Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 12

JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA PERUBAHAN DASAR EKONOMI DI ASIA SELATAN DAN ASIA TENGGARA.

 

            NOR AZLINA BT. HARON

 

            Secara umumnya perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu ‘iokos’ dan ‘oikomia’ yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengeluaran atau pengedaran barangan ekonomi. Menurut J. L. Hanson dalam A Dictionary of Economics and Commerce. Perkara yang berkaitan dengan ekonomi adalah mempunyai hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Sebenarnya, terdapat pelbagai dasar ekonomi yang dijalankan di sesebuah negara baik di Asia Selatan mahupun di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, dasar-dasar ekonomi yang diamalkan adalah tidak kekal dan telah mengalami perubahan atas sebab-sebab tertentu. Secara langsungnya, sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diperhatikan, dalam melihat struktur masyarakatnya. Adalah nyata bahawa kesan daripada pengaruh Barat yang berleluasa di rantau-rantau ini menyebabkan amalan dasar ekonomi sedikit sebanyak berubah.

            Di rantau Asia Selatan, antara negara yang mengalami perubahan dalam dasar ekonomi yang dijalankan ialah negara India. Dalam usaha memenuhi keinginan British untuk memaksimumkan eksploitasi ekonomi, maka satu perubahan diperkenalkan terhadap dasar sedia ada di Bengal. Pada tahun 1793, satu sistem percukaian tanah baru diperkenalkan oleh British yang dikenali sebagai sistem Zamindari (Permanent Settlement). Zamindar bermaksud tuan tanah dan sistem zamindari pula ialah sistem bagi pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip sukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai zamindar kerana telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Sistem ini mempunyai motif ekonomi iaitu menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada pemodal Barat ke atas tanah.

            Antara sebab-sebab berlaku perubahan dasar kepada dasar zamindari ialah kerana Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan. Misalnya, bagi masyarakat di Benagl, hasil pendapatan dalam kadar tertentu haruslah diserahkan kepada kerajaan pusat di Delhi melalui zamindar. Golongan zamindar ini diletakkan sebagai golongan penengah antara pemerintah serta golongan petani. Cukai yang dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil. Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan mengambil sebahagian hasil upahnya sementara sebahagian lagi akan dihantar kepada kerajaan.

            Selain itu, Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja, tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini, Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi telah menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.

            Di samping itu, kelas tani dan rakyat Bengal juga akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh zamindar dan kapitalis tempatan. Ini kerana jika pada tahun 1793, hanya 35% sahaja kawasan di Bengal diusahakan namun menjelang penghujung abad ke-19, angka ini meningkat sehingga 80%. Dalam pada masa yang sama, sektor pertanian juga telah dijalankan secara komersial iaitu penumpuan diberikan kepada penanaman sejenis tanaman dan untuk tujuan eksport seperti jut, sutera, tebu, candu dan nila.

            Sebaliknya di Madras, satu sistem yang dikenali sebagai Ryotwari telah diperkenalkan. Sistem ini diperkenalkan oleh Thomas Munro pada tahun 1912 sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan lain, termasuklah Bombay pada tahun 1818. Dalam sistem ini, ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia dibangunkan selepas kegagalan sistem zamindari membangunkan ekonomi India secara ekonomik dan adil. Mula diperkenalkan di Madras, 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay pada tahun 1816. Ia digagaskan dengan desakan para pegawai British dengan alasan beberapa kelebihan sistem ini jika dibandingkan dengan sistem zamindari.

            Selain itu, perubahan berlaku kepada sistem Ryotwari ini adalah kerana sistem ini dilaksanakan bagi menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tiada undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada kerajaan British, tetapi usaha ini todak berjaya dilakukan kerana golongan zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan.

            Di samping itu, kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada para zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan ianya telah menggugat industri pertanian di India. Keadaan ini berlaku kerana pihak zamindar bukanlah pengusaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani untuk mengusahakan tanah. Sebagai kesan, India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran yang dilakukan.

            Manakala itu, suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini, modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana pada zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut iaitu saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian. Sementara itu pula, suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77% penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.

            Manakala perubahan dasar ekonomi turut berlaku di rantau Asia Tenggara. Di Indonesia, Raja William di Belanda telah melantik Johanes Van de Bosch untuk menggantikan Du Bes de Gisignies sebagai Gabenor Jeneral pada tahun 1828. Bosch diarahkan supaya merangka dan merancang 1 sistem yang baru. Beliau telah memperkenalkan sistem tanaman paksa @ sistem kultur pada 1830. Ianya merupakan sistem yang mengeksploitasi kesuburan tanah Jawa dengan petani-petaninya yang rajin bagi kepentingan ekonomi Belanda yang sudah tenat.

            Antara sebab berlaku perubahan dasar ialah untuk mengatasi masalah kewangan SHT Belanda. Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoleon, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini, SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda. Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Indonesia untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British dan Amerika Syarikat.

            Selain itu, sebab perubahan lain ialah untuk mewujudkan persaingan perdagangan dengan Inggeris dan Amerika. Ini dilakukan bagi menambahkan bilangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Seterusnya menghalang perkembangan Singapura sebagai pusat perdagangan. Kegagalan ini dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang mengkehendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.

            Di samping itu, dasar juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.

            Oleh kerana dasar ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun i Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.

            Di samping itu, dasar juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.

            Oleh kerana dasar ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun i Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.

            Di samping itu, dasar juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.

            Oleh kerana dasar ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun ianya menyebabkan penindasan yang membawa kebuluran di Pulau Jawa pada tahun 1845-1848. Tindakbalas yang dilakukan oleh orang Jawa adalah dengan mengurangkan pengeluaran dan sumber buruh. Kesannya, produktiviti menjadi rendah kerana hasil yang diperolehi menerusi tenaga bebas adalah 3 atau 4 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan tanaman paksa.

            Ianya turut berubah akibat amalan ini ditentang oleh golongan pemodal. Ini kerana meraka mahu menamatkan sistem monopoli kerajaan dan mahu supaya kerajaan membuka kegiatan kepada ekonomi bebas. Jadi mereka lebih berpeluang untuk memasuki bidang yang menguntungkan ini. Bila sistem tajaan Van den Bosch memperlihatkan kemajuan, golongan pemodal pula turut sama memperlihatkan minat menembusi bidang ini. Malangnya, Bosch telah menyekat segala bentuk pelaburan bagi pihak swasta di Jawa. Segala urusan pajakan dan penyewaan tanah kepada golongan swasta dilarang sama sekali. Oleh sebab itu, mereka mendesak kerajaan Belanda supaya menggantikan sistem Tanaman Paksa dengan dasar baru yang membolehkan mereka turut serta.

            Perubahan juga berlaku akibat tentangan daripada golongan liberal. Golongan ini berpendapat bahawa sistem Tanaman Paksa sudah ketinggalan zaman, sistem ini merupakan satu penindasan yang kejam terhadap rakayat Jawa. Mereka mengkritik kerajaan yang mengamalkan dasar ekonomi milik negara dan percaya dasar ekonomi bebas akan berkeupayaan menghapuskan dasar penindasan terhadap rakyat Indonesia. Menurut pendapat golongan liberal, kepentingan-kepentingan negeri ibunda (Belanda) tidak harus didapati dari sistem hak milik tanah persendirian di Jawa atau membebankan petani Jawa dengan sistem yang menindas itu. Mereka percaya penindasan dapat dihapuskan melalui “Contemporary Economic Theory” yang mereka anuti. Keseimbangan dalam membantu rakyat yang miskin. Golongan liberal ini menegakkan dasar-dasar mereka melalui 2 cara iaitu perjuangan melalui parlimen dan penulisan.

            Sementara itu, kesan Dasar Liberal yang kurang memuaskan terutama dalam konteks kebajikan rakyat tempatan telah menimbulkan beberapa reaksi. Oleh itu, menjelang tahun 1900 Dasar Liberal mulai dianggap sebagai ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai diamalkan di Indonesia. Sebenarnya beberapa reaksi golongan liberal yang muncul mahukan lebih penumpuan diberikan untuk memperbaiki nasib rakyat tempatan. Tegasnya mereka mahu Indonesia ditadbir bagi kepentingan kebajikan rakyat Indonesia sendiri bukan seperti sebelumnya. Maka Dasar Susila (Etika) mula diperkenalkan.

            Abraham Kuyper dalam suratnya, Ons Program mendesak agar kerajaan Belanda menunaikan tanggungjawab moralnya dengan memberikan perhatian yang lebih terhadap kebajikan rakyat. Van Deventer pula menulis “A Debt of Honour” telah membuat tuntutan yang menggemparkan iaitu menuntut agar Belanda membayar balik segala keuntungan yang diperolehi sejak sistem tanaman paksa lagi.

            Menjelang tahun 1900, kerajaan Parti Liberal telah kalah. Parti Kristian Demokrat dan Parti Sosial Demokrat telah menubuhkan kerajaan campuran. Dr. Abraham Kuyper telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Dasar Susila bertujuan untuk memperbaiki kebajikan rakyat Hindia Timur khususnya Jawa. Dasar ini juga bertujuan untuk memberi sebahagian daripada kemakmuran yang dinikmati oleh Belanda kepada Hindia Timur.

            Dengan kedudukan Abraham sebagai Perdana Menteri, tentulah hasrat yang disuarakan untuk memperjuang bangsa Indonesia dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Teras utama Dasar Susila ialah ke arah memperbaiki keadaan ekonomi dan kebajikan rakyat. Bertolak dari dasar inilah kita dapati lapangan pelajaran, pertanian dan perhubungan dipesatAT12kan lagi agar menyentuh setiap sendi hidup rakyat pribumi.

            Kesimpulannya, perubahan dasar yang dijalankan adalah bertujuan untuk menjamin kebajikan rakyat tempatan agar kehidupan mereka tidak terus tertindas melalui dasar-dasar yang keterlaluan dan menguntungkan satu pihak sahaja.