SOALAN 20

JELASKAN KESAN-KESAN PEPERANGAN TERHADAP MASYARAKAT ASIA.

 

Kuasa imperialisme Barat seperti Portugis,Belanda , Inggeris , Perancis, Sepanyol , Jerman, dan Amerika Syarikat datang ke timur adalah dengan tiga tujuan asas iaitu gold , glory dan god. Kedatangan mereka telah menimbulkna persaingan sengit dalam menguasai sumber di Asia. Anggapan bahawa tamadun timur adalah mundur oleh orang barat telah mendorong kuasa barat mengambil kesempatan untuk campur tangan. Tindakan barat ini boleh diibaratkan seperti menangguk di air yang keruh kerana tiada sifat ikhlas orang barat melainkan untuk kepentingan mereka sendiri. Akhirnya , campur tangna ini berkesudahan dihujung mata pedang ( peperangan ) yang menyaksiokan orang timur dan terpaksa menandatangani perjanjian. Sifat rakus orang barat telah banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat Asia. Antara peperangan yang melibatkan orang barat dan orang timur ialah perang Inggeris-Burma, perang Candu , perang Russia-Jepun , perang Jawa , perang Dahagi India dan perang di Indochina. Peperangan ini telah memberi kesan utama dari aspek polotik, ekonomi dan sosial masyarakat Asia.

            Dari aspek polotik , masyarakat Asia telah mengalami pelbagai reformasi impak daripada peperangan ini berlaku. Antaranya ialah kebanyakan negara-negara Asia mula diletakkan di bawah sistem pentadbiran baru oleh penjajah. Raja dan para pembesar telah kehilangan takhta dan kuasanya. Ada pula raja-raja yang diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara oleh penjajah hanyalah menjadi boneka sahaja. Hal ini telah dilihat ke atas beberapa buah negara seperti Burma, Indonesia dan India. Sebagai contoh semasa peperangan Jawa meletus yang telah berlaku di Indonesia, Belanda telah mempergunakan Sultan Surakarta iaitu Pakubuwono VII untuk melemahkan pasukan pemberontak pimpinan Dipo Negoro yang selaku seorang putera raja dari kerajaan Jogjakarta yang menyebabkan beliau dibuang negeri ke utara Sulawesi. Tindakan ini telah mengakhiri pemerintahan beraja di Jogjakarta selepas menandatangani perjanjian. Sistem pemerintahan negara tersebut telah disusun semula dan diletakkan di bawah penguasaan penjajah. Masyarakat terpaksa menerima seoramg penasihat dalam mengendalikan pentadbiran negara.

            Selain itu, kita boleh lihat akibat daripada perang British-Burma yang berlarutan sehingga berlaku tiga siri peperangan antara British dan Burma pada abad ke-19. Burma telah mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut dan memberi kesempatan kepada British untuk menguasai Burma. Kekalahan Burma pada siri pertama peperangan British –Burma telah menyebabkan Burma kehilangan hak dan kuasa di beberapa wilayah seperti Arakan , Tenassenim , Assam , Manipur dan Cachar melalui perjanjian Yandabo. Ini diikuti dalam kekalahan Burma dalam siri kedua peperangan British-Burma ( 1852 ) yang meryebabkan British menguasai seluruh wilayah di Burma hilir iaitu dari pelabuhan Rongoon ke Toungao. Dan nasib yang sama menimpa Burma dalam peperangan British-Burma yang ketiga iaitu ( 1855-1856 ) yang meyebabkan British mengambil alih wilayah Burma hulu dan menguasai seluruh Burma dan memulakan pemerintahan British di Burma. Kejayaan British ini telah meyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja dinasti Konbeang yang diasaskan oleh Alaungpaya ( 1752-1856 ).

            Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjian-perjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasa-kuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma, perjanjian Yandabo telah ditandatangani.  Akibatnya masyarakat Burma kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris. Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan sesama mereka. Berdasarkan bukti tersebut jelaslah peperangan hanya menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan.

            Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 ) menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui perjanjnian  seperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu. Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu. Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring pada 18 April 1853.

 

            Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia.

            Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna yang meletus telah  meragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undang-undang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah. Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan masyarakat terus melarat.

            Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas. Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai orang asing sahaja.

            Selain itu juga peperangan terlah mengakibatkan kuasa asing memonopoli beberapa sumber negara Asia. Sebagai contoh boleh dilihat di negara Burma, British telah menguasai kawasan-kawasan hutan Burma yang kaya dengan kayu jati yang mahal. Terutamanya di kawasan utara Pegu. Selain itu juga kebanyakan pedagang terpaksa melalui kawasaan yang dikuasai oleh British untuk berdagang. Di Vietnam pula pihak Perancis, telah merampas kawasan pertanian utama Vietnam yang merupakan hasil utama negara Vietnam. Mankala di China, British telah memasukkan barangan import dari barat yang mempunyai mutu yang lebih baik dan harga lebih murah berbanding barangan China. Ini menyebabkan barangan China tidak mendapat tempat dan bersaing dengan barangan dari Barat. Sekaligus melemahkan ekonomi China sehingga meletuskan pemberontakan Boxer.

            Dalam aspek ekonomi juga, peperangan telah membuatkan negara-negara Asia yang menjalankan ekonomi tertutup terpaksa membuka pelabuhannya kepada para pedagang barat. Di Vietnam, Perancis telah mendesak Vietnam membuka tiga pelabuhannya seperti Da Ning , Delat dan Queng Yen kepada para pedagang daripada Perancis. Begitu juga di China, British telah mendesak China membuka pelabuhan utamanya seperti Canton , Amoy , Foo Chow , Ningpo , dan Shang Hua kepada pedagang barat. Tindakan ini jelas telah merubah pendirian China dan Vietnam yang menjalankan dasar pintu tertutup terhadap kuasa asing.

            Seterusnya, peperangan juga memberi kesan kepada aspek sosial. Ini termasuklah dari aspek keagamaan , perpespektif masyarakat dan kebudayaan. Peperangan yang berlaku antara orang barat dengan Asia kebanyakannya berkesudahan dengan kekalahan dipihak orang Asia. Kekalahan ini telah memberi kesempatan kepada orang barat menuntut hak seperti penyebaran agama Kristian. Dengan ini masyarakat Asia terpaksa menerima kemasukan agama Kristian kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah dimerterai selepas peperangan. Sebagai contoh amalan Kow  Tow di China iaitu penyembahan maharaja semasa menghadap telah dihapuskan tetapi agama Kristian dibenarkan penyebarannya. Perkara ini juga telah terjadi di negara-negra Asia lain. Pengaruh agama yang datang dari barat telah menyebabkan sistem kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat tempatan mula tergugat. Nilai adat resam mula semakin rapuh dan dilupakan. Begitu juga dengan nilai-nilai agama. Nilai moral masyarakat turut dicemari akibat peperanga yang berlaku. Contohnya, beberapa adat di India seperti Suttee , Thugee dan pembunuhan bayi perempuan telah dihapuskan sama sekali. Malah balu-balu hindu juga dibenarkan berkahwin semula. Ini jelas menunjukkan peperangan memberi kesan ke atas sosial masyarakat Asia.

            Masyarakat Asia juga menghadapi masalah serangan wabak penyakit dan kebuluran kesan peperangan. Banyak jiwa yang terkorban dan menjadi mangsa peperangan. Penderitaan dan kesengsaraan yang btertimpa keatas masyarakat Asia telah mendorong untuk bergerak bangun menentang kuasa penjajah. Setelah berlakunya peperangan mereka mulai sedar untuk mempertahankan diri dan tanah air. Dengan ini timbulah semangat nasionalisme dikalangan masyarakat Asia. Ditambah pula akibat peperangan Russia-Jepun, dimana masyarakat Asia telah mengambil iktibar bahawa orang timur bolah tewaskan orang barat. Ataskesedaran inilah pelajar-pelajar tempatan mula dihantar untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan akhirnya lahirlah tokoh-tokoh reformasi. Disini dapat dilihat, bahawa peperangan juga telah memberi sumbangan kepada masyarakat Asia.

            Kesimpulannya, peperangan sememangnya telah memberi pelbagai intipati sama ada positif mahupun negatif. Perspektif masyarakat Asia terhadap peperangan akhirnya telah berjaya mencorak tamadun masyarakat Asia.