SOALAN:I9

HURAIKAN KEDATANGAN PENJAJAHAN BARAT ADALAH  UNTUK MENYEBARKAN AGAMA DAN MENCARI KEKAYAAN.

 

 

            Penjajahan merupakan kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayahnya dgn menguasai dan menjajah negara-negara yang lemah.Dengan kata lain penjajahan adalah merupakan satu dasar dimana kekayaan diukur dgn wang,emas dan perakserta objektif utamanya adalah untuk meningkatkan ekonomi spt mencari galian berhaga dan menyebarkan agama kpd negara yang dijajah hasil daripada zaman penjajahan pada kurun ke-16 dan ke-17. Kuasa-kuasa barat spt Sepanyol,Portugis,Amerika ,Inggeris dan Belanda telah menguasai kawasan tertentu bagi mencari kekayaan dan menyebakan agama di negara-negara Asia Tenggara.

            Salah satu aspek penting penjajahan barat ke Asia Tenggara adalah utk menyebarkan agama.Penjajahan barat adalah utk menyebarkan agama kristian di kalangan penduduk asia.Contohnya yang jelas adalah faktor penyebaran agama kristian oleh Perancis yang membawa kpd kejatuhan Vietnam Selatan.Krjn Vietnam telah mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh kristian yg memusnahkan gereja-gereja dan bertindak kejam terhadap orang kristian.Keadaan telah menyebabkan raja Perancis iaitu Napolen 3 berazam menaluk Vietnam.Akibatnya Tourane jatuh kpd 1858 diikuti dgn Saigon tahun 1859 dan kemudianya seluruh Vietnam telah dikuasai Perancis.

Di China,kedatangan Jerman adalah utk menyebarkan agama kristian .Kemasukan ini sedikit sebanyak telah mengubah corak hidup sesetengah masyarakat cina.Dgn usaha  mubaligh dan paderi kristian,ramai org china yg menukar agama nenek moyang mereka lalu memeluk agama kristian .Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati penganut ajaran Confucious .Lama  kelamaan muncul kump anti-kristian sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan di negara china terutama di wilayah Shang Tung.

Di Burma,kedatangan penjajah turut utk menyebarkan agama kristian.Pihak Inggeris secara total telah menyebabkan Burma memgalami kemerosotan hidup dan budaya ini telah menjejaskan kedudukan agama Buddha yang di anuti oleh majoriti penduduk Burma.Hal ini menyebabkan punyi-punyi Buddha menerajuai gerakan Nasionalisme di Burma.

Di Filipina,kedatangan penjajah Amerika turut utk menyebarkan agama kristian Amerika telah memberi kebebasan beragama dan mempertahankan dasar pengasingan gereja dan negeri.Selain itu agama kristian mazhab Protestant telah dibawa oleh kerajaan Amerika ke negara Filipina.Usaha mengajar kitab-kitab Injil oleh mubaligh Protestant telah berkesan kerana dlm masa beberapa tahun agama Protentant mendapat tempat di Filipina.Bilangan penganut telah bertambah dari semasa-kesemasa.

Manakala dlm konteks mencari kekayaan kita boleh melihat drpd Revolusi Perindustrian yg telah mengubah sama sekali cara pengeluaran barang-barang yg digunakan.Perubahan ini membolehkan barang tersebut dapat dikeluarkan secara besar-besaran dan memberikesan yg mendalam keatas ekonomi negara penjajah.Pembinaan kilang-kilang baru menyebabkan berlakunya permintaan yg tinggi terhadap bahan mentah utk diposeskan di kilang .Di samping itu dgn adanya pertambahan yg pesat dlm pengeluaran barang-barang kilang ,hal ini telah membawa kpd kedatangan barat ke A.Tg.

Perkembangan drpd Revolusi perindustrian telah membawa kepada pembukaan terusan suez .Hal ini telah menjadi penyebab kpd kedatangan penjajah di A.Tg.Ini kerana penggunaan kapal berkuasa wap penting kerana muatan yg dibawa oleh kapal ini lebih banyak dan perjalananya yang lebih cepat dan terjamin keselamatanya.

Pada abad ke-19 permintaan dunia terhadap bijih telah meningkat dgn pesatnya pelbagai penciptaan baru yg memerlukan pengunaan bijih timah telah    dihasilkan.Antaranya ialah tin yg sesuai utk menyimpan makanan dan minuman .Selain itu ,satu lagi kegunaan bijih timah ialah utk membuat bumbung rumah dan tong minyak spt di A.syarikat .Berikutan dgn perkembangan ini,permintaan terhadap bijih timah telah melambung tinggi sehingga tidak dapat di bekalkan oleh pengeluar lombong bijih timah di A.Tg spt di Pulau Belitung dan Palembang Indonesia .Hal ini telah membawa kpd kedatangan penjajah barat untuk mencari kekayaan serta meningkatkan ekonomi negara penjajah .

Selain itu,getah asli juga merupakan satu lagi penyebab utama penjajah datang ke A.Tg .Getah asli merupakan bahan penting dalam menjana kuasa elektrik kerana kuasa getah paling sesuai digunakan sebagai penebat.kemunculan perusahan Automobil dan kapal terbang khususnya dlm penciptaan tayar angin ,getah telah menyebabkan permintaan getah asli turut meningkat .

A.Tg juga mempunyai hasil galian yg utama iaitu Petroleum.Petroleum telah dikesan di Pulau Jawa sejak awal lagi tetapi tiada permintaan.Apabila enjin motor dan kereta dicipta pd thn 80andi Jerman,permintaan utk petroleum telah bertambah secara mendadak .Selain di Pulau Jawa Petroleum juga telah dijumpai di Sumatera kalimantan dan di Miri.Akimat dr pm petroleum telah dijadikan alasan kuasa-kuasa barat utk menjajah A.Tg .Contohnya kedatangan Belanda ke Pulauan Indonesia adalah kerana pertemuan petroleum di PantaiTimur sumatera dan di Kalimantan.

Permintaan terhadap bahan lain dr kaw. A.Tg telah membawa kedatangan penjajah.Contohnya tebu pengusahan mengilang tebu telah meningkat dgn pesat apabila terciptanya mesen mengilang tebu.Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran gula dr Filipina dan jawa.

Kesimpulanya,kedatangan penjajah barat telah membawa pelbagai perubahan di pelbagai perspektif di A.Tg .Namun demikian kedatangan penjajah barat spt Belanda, Sepanyol,dan Inggerislebih tertumpu dlm aspek mencari kekayaan dan menyebarkan agama kristian.