SOALAN 18
JELASKAN PROSES IMPERIALISME DAN KOLONIALISME YG BERKAITAN DGN PEPERANGAN DI ASIA.
Imperialisme
bermaksud kegiatan sesebuah negara meluaskan wilayahnya dgn menjajah dan kuasai
negara2 lain dr segi ekonomi,politik dan sosial. Ia berkait rapat dgn
penjajahan peluasan kuasa dan pembentukan empyr.Manakala kolonialisme pula
ialah satu dasar kuasa asing yg ingin menguatkuasakan dan mengekalkan kekuasaan
ke atas tnh jajahan. Pengembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia akan
tercapai sekiranya cara peperangan digunakan.
British tlh berjaya menguasai Burma
sepenuhnya secara rasmi pd tahun 1886. Maka dgn ini berakhirlah Dinasti
Konbaung dan wujud sistem pemerintahan British di Burma. Tindakan British
meluaskan kuasanya tlh mengakibatkan berlakunya 3 siri peperangan antara
British dan Burma pd abad ke-19. Burma tlh alami kekalahan 3 kali berturut-
turut dan beri peluang kpd British utk berkuasa di Burma. Perang British- Burma
1 berlaku pd 5 Mac 1824. Kekalahan Burma dlm peperangan ini menyebabkannya tlh
kehilangan beberapa wilayahnya dan terpaksa menandatangani satu perjanjian
iaitu Perjanjian Yandabo. Pd peringkat awal British tlh berjaya menawan Rangoon
pd Mei 1824. Kemudiannya, diikuti dgn penawanan Arakan, Syiriam, Ye, Martaban,
Margui,dan Tavoy pd 1825. Manakala pd April 1825, atas kelemahan tentera Burma-
British tlh berjaya menawan Prome diikuti dgn Amarapura. Penawanan Amarapura yg
merupakan ibu negeri Burma maka berakhirlah kerajaan mengikut kosmologi Burma.
Kekalahan yg dialami oleh Burma juga tlh membawa kpd termetrainya satu
perjanjian iaitu Perjanjian Yandabo. Berikut ialah isi kandungan Perjanjian
Yandabo yg kebykannya memihak kpd British. Burma dikehendaki menyerahkan
wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kpd British. Selain itu, Burma juga tidak
lagi berkuasa utk campurtangan dlm hal- ehwal Assam, Janthia, Chachar dan
Manipur. Burma juga dilarang sama sekali utk meneruskan penyerangan ke atas
Siam malah dikehendaki membyr ganti rugi perang kpd British sebyk 10 juta
rupee.Burma juga dipaksa utk menerima seorang residen dan seorang duta Burma
akan ditempatkan di Calcutta. Satu perjanjian perdagangan yg berasingan dgn
British turut diadakan. Perjanjian yg dianggap berat sebelah tlh byk merugikan
pihak Burma. Kekalahan Burma juga menyebabkan British menguasai bahagian hilir
Burma.
Kekalahan Burma dlm siri peperangan
ke-2 (Mei 1852) tlh beri peluang kpd British utk meluaskan lagi wilayahnya di
Burma. Dlm peperangan ini, British telah berjya menakluki tengah Burma. Pd Mei
1852, 3 pelabuhan iaitu Martaban, Rangoon dan Bassein tlh berjaya ditawan
diikuti dgn beberapa wilayah lain spt Prome dan Pegu(Ogos 1852). Pengusaan
British di seluruh Burma hilir, Arakan dan Tenasserim menyebabkan Raja Burma
hanya kuasai utara Burma. Ini akan mengurangkan lagi kuasa Raja Burma dan
membawa kpd kejatuhan Pagan Min pd Februari 1853. Kekalahan ini tlh memberi
tamparan hebat kpd rakyat Burma krn gagal pertahankan wilayahnya yg lain.
Pendudukan British di Arakan,Tenasserim dan Pegu menjadikan Burma sbg negara
tertutup. Pendudukan British di Pegu dan kws2 hutan yg kaya dgn kayu jati di
sebelah utara Pegu menyebabkan Burma kehilangan hutan2 kayu jati yg berharga.
Malahan semua perdagangan terpaksa disalurkan melalui kws yg diduduki
british.
Seterusnya, kemenangan British dlm siri
pepertangan ke-3 tlh menyebabkan hulu Burma tlh berjaya ditakluki oleh
British(Januari 1886). Dgn ini, British tlh berjaya menakluki keseluruhan
Burma. Akhirnya, Burma Hulu dan Burma Hilir berjaya disatukan. Penyatuan
Arakan, Pegu,Burma Hulu dgn kerajaan Rangoon oleh British tlh meletakkannya di
bwh kawalan kerajaan British di India. Raja Thibaw pula dibuang negeri ke
India. Maka dgn ini, berakhirlah Dinasti Konbaung dan pemerintahan kerajaan
beraja di Burma. Hlutdaw hanya dibenarkan memegang kuasa pentadbir ttpi hanya
yg berkaitan dgn hal- ehwal Burma semata2.
Di Vietnam kekalahannya terhadap Perancis
menyebabkan masyarakat peribumi tlh kehilangan kawasan pertanian mereka krn tlh
ditawan oleh Perancis. Dgn ini, satu perjanjian tlh ditandatangani di antara
Perancis dgn Maharaja Tu Duc. Isi kandungan perjanjian ini byk merugikan
Vietnam krn 3 buah wilayahnya di Timur, Bien Hoa Gra Dinh, My Tha dan Pulau
Condore terpaksa diserahkan kpd Perancis. Selain itu, penyebaran agama kristian
di Vietnam tlh menggugat kedudukan agama asal negara ini. 3 pelabuhan Da Neng,
Dalat dan Queng Yan terpaksa di buka utk perdagangan dan penempatan Perancis.
Sg. Mekong juga dibuka kpd kapal2 Perancis yg ingin terus belayar ke Kemboja.
Pemerintah Vietnam juga dilarang dr menyerahkan wilayahnya kpd kuasa lain
melainkan dgn kebenaran Perancis.
Di Filipina tlh berlaku beberapa siri
pemberontakan dan 2 peperangan. Di antara pemberontakan itu ialah Pemberontakan
Cavite yg berlaku pd 1872. Pemberontakan ini pd awalnya bercorak nasionalisme.
Pemberontakan ini ialah satu pemberontakan tentera menentang pegawai2 Sepanyol
di bwh hasutan seorg paderi tempatan. Tentera ini dikalahkan krn kekurangan
senjata dan kekuasaannya tdk setanding tentera Sepanyol. Kesannya, kerajaan
Sepanyol tlh berjaya menangkap dan membunuh beberapa org pemimpin tentera
Filipina.3 org paderi bangsa Filipina yg dianggap turut membantu pemberontakan
ini tlh dihukum bunuh. Antaranya ialah Mariana Gomez, Jose Burgos dan Jucinto
Zamora. Pembunuhan paderi2 ini tlh menyemarakan lagi semangat nasionalisme di
klgan rakyat Filipina. Seterusnya berlaku pula siri peperangan di antara
Sepanyol dgn Filipina. Kemenangan ini berpihak kpd Sepanyol. Oleh itu, Filipina
tlh dikuasai Sepanyol sejak abad ke-16. Sepanyol tlh berjaya kuasai Cebu pd
1565, manakala Manila dan Pulau Luzon pd 1571.Menjelang abad ke-17 kedudukan
Sepanyol di Filipina agak kuat sehingga thn 1898.
Penentangan terhdp Sepanyol tlh diketuai
oleh Emilio Aguinaldo sejak 1890-an. Dlm pd masa yg sama Amerika sdg berperang
dgn Sepanyol di Cuba tlh meminta bantuan Aguinaldo utk serang Sepanyol di
Filipina. Mereka tlh berjaya menawan semua kubu pertahanan Sepanyol kecuali
Manila.Pemberontakan kali ke-2 ini tlh membuahkan hasil krn mereka tlh
dibekalkan dgn senjata moden oleh Amerika. Selain itu, mereka juga tlh dpt
bantuan kewangan dari Amerika bg perjuangan mereka dan sokongan penuh yg di
beri oleh Amerika tanpa sekatan. Pd
peringkat awal Amerika menyatakan mereka tdk berniat utk menawan Filipina ttpi
tujuan utk bebaskan Filipina dr jajahan Sepanyol. Apabila Gabenor Sepanyol iaitu Diego de Los Rios serah diri pd Dewey
pd Ogos 1898.Manakala tentera Filipina tdk dibenarkan memasuki Manila
menunjukan niat Amerika utk duduki Filipina. Ini menyebabkan Aguinaldo rcg utk
serang Amerika. Bagaimanapun perjuangan ini dpt ditewaskan oleh Amerika pd 1901
dan Aguinaldo tlh ditangkap dan dipaksa terima tanpa syrt pendudukan Amerika di
Filipina ttpi org islam Moro di Selatan Filipina ,masih menentang .
Perang Jawa yg berlaku di Jawa Tengah pd
1825-1830 tlh beri byk kesan kpd rakyat
Indonesia. Ini krn dianggarkan lebih kurang 200000 org Jawa tlh terkorban sms
peperangan itu. Di samping itu, berlaku juga wabak dan kebuluran spt di
Jogjakarta dan Surakarta krn byk kws pertanian yg musnah. Selain itu, beberapa
wilayah di Indonesia tlh dikuasai oleh Belanda spt Banjumas,Bagelan,Medium dan
Kediri. Sultan2 juga turut kehilangan kuasa dan wilayah pemerintahannya. Di samping
itu berlaku perubahan dlm pentadbiran di mana kuasa pemerintah tmptn di
kurangkan dgn memperbaiki susunan pangkat dlm istana Jogjakarta dan Surakarta
dan diletakkan di bwh pengawasan Belanda. Cthnya, Sultan Pakubuwono 5 tlh
dibuang ke Ambon krn disyaki memulakan pemberontakan dan anaknya tlh dijadikan
Raja Boneka oleh Belanda. Pembatalan kontrak sewa tnh tlh merugikan para
pembesar spt Dipo Negoro krn beliau tlh kehilangan punca pendptan. Selain itu,
beliau juga turut kehilangan hak utk naiki takhta kerajaan malah ditawan dan dibuang negeri ke Menado dan kemudiannya
ke Makasar.
Di Asia Timur, tlh berlaku beberapa
peperangan dan pemberontakan yg membawa kpd perjanjian. Di China, Perang Candu
1 berlaku pd 1839. Kekalahan dlm perang
ini membawa kpd Perjanjian Nanking pd 29 Ogos 1842. Syrt2 perjanjian itu tlh
mencabar prinsip2 dan kedaulatan China.dgn ini kerajaan China terpaksa
bersetuju benarkan pedagang2 british serta keluarga mereka tinggal tanpa
sekatan dan berniaga tanpa gangguan di 5 pelabuhan iaitu
Canton,Amoy,Foochow,Ningpo dan Shanghai. China juga terpaksa melepaskan Hong
Kong kpd British bg keptgan kapal2 British. China juga dipaksa byr gantirugi bg
candu yg dirampasnya. Selain itu, china juga terpaksa tandatangani perjanjian2
dgn syrt2 yg sama dgn kuasa barat yglain spt Norway,Sweden dan Rusia.Perjanjian
yg ditandatgni ialah Perjanjian tmbhan Bogue pd 8 Okt 1843, Perjanjian Wanghia
dgn Amerika pd 3 Julai 1844 dan Perjanjian Whampoa dgn Perancis pd 24 Okt 1844.
British juga memaksa China dptkan taraf negara berkemudahan istimewa dan hak
wilayah asing. Pemberian ini merupakan pengorbanan yg mengaibkan China.
Kekalahan China juga membawa kpd kemerosotan terhdp ekonomi china. Ini krn
kemasukan brg dr barat secara berleluasa
dgn hgnya yg jauh lebih murah dan bermutu menyebabkan perusahaan
tempatan merosot. Cthnya, perusahaan kain. Pembelotan ekonomi oleh org2 asing
ke atas hasil2 negeri menyebabkan pengusaha2 temptan jatuh bangrap dan rakyat
menganggur.Dr segi kebudayaan, perjanjian ini tlh menghapuskan amalan kowtow.
Selain itu, kebebasan penyebaran agama kristian di pelabuhan2 . Org cina juga
terdedah kpd pemikiran dan pengaruh kebudayaan barat. Kemasukkan agama kristian
ke China menyebabkan kemerosotan pd kebudayaan, adat resam dan agama Taoist serta
Buddha di China.
Ketdkpuashatian terhdp isi kandungan
Perjanjian Nanking menyebabkan tercetusnya Perang Candu 2. Ini membawa
Perjanjian Tientsin. Berikut adalah isi kandungan perjanjian itu, di mana China
terpaksa setuju benarkan wakil2 Britain,Perancis,Amerika dan Rusia utk menetap
di Peking atas dasar persamaan taraf. China juga dikehendaki membyr gantirugi
kpd British dan Perancis. Selain itu,perdagangan alat2 peperangan tlh
diharamkan dan eksport beras dll brg makanan dan wang tembaga dilarang. Ini
merugikan china krn aktiviti perdagangan mereka tersekat.
Kekalahan china dlm Pemberontakan Boxer
memberi kesan kpd aspek ekonomi, politik dan sosial. Dlm aspek ekonomi, sblm
Pemberontakan Boxer lagi ekonomi China tlh pun terjejas akibat bencana alam spt
kemarau,peperangan,pemberontakan dan tuntutan gantirugi yg dikenakan. Stlh
berlaku Pemberontakan Boxer, kedudukan ekonomi China semakin tenat. Dlm
Protokol Boxer, China dikehendaki membyr 450 juta tael jika gagal buat
demikian. Dlm masa 40 thn jumlah ini akan m,eningkat 2 kali ganda. Slps
kemaraan Boxer, ekonomi China terus dikuasai oleh kuasa asing. Penguasaan asing
dlm ekonomi dpt dilihat dlm sektor perkapalan,perusahaan menenun benang
kapas(34%), dlm pengeluaran besi(100%) dan dlm perkhidmatan keretapi(93%).
Kekalalahan ini juga membawa kpd kejatuhan Kerajaan Manchu.
Di Asia Selatan pula tlh berlaku
Pemberontakan Tentera@ Sepoi di India pd 1857. Pemberontakan ini juga dikenali
sbg Dahagi India. Kesan dr kegagalan Dahagi India ini tlh membawa kpd
pengambilan dan penguasaan kerajaan India oleh Mahkota England pd 2 Ogos 1858
diikuti dgn penghapusan SHT pd 1858. Selain itu, British tlh menghapuskan udg2
Lepas Waris yg tlh lama diamalkan di India. Di samping itu,British juga tlh
menghadkan kawalan terhadap tentera dan perhubungan luar India. Di sini kita
dpt lihat, kerajaan India tdk berkuasa langsung dlm hal2 pentadbiran negara
mereka dan hal2 lain.
Kesimpulannya, peperangan ini tlh menjadi
salah satu agenda kuasa asing utk melaksanakan dasar imperialisme dan
kolonialisme mereka. Ini krn mereka memiliki kelebihan dr sudut teknologi dan
persenjataan.