SOALAN14

BINCANGKAN KESAN-KESAN PERUBAHAN DASAR EKONOMI DI ASIA SELATAN DAN ASIA TENGGARA.

 

NURHUDA BTE MOHAMED. FADZIL

 

 

Terdapat banyak perubahan yang dibawa oleh kuasa Barat setelah mereka mengambil alih ekonomi di Asia Tenggara dan Asia Selatan . Antaranya yang berlaku di Indonesia , satu bentuk kawalan system politik telah dilaksanakan untuk membolehkan penanaman pesat dilaksanakan . Contohnya dalam system tanaman kopi yang dilaksanakan pada tahun 1830 – 1870 setelah peniaga dan pemodal Eropah berminat untuk mengeluarkan tanaman yang tidak berasal dari kawasan itu .

 

Selain daripada sokongan politik , salah satu factor yang membolehkan peniaga dan pemodal Eropah mencapai satu tahap penting dalam sector ekonomi di Asia Tenggara adalah disebabkan adanya sebuah institusi yang bersifat fleksibel , tetap dan bercirikan persenderian , namun sangat berkebolehan . Penerimaan pemodal tidak hanya datang dari satu kuasa sahaja , malah pelbagai pihak akan menanam modal di sesuatu kawasan . Ketika itu , system pertanian paksa diperkenalkan adalah satu system baru oleh Belanda di Jawa setelah tamatnya Perang Jawa 1830 . Sistem ini adalah satu system pertanian di mana rakyat atau petani terpaksa menanam tanaman yang ditentukan di atas tanah mereka .

 

Perlaksanaan system kultur meninggalkan kesan yang besar dan berkekalan di Jawa khasnya . Kesannya dapat dibahagikan kepada dua bahagian , iaitu kesan positif dan negatif. Perlaksanaan system kultur ini telah memberi kesan kepada Belanda . Belanda dapat mengatasi maslah kemuflisan ekonomi dengan cepat . Pada tahun 1830 – 1877 , Belanda muncul sebagai negeri yang teguh kedudukan ekonomi  di Eropah , terutama dalam perdagangan . Eksport Belanda bertambah berganda-ganda . Tahun 1830 eksport Belanda berjumlah 12.9 juta florin meningkat kepada 74.2 juta florin pada tahun 1840 . Seterusnya , taraf perkapalan Belanda dapat dihidup kembali . Amsterdam muncul sebagai pelabuhan yang ketiga terbesar di dunia walaupun sebelum ini pelabuhan Amsterdam telah malap . Kesan daripada system kultur ini menyebabkan kedudukan Belanda di Indonesia mendapat kencaman yang lebih hebat daripada penduduk Indonesia . Rakyat pula mula menunjukkan penentangan dengan lebih positif ke atas pemerintahan Belanda . Akibat kegagalan system kultur , pada tahun 1870 , Belanda memperkenalkan satu polisi pemerintahan baru dari Indonesia , dikenali dengan Dasar Liberal .

 

Kesan kepada Jawa pula ialah hidup rakyat bertambah derita akibat diperas , ditindas dan dijadikan hamba abdi oleh Belanda . Oleh kerana tanaman padi tidak dapat ditanam dengan sepenuhnya , kebuluran berlaku kerana tidak cukup bekalan makanan seperti berlaku di Jawa Tengah 1878 . Pembangunan yang diperkenalkan oleh Belanda tidak menyeluruh , hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai potensi ekonomi . Lantaran itu , kemajuan hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja dan tidak menyeluruh .

 

Walaupun system kultur memberi keburukkan kepada Jawa , tetapi sebalik itu juga ia memberi keuntungan dan kebaikan kepada Jawa dalam beberapa aspek , iaitu system komunikasi dan pertanian . Sehubungan itu , rompakan dan lanun tidak dibasmikan oleh Belanda dan ia berterusan mengganggu kedudukan perdagangan di Indonesia . Ini menakutkan pedagang asing untuk datang ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti perdagangan .

 

Sistem kultur dapat dikatakan sebagai system yang tidak memperkenalkan ekonomi dualisme di Jawa yang berjaya mencapai matlamatnya kepada Belanda . Tetapi , ia gagal menarik pelabur asing untuk menanam modal dalam pertanian di Jawa . Malah gagal membawa kemajuan hidup dalam perlaksanaan asal kerana system ini merupakan monopoli kerajaan dalam perdagangan .

 

Akibat daripada kegagalan system kultur di Jawa , dasar Liberal diperkenalkan . Sistem kultur akan hapuskan secara berperingkat-peringkat . Pada dasar Liberal adalah memberi kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat Indonesia , terutama golongan petani . Dalam jangka masa 30 tahun perlaksanaan dasar Liberal di Indonesia , ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Belanda dan rakyat Indonesia .Antara kesannya kepada Belanda ialah , modal mencurah masuk ke Indonesia , terutama sekali dalam perusahaan ladang yang menyebabkan perladangan bertambah maju dengan hasil pengeluaran yang tinggi . Lantaran itu , hasil pengeluaran pertanian bertambah . Tanaman baru diperkenalkan seperti kekabu dan getah . Dengan ini , pengeluaran negara semakin meningkat . Selain itu , hasil perlombongan yang diusahakan oleh kapitalis turut menambahkan hasil pengeluaran dan eksport negara . Matlamat yang diharap oleh Belanda dalam memperkenalkan pembangunan ekonomi dan social di Jawa dengan tujuan membawa kemajuan kepada rakyat Jawa seperti mana yang dilaungkan oleh golongan liberalisme di Holland . Pembaharuan yang jelas dan ketara ialah dalam bidang komunikasi dan pelajaran .

 

Manakala kesan kepada rakyat ialah taraf hidup rakyat masih tidak berubah . Petani masih kekal dengan kemiskinan dan kemunduran serta masih tertakluk kepada konsep ekonomi sara diri . Lantaran aktiviti ekonomi tertumpu di Pualu Jawa telah menyebabkan ledakan penduduk berlaku . Ini menyebabkan masalah social timbul di Pulau Jawa . Selain itu , peranan orang Cina sebagai orang tengah semakin menyebabkan kebencian rakyat terhadap orang Cina . Dengan itu , lahirlah golongan yang menentang orang Cina di Indonesia .

 

Dasar Liberal telah mengubah sikap rakyat menjadi lebih meterialistik . Rakyat Indonesia kekal sebagai buruh yang bekerja dengan pemodal asing di negeri sendiri . Lantaran itu , pemodal dan kapitalis mengambil kesempatan menindas rakyat secara tidak langsung yang menyebabkan api nasionalisme mulai menyala .

 

Seterusnya , satu dasar baru diperkenalkan oleh Belanda bagi menggantikan kegagalan pelaksanaan dasar Liberal . Dasar Etika ini adalah untuk membawa projek pembangunan dan kebajikan politik , ekonomi dan social kepada rakyat . Antara kesan positif dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepada perpaduan di kalangan pejuang kebangsaan Indonesia . Malah terdapat jalan raya dan keretapi memberi kemudahan perhubungan dan pengangkutan kepada penduduk Bandar dan kampung . Seterusnya , kemudahan system pertanian yang diperkenalkan oleh Belanda membawa pertanian lebih maju . Pertanian bukan lagi menjadi bahan makanan , tetapi telah menjadi sumber pendapatan negara seperti bahan eksport . Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit dan menderita kerana kesihatan rakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah , ceti yang memberi dan mengutip hutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika .

 

Bagi kesan negatif pula , penekanan Belanda ke atas golongan nasionalis telah merenggangkan perhubungan antara pengawal Belanda dengan rakyat . Dengan itu , sentimen rakyat terhadap pemerintahan Belanda semakin serius . Ekonomi rakyat turut tidak berubah kerana Belanda gagal melahirkan revolusi dalam ekonomi dan rakyat kekal dengan kemiskinan . Sebaliknya kaum kapitalis mendapat keuntungan . Manakala , kaum Cina mendapat keistimewaan politik dan ekonomi . Hal ini menimbulkan kebencian rakyat terhadap orang Cina .

Selain itu , pelajaran Barat yang diperkenalkan oleh Belanda meruntuhkan nilai solidaritas rakyat Indonesia . Pelajaran Barat terbatas kepada rakyat yang mengikutnya kerana dikhususkan untuk golongan atasan . Rakyat Indonesia tidak diberiakan jawatan yang setaraf dengan kelulusan dalam pemerintahan . Ini adalah satu penyelewengan dalam dasar etika .

 

Bagi Asia Selatan pula , kesan perubahan berlaku apabila dasar pertanian dan tanah di India dilihat melalui penguatkuasaan system zamindari dan ryotwari . Dalam kedua-dua system ini , British memainkan peranan yang penting untuk memastikan perolehan pendapatan mereka tidak terjejas . Keadaan ini dapat diperhatikan dengan kehendak British untuk mendapatkan hasil cukai daripada tuan tanah .

 

Antara kesan terhadap masyarakat India bagi kesan positif ialah . wujud perluasan kawasan tanaman padi . Ini dapat dilihat daripada angka berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35% kawasan Bengal diusahakan , tetapi apabila terlaksananya system ini ia meningkat sebanyak 80% pada penghujung abad ke-19 . Seterusnya , peningkatan pertanian komersial untuk dieksport seperti jut , sutera , tebu , candu , dan nila . Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah begitu juga dengan kutipan sewa oleh kelas zamindari yang turut bertambah .

 

Kesan negatif pula ialah peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani . Hal ini kerana tiada satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindari meningkatkan kadar cukai . Seterusnya , kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa . Ini mengakibatkan semakin ramai petani tidak mempunyai tanah dan menggugat industri pertanian di India . Hal ini kerana , pihak zamindari bukannya pengusaha pertanian , tetapi hanya orang tengah bagi petani mengushakan tanah . Sebagai kesannya , India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran . Selain itu , para petani yang memiliki tanah tetapi gagal meneruskan perdagangan , ia akan bertukar tangan kepada pihak zamindari .

 

Seterusnya , system ryotwari diperkenalkan selepas kegagalan system zamindari . Dalam system ini , ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah . Antara kesan daripada perlaksanaan system ryotwari dari segi kesan positif ialah , peluasan dan kepelbagaian tanaman komersial seperti kapas , tebu , tembakau , nila , kopi , pinang dan lada . Sebagai contoh , di Madras pada tahun 1800 , telah mengimport kapas dari utara dan barat India , tetapi pada tahun 1857 telah mengeksport ke utara India dan luar negara . Pelaburan dalam pembelian tanah , pengangkutan dan perairan turut meningkat . Contohnya di Bombay , harga kapas naik mendadak sehingga membolehkan petani membeli tanah , meminjam wang kepada petani miskin , menguruskan sendiri pengangkutan dan membeli jentera . Di Madras , petani kaya akan membeli lembu dan kerbau untuk membajak dan mendirikan telaga serta terusan bagi mengatasi kemarau .

 

Bagi kesan negatif pula , petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai . Keadaan ini semakin parah pada tahun1820 – 1850 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50% . Selain itu , kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818 . Ini ditambahkan dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun . Malah berlaku penindasan daripada ceti dengan merampas tanah daripada petani miskin . Ceti juga menguasai pasaran peminjaman wang tanpa had .

 

Kesimpulannya , kesan ini banyak berlaku setelah pedagang asing khususnya dari Barat telah campur tangan dalam aktiviti ekonomi di rantau Asia ini . Namun begitu , kesan ini merupakan perubahan yang baik dalam system ekonomi sehingga membawa pembaharuan dan memperkenalkan keseluruh dunia .