telah cuba membuka Jepun kpd perdagangan asing dan hubungan diplomatik.Negara yang paling berminat membuka Jepun ialah A.Syarikat .Akibat desakan Komander Perry,perjanjian Kanagawa (1854) ditandatangani .Melalui perjanjian ini ,selain Nagasaki, Jepun perlu membuka pelabuhan Shimoda dan Hakadote kpd masyarakat barat bagi mendapatkan bekalan arang batu dan memperbaiki kerosakan.A.Syarikat dibenarkan melantik seorang konsuldan diletakkan di Shimoda.Jepun juga perlu memberi jaminan keselamatan terhadap anak kapal A.Syarikat yang terlantar di Jepun.

Manakala, melalui perjanjian Shimonoseki 1895 ,ia memberi kesan kpd pembukaan 4 pelabuhan baru kepada pedagang asing iaitu Shansi,Chungkiang,Soochow,dan Hangchow di Trusan Besar. Disamping itu, perjanjian yang ditandatangani turut memberi kesan kepada wujudnya perletakan Penasihat British.Melalui perjanjian Yandabo 1826, seorang penasihat British diletakkan di Burma.Akibatnya,para pembesar kehilangan kuasa kerana peranan dan kuasa mereka dlm aspek pemerintahan telah beralih kepada penasihat Britishyg telah dilantik.Penasihat British yg berideologikan barat ,juga telah berjaya mengubah tradisi dan adat masyarakat pribumi  di Asia.Sebenarnya, peletakan penasihat British tersebut adalah bertujuan untuk memastikan Kedudukan kuasa barat tidak tergugat dan supaya dapat menguasai Urusan politik secara keseluruhannya.

               Kesimpulannya, kesan-kesan perjanjian yang ditandatangani oleh negara-negara Asia dgn kuasa barat telah mempengaruhi dan mengubah aspek pemerintahan ,kuasa ekonomi dan sosial di sesebuah wilayah di Asia. Ianya turut menyumbang kpd perubahan corak hidup masyarakat pribuminya dan membantu mengembangkan tamadun di sesebuah wilayah. Yang pastinya perjanjian-perjanjian ini menjuruskan negara-negara ini dijajah dan dikuasai dari semua sudut aspek kehidupan.