Sistem ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan
India menguntungkan pembesar dan penjajah. Bincangkan
1.
Mendapat komisen
daripada pemerintah Inggeris dalam melaksanakan dasar atau system yang
diamalkan.
a.
Sistem Tanaman
Paksa – golongan priyayi dan bupati dibawah komisen daripada hasil yang
dilakukan petani. Semakin banyak hasil yang didapati semakin banyak komisen
yang diperoleh.
b.
Petani Jawa
mengalami kerugian – dalam hari bekerja, tanaman sendiri terbengkalai,
kekurangan hasil, penipuan dalam pelaksanaan tanaman paksa.
2. Mendapatkan hasil melalui kenaikan kadar sewa tanah dan cukai tanah.
a.
Di India ,
golongan zamindari menindas petani yang menyewa tanah dengan menaikkan kadar
sewa. Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika
dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan,
atau jika harga hasil tanah bertambah Untungkan zamindari dan Inggeris.
Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793
kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01
b.
Zamindar
bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada
kadar 45% hasilnya dan daripada
kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 akan disimpan oleh
Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai
tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah
c.
Dalam system
Ryotwari Inggeris menaikkan kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap golongan
petani. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil
tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.
d. Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55%
pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat
taksiran baru setiap 30 tahun.
e. Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk
membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50
apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.
f. Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga
55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat
taksiran baru setiap 30 tahun.
g. Kegagalan petani
3.
Penjajah
memperoleh dapatan hasil daripada keluaran yang telah ditetapkan.
a.
Belanda berjaya
keluar daripada masalah kewangan dan bebanan hutang.
b.
British berjaya menambahkan
hasil melalui tambahan cukai dan lambakan hasil industri.
c.
Sepanyol berjaya
mendapatkan hasil daripada sistem polo dan vandala.
4.
Wujudnya monopoli
perdagangan
a. oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan pesisir
pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan
kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi
di Belanda dan harga yang rendah di
5.
Berkembangnya
sistem ekonomi komersial.
a. Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi
sara diri, masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan.
Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial telah mengubah persepsi masyarakat
terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan
bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang
kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan
keuntungan titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti
ini memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti
hidup mereka