Make your own free website on Tripod.com

SOALAN 09

HURAIKAN KESAN-KESAN PERLAKSANAAN DASAR TUTUP PINTU DI SIAM,CHINA DAN JEPUN.

 

Dasar pintu tertutup merupakan satu dasar pemerintahan atau isolasi.Bermakna satu dasar satu yang dilakukan bagi mengelakkan campur tangan serta kemasukkan pengaruh-pengaruh luar malah dalam banyak keadaan menghalang kemasukkan pedagang-pedagang luar ke negara mereka.Kita boleh lihat dengan jelas 3 buah negara yang mengamalkan dasar ini termasuk Siam,Jepun, dan China.Adanya beberapa faktor yang memungkinkan ketiga-tiga negara itu mengamalkan dasar pintu tertutup.Pertama keperluan dalam negeri yang sudah mencukupi dan lambangkan budaya serta agama tempatan akan terjejas ekoran daripada perhubungan dengan luar negara.Dengan menjalankan dasar tutup pintu ini,wujud kesan-kesan dari segi ekonomi,politik,sosial serta keagamaan atas negara-negara tersebut.

Dasar pintu tertutup ini banyak memberi kesan dari aspek perekonomian negara-negara tersebut.China ,Jepun dan Thailand(Siam) pada awalnya mengamalkan ekonomi bercorak sara diri.Tumpuan ekonomi sara diri ketiga-tiga negara itu adalah keatas aktiviti pertanian.Ini bermakna hasil yang diperolehi tidak bertujuan untuk dijual sebaliknya lebih kepda kegunaan pribadi.Apabila keadaan ini berlaku ,maka tidak wujudlah kegiatan perdagangan dengan negara luar atau perdagangan antarabangsa.Sementara itu di Jepun ,maharajanya telah melaksanakan dasar pemencilan secara rasmi pada tahun 1633.,1635 dan 1639.Melalui perintah yang dikeluarkan pada tahun 1663,menyebut larangan yang dikenakan pada kapal-kapal Jepun yang belayar meninggalkan Jepun tanpa kebenaran yang sah daripada kesyogunan Tokugawa,sementara pemerintah yang dikeluarkan pada tahun 1639 mengharamkan aktiviti perdagangan asing dan menutup negara kepada sebarang bentuk perhubungan dengan negara luar.Oleh itu,ekonomi di Siam,China dan Jepun masih lagi mengamalkan cara tradisional yang kuno dan tidak berdaya maju.Maka perkembangan ekonomi di ketiga-tiga negara ini tidak berlaku.

Dari segi politik,dapat dilihat di Jepun pemerintahanya masih lagi utuh.Shogun Tokugawa mengamalkan dasar tutup pintu untuk mengukuhkan dan menjamin kedudukannya di Jepun.Shogun bimbang bahawa hubungan luar akan mengakibatkan daimyo dan masyarakat Jepun meminta bantuan kuasa asing untuk menentangnya.Melalui dasar pintu tertutup ini,bermakna sistem politiknya belum lagi dicemari oleh mana-mana corak pemerintahan luar khususnya negara Barat.Selain itu Jepun telah mewujudkan sistem sankinkolaj iaitu pembesar memberikan ikrar taat setia kepada Tokagawa dan pergi ke eda setiap 6 bulan sekali.Berbeza dengan negara China,walaupun sama-sama mengamalkan dasar tutup pintu,berlaku pergolakkan politik di negara tersebut.Dasar isolasinya mengundang kepada tercetusnya perang candu pertama iaitu 1839 hingga 1842.Perang ini wujud kerana sekatan kerajaan China yang enggan berdagang dengan kuasa Barat.Namun sebelum itu kuasa maharaja di China masih kekal.Ini disebabkan amalan yang dikenali sebagai tributyry system.Tributary system adalah kesan daripada dasar tutup pintunya. Tributary system merupakan satu sistem tradisi yang diamalkan oleh China yang menyatakan bahawa maharaja akan memberikan feng atau perkenan kepada pembesar feudal dan sebagai balasan pembesar itu akan memberikan barangan yang berharga kepada maharaja.Ini membolehkan maharaja menpunyai hak terhadap rakyatnya.

Kesan terhadap sosial akibat daripada dasar pintu tertutup ini ialah kemunculan alatan peperangan.Sehinggan awal abad ke 19 Siam enggan mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.Kesannya Siam mengalami kekurangan senjata walaupun segala keperluan lain telah mencukupi.Kelengkapan pensenjataan amatlah penting untuk menjamin keselamatan negara ketika peperangan.Sementara di China pula,ia masih lagi menggunakan senjata yang lama dan kuno.Contohnya anak panah sebagai senjata,ianya nyata ketinggalan berbanding sistem pertahana Kuasa Barat yang sudah maju.Disamping itu selepas tahun 1840,Rama III yang sedang memerintah Siam telah mengamalkan dasar tutup pintu terutamanya fasa kedua pemerintahanya.Baginda telah mengenakan beberapa cukai baru terhadap barangan barangan di dalam negeri.Ini bermakna sebarang barang yang hendak dieksport memerlukan bayaran yang tinggi dan menimbulkan banyak masalah kepada pedagang luar.Selain itu beliau turut menganakan cukai yang tinggi kepada barangan import terutamanya bahan makanan.Ini telah menyebabkan rakyat sukar memperolehinya kerana harga cukai yang tinggi.Tetapi tindakan ini sebenarnya telah membawa banyak faedah. Harga cukai yang tinggi terhadap Siam dapat menggalakkan pembinaan kapal yang setaraf dengan kapal Eropah.Dengan cara ini dapat meningkatkan teknologi Siam dan membawa Siam kearah kemajuan.Pedagang tempatan juga dapat menguasai sektor perdagangan oleh kerana jaminan dari cukai yang dikenakan oleh Rama III.

Kesan dasar tutup pintu di China,Jepun dan Siam terhadap aspek keagamaan ialah untuk mempertahankan dan tidak mahu pegangan serta kepercayaan nenek moyang mereka tergugat.Pada kebiasaanya,orang Barat yang berdagang bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian.Oleh itu dasar tutup pintu yang dipraktikkan telah dapat mengekalkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama.Di Jepun yang mengamalkan amalan Shintoise atau jalan dewa selain menganut agama Buddha terpelihara.Pemujaan orang Jepun terhadap alam sekitar yang timbul daripada perasaan menikmati dan menghargai kenikmatan alam.Masyarakat di Cina pula mereka mengamalkan konsep Confucianisme dan Taiosme sejak turun-temurun.Jadi dari sudut keagamaan negara Jepun dan China masih lagi mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka.Mereka berjaya meletakkan agamanya berdiri kukuh.Disamping itu ajaran dan kepercayaan mereka berjaya meletakkan orang luar dibawah telunjuk dan menganggap orang China bertaraf tinggi jika dibandingkan dengan orang luar.Rsa tinggi diri ini pula mendorong mereka bersikap angkuh terhadap para pedagang luar yang bertandang ke China.

Walaubagaimanapun perlaksanaan dasar pintu tertutup ini tidak menjamin kemajuan sesebuah negara, ini terbukti apabila China,Jepun dan Siam mula berubah kepada dasar terbuka .akibat beberapa masalah semasa menjalankan dasar tutup pintu,yang merangkumi segenap aspek termasuk ekonomi.Konsep dasar ini juga dapat dilihat mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu bekerjasama dengan negara luar.