SOALAN : 21

HURAIKAN CIRI- CIRI PEPERANGAN YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENJAJAHAN DI ASIA.

 

 

Peperangan merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menentang penjajah dalam sesebuah negara.Peperangan merupakan jalan terakhir bagi masyarakat pribumi untuk menentang penjajah. Lazimnya penjajahan yang dilakukan termasuklah dari aspek pemikiran, budaya , social , agama, ekonomi dan system pentadbiran masyarakat. Kuasa- kuasa asing telah mencetuskan beberapa peperangan ke atas negara asia dan peperangan ini melibatkan mayarakat pribumi dengan kuasa- kuasa asing seperti yang berlaku di Indonesia, Burma,China dan India.

           Ciri peperangan yang telah menyebabkan berlakunya penjajahan ialah perlanggaran perjanjian yang telah dimetrai. Ini bermakna, pihak penjajah terutamanya British telah membuat perjanjian dengan negara- negara yang ingin dijajahnya. Hal ini boleh dilihat melalui peperangan yang berlaku  antara China dengan Inggeris( perang candu 1839- 1922). Dimana telah termetrainya satu perjanjian iaitu perjanjian nanking pada 28 ogos 1842. Perjanjian tersebut ada menyatakan tentang lampu hijau China untuk membenarkan perwakilan asing menetap di setiap Bandar di China dan mereka dibenarkan membuat perhubungan terus dengan pegawai China. Namun China engan melaksanakannya dan bersikap dingin terhadap Barat. Ini menyebabkan tiada seorang pun perwakilan asing berjaya mengadakan hubungan dengan negara China yang diakhiri dengan peperangan.Sementara di Burma menyaksikan  pengingkaran syarat perjanjian yandabo 1826 untuk menempatkan seorang wakil burma di Calcutta. Perjanjian ini diangap tidak adil yang membawa kebencian dan kemarahan burma terhadap Inggeris( tercetusnya perang Inggeris – Burma 2 ). Seterusnya perjanjian perdagangan yang ditandatangani pada tahun 1862 dan 1867. Burma bersetuju menghapuskan cukai keatas barangan dari irrawady ke hulu Burma dan kebebasan kepada saudagar British berurusniaga seta membenarkan ejen British tinggal di mandalay. Perang ingeris- buurma tecetus ekoran daripada ketidakpuashatian saudagar british terhadap layanan yang diberikan oleh burma .

            Justeru apa yang dapat diperkatakan ialah perjanjian dijadikan sebagai satu landasan bagi penjajah dan taktik ini telah memperkembangkan imperialisme dan kolonialisme barat. Perjanjian yang dilakukan banyak memberi keuntungan kepada pihak penjajah. Di china contohnya, mereka terpaksa menyerahkan wilayah hong kong kepada Inggeris dan dijadikan koloni inggeris melalui perjanjian nanking. Kerajaan Manchu pula bersetuju untuk membuka lima pelabuhan baru iaitu canton, amoy, foochow, ningpo dan shanghai kepada pedagang inggeris. Perjanjian yandabo di burma telah menyebabkan wilayah arakan, assam, dan tanesserim milik inggeris dan burma tidak ada hak untuk mencampuri urusan hal ehwal kawasan tersebut. Dari sudut kekuasaan pula, didapati seorang residen british diletakkan di ibu kota burma.

            Peperangan di asia juga disebabkan oleh wujudnya rasa tidak puas hati tentang beberapa aspek tertentu. Hal ini dapat dibuktikan di china . Seperti yang kita maklumi bahawa pada awal abad ke 19 china telah menjalankan dasar isolasi. Kegiatan perdagangan hanya melalui co-hong di pelabuhan canton. Pemencilan diri hanya mengundang padah apabiila british melancarkan perang candu 1839-1842. Inggeris masih belum berpuashati dan berpendapat bahawa pelabuhan yang dibuka masih belum mencukupi untuk menampung perdagangan dan mereka mahukan supaya lebih banyak pelabuhan yang dibuka . Keadan ini menimbulkan kebencian dan permusuhan sehingga tercetusnya peperangan inggeris- china dan termetrainya perjanjian nanking.Terbukti bahawa china telah dijajah dari segi ekonomi kerana mereka terpaksa tunduk kepada barat dan menerima hakikat  bahawa perdagangan bebas kerana monopoli perdagangan telah dimansuhkan.Kemarahan orang china terhadap agama kristian mengakibatkan pembunuhan seorang mubaligh kristian iaitu Auguste Chadelaine di kwangsi.Di Indonesia pula perntadbirran capellan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk jawa . Faktor lain turut menimbulkan perasaaan tidak puas hati ialah pembatalan kontrak sewa tanah dimana dipo negoro telah mengalami kerugian begitu teruk sekali. Impak yang wujud ialah perang jawa pada tahun 1825- 1830. Peperangan ini menyebabkan massyarakat pribumi kehilangan wilayah dan terpaksa menyerahkan kepada penjajah seperti bagellan, madium, kediri serta banjumas. Di samping itu, kekuasaan kerajaan tempatan berkurang dimana wilayah surakata, jogjakarta dan solo diperkecilkan untuk memudahkan pengawasan Belanda.

            Burma. Ketidakpuashatian wujud dikalangan pihak british apabila saudagar british mendapat layanan buruk  selepas menguasai hilir burma.Semasa pemerintahan pagan min baginda memberi kuasa kepada gabenor pegu, maung ok menguruskan hal perdagangaan british. Beliau telah menyekat kegiatan perdagangan british di tanesserim dan Rangoon. Hubungan kedua belah pihak tegang sehingga meletusnya perang inggeris—burma kedua pada tahun 1882. Raja burma telah kehilangan kuasa pemerintahan  di tanesserim dan arakan dan jajahan british semakin tersebar luas.Manakala di Vietnam pula berkaitan dengan agama. Dasar anti-kristian bermulaa daripada maharaja minh mang hingga maharaja tu duc ( 1848- 83) telah memberi satu tamparan hebat keatas penganut agama kristian. Undang-undang baru yang diperkenalkan  membawa kemarahan peranchis dan beberapa orang paderi juga telah dibunuh. Tindakan agresif itu dibalas dengan melancarkan peperangan. Akhirnya peranchis berjaya menguasai Vietnam sepenuhnya. Penduduk tempatan turut berasa tidak puas hati akibat pembaharuan yang dilakukan oleh perancis dii kemboja. Anntara lain perancis telah melantik seorang residen superiuer untuk melaksanakan tugas-tugas kerajaaan. Penduduk telah melancarkan peperangan . Kesannya, pada tahun 1892, wilayah kemboja dikuasai sepenuhnya oleh peranchis.  Di samping itu tidak menghormati kekaulatan dan undang- undang dikategorikan antara cirri-ciri peperangan. Ini bermakna pihak barat telah melangari peraturan atau tradisi yang sedia ada dalam sesebuah negara dan akibatnya berlaku pencemaran dari segi budaya . Sikap kurang ajar ini membangkitkan kemarahan rakyat tempatan sehingga tercetusnya peperangan yang sengit.

            Di burma aspek ini boleh dilihat secara jelas berkaitan isu kasut. Walaupun isu ini dianggap kecil, namun burma menganggapnya sebagai tidak menghormati kedaulatan mereka. Puncanya ialah keengganan pegawai british membuka kasut setiap kali menghadap raja mindon. Ini merupakan satu penghinaan yang amat dasyat bagi burma. Ini menyebabkan raja mindon tidak mengizinkan wakil british menghadap baginda. Perang inggeris – burma ketiga pada rahunn 1885 meletus dan seluruh wilayah burma milik kuasa barat itu. Di Indonesia belanda telah mengetepikan aspek perlantikan pemerintah baru iaitu apabila dipo negoro dinafikan haknya untuk memerintah jogjakarta. Selepas kematian amang kubowono 3 padatahun 1814, rafles yang mentadbir jawa pada masa itu telah ketepikan dipo negoro dan digantikan dengan putera yang lebih muda iaitu djarot. Maka perang jawa telah berlaku yang didalangi oleh dipo negoro sendiri sehingga tahun 1830. Namun beliau mengalami kekalahan  dan telah membawa perubahan dalam system pentadbiran masyarakat. Pengurangan kuasa pemerintahan tempatan berlaku dan sultan pakubuwono  telah dibuang negeri ke ambon manakala puteranya diiktiraf sebagai sultan tetapi hanya dijadikaan boneka.

            Selain itu, pemberontakan dan rusuhan juga merupakan ciri peperangan yang seterusnya. Dalam dahagi India , ia meruupakan pemberontakan sepoi menentang pemerintahan di India yang dikuasai pemerintah british. Mereka tidak berpuashati dengan dasar diskriminasi yang terdapat antara mereka dengan tentera british. Golongan sepoi juga berasa tidak puas hati apabila lord canning meluluskan akta pengambilan tentera am. Melalui akta ini , seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana- mana sahaja apabila diperlukan dan bagi yang berada di kawasan yang jauh mereka ini tidak diberikan elaun yang lebih. Ketegangan ini telah membawa kepada peperangan dengan british.Pemberontakan di china pula dikenali sebagai pemberontakan boxer. Sebab  pemberontakan ini tercetus boleh diperhatikan dari aspek pencerobohan ekonomi iaitu termetrainya perjanjian nanking dan trietsin dimana kemasukan modal dan barangan barat semakin pesatnya. Akibatnya, produk tempatan dari china tidak mampu bersaing dengan barangan luar yang ternyata lebih berdaya maju terutamanya daripada penggunaan teknologi. Pemberontakan ini telah menyebabkan martabat china ke taraf yang paling rendah dan kekalahan yang dialami china membolehkan kapal- kapal perang dan kapal dagang barat berulang – alik dengan bebas di sepanjang pantai china dan lembah Yang –Tze.

            Ciri-ciri peperangan seterusnya ialah wujud halangan kuasa-kuasa besar kebimbangan pengaruh perancis di Burma telah mendorong British untuk mengamalkan dasar yang lebih egresif terhadap Burma .Kebimbangan British semakin bertambah apabila pada tahun 1783 De Bussy telah menghantar satu utusan untuk membuat perjanjian perdagangan dengan Burma untuk mengendalikan kapal perang mereka ,dengan tujuan Inggeris menentang Perancis atas kepentingan ekonomi.British melihat Burma sebagai pangkalan kepentingan perniagaanya dengan China disamping mahu menguasai kayu jati bagi membina kapal .Untuk mencapai tujuan itu kapten Symes pergi ke Burma dan mendesak istana ara supaya menutup pelabuhan kepada pedagang Perancis .Namun Raja Bodawpaya yang memerintah ketika itu menolak permintaan tersebut.Kegagalan ini telah mendorong British berperang dengan Burma dan berjaya menguasai hilir Burma.

Ciri-ciri peperangan seterusnya ialah penguasan dan penindasan ekonomi .Tujuan asas kedatangan kuasa barat adalah untuk mengaut keuntungan ekonomi .Dalam usah untuk mencapai matlamat itu bangsa penjajah turut menguasai pemerintahan sesebuah kawasan .Akibatnya pelbagai kesensaraan melanda penduduk tempatan terutamanya hasil bumi dieksplotesi tampa memikirkan kesejahteraan rakyat tempatan sehingga berlaku peperangan.

Di Indonesia pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas penduduk tempatan .Orang-orang Jawa berang apabila kuasa kutip cukai diberikan kepada orang cina yang bukan anak tempatan.Selain itu orang-orang jawa yang menguasia kawasan kerajaan untuk keladang di kawasan perdalaman dikenakan bayaran tol .Disebabkan itu ,tercetusnya perang Jawa (1825-1830).Penjajahan dibuktikan dengan penguasan ekonomi oleh Belanda.Selepas perang jawa pihak Belanda telah mengubah sistem ekonomi di jawa .Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman paksa (sistem kultur) melaluai Jeneral baru iaitu Van der bosch pada 1830. Melaluai sistem kultur ini 1/5 drpd keluasan tanah tidak dikenakan cukai iaitu dengan tanaman eksport ke eropah.Manakala selebihnya bebas .Sebahagian hasil tanaman eksport diserahkan kepada Belanda iaitu dengan menyemai dengan nilai sewa tanah.Para petani berkerja di bawah arahan penghulu dengan diawasi pegawai Belanda.

Di Myanmar(Burma),penindasan ekonomi menyebabkan Raja Thibaw mendakwa syarikat perdagang Bombay-Burma .Raja Thibaw mendawa syarikat tersebut lebih banyak kayu jati daripada had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai tempatan .Kerajaan British menuntut agar masalah ini diserahkan kepada penimbangtara dan hubungan luar Burma diletakakan di bawah kawalan kerajaan British.Keenganan Raja thibaw memberikan jawapan memuaskan menyebabkan British menistiharkan perang ke atas burma pada tahun1885.Akibatnya keseluruhan wilayah Burma dimiliki British dan menamatkan Dinasti konbanng yang diasaskan oleh Alanngpaya pada tahun 1752.

Dengan ini jelaslah bahawa peperangan-peperangan yang berlaku di negara asia seperti di Indonesia,Burma,China dan  india telah menyebabkan penjajah menjajah negara-negara tersebut .Peperangan yang berlaku ini memberi impak positif kepada pihak penjajah berbanding masyarakat tempatan.

 

           

 

 

 

       

                        ,