Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 15

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERTANIAN BERAS DI ASIA TENGGARA

 

            MOHD SHAH B. MD. ALI HANAFIAH

 

            Ekonomi merupakan faktor penting dalam kehidupan manusia. Bagi rantau Asia Tenggara, aktiviti ekonomi sara diri dapat dilihat dalam sektor pertanian, perikanan, memburu binatang dan penternakan. Sektor pertanian merupakan aktiviti yang paling asas dalam kehidupan masyarakat tempatan dan penanaman padi sawah merupakan salah satu jenis tanaman yang utama. Keadaan ini turut dipengaruhi oleh faktor geografi dan cuaca Asia Tenggara yang secara umumnya mengalami panas dan lembap sepanjang tahun iaitu penyumbang penting ke arah pertanian.

            Di Thailand, sejak berabad-abad lagi aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi telah dijalankan di kawasan subur di Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya. Sementara di Burma, dataran Irrawaddy dan Delta Mekong merupakan kawasan penanaman padi yang penting. Keadaan ini telah mewujudkan satu hubungan yang erat antara kawasan-kawasan ini dengan penguasaan politik. Kawasan-kawasan subur telah menjadi milik kerajaan pusat. Ini disebabkan tanah yang subur bukan sahaja milik raja atau pemerintah tetapi juga ia akan menjadi sumber pembekal makanan yang penting kepada seluruh kerajaan. Penguasaan ke atas kawasan ini juga akan menentukan kawasan pemerintahan.

            Di kawasan yang kering dan berbukit, penanaman padi bukit juga dapat dijalankan. Contohnya, aktiviti penanaman padi bukit yang dijalankan di Filipina dan Pulau Jawa secara perwarisan. Penanaman padi jenis ini dapat dijalankan kerana ia hanya memerlukan kuantiti air yang sedikit. Penanaman padi bukit turut diamalkan oleh suku-suku kaum yang tinggal di pedalaman Tanah Besar Asia Tenggara seperti Sumu Chin, Karen dan Kachin.

            Secara umumnya, aktiviti pertanian sara diri yang dilaksanakan di Burma merangkumi tiga kawasan yang berbeza. Kawasan tersebut termasuklah kawasan delta terutamanya delta Irrawady, Sittang. Kawasan ini mempunyai kesuburan tanah yang tinggi dan menjadi pusat penumpuan masyarakat hingga menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang padat penduduknya. Aktiviti penanaman padi merupakan aktivit yang utama. Kawasan lain pula merujuk zon kering bagi tanaman kacang tanah dan kapas serta kawasan pergunungan. Kawasan pertanian juga tertumpu di kawasan-kawasan subur di lembah-lembah sungai, kaki-kaki bukit malahan masyarakat tempatan turut mempunyai teknologi pertanian yang tinggi hingga membolehkan kawasan-kawasan tanah tinggi turut dijadikan kawasan pertanian seperti yang dijalankan di Pulau Jawa dan Filipina.

            Bagi masyarakat Vietnam, aktiviti pertanian sara diri awal bergantung kepada sistem parit dan tali air yang dibina untuk mengawal banjir. Sistem saliran ini membantu petani mengawal aktiviti pertanian mereka seperti yang terdapat di Sungai Koi dan teknik pengawalan ini diambil dari China sejak zaman berzaman. Selain sungai Koi, kawasan pertanian yang utama lainnya termasuklah Lembah Mekong , Delta Sungai Merah di Nanking dan sebagainya. Lembah Sungai Mekong merupakan kawasan pertanian yang utama dan mempunyai sejarah pertanian yang cukup lama. Selain itu, kawasan ini mempunyai sumber bekalan air. Ini menyebabkan ia menjadi kawsan tumpuan. Petani di Vietnam sebenarnya sangat terikat dengan aktiviti penanaman padi dan mereka menjalankan aktiviti tesebut di kawasan-kawsan yang dianggap sebagai milik masyarakat.

            Sebelum kedatangan Perancis ataupun kepada penduduk di luar pengaruh Perancis terutama di kawasan-kawsan pedalaman, harta persendirian dalam bentuk pemilikan tanah merupakan sesuatu yang asing. Bagi masyarakat Vietnam, harga tanah merupakan milik komunal atau milik bersama dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di atas tanah milik bersama ini.

            Sebelum tahun 1856, perdagangan beras adalah perdagangan monopoli oleh Raja Thai. Memandangkan beras adalah bahan perdagangan yang penting bagi pendapatan negara. Rama III menamatkan sistem monopoli raja dan menggantikannya dengan cukai tanah ssawah yang menentukan pendapatan kerajaan daripada perkembangan pertanian padi. Pengeluaran pertanian merupakan eksport penting dalam negara Thai. Ini juga bermakna sistem pertanian Thai memasuki peringkat ekonomi perdagangan yang juga mencorakkan sistem kewangan.

            Dalam 15 tahun selepas 1920-an, keadaan perluasan tanah meningkat kepada dua kali ganda. Faktor kombinasi hujan dan musim banjir selama 3 bulan dalam setahun menyebabkan kawasan di Thailand sesuai dijadikan kawasan penanaman padi. Di samping itu, sistem pengangkutan dalam negeri yang murah juga disediakan. Selepas tahun1905, berikutan pengenalan kemudahan sistem keretapi ke kawasan pedalaman ke utara dan tmur laut, penanaman padi di kawsan pedalaman itu bertambah 4 kali ganda berbanding Dataran tengah. Kemunculan mendadak permintaan yang banyak dan kerap dari pasaran luar negeri merupakan faktor utama beras menjadi eksport penting. Selain permintaan dunia, perkembangan sistem perhubungan laut yang murah membolehkan Thai bersaing dengan berkesan di pasaran terbuka. Kedatangan barat di rantau ini juga membawa kepada kemunculan pasaran baru.

            Raja Mongkut menyedari kepentingan dan faedah pertumbuhan perdagangan beras. Oleh itu, pemerintah Chakri ini telah menggubal dasar tanah dan cukai di dataran tengah. Tujuannnya, bagi menjaga kepentingan pekebun kecil serta menghapuskan aktiviti perhambaan dan buruh paksa yang menjadi penghalang ekonomi kepada pertumbuhan perdagangan eksport tanaman jualan. Langkah seterusnya selepas 1932, bagi membantu petani ialah menerima kredit dan perkhidmatan teknik.

            Beras merupakan bahan eksport yang melibatkan hampir seluruh penduduk negara dan merupakan pekerjaan utama 80% dari jumlah penduduknya. Ia merupakan sumber hasil pekerjaan yang utama, iaitu 70 % pada akhir tahun 1930-an dan menduduki tangga kelima di kalangan pengeluar beras di dunia. Revolusi beras di negara Thai tumbuh dengan meluasnya, lebih-lebih lagi dengan pekebun kecil tanpa tindakan di Burma, Cochin-China di mana tiada kawalan daripada tuan tanah, penyewaan beramai-ramai dan kebiasaan berhutang. Melalui beras, lahir satu bentuk industri yang utama iaitu pengilangan padi.

            Dalam masa yang sama, aktiviti pertanian sara diri (padi) yang dilakukan leh masyarakat tempatan di Asia tenggara, mempunyai ikatan yang erat dan sangat dipengaruh oleh unsur kepercayaan ghaib seperti “semangat padi”. Unsur ini melambangkan dewa-dewo atau penjaga semangat. Bagi masyarakat Asia Tenggara umunya mempercayai bahawa setiap benda mempunyai “nyawa” dan penjaga yang wujud dalam bentuk semangat. Oleh yang demikian, bagi menjaga agar semangat tersebut sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak mengganggu, maka pelbagai bentuk acara diadakan. Upacara-upacara ini biasanya dijalankan pada setiap kali musim mengutip hasil seperti musim menuai atau masa yang difikirkan sesuai. Persiapan rapi perlu bagi mngadakan upacara ini termasuk mengadakan persembahan tertentu. Dalam masa yang sama, sewaktu proses penanaman, larangan tertentu perlu dipatuhi. Ini semua dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lumayan.

            Kesimpulannya, pertanian beras di Asia tenggara lebih tertumpu pada asalnya kepada ekonomi sara diri dan kemudian menuju ke arah ekonomi komersil. Aktiviti penanaman padi merupakan kegiatan asas pertanian yang banyak tertumpu pada tanaman padi sawah dan bukit.