SOALAN 22

PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI OLEH PEMERINTAH TEMPATAN DENGAN KUASA BARAT MEMBERI PELUANG KUASA BARAT MENJAJAH. BINCANGKAN.

 

            Perjanjian merupakan hal atau perbuatan berjanji tentang sesuatu. Kedatangan kuasa Barat ke rantau Asia pada asalnya berkaitan dengan aktiviti perdagangan telah mula berubah kepada satu bentuk penguasaan memiliki tanah jajahan. Salah satu cara untuk menjajah ialah melalui perjanjian. Antara perjanjian yang dimeterai antara pemerintah tempatan dengan kuasa Barat ialah perjanjian Yandabo, Nanking, Tientsin, Bowring dan lain-lain.

            Perjanjian yang ditandatangani memberi peluang kuasa Barat menjajah melalui penyerahan wilayah kepada kuasa Barat. Barat amat memerlukan wilayah tertentu untuk membuka tapak yang lebih kukuh bagi meluaskan lagi kuasa mereka. Oleh itu Barat telah menetapkan dalam syarat perjanjian mengenai penyerahan wilayah tertentu kepada mereka. Melalui perjanjian, beberapa wilayah di negara Asia terpaksa diserahkan kepada Barat. Ini dapat dibuktikan melalui perjanjian-perjanjian seperti perjanjian Yandabo.Perjanjian ini dimeterai antara British dan Burma.Dalam perjanjian ini, Burma menyerahkan beberapa wilayahnya kepada British iaitu Arakan, Tennaserim, Assam, Manipur dan Chacar. Dalam perjanjian yang lain iaitu perjanjian Vietnam-Perancis, tiga wilayah Vietnam iaitu Hoa Gra Dinh, My Tha dan Pulau Condore diserahkan kepada British. Selain itu dalam perjanjian Tientsin, China menyerahkan wilayah Kowloon kepada British. Dengan penyerahan wilayah ini, British dapat menambahkan lagi kekuasaan mereka.Dalam perjanjian Perancis-Siam-Kemboja tahun 1867, Perancis memperolehi Kemboja sebagai naungannya.

            Selain daripada itu,melalui pembukaan pelabuhan serta kebenaran perdagangan juga memberi peluang kuasa Barat menjajah. Melalui pembukaan pelabuhan dan kebenaran perdagangan, Barat dapat menguasai ekonomi di Asia. Dengan adanya pelabuhan ini, aktiviti perdagangan dapat dijalankan dengan lebih meluas. Apabila Barat sudah menguasai ekonomi maka ini memudahkan lagi kuasa Barat menjajah. Melalui perjanjian, beberapa pelabuhan dibuka kepada kuasa barat bagi kemudahan mereka.Buktinya melalui perjanjian Nanking iaitu antara British dan China. Dalam perjanjian ini, China membuka lima pelabuhan mereka kepada Brutish iaitu Canton, Foochow, Amoy, Niangpo dan Shanghai. Selain itu, dalam perjanjian Tientsin/Peking kerajaan China membuka pelabuhan beberapa pelabuhan tambahan di Cheefoo,Ching kiang, King chow, Newchang, Nanking, Swatow dan Wechow serta pedagang asing dibenar menggunakan Sungai Yangtze untuk aktiviti perdagangan. Manakala dalam perjanjian Kanagawa, Jepun membuka dua pelabuhan kepada british iaitu Hokodate dan Shimoda bagi memudahkan British mendapat bekalan arang batu. Sementara itu, dalam perjanjian Bowring, kapal British boleh memasuki pelabuhan di Siam.

             Perletakan penasihat dan konsul juga memberi peluang kuasa Barat menjajah. Ini kerana, perletakan ini akan dapat memastikan kedudukan mereka tidak tergugat dan menguasai urusan politik dan ekonomi negara Asia sepenuhnya. Ini dapat dibuktikan melalui perjanjian Yandabo, dimana kerajaan Burma terpaksa menerima seorang Residen diibu negerinya dan menghantar duta burma ke Calcutta. Dalam perjanjian Bowring pula, seorang konsul British dilantik dan ditempatkan diibu kota Siam iaitu di Bangkok. Konsul ini diberi tanggunggjawab bagi semua perdagangan dengan pegawai British di Siam. Selain itu, seorang konsul juga dilantik oleh Amerika Syarikat dan diletakkan di Shimoda iaitu dalam perjanjian Kanagawa iaitu antara Amerika dengan Jepun.

             Melalui kebenaran penyebaran agama juga memberi peluang kuasa Barat menjajah. Agama merupakan asas penting dalam sesebuah negara.Dengan adanya agama, rakyat sesebuah negara dapat dipengaruhi. Apabila agama menguasai sistem sosial rakyat negara Asia maka,penjajahan dapat dilakukan dengan mudah.Ini dapat dilihat dalam perjanjian yang banyak memberi kebaikan kepada Mubaligh-mubaligh Kristian dalam penyebaran agama kristian. Buktinya dapat dilihat melalui perjanjian antara Vietnam-Perancis yang dimeterai pada tahun 1862.Dalam perjanjian ini, mubaligh kristian dibenarkan bebas menyebar agama kristian seluruh Vietnam dan orang Vietnam juga dibenar bebas beragama.Selain itu,melalui perjanjian Tientsin mubaligh mempunyai hak perlindungan daripada pihak berkuasa China dan bebas menjalankan kegiatannya untuk mengembangkan agama Kristian. 

           Secara keseluruhannya, campurtangan kuasa asing di negara-negara Asia sedikit sebanyak telah mempengaruhi sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Ini telah memberi peluang kepada kuasa asing untuk meluaskan lagi tanah jajahannya.