Make your own free website on Tripod.com

BINCANGKAN SEBAB-SEBAB PELAKSANAAN DASAR BUKA PINTU DI SIAM,CHINA DAN JEPUN.

 

SITI JAMAIYAH BINTI WAGINO

 

 

       Dasar sesebuah negara dapat dibahagikan kepada dua dasar iaitu dasar tutup pintu dan dasar buka pintu.Dasar tutup pintu merupakan dasar negara yang tidak menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa luar.Manakala dasar buka pintu pula merupakan dasar negara yang mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa luar.Dasar buka pintu ini dapat memberi pelbagai aplikasi seperti politik,ekonomi dan social.negara siam,china dan jepun pada mulanya mengamalkan dasar tutup pintu tetapi terpaksa mengubah dasar mereka kepada dasar buka pintu demi menjaga kepentingan negara mereka.

 

       Sebab utama Siam,China dan Jepun mengubah dasar mereka kepada dasar buka pintu ialah untuk menjaga kedaulatan negara mereka.Bagi negara Siam,Raja Mongkut beranggapan bahawa jika mereka terus memencilkan diri,keadaan ini akan membahayakan Siam.Mereka terpaksa mengubah dasar negara mereka iaitu dasar tutup pintu kepada dasar tutup pintu.Keadaan ini berlaku apabila Raja Mongkut menaiki takhta.Beliau merasakan bahawa dasar yang diamalkan oleh Rama 1,Rama 11 dan Rama 111 akan menjejaskan keselamatan dan kedaulatan Siam.Hal ini kerana,Raja Mongkut percaya dan sedar bahawa kuasa Barat mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan negara Siam.oleh yang demikian,Siam tidak mempunyai pilihan lain kecuali bersetuju dengan kehendak kuasa barat.Bagi negara China pula,mereka beranggapan bahawa negara mereka lebih berkuasa dari negara Barat dengan gelaran Middle Kingdom yang dipegang oleh mereka.Oleh yang demikian,kedaulatan mereka dianggap akan tercemar dengan penukaran dasar yang telah mereka amalkan.Usaha pihak Barat dengan menghantar seorang utusan ke China untuk tujuan menjalinkan hubungan sama taraf di antara China dan negara barat.Walaubagaimanapun,utusan tersebut gagal akibat daripada utusan tersebut telah melanggar adat China seperti melakukan kowtow.Di Jepun pula,dalam menjaga kedaulatannya,Shogun Tokugawa telah memainkan peranan penting.Shogun Tokugawa telah menerima nasihat daripada raja belanda supaya menghentikan dasar tutup pintu dan mengamalkan dasar buka pintu.Hal ini kerana,akibat daripada dasar yang telah dilakukan sejak pertengahan abad ke-17,Jepun telah mendapat perhatian daripada Barat.Walaubagaimanapun,Shogun Tokugawa tidak mengendahkan nasihat raja Belanda kerana sekiranya Shogun Tokugwa menukar dasar isolasinya maka kuasa pemerintahan dan kedaulatan Shogun Tokugawa akan hilang.

 

       Sebab yang kedua ialah kesan daripada perjanjian yang berlaku di antara ketiga-tiga negeri.Di Siam,Perjanjian Bowring ditandatangani di antara negara Siam dan negara Barat.Perjanjian ini telah membuktikan bahawa Siam telah menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu,dan ianya sering dirujuk sebagai titik peralihan yang paling penting antara Siam tradisional dengan Siam moden.Antara kandungan Perjanjian Bowring ialah kapal-kapal dagang British bebas dalam menjalankan aktiviti perdagangan mereka di mana sahaja.Selain itu,Siam juga telah kehilangan beberapa wilayah dan kedaulatan mereka,tetapi mereka telah menerima nasib yang sama seperti negara-negara jirannya.Bagi China pula,Perjanjian Nanking yang telah mereka tandatangani dengan negara Barat adalah akibat daripada kekalahan mereka dalam peperangan.Mereka bukan sahaja mengalami kekalahan yang teruk malah terpaksa memberikan banyak keistimewaan kepada negara Barat.Antara kandungan Perjanjian Nanking ialah China perlu membayar ganti rugi kepada pihak British dan dikehendaki membuka lima pelabuhan kepada pihak British iaitu Canton,Amoy,Shanghai,Ningpo dan Foochow.Perjanjian Nanking ini juga telah menyebabkan negara China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan negara Barat yang lain.Bagi negara Jepun,Shogun Tokugawa telah diugut oleh Komodor Perry supaya menjalinkan hubungan dengan negara Amerika dan perlu menandatangani Perjanjian Kanagawa.Kandungan utama Perjanjian Kanagawa ialah Jepun hendaklah membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hadokate.Dengan menandatangani perjanjian ini,kuasa dan kedaulatan Shogun Tokugawa tercemar dan perjanjian ini juga telah menyebabkan ekonomi Jepun dikuasai oleh pedagang-pedagang Barat.

 

       Factor lain penukaran dasar isolasinya ialah ugutan yang diterima daripada negara Barat.Walaubagaimanapun,di antara negara Siam,China dan Jepun,hanya negara Jepun sahaja yang telah mendapat ugutan daripada Amerika.Amerika telah menghantar seorang utusan iaitu Komodor Mathew C. Perry untuk mendapatkan hak di Jepun.Komodor Perry mengharapkan pemerintah Jepun akan memberikan jawapan yang positif apabila beliau datang semula ke Jepun dan beliau juga mengugut pemerintah Jepun bahawa kedatangan angkatan tentera yang lebih besar menyertai beliau.Setelah menerima ugutan daripada Komodor Perry,Shogun Tokugawa terpaksa bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan Amerika untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang sama seperti di China.

 

       Negara yang membuka dasarnya melalui peperangan ialah negara China.Punca berlakunya perang Candu di China ialah British telah melanggar undang-undang China,di mana mengikut undang-undang China,sesiapa yang melakukan kesalahan akan didapati bersalah sehingga dia dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah manakala undang-undang Barat pula,seseorang itu akan didapati bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah.Pada ketika itu,berlakunya satu pembunuhan rakyat China yang melibatkan kelasi British.Kelasi tersebut telah dibicarakan mengikut undang-undang British dan tidak diserahkan kepada China.Tindakan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan China.Kesannya.berlaku Perang Candu.Selain itu,factor yang menyebabkan berlakunya Perang Candu ialah permintaan candu yang dikeluarkan oleh British yang sangat tinggi oleh penduduk China.Seorang pesuruhjaya telah dilantik untuk menghapuskan kegiatan penjualan candu.Pesuruhjaya tersebut telah mengarahkan pihak British supaya menghentikan pengeluaran candu tetapi tidak diendahkan oleh pihak British.Malah pihak bBritish telah menyeludup masuk candu ke negara China.Perbuatan ini telah menimbulkan kemarahan China dan seterusnya berlakulah Perang Candu.

 

       Tekanan turut menyebabkan dasar sesebuah negara berubah daripada dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.Contohnya di Jepun,kedatangan Komodor Perry telah memberi tekanan kepada Jepun agar membuka dasarnya.Pada masa ini,kuasa Shogun semakin lemah manakala kuasa Maharaja pula sebaliknya.Maharaja dan Shogun berkongsi pandangan dalam usaha mempertahankan dasar-dasr yang telah diamalkan sejak turun-temurun iaitu dasar pemencilan tersebut.namun,tekanan dari barat semakin kuat dan tidak mampu dihalang hingga menyebabkan Perjanjian Shimonoseki ditandatangani yang memberi kemudahan kepada orang Barat.Perkembangan ini memperkukuhkan kedudukan raja.Kedudukan Maharaja juga terus kukuh apabila mendapat sokongan daripada puak-puak yang sekian lama tidak menyenangi pemerintahan Tokugawa seperti puak Satsuma dan Chosu.Seterusnya,puak Chosu cuba menjatuhkan kepimpinan Tokugawa dan menjalankan komplot  mendapatkan kuasa memerintah sebagai Shogun yang baru daripada Maharaja.Tekanan dalam negeri yang dihadapi oleh Jepun menyebabkannya menukar dasar isolasinya.Tekanan pihak Barat di China sangat hebat pada abad ke-19.Kekalahan China dalam beberapa peperangan termasuk Perang Candu telah memperlihatkan kelemahan pemerintahan Maharaja.Walaubagaimanapun,tekanan dalaman adalah lebih hebat.banyak pemberontakan terhadap pemerintahan Maharaja Manchu telah berlaku temasuklah penentangan dari petani dan rakyat yang mengalami masalah makanan.Pada abad ke-19.pertambahan penduduk China tidak seiring dengan pertambahan bilangan makanan.Kesannya,lahir rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.Keadaan bertambah buruk apabila banjir besar melanda China.Pada masa sama,perbelanjaan kerajaan lebih tertumpu kepada pasukan ketenteraan yang lebih kuat bagi menghadapi ancaman Barat.Tekanan-tekanan dalam negeri inilah yang menyebabkan China mengubah dasar daripada tutup pintu kepada buka pintu.

 

       Jelaslah walaupun Siam,China dan Jepun telah mengubah dasar mereka daripada dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu tetapi masih ada negara yang dapat mengawal kegiatan kuasa asing daripada mengambil kesempatan ke ats negara mereka.Seperti Siam,ia merupakan satu-satunya negara yang tidak dijajah.Jepun pula telah berjaya menyelamatkan negaranya daripada dijajah.China pula bernasib malang apabila kuasa-kuasa asing berebut-rebut untuk memperoleh bahagian masing-masing.Walhal,perubahan dasar yang dibuat oleh tiga negara tersebut banyak mendatangkan kesan negatif dan positifnya.