SOALAN 17

HURAIKAN PERKEMBANGAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME DI ASIA.

 

MASLIZA BTE WAHID

 

            Imperialisme ialah kawalan atau penguasaan sesebuah negara terhadap negara lain ke atas politik dan ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan cara menjajah atau memaksa mengenakan kuasa pemerintahan. Sementara kolonialisme pula ialah penguasaan sesebuah negara ke atas ssebuah negara lain dalam semua lapangan iaitu meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial. Kedua-dua dasar ini adalah berkaitan  dengan kegiatan penjajahan oleh pihak penjajah bagi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan mereka di wilayah atau negara yang dijajah. Perkembangan imperialisme dapat dilihat dari aspek ekonomi, politik dan sosial.

            Dari segi ekonomi, negara-negara di Asia yang kebanyakannya kaya dengan sumberalam dan bahan galian telah menarik minat banyak kuasa asing untuk menguasai negara-negara Asia ini. Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan British adalah kuasa asing yang telah menguasai negara-negara di Asia bagi menguasai hasil ekonomi dan perdagangan di Asia. Misalnya di Indonesia, negara ini yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus iaitu di Acheh dan Kepulauan Malukutelah menarik minat Belanda untuk terlibat dalam campur tangan di Indonesia dalam usaha menguasai perdagangan ini. Untuk tujuan ini, Nelanda telah menyerang dan mengalahkan Makasar semasa dibawah pemerintahan Sultan Hasanudin. Di Burma, kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas telah menjadi pendorong kepada Inggeris untuk menguasai Burma. Kedatangan Inggeris telah menyebabkan berubahnya ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Kesannya Inggeris dapat menguasai ekonomi di Burma. Selain itu, di Asia Timur iaitu di Indo-China bantuan yang diberikan oleh Perancis terhadap perdagangan dan membaiki perindustrian juga merupakan cara Perancis menjajah dn sekaligus mengenakan dasar imperialisme dan kolonialisme.

            Selain itu, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia juga dapat dilihat melalui hubungan diplomatic. Melalui hubungan diplomatic yang dilakukan oleh kuasa barat dapat mengukuhkan lagi perhubungan di negara-negara Asia. Ini dilaksanakan melalui perjanjian yang telah ditandatangani oleh kuasa barat dengan pemerintah di beberapa negara Asia. Di China, terdapat dua perjanjian selepas perang telah ditandatangani antara China dengan Inggeris. Perang tersebut dikenali sebagai Perang Candu yang berlaku antara tahun1839-1842. Dalam peperangan ini  angkatan British telah berjaya mengalahkan China. Kesan daripada peperangan ini, dua perjanjian telah ditandatangani sebagai penyelesaian perang Inggeris-China. Perjanjian yang pertama ialah perjanjian Nanking (29 Ogos 1842). Manakala perjanjian yang kedua ialah perjanjian Hoomun yang ditandatangani pada 8 Oktober 1843 di Bogue. Di Siam perjanjian Bowring telah ditandatangani antara Siam dengan Britain. Kesannya negara Britain mendapat banyak keutamaan sehinggakan perdagangan asing telah dikuasai olehnya dan termasuk juga hak wilayah asing. Di Jepun pula, perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Amerika dengan Jepun pada 31 Mac 1854. Melalui perjanjian ini, Inggeris telah berjaya membuka pintu Jepun yan sebelum ini mengamalkan dasar tutup pintu. Ini adalah untuk aktiviti perdagangan kepada pedagang-pedagang asing. Melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat,ini dapat meluaskan pengaruh dan kekuasaan negara-negara barat yang secara tidak langsung membawa kepada perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia.

Disamping itu, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan imperialisme dan kolonialisme di Asia melalui beberapa peperangan yang telah tercetus. Misalnya di Burma, sebanyak tiga kali peperangan antara Burma-Inggeris telah berlaku iaitu pada tahun 1824, 1852 dan 1885. Kesan perang Burma-Inggeris ini menyebabkan Hilir Burma dikuasai British. Selain itu, Burma juga terpaksa menyerahkan wilayah Arakan, Tenasserimdan Assam kepada British. Di Asia Timur pula, perang Candu telah berlaku di China pada 1839-42 di antara China dengan Inggeris. Peperangan ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan, hubungan diplomatik, undang-undang yang berbeza dan candu. Misalnya dari segi undang-undang terdapat perbezaan di antara undang2 China dengan undang2 barat. Mengikut undang2 China, seseorang itu didapati bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah. Manakala dalam undang2 barat pula, seseorang itu hanya bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah. Orang barat menyifatkan undang2 ini tidak adil. Orang barat juga tidak berpuas hati kerana kesalahan mereka diadili oleh undang2 China. Akibat perang Candu, kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian Nanking dengan British. Seterusnya China terpaksa membuka lima buah pelabuhannya iaitu Amoy, Foochow, Canton, Shanghai dan Ningpo. Dalam pada itu, China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British. Di Inonesia, perang Jawa telah berlaku di Pudi Negoro. Pihak Belanda telah melancarkan serangan ke atas Indonesia untuk menguasai ekonomi di Jawa. Peperangan ini menyebabkan tiga dasar ekonomi berasakan pertanian dilancarkan, iaitu sistem tanaman paksa, dasar Liberal dan dasar Etika. Peperangan yang berlaku di antara kuasa barat dengan negara-negara Asia ialah untuk meluaskan lagi pengaruh mereka di negara-negara yang ditakluki sekaligus dapat memperkembangkan penguasaan negara barat ke atas negara-negara di Asia.

            Dalam hal-ehwal politik, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan kegiatan mereka mereka melalui campur tangan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di negara-negara Asia. Faktor kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimoin-pemimpin di di negara Asia telah membuka peluang kuasa barat untuk mengenakan dasar imperialisme dan kolonialisme mereka. Hal ini disebabkan pemimin yang gagal mengawal pergolakan dan permasalahan yang berlaku dalam negara. Misalnya di Vietnam, kerajaan Vietnam yang menghalang penduduknya memeluk agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian  Perancis telah menyebabkan berlakunya penindasan terhadap penganut Kristian di Vietnam. Antara pemimpin Vietnam yang mengamalkan dasar anti-Kristian ialah Minh Mang, Maharaja Thien-Tri dan Maharaja Tuc Duc.tindakan pemimpin ini yang melakukan penindasan terhadap penganut Kristian menyebabkan Perancis mengambil tindakan untuk campur tangan dalam hal-ehwal politik di Vietnam. Perancis mengambil tindakan ini semasa penganut dan mubaligh Kristian mengalami kecaman yang paling teruk. Melalui cara ini, maka Perancis dapat meluaskan kuasanya di Indo-China. Perancis juga telah meluaskam kekuasaannya melalui campur tangan di Laos. Laos yang mengakui pertuanan Thai telah menghantar ufti kepada Siam. Langkah Laos ini tidak disenangi Perancis kerana pada masa itu Perancis sudah pun berkuasa di Vietnam, Kemboja dan Delta Mekong. Perancis menuntut adalah wajar Laos menghantar uti kepadanya. Laos yang tidak senang dengan sikap Perancis ini telah mendapat bantuan Siam. Perselisihan bertambah dan pertempuran berlaku antara tentera Siam dengan Perancis. Dalam pertempuran 1893, Siam telah dikalahkan dan seterusnya Laos diserahkan kepada Perancis. Pihak barat ini sebenarnya sentiasa mengambil kesempatan dan peluang ke atas pergolakan dan kekacauan yang berlaku dalam sesebuah negara bagi mengembangkan kuasa mereka dalam semua aspek negara yang ditakluki.

            Antara lain, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia oleh kuasa barat boleh dilihat melalui kekerasan dan desakan bagi menguasai sesebuah negara. Di Timur, China yang mengamalkan dasar tutup pintu dan perdagangan melalui Co-hong di pelabuhan Canton menyebabkan British berasa tidak puas hati. Pada ketika itu, British memerlukan China sebagai kawasan menyebarkan hasil keluaran perusahaan dan barang dagangannya. Hal ini menyebabkan British mendesak China supaya membuka pintu negaranya. China terpaksa akur dengan desakan British setelah dikalahkan oleh British dalam perang Candu 1839-42. Sementara Di Jepun, perkembangan kegiatan perdagangan telah menarik minat Amerika Syrikat untuk terlibat dalam kegiatan ini. Dalam pada itu, perdagangan antara San Francisco melalui lautan Pasifik ke China juga semakin berkembang. Kapal dagang Amerika memerlukan tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan batu arang dan membaiki kapal. Dengan itu, Amerika telah memaksa Jepun untuk mengikat perjanjian dengannya pada tahun 1854. dengan termeterainya perjanjian tersebut, Jepun telah membuka pelabuhan Hakodate dan Shimoda kepada Amerika. Di Asia Tenggara, kekerasan dan desakan terpaksa dilakukan oleh barat kerana keengganan Vietnamuntuk menjalin hubungan persahabatan. Tindaka Tue Due membunuh paderi Kristian telah menimbulkan rasa kemarahan barat. Perkara ini sama dengan peristiwa yang berlaku Tongking. Pembunuhan paderi Sepanyol telah dijadikan alasan untuk Perancis meluaskan kuasanya. Kesannya, Perancis dapat menguasai Vietnam. Manakala di Laos pula, tindakan Siam yang tidak mematuhi tuntutan Perancis telah menyebabkan Perancis melakukan kekerasan dan desakan hingga mengakibatkan peristiwa Paknam terjadi. Di mana peristiwa ini menggugat kedudukan raja Siam dan Perancis berjaya mengalahkan Siam yang menyebabkan Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Ini sekaligus menjadikan Laos negara naungan Perancis.

            Kesimpulannya, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia yang dilakukan oleh barat adalah bertujuan untuk memperluaskan pengaruh dan mengukuhkan lagi kedudukannya di negara-negara Asia. Objektif kuasa asing ke atas negara-negara taklukkannya adalah sama, cuma cara dan bentuk memperluaskan kegiatan mereka yang berbeza.